Ramai mengetahui pihak Warner Bros. Studios dah buat pengumuman tentang sequel kepada movie Man of Steel yang bakal menyaksikan storyline paling legend dalam sejarah DC comics, iaitu tema Batman vs Superman. Sebenarnya movie kolaborasi antara dua superhero klasik ni dah lama menjadi harapan dan wishlist semua die hard fans Man of Steel dan Dark Knight. Agaknya macam mana lah superhero Dark Knight ni boleh fit masuk dalam universe Superman kerana Warner Bros pun dah bagitau Batman dalam movie ini tidak sama dengan Batman dalam universe ciptaan Christopher Nolan. Lama lagi rasanya nak tunggu 2015 bila movie ni keluar, so bagi yang duk Google poster Batman vs Superman mesti jumpa poster-poster hasil dari fans. Ini antara poster sekuel Man of Steel hasil fan-made yang sangat oh-sem!
Showing posts with label OtakPoster. Show all posts
Showing posts with label OtakPoster. Show all posts
Wednesday, August 14, 2013
Tuesday, July 16, 2013
It's Coming : Movie 2014 Yang Kita Tunggu!
Nampaknya sekarang ni dah setengah tahun berlalu. Dan dah bermacam-macam movie kita tengok untuk tahun ni. Maaflah kalau OtakMovie dah lama tak buat review. Selepas Man of Steel, OtakMovie agak susah sikit nak pergi tengok wayang, maklumlah, isteri dah pregnant, nak tengok sesorang rasa tak best pulak kan. Movie paling latest yang OtakMovie tengok adalah Monsters Universiti dan Pacific Rim. Tak tau lah bila nak buat review, kalau ada orang request ok jugak. Tapi secara simplenya, OtakMovie bagi 3/5 booms untuk movie Monsters Universiti dan 4.5/5 booms untuk Pacific Rim. Seriously, you guys should watch PACIFIC RIM, boleh buat tak tidor malam terbayangkan Kaiju Knifehead! Haha.
Ok lah, lepas ni dah nak habis musim summer movie. Ya, hujung tahun ni pun banyak movie yang best nak keluar, tapi apa kata kita sajikan mata dahulu dengan poster-poster movie yang kita paling nantikan untuk tahun 2014!
THE LEGO MOVIE
7 FEBRUARI 2014
300 : RISE OF AN EMPIRE
7 MAC 2014
CAPTAIN AMERICA : THE WINTER SOLDIER
4 APRIL 2014
THE AMAZING SPIDER-MAN
2 MEI 2014
GODZILLA
16 MEI 2014
X-MEN : DAYS OF FUTURE PAST
23 MEI 2014
TRANSFORMERS 4
27 JUN 2014
THE DAWN OF THE PLANET OF THE APES
18 JULAI 2014
GUARDIANS OF THE GALAXY
1 OGOS 2014
Thursday, July 4, 2013
OtakPoster : Pacific Rim (2013) Jaeger Stat Cards
Movie Pacific Rim yang bakal keluar pada 11 Julai ini mungkin menjadi movie yang paling ditunggu selepas movie Man of Steel. Oh, kita masih ada The Wolverine yang juga bakal ditayangkan. Tetapi nampaknya kemunculan
klik gambar untuk resolusi tinggi
info lanjut mengenai Jaeger Pacific Rim : http://pacificrim.wikia.com/wiki/Jaeger
Thursday, February 28, 2013
OtakPoster! : Poster Character Iron Man 3!
Robert Downey Jr. as Tony Stark/Iron Man
Ben Kingsley as Mandarin
Don Cheadle aka Rhodey/Iron Patriot/War Machine
Guy Pearce as Aldrich Killian
Gwyneth Paltrow as Pepper Potts
Wednesday, December 5, 2012
OtakPoster! : Monsters Unversity
Sebuah lagi movie yang bakal ditayangkan pada musim panas tahun depan, iaitu movie keluaran Pixar, Monsters University. Movie ini merupakan prequel kepada movie Monsters Inc. yang ditayangkan 11 tahun dulu. Movie ini juga menjadi antara movie yang dinanti-nantikan oleh semua penggemar animasi.
Sebelum kita mengetahui lebih lanjut tentang movie ini, apa kata kita layan dulu poster teasernya:
Sebelum kita mengetahui lebih lanjut tentang movie ini, apa kata kita layan dulu poster teasernya:
Persoalan yang bermain difikiran aku adalah, mampukah movie dari Pixar ini mendapat sambutan ataupun kritikan yang positif dari penonton selepas kehadiran ramai pengeluar movie animasi yang mengeluarkan movie-movie hebat.
Pixar juga kelihatan makin kekeringan idea untuk mengeluarkan movie-movie yang luar biasa, buktinya kehadiran dua movie sebelum ini iaitu Cars 2 dan Brave kurang mendapat kritikan yang positif. Pixar juga kelihatan mengambil alternatif mudah dengan membuat kesinambungan dari movie-movie sebelum ini. Dengar cerita mereka akan membikin movie Finding Nemo 2 pula...
Tapi tak apa, kehadiran movie Monsters University ini juga amat aku nantikan kerana siapa yang tak suka akan watak seperti Sulley dan Mike ini? Nampaknya kali ini kita akan dibawa pada zaman mereka belajar di kampus dahulu. Belajar macam mana nak takutkan budak lah agaknya..nice!
OtakPoster! : Man of Steel
Tahun depan kita akan menyaksikan movie-movie yang hebat dari Hollywood. Yang paling ditunggu sekali tentulah movie-movie dari musim panas iaitu antaranya adalah movie Man of Steel dan Star Trek Into Darkness.
Aku dah paparkan poster teaser Star Trek Into Darkness pada entri lalu, kini aku akan paparkan pula poster terkini yang dari movie paling dinanti-nanti tahun depan, Man of Steel. Sila nikmati:
Movie Man of Steel kembali mengangkat lagenda superhero Hollywood paling ikonik iaitu Superman. Dalam movie ini kita akan dibawa kembali pada zaman awal pembabitan Clark Kent (Henry Cavill) dalam mengenal erti pengorbanan sebagai seorang adiwira. Superman juga perlu berhadapan dengan villain paling kuat, General Zod (Michael Shannon).
Berdasarkan poster, tentunya ramai yang akan tertarik akan plot penceritaan movie Superman terbaru ini. Banyak persoalan yang ditimbul di dalam poster terbaru ini terutama sekali mengapa Superman digari, sedangkan dia dengan mudah boleh melepas kan diri, mungkin dia hanya merendah diri dan membiarkan saja perkara itu berlaku. Apa pun, movie ini turut dibintangi ramai pelakon superstar seperti Amy Adams (Lois Lane), Kevin Costner (Jonathan Kent), Diane Lane (Martha Kent) dan Lawrence Fishburne (Perry White). Sama-sama kita nantikan movie arahan Zack Snyder pada tanggal 14 Jun 2013 ini!
-sumber Cinemablend.com
Tuesday, December 4, 2012
OtakPoster! - Star Trek Into Darkness
Aku lancarkan satu lagi seksyen di bawah blog OtakMovie ini iaitu Poster Madness. Melalui seksyen ini, pencari movie dapat menikmati poster-poster terkini dari movie terbaru dari Hollywood mahupun movie tempatan. Sememangnya kekuatan sesuatu movie itu juga terletak pada posternya. Sebab kalau poster carca merba, movie tu hebat mana pun takde orang nak tonton.
Jadi untuk poster pertama yang akan aku pos untuk seksyen Poster Madness ini adalah poster dari movie ditunggu-tunggu pada musim panas tahun depan, movie Star Trek Into Darkness.
Perkara makin hangat diperkatakan tentang movie ini. Pihak Paramount telah mengumkan bahawa trailer pertama Star Trek Into Darkness akan dikeluarkan pada waktu tayangan movie The Hobbit. Tetapi, tanpa sebarang pengumuman, pihak produksi telah terlebih dahulu mengeluarkan poster teaser dari movie ini, sila nikmati:
Jadi untuk poster pertama yang akan aku pos untuk seksyen Poster Madness ini adalah poster dari movie ditunggu-tunggu pada musim panas tahun depan, movie Star Trek Into Darkness.
Perkara makin hangat diperkatakan tentang movie ini. Pihak Paramount telah mengumkan bahawa trailer pertama Star Trek Into Darkness akan dikeluarkan pada waktu tayangan movie The Hobbit. Tetapi, tanpa sebarang pengumuman, pihak produksi telah terlebih dahulu mengeluarkan poster teaser dari movie ini, sila nikmati:
Brader kat dalam poster itu adalah Benedict Cumberbatch yang sedang mengukur kerosakan yang dia bawa ke bumi. Watak villain yang akan dibawa Cumberbatch kurang jelas walaupun plot penceritaan secara ringkas telah diketahui beberapa minggu lalu. Tambahan pula, tak nampak langsung kelibat Chris Pine, Zachary Quinto, Zoe Saldana yang merupakan krew feveret Enterprise.
Tetapi jelas sekali bentuk lubang kemusnahan yang ditunjukkan dalam poster ini adalah berbentuk logo uniform krew Starfleet Delta. Bermakna poster ini menunjukkan betapa hebatnya villain yang ditunjuk dalam movie ini. Kini semua peminat sedang menghitung hari akan tarikh tayangan movie ini, yang juga akan bersaing dengan movie Man of Steel.
-sumber dari Cinemablend.com








































