Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

Showing posts with label Sitcom. Show all posts
Showing posts with label Sitcom. Show all posts

Tuesday, January 26, 2021

WANDAVISION - MUSIM PERTAMA, EPISOD 3



TAHUN: 2021
JUMLAH MUSIM: 1
JUMLAH EPISOD: 9 Episod
CIPTAAN: Jac Schaeffer
PENGARAH: Matt Shakman
PELAKON: Elizabeth Olsen, Paul Bettany, Debra Jo Rupp, Fred Melamed, Kathryn Hahn, Teyonah Parris, Randall Park, Kat Dennings
GENRE: Romantik Komedi, Misteri, Superhero, Sitkom
BAHASA: Bahasa Inggeris (US)
DURASI: 29 - 36 minit setiap episod
SUMBER TONTONAN: Disney+
Episod kali ini walaupun bermula dengan dekad yang baru iaitu pada tahun 70an, tetapi cerita bersambung dari episod sebelumnya selepas Wanda mengandung. Kini kandungan Wanda membesar dengan begitu cepat dan membuatkan Vision berasa pelik. Mereka bersama-sama melakukan persiapan untuk menyambut kelahiran anak mereka. Geraldine muncul kembali dan menjadi bidan terjun dengan menyambut kelahiran anak kembar Wanda. Tetapi misteri semakin menyelubungi Westview apabila kehadiran Geraldine dipersoalkan.
WandaVision kini berada di dalam sitkom 70an yang bewarna-warni, dan kali ini ianya seolah mendapat inspirasi dari sitkom klasik, The Brady Bunch. Jika dilihat dari babak permulaan dan suasana prop di dalam siri ini ianya memang seakan sitkom tersebut. Di dalam episod kali ini juga masih lagi tidak menjawab persoalan-persoalan yang bermain sejak dua episod sebelum ini.
Namun begitu secara perlahan misteri ini semakin terungkai dan ianya memberikan perjalanan cerita yang semakin menggerunkan, lebih-lebih lagi apabila membabitkan kuasa Wanda. Dapat dilihat peranan Wanda, Vision dan karakter-karakter sampingan dalam episod kali ini. Perkara menjadi semakin menarik apabila terdapat 'turning point' yang membuatkan Wanda kembali menjadi dirinya yang di luar sitkom.
Tiga episod pertama ini membuktikan bahawa ianya baru sebuah permulaan dengan pembangunan misteri yang mungkin akan dirungkaikan pada episod 4 dan ke atas. Di harapkan pada episod-episod mendatang beberapa misteri ini akan terungkai kerana dengan berbekalkan 25 minit durasi untuk satu episod, siri ini tidak sepatutnya mengheret plot menjadi sangat 'slow burn'.
" It's just kinda taken us by surprise. It's just kinda suddenly. Quite suddenly, wasn't it? I mean, practically."
RATING: 4/5
Share:

Monday, January 18, 2021

WANDAVISION - MUSIM PERTAMA, EPISOD 1 & 2 (2021)




TAHUN: 2021
JUMLAH MUSIM: 1
JUMLAH EPISOD: 9 Episod
CIPTAAN: Jac Schaeffer
PENGARAH: Matt Shakman
PELAKON: Elizabeth Olsen, Paul Bettany, Debra Jo Rupp, Fred Melamed, Kathryn Hahn, Teyonah Parris, Randall Park, Kat Dennings
GENRE: Romantik Komedi, Misteri, Superhero, Sitkom
BAHASA: Bahasa Inggeris (US)
DURASI: 29 - 36 minit setiap episod
SUMBER TONTONAN: Disney+
EPISOD 1
Wanda (Elizabeth Olsen) dan Vision (Paul Bettany) yang baru sahaja berkahwin berpindah ke sebuah komuniti digelar Westview dan hidup bersama jiran mereka, Agnes (Kathryn Hahn). Kekeliruan timbul antara Wanda dan Vision apabila majikan Vision akan datang ke rumah untuk jamuan makan malam bersama, tetapi majlis itu disalah anggap oleh Wanda. Berlaku perkara lucu di dalam kekeliruan itu dan Wanda terpaksa meminta pertolongan Agnes untuk menyelamatkan makan malam tersebut. Keseluruhan jalan cerita ini disampaikan dalam bentuk sebuah sitkom tahun 50-an.
Dalam episod ini terus ditunjukkan watak Wanda dan Vision yang menjalani kehidupan sebagai seorang suami isteri tanpa apa-apa pengenalan atau rujukan dari filem-filem Marvel Cinematic Universe sebelum ini. Produk terbaru keluaran Marvel kali ini menyelongkar dunia sitkom yang belum pernah digunapakai sebelum ini. Apa yang menariknya, ianya masih lagi menyajikan tema superhero dan misteri yang bersesuaian dengan kuasa Wanda dan Vision.
Untuk episod ini ianya mengambil inspirasi dari rancangan sitkom klasik, The Dick Van Dyke Show. Bagaimana kisah Wanda dan Vision ini akan dikembangkan ke dunia superhero, masih lagi menjadi rahsia. Tetapi ada babak yang sedikit sebanyak menunjukkan sisi depresi pada diri Wanda. Dan yang menariknya lagi pada babak pengakhiran yang menimbulkan persoalan.
“My husband and his indestructible head.” – Wanda
RATING: 4/5
EPISOD 2
Sambungan dari episod sebelum ini masih lagi menggunakan konsep sitkom zaman hitam dan putih. Tetapi kali ini ianya lebih seakan tahun 60an. Mengisahkan Wanda dan Vision yang sedang mempersiapkan diri untuk sebuah majlis pertunjukan bakat untuk kanak-kanak yang dilakukan oleh komuniti dewasa di Westview. Wanda dan Vision akan melakukan acara silap mata dan timbul pelbagai konflik apabila Vision terpaksa berhadapan dengan sebuah rintangan.
Konsep sitkom kali ini lebih menjurus seperti sitkom Bewitched pada tahun 60an, babak kredit di awalnya pun seakan sama dengan sitkom tersebut. Sekali lagi kali ini ditunjukkan bagaimana Wanda dan Vision cuba untuk menyerasikan diri dengan komuniti di Westview. Tetapi perkara-perkara yang aneh telah menimbulkan sebuah misteri yang semakin mendalam.
Dalam episod ini juga ditunjukkan kuasa Wanda serba sedikit yang mampu menimbulkan kegerunan. Sedikit demi sedikit ditunjukkan tentang kecanggungan yang terdapat di dalam pekan Westview ini. Beberapa watak sampingan juga seolah mempunyai sebuah rahsia yang mungkin akan dibongkarkan tidak lama lagi.
Konsep sitkom 50an dan 60an pada kedua-dua episod WandaVision ini mungkin tidak berapa kena dengan selera penonton dari Malaysia. Malahan ada yang akan berasa bosan kerana siri TV superhero yang disajikan belum menunjukkan sisi superhero yang sepatutnya penuh dengan aksi. Tetapi serba sedikit kedua-dua episod ini telah menunjukkan sebuah plot penceritaan yang penuh misteri yang membuatkan siri ini bertambah menarik.
“Are you using your night vision, Vision?” – Wanda
RATING: 4/5
Share:

Wednesday, July 29, 2020

Siri TV Kegemaran Hady



Untuk menonton sebuah TV Series, kena mempunyai sebuah komitmen yang sangat tinggi. Tetapi ada TV Series yang membuatkan kita terleka dengan peredaran masa dan ingin terus menonton dan menonton. Banyak TV Series yang aku tonton sebenarnya, tetapi banyak juga yang aku tak dapat nak habiskan. Kadang-kadang sebab momentum TV Series itu yang makin lama makin tak menarik. Aku selalunya akan tonton satu episod pertama, dan lihat sama ada aku akan 'hooked' atau tidak. Tapi kadang-kadang Season pertamanya memang tak lekang menonton, sampai season baru dah terasa bosan pulak.

Jadi di sini aku senaraikan 10 TV Series kegemaran aku, semuanya aku tengok sampai habis season, manakala ada yang masih lagi 'ongoing'. Dan ini antara TV Series yang aku boleh ulang tonton banyak-banyak kali. Lebih-lebih lagi yang di kedudukan pertama.

1) F.R.I.E.N.D.S (1994 - 2004 // 10 Seasons)
Jangan cakaplah kalau yang ni, sampai sekarang, kalau kat TV taktau apa nak tengok, automatik aku akan pilih TV Series ni untuk ditonton. Dan setiap kali aku ulang tayang, setiap kali itu juga aku akan gelak ketawa (babak Ross nap dengan Joey), dan kalau ada scene menyayat hati (Chandler lamar Monica) aku akan sebak juga lagi. Semestinya TV Series ni no 1 di dalam hati aku.

"I'm not great at the advice. Can I interest you in a sarcastic comment?" -Chandler Bing

2) Game of Thrones (2011 - 2019 // 8 Seasons)
Aku sebenarnya agak susah nak layan series yang bergenrekan epik, fantasi dan medieval era. Walaupun aku suka filem bergenre begini, tapi untuk sebuah series, kadang kebanyakkannya agak meleret. Tapi berbeza dengan GoT. Episod pertama sahaja dah buatkan aku 'hooked'. Dan Episod 'Baelor' (faham-fahamlah kan) membuatkan aku bertambah-tambah tertarik untuk terus melayan season-season seterusnya. Walaupun series ini mempunyai antara 'Season Finale' terburuk, tetapi aku memandang bagaimana perjalanan series ini dari awal. Banyak babak-babak yang diingati, dan series ini juga aku boleh tonton berulang kali.

"Leave one wolf alive and the sheep are never safe." - Arya Stark

3) How I Met Your Mother (2005-2014 // 9 Seasons)
Series ni banyak falsafah, banyak mengajari erti kehidupan. Dan jenaka dalam series ini juga sangat kreatif lebih-lebih lagi yang ditunjukkan oleh Barney Stinson dan Marshall Eriksen. Kalau nak cari life quotes, series ni memang banyak.

“ Whatever you do in this life, it's not legendary unless your friends are there to see it.” - Barney Stinson

4) Black Mirror (2011-2019 // 5 Seasons)
Ibarat antologi Twilight Zone, tetapi versi dystopian dan sains fiksyen. Tengok je episod pertama, mesti akan sangkut sampailah ke season terbaru. Aku paling suka kalau episod dengan ending yang disturbing dan membuatkan kita terfikir-fikir. Sememangnya series ni sangat sesuai dengan peredaran zaman sekarang.

"It turned out a lot of my friends didn't care for honesty. Treated me like I had taken a shit at their breakfast table. But Jesus Christ, it felt good." - Lacie Pound, Nosedive

5) Breaking Bad (2009-2013 // 5 Seasons)
Perfect storyline. Perfect cast. Perfect ending. Just pure perfection!

“Say my name.” - Walter White

6) The Big Bang Theory (2007-2019 // 12 Seasons)
Walaupun sebuah sitcom, tetapi dengan mengangkat tema sains dan akademik membuatkan series ini lain dari yang lain. Dengan membawa kisah watak-watak geek dan menyelami dunia fandom, fizik dan sains fiksyen menjadikan ini antara series kegemaran aku.

"Bazinga!" - Sheldon Cooper

7) Stranger Things (2016- // 3 Seasons // Ongoing)
Series ni membawa kita ke zaman 80an, dengan 80s pop culture yang berlambak, ditambah pula dengan genre 'monster' yang cuba dibawakan membuatkan kemunculan season baru series ini ditunggu-tunggu.

“She‘s our friend and she‘s crazy.” – Dustin

8) The Boys (2019- // 1 Season // Ongoing)
Walaupun baru satu season, tapi series ni dah jadi antara series paling aku minat. Dengan menggunakan premis Superhero yang korup, dan babak-babak ganas membuatkan series ini semakin menarik. Karl Urban sebagai Billy Butcher yang ganas sememangnya watak yang sangat best. Tak sabar nak tunggu Season 2 bulan September ni.

"Well, well, well, if it ain't the invisible cunt." - Billy Butcher

9) Ozark (2017- // 3 Seasons // Ongoing)
Ya, kita akan rasa stress bila menonton series ini. Kerana konfliknya memang langsung tak berkesudahan hinggalah ke episod terbaru. Sekarang nak masuk Season 4.

"You sentimentalize property, you can kiss profits goodbye." - Marty Byrde

10) Daredevil (2015-2018 // 3 Seasons)
Charlie Cox sebagai Matt Murdock / Daredevil dan Vincent D'Onofrio sebagai Wilson Fisk / Kingpin. Ini sahaja dah memadai untuk menunjukkan series ini antara series dari Marvel yang hebat.

“I’m not seeking penance for what I’ve done, I’m asking forgiveness…for what I’m about to do.” - Matt Murdock

Share:

Tuesday, June 23, 2020

Kim's Convenience (2016-Kini) - Ulasan Siri TV


Salah satu sitcom menarik sedang ditayangkan di Netflix. Dah ada 4 season, satu season 13 episod, satu episod setengah jam sahaja. 

Sitcom yang menceritakan tentang keluarga Kim yang berbangsa Korean-Canadian yang mempunyai kedai runcit di Canada. Sitcom ni agak dekat dihati kerana permasalahan kekeluargaan dalam sitcom ini agak related juga dengan kehidupan kita. 

Watak-watak yang berbilang kaum juga ditunjukkan membuatkan sitcom ini sangat unik. Apa yang penting, memang cukup terhibur menonton sitcom ini dan menyaksikan telatah watak-watak dalam sitcom ini.

Tonton Hady TV Review Kim's Convenience di Youtube:
Share: