Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

Friday, June 1, 2012

The Ten Pick - Legendary Smith!

Will Smith merupakan seorang aktor Hollywood yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Aktor yang sememangnya prolifik malah bersih dari gosip-gosip liar ini memang sangat terkenal dengan lakonan-lakonannya yang sering memberi kesan. Mula mencipta nama dengan kemunculannya dalam sitkom The Fresh Prince of Bel-Air, Smith terus bangkit membina empayar tersendiri setelah terbabit dalam bidang perfileman. Sempena tayangan movie terbarunya, Men In Black 3, ini lah sepuluh watak-watak yang pernah dijayakan Will Smith pilihan aku.

#10 Detective Mike Lowrey
No 10. Detective Mike Lowrey dari Bad Boys (1995) dan Bad Boys II (2003)
 adalah watak yang benar-benar melonjakkan nama
Will Smith di persada perfileman!
#9 Captain James "Jim" West
No 9. Smith mengambil risiko dengan membawa watak Captain James 'Jim' West dalam
movie komedi Wild Wild West (1999) apabila movie ini membawa
pulangan tiket yang kurang memberangsangkan.
#8 Dr. Robert Neville
No 8. Will Smith adalah lelaki terakhir dalam movie I Am Legend (2007). Membawakan watak
Dr. Robert Neville, movie ini menonjolkan sisi serius beliau.
#7 Alex "Hitch" Hitchens
No 7. Hitch (2005) membuktikan Will Smith adalah seorang pelakon yang serba boleh. Dengan
membawa watak seorang doktor pakar cinta, Alex 'Hitch' Hitchens,
Smith kelihatan sangat segar dalam movie ini.
#6 Muhammad Ali
No 6. Watak ini hampir sahaja mengiyakan Will Smith untuk membawa pulang Oscar.
Tiada siapa sangka beliau mampu membawa watak seberat
Ali (2001), seorang lagenda peninju terkenal dunia.
#5 Oscar
No 5. Walaupun sebagai seekor ikan gapi, tetapi aura Will Smith tetap terasa.
Beliau mencuba berlakon suara pula di dalam movie Sharktale (2004) dengan
wataknya sebagai Oskar, seekor ikan kecil yang bercita-cita besar.
#4 Detective Del Spooner
No 4. Kini movie Sci-Fi pula! Di dalam I, Robot (2004), Smith menjayakan watak
Detective Del Spooner yang tidak percayakan kewibawaan robot
yang menjadi alat pembantu manusia paling utama pada zaman depan.
#3 John Hancock
No 3. Seorang superhero selekeh, itulah wataknya kali ini dalam movie Hancock (2008).
Smith berjaya menjadikan movie ini diminati dengan gayanya yang
cukup selamba.
#2 Agent J
No 2. Karakter movie Smith yang paling popular, Agent J. Satu-satunya watak
yang Will Smith bawakan dalam sebuah trilogi. Tiada siapa yang tidak mengenal
Agent J dalam trilogi Men In Black (1997, 2002 & 2012) jika mereka kenal Will Smith.
 #1 Chris Gardner
No 1. Will Smith cuba sebaik mungkin membawa watak realiti bernama Chris Gardner dalam
movie The Pursuit of Happiness (2006) dan beliau berjaya! Watak seorang
usahawan yang cuba mendaki gunung kejayaan ini benar-benar menyayat hati. Di samping itu,
Smith turut berlakon bersama anak lelakinya, Jaden Smith dalam movie ini.

Share:

Sunday, February 26, 2012

Lebih Dari Biasa Bro!* sebuah reviu Adnan Sempit 2




Sejauh mana kehebatan komedi movie Adnan Sempit 2? Ok lah, ini impresi dari aku. Movie ini telah berjaya membuatkan aku kembali menaip reviu dalam laman blog ini setelah sekian lama! Gedit?! Haha...Serius. Aku tau korang malas nak baca reviu aku sampai ke bawah, so aku skip semua ayat, lompat kepada kesimpulan aku ini. Pergi tengok movie ini! Ianya sangat kelakar! Ianya boleh membuatkan beban dalam kepala anda hilang!

Serius. Semasa aku nak pergi tengok wayang (setelah sekian lama), aku ada dua pilihan. Movie This Means War dan Adnan Sempit 2. Underworld Awakening? Journey 2? Azura? Tak dapat menarik aku. So, aku memang dah nyaris tak nak tengok Adnan Sempit 2, sebab fobia aku terhadap movie melayu di panggung wayang masih belum hilang (hanya abang Mamat dan Afdlin mampu menggodaku). Tapi dek kerana timing untuk Adnan Sempit 2 tu cantik, ditambah pulak dengan movie This Means War tu bagi aku, eh, it can wait!, so aku pun putuskan jugak nak tengok movie ni.

Aku dah lama tak gelak gila-gila punya dalam panggung wayang. Sebelum ni aku tengok Puss In Boots dan Ghost Rider 2 (ya, aku tak buat reviu movie-movie ini!) pun tak gelak macam aku tengok Adnan Sempit 2. Komedi itu luas.Aku pun kadang-kadang annoyed jugak dengan mereka-mereka yang suka lawak bodoh. Bukan melayu je, semua jenis bangsa pun sama. Tapi macam yang aku cakap tadi, komedi itu luas. Kalau orang nak gelak tengok lawak bodoh, takkan kita nak halang?

Sebenarnya movie Adnan Sempit ni secara majornya mengetengahkan lawak broken english. Suka betul kita dengan lawak broken english ni. Yelah, ni bukan kali pertama lawak macam ni diketengahkan dalam movie melayu. Saiful Apek dulu pun, sampai sekarang suka bebenor buat lawak macam tu. Tapi tu lah, bagi aku Shaheizy Sam yang bawak watak Adnan tu lebih lawak berdouble-double dari Saiful Apek. Means that takde lah sampai dia boleh beat Apek. Tapi secara kreatifnya, Sam tidak akan membawa watak Adnan ke dalam movie komedi lain. Adnan hanya dalam Adnan Sempit. Kita tak nampak watak Adnan tu dalam Ngangkung, watak tu jugak takde dalam Songlap, atau mana-mana lagi lah watak komedi yang dibawa Shaheizy Sam. Tetapi Apek tetap Apek. Apa sahaja watak komedi cuba dibawa Apek, ianya tetap berkarakterkan Apek. Itulah yang membuatkan aku sangat salute pada Sam. Bagi aku, Sam memang benar-benar true comedy actor dalam movie ni.

Walaumacamanapun, tak bermaksud pelakon lain dalam movie ni tak menonjol. Serius, aku sangat terkejut dengan olahan buah tangan Ismail Bob Hasim yang mampu mereka bentuk susur komedi dalam diri setiap pelakon movie ini. Ya, Ahmad Tarmimi sememangnya kelakar, aku tak deny itu. Tapi Intan Ladyana, Yana Samsudin, Aznah Hamid, malah Syuk Balas, mereka ni pun mampu mengangkat movie Adnan Sempit 2 ini bersama-sama dengan komedi mereka sendiri. Serius, aku suka dengan babak di mana Wawa (Yana Samsudin) dan Nadia (Intan Ladyana) di kedai makan. Susah ikutkan nak mewujudkan suasana komedi jika si hero tak ade. Tapi itulah hebatnya mereka ini, dan Ismail, di mana mereka mampu menjadikan sesuatu yang gedik dan annoyed, to become something funny. Sekali lagi, pergi tengok. No spoilers ini this reviu. Haha.




Ah! Aku tak nak cerita pasal jalan cerita. Bagi aku, ada movie yang memang menarik walaupun jalan cerita tak kuat. Memang, sama seperti movie ini. Tetapi ianya subjektif. Pertama kalinya, aku tak nilai sesebuah movie hanya melalui jalan cerita. Sebab untuk movie ini, aku hanya titik beratkan nilai komedinya sahaja. Dan tak mustahil movie ini boleh jadi feveret aku...
Share:

Thursday, December 8, 2011

Movie Melayu Akan Datang!

Amaran keras! Setiap mereka sama ada individu mahupun yang berkumpulan atau berkeluarga yang menginginkan sebuah movie melayu sedap mata memandang, telinga mendengar, dan sedap lagi jiwa yang merasa, hendaklah jangan menilai movie-movie yang akan dipaparkan di bawah, melalui posternya. Benar kata-kata 'Jangan menilai buku dari kulitnya', dan mengikut trend zaman sekarang, aku boleh guna peribahasa, 'Jangan nilaikan filem dari posternya'. Tetapi dari kuota penilaian filem terbaik FFM, hendak lah kita nilai posternya, kerana poster yang terbaik itu lah yang mendapa award filem terbaik (ahaks)!

Awal tahun 2011, aku tertarik dengan poster-poster dan sinopsis-sinopsis movie melayu yang bakal ditayangkan pada waktu itu. Tetapi, hanya sekerat dua (mungkin takde) yang mampu untuk aku puji melambung. Mungkin sekarang movie melayu dalam fasa peningkatan, maka selepas ini, diharapkan fasa yang baru akan memberi penekanan dari segi cerita, bukan teknik semata. Dan disebabkan fasa movie melayu semakin meningkat, keluarlah movie-movie seperti yang di bawah ini (susunan adalah tidak teratur, tiada bias dengan mana-mana pihak!).

Filem arahan Dain Said, pelakon-pelakonnya adalah seperti Zahiril Adzim (wow!) dan Faizal Husein (wow!), serta ada beberapa lagi pelakon hebat dalam movie ni. Membawa tema penceritaan yang unik iaitu menggunakan aksi pertarungan Muay Thai sebagai intipati. Mengisah hubungan antara adik beradik, yang membabitkan beberapa insiden gelap. Coming soon.

Bila melayu ber'Remake'! Antara movie paling dinantikan tahun 2012. Lakonan dari pelakon muda, Neelofa membawa watak Azura yang dulu dipegang oleh Ogy Ahmad Daud, dan (omg!) Shah Jaszle memegang watak Zack, asal lakonan Jamal Abdilah (!!!). Barisan pelakonnya tidak menarik perhatian aku sangat, kecuali Afdlin Shauki. Tetapi sesuatu yang menarik dalam movie ini adalah, Aziz M. Osman! Lamanya dia tak mengarah movie. Nice one Abang Aziz! Coming in 02/02/12.

Aku takde idea movie ni pasal apa. Kalau tengok tajuk macam nama klip 3gp (haha). Lakonan Maria Farida sebagai Datin yang ghairah sangat tu. Dan Aaron Aziz yang memegang dua watak. Kadang-kadang movie macam ni yang tak disangka-sangka boleh pecah panggung. Tapi biarlah jangan movienya berisikan babak yang sama macam tajuknya, tak elok lah orang Melayu buat cerita ghairah-ghairah ni! Haha. Coming dalam hujung tahun 2011 ni jugak.

Wow! Wow! Wow! Movie ni paling aku nantikan sebenarnya. Dari pengarah paling hebat Malaya, Abang Mamat Khalid! Rasanya ini lah saga terhebat pernah dihasilkan di Malaysia, iaitu Saga Kampung Pisang. Bermula dengan Zombi Kampung Pisang (terbaik), kemudian Hantu Kak Limah Balik Rumah (lagi terbaik), kini muncul satu lagi,Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit! Terbaik lah dari Abang Mamat. Aku akan tonton movie ini dipanggung sama seperti movie-movie sebelumnya. Kadang-kadang, nak buat komedi itu lebih susah! Coming soon in 2012.

Seram lagi. Aku muak dah dengan movie-movie seram macam ni. Takde genre lain dah ke? Sekurang-kurangnya buat lah satu cerita seram yang boleh bagi pengajaran kat orang. Setakat letak ayat Al-Quran kat awal dan akhir cerita, belum cukup nak sedarkan orang yang percaya hantu tu lagi kuat adalah syirik! Tapi takpe lah, tengok je lah movie ni macam mana gayanya. Arahan Azhari Zain. Coming Soon 2012.

Dah dalam botol kicap pulak dah. Mungkin movie-movie macam ni dah timbulkan satu culture yang baru dalam hidup orang-orang Melayu. Tak salah pun kalau diorang suka movie-movie macam ni. Tapi kadang-kadang kalau dipelbagaikan jenis movie pun best jugak. Sekali lagi arahan Azhari Zain. Coming in 09/02/12.

Saadom buat hal lagi. Kali ni Mia dah besar, dah kerja, dah nak kahwin. Tapi bapak dia, Dom, sama macam dulu, nak supervise anak dia 24 jam. Aku suka sebenarnya tengok Afdlin buat cerita-cerita macam ni. Di dalam kita dihantui movie-movie seram, movie macam Papadom ni sikit sebanyak boleh menenangkan sikit otak kita. Tak sabar nak tunggu movie-movie abang Afdlin yang seterusnya. Coming soon 2012.

Alaaaahhh...kum kum! Pelakon, tak menarik perhatian aku. Pengarah, sedikit menarik perhatian. Dari Ismail 'Bob' Hasim, seorang pengarah yang lain sudut pandangannya. Adakah movie ini akan pecah panggung, atau pecah kepala? Tengok je lah nanti, atau, kita boleh layan je telemovie Kum Kum arahan Michael Ang, lagi best! Coming in 26/02/12

Seronok tengok trailer movie ni. Kelakar, drama, mencemaskan. Pelakon pun hebat-hebat. Ada Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali, Normah Damanhuri, Hasnol Rahmat dan ramai lagi. Apa yang best nya dalam movie ni Sam ngan Syafie jadi adik beradik. Antara movie yang aku boleh tengok kat panggung. Coming soon 2012.

Gilolah! Abang Mamat lagi! Buat movie ala-ala Crow Zero! So nampak tak yang Abang Mamat ni bukan syok sendiri? Dia prihatin jugak kat selera anak muda. Confirm aku tengok movie ni. Mengisahkan keadaan Malaysia pada zaman akan datang, di mana pop culture menjadi raja. Memang movie ni dibikin style ala-ala novel grafik atau manga Jepun yang kita selalu baca. Pelakon pun hebat-hebat. Tapi kenapa Farid Kamil pulak jadi heronya...kalau watak X diberikan kepada Zahiril Adzim, Shaheizy Sam atau Johan As'ari pun style jugak. Coming soon 2012!


Dalam senarai di atas, ada movie yang buat aku tertarik, ada juga yang tidak. Selain dari yang ini, banyak lagi movie-movie melayu yang akan datang tahun depan. Setiap minggu akan ada movie melayu yang baru. Ini mendatangkan satu fenomena baru dalam industri filem tanah air. Antara movie lain yang akan datang adalah seperti movie 8 Jam, KL Gangster 2, Berani Punya Budak, Adnan Semp-it 2, Aku Kau dan Dia, Rock Ooo, dan banyak lagi. Memang meriah hidup kita diserikan dengan movie-movie ini (mungkin).

Share:

Sunday, December 4, 2011

Ini Bukan Ombak, Ini Tsunami! - movie Ombak Rindu



Nampaknya selepas beberapa kekecewaan yang dialami penerbit-penerbit movie di Malaysia pada hujung tahun ini telah dicantas dengan kehadiran sebuah movie blockbuster hebat. Sememangnya kita boleh perhatikan, pada suku tahun keempat tahun ini menyaksikan beberapa movie melayu yang kecundang dengan kebanyakkannya tidak dapat menggondol gelaran box office. Hanya beberapa sahaja movie yang mampu mencecah angka 1 dan 2 juta. Tetapi kehangatan tiket wayang movie melayu tidak setakat berhenti pada movie KL Gangster yang mengaut keseluruhan hampir RM12 juta.



Ini kerana kejayaan terbaru dicatat oleh movie Ombak Rindu yang setakat ini berjaya meraih RM2 Juta dalam masa 3 hari. Pada hari pertama tayangan sahaja dah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM750,000. Jika kutipan ini konsisten selama tarikh tayangannya, tak mustahil ianya akan mengalahkan carta Box Office yang dipegang KL Gangster. Kutipan 3 hari ini adalah pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, dan ini diharapkan agar Ombak Rindu berjaya mengutip nilai yang lebih tinggi pada hari Ahad.


Ombak Rindu yang diarahkan oleh pengarah hebat Osman Ali, dibintangi oleh bintang ternama seperti Maya Karin, Lisa Surihani, Aaron Aziz dan Bront Palarae. Movie Ombak Rindu ini juga adalah hasil adaptasi dari novel Ombak Rindu karangan Fauziah Ashari. Mari sokong movie melayu!

Share:

Friday, December 2, 2011

Afdlin Masih Berbisa *sebuah reviu Misteri Jalan Lama



Bercerita pasal Afdlin Shauki, sudah dekat dua tahun movie brader ni tak produce. Aku sebagai peminat setia Afdlin Shauki (pengarah Malaysia yang aku kagumi adalah abang Afdlin ngan Mamat Khalid!), sentiasa menanti-nanti movie-movie arahannya. Baik dari movie pertamanya, Buli, kepada Baik Punya Cilok, Buli Balik,  Los dan Faun, Papadom serta My Spy, semuanya aku tonton di panggung kecuali movie Sumolah, sebab masa tu dalam keadaan payah nak pergi panggung. Aku suka movie Buli, Baik Punya Cilok dan Buli Balik. Tetapi bagi aku, selepas Los dan Faun, movie-movie selepas itu iaitu Papadom dan My Spy kurang menyengat. Walaupun Papadom memenangi award Filem Terbaik FFM, tapi ketika itu aku rasa Talentime lagi layak menang. Mungkin Afdlin cuba melakukan kelainan dalam movie tersebut. Ah, lupakan mengenai movie-movie itu, apa yang aku nak cerita sekarang adalah tentang movienya yang sangat lama untuk disiapkan hingga mengambil masa 2 tahun, iaitu movie Misteri Jalan Lama.

Kehadiran Misteri Jalan Lama sedikit sebanyak mengubat rindu aku kepada movie-movie hasil tangan Afdlin. Walaupun movie ini adalah movie serius pertama beliau, bagi aku ianya suatu perkara yang sukses. Memang susah untuk seseorang yang sangat sebati dengan jiwa komedi untuk melakukan sesuatu perkara yang serius. Bayangkan lah kalau Mel Brooks buat movie seperti movie-movie M. Night Shyamalan! Tetapi Afdlin membuktikan bahawa beliau sangat berkebolehan dan berbakat serba boleh. Sekalipun aku katakan percubaannya untuk mengarah sesuatu yang serius adalah sukses, sepanjang jalan penceritaan movie ini, aku seolah merasa jiwa komedi Afdlin yang membuak-buak ingin keluar dari kepompong jalan cerita serius itu. Cerita yang serius ini semakin lama semakin aktif keluarnya dialog-dialog lucu, dan ini membuktikan bahawa Afdlin memang tidak boleh lari dari dunia komedi. Tetapi itu bukanlah kelemahan movie ini, adalah sesuatu yang menarik bila kita tertawakan sesuatu yang serius.

Misteri Jalan Lama mengisahkan dua beradik, Indra (Hans Isaac) dan Illya (Que Haidar). Selepas kematian bapa mereka iaitu Dato' Iskandar (Tamimi Siregar), Indra diwasiatkan agar menghantar Illya pulang ke tempat asalnya. Dalam perjalanan pulang ke kampung melalui jalan lama itulah terjadinya berbagai peristiwa aneh dan supernatural di mana semuanya itu membabitkan asal usul sebenar Illya. Kewujudan makhluk bunian dan 'orang goul' menyuntik semangat penonton untuk lebih memberi perhatian kepada cerita ini. Di Malaysia, ianya sesuatu yang unik apabila Afdlin mampu menyelitkan elemen halus dalam dunia moden. Kita pernah sahaja lihat makhluk-makhluk mistik yang dipaparkan dalam movie-movie Hollywood. Di tambah pula dengan bajet yang sangat rendah, aku agak terpukau dengan kesan khas yang dipaparkan beserta dengan dunia bunian yang dicipta. Malahan aku yakin bahawa Afdlin boleh sahaja disama tarafkan dengan pengarah-pengarah Hollywood sekiranya beliau diberi peluang untuk mengarah movie-movie berbajet tinggi.

Lakonan Que Haidar(Illya) dan Hans Isaac(Indra) sebagai adik beradik.
Movie Misteri Jalan Lama ini sudah tentulah tidak dapat memenuhi cita rasa selera tempatan, tetapi bagi aku, movie ini boleh dijadikan pemangkin kepada pembikin movie yang lain supaya lebih berdaya kreatif dalam menghasilkan movie berbentuk thriller dan seram. Aku tak kata movie ini seratus peratus sempurna, masih ada kelemahan dalam jalan penceritaan movie ini, tapi aku cukup faham, dengan kurangnya bajet dan tempoh pembikinan, movie ini tidak dapat dihasilkan seperti yang diharap. Tapi ianya masih lagi dalam paras yang berjaya dengan dialog-dialog yang cukup kuat dan diselitkan pula dengan skor muzik cukup menarik. Nak disebut dari aspek lakonan pula, memang sangat superb.

Memang seronok tengok Namron jadi gangster...
Oh,Que Haidar, kenapalah kau nak berhenti dari bidang lakonan yang kau sangat-sangat hebat. Tapi aku faham, keluarga lebih penting. Que Haidar sememangnya wajar diberi pengiktirafan tinggi di atas usahanya yang sangat berkesan dalam menghasilkan sebuah lakonan yang hebat. Walaupun masih muda, beliau berjaya melangkaui kehebatan pelakon lama seperti Hans Isaac.

Vanida Imran sebagai Pemaisuri Bunian.
Wataknya sebagai Illya sememangnya satu penggerak cerita yang sangat berjaya. Sama juga seperti Hans Isaac, malah aku juga tertarik dengan watak Botak lakonan Namron. Beliau juga pelakon yang hebat, walaupun memegang peranan yang kecil, tetapi all out yang diberi cukup hebat. Kredit juga perlu diberi kepada Tamimi Siregar, Vanida Imran, Afdlin Shauki, dan oh, juga kepada Marion Caunter sebagai puteri bunian. At last, puteri bunian bukan melayu!

Di sebalik baju makhluk ni adalah tuan pengarah!
Jalan cerita movie ini pula, perlu dinasihatkan, memang sangat perlahan pada awal penceritaan. Tetapi setiap dialog dan setiap plot yang ditonjolkan sangat penting untuk difahami kerana tiada satu pun yang kosong tanpa sebab. Ada perkaitan menarik antara satu babak ke babak yang lain hingga kita menanti-nanti untuk penghujung cerita. Cuma aku agak kurang jelas pada babak antara Harak (Afdlin Shauki) dan Permaisuri Bunian (Vanida Imran) di mana penggunaan suara garau dan halus sangat menyukarkan aku faham perbualan mereka tentang konflik penceritaan. Tetapi itu tidak mengganggu fokus pada Illya yang menjadi punca dan jawapan konflik itu. Sehebat mana pun movie ini, tetap sedikit mengecewakan pada babak yang terakhir. Tetapi sekali lagi aku katakan, ianya masih lagi satu percubaan yang sangat hebat dan bagus! Tahniah brader Afdlin!

Lakonan

Plot
Efek
Skor Muzik
RATING
Share: