Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

Monday, December 3, 2012

Kepercayaan Terhadap Yang Karut. *sebuah review Life of Pi.


Menonton movie ini ibarat menonton imbasan movie-movie dari Forrest Gump, Titanic, Cast Away, Avatar dan Slumdog Millonaire. Tak boleh aku nak katakan movie ini terlalu bagus, tapi movie ini sememangnya mewujudkan satu semangat luar biasa di hati penonton. Kehadiran jalan cerita yang diadun dengan efek grafik khas yang sebati jarang kita dapat lihat dalam sesebuah movie. Tetapi dalam Life of Pi, efek khas yang ditonjolkan sangat bersesuaian dengan jalan ceritanya.

Life of Pi mengisahkan hidup seorang lelaki bernama Pi atau Piscine Molitor Patel (Suraj Sharma/Irrfan Khan) yang penuh dengan kekeliruan tentang erti hidup yang mempunyai kepelbagaian agama. Pi dibesarkan secara liberal oleh ibu bapanya di sebuah zoo dan hidupnya penuh dengan pertanyaan tentang hukum alam. Plot mula mendebarkan apabila kapal yang sepatutnya membawa Pi dan keluarganya serta berpuluh binatang dari zoonya ke Kanada, dikaramkan oleh ribut di tengah laut. Pi terselamat, tetapi ditemani oleh seekor makhluk menakjubkan di atas bot keselamatan, iaitu seekor harimau bengal.

Aku sendiri pada mulanya tertanya-tanya di manakah plot utama movie ini. Adakah movie ini benar seaakan Avatar? Tetapi pada awalnya ianya seperti Forrest Gump. Pertengahannya pula seakan movie Cast Away. Ternyata movie ini mempunyai plot yang sangat kuat yang bukan sekadar bersandar pada survival Pi dengan harimau bengal itu. Life of Pi menyajikan lebih dari itu.

Jangan tersentak sekiranya movie ini menyentuh isu agama pada awal penceritaan. Mereka yang tidak kuat pastinya akan terkejut dengan kehidupan Pi yang menganuti tiga agama iaitu Hindu, Kristian dan Islam. Bagi aku orang Islam, tak salah jika menggunakan pemahaman Pi dalam mencari maksud kehidupan yang di lengkapi agama. Mungkin penterjemahannya lain dari sudut pandangan Pi, tetapi pada akhirnya, kita dapat lihat bagaimana jalan cerita Pi tidak masuk akal, dan disamakan pula dengan agama. Tapi cukuplah sekadar aku rumuskan sedikit sahaja tentang subjek agama dalam movie ini. Biarlah pemahaman ini aku sahaja yang tafsir kerana aku bukan lah bijak pandai agama yang boleh menterjemah setiap satu hukum dan hakam.

Movie ini juga menonjolkan nilai persahabatan dan kekuatan Pi menjadi seorang makhluk yang dominan ketika berduaan dengan harimau bengal yang bernama Richard Parker. Selama satu jam lebih ditonjolkan babak Pi dan Richard Parker berduaan di tengah lautan langsung tidak menerbitkan rasa bosan di hati aku. Malahan disinilah pengarahnya, Ang Lee, menggunakan efek khas sebaik mungkin dengan menonjolkan keindahan alam lautan yang sangat luar biasa.

Lakonan pelakon-pelakon dalam movie ini juga perlu dipuji. Irrfan Khan sangat luar biasa walaupun dia sekadar menjadi watak Pi ketika dewasa yang menceritakan kembali kisah hidupnya. Tetapi tonggak utama yang menggerakkan movie ini ternyata milik Suraj Sharma yang memainkan watak Pi. Jangan terkejut jikalau wataknya ini bakal diberi penghargaan yang tinggi dalam industri Hollywood.

Life of Pi adalah movie yang wajar ditonton oleh mereka yang mahu berfikir tentang kehidupan dan juga bagi mereka yang mencari movie yang kuat pada jalan ceritanya, malahan hebat pula dari segi teknikal dan grafik. Dan endingnya merupakan sebuah lagi ending epik dari movie berbentuk sebegini...

EFEK KHAS

SKOR MUZIK

LAKONAN

PLOT

RATING




Share:

Mereka patut belajar dari sini...*sebuah review Wreck-It-Ralph.



Mantap. Itu lah secara kesimpulannya boleh aku rumuskan tentang movie ini. Sebuah kelainan yang ditunjukkan oleh Disney ini mampu membuka mata para pembikin filem bahawa movie animasi bukan sekadar picisan.

Aku sudah lama perhatikan pembuatan movie-movie animasi 3D dari Disney. Pada awalnya, agak janggal bila menonton sesebuah movie animasi Disney tanpa kolaborasi dari Pixar. Ya, Wreck-It-Ralph adalah sebuah animasi dari Disney yang total tanpa campur tangan mana-mana produksi lain. Disney yang sudah hebat dengan movie-movie 2D-nya, ya, sangat sangat hebat, kini cuba menggegar Hollywood dengan buah tangannya yang terbaru ini.

Wreck-It-Ralph adalah sebuah drama komedi mengenai sebuah kehidupan makhluk video game pada era 80an hinggalah sekarang. Kedengaran agak klise jika dibayangkan dalam movie ini terdapat watak-watak ikonik dari kehidupan video game seperti Pac Man, Street Fighter, Sonic the Hedgehog dan banyak lagi. Tetapi movie ini bukan tentang watak-watak ikonik ini. Ternyata di suku kedua penceritaan, aku dapat menyaksikan tiada kesan klise yang dapat mencacat celakan movie ini.

Ralph merupakan watak orang jahat dalam game arked Fix-It-Felix. Saban hari kerjanya adalah dengan menjadi watak jahat yang akhirnya membuatkan dia sedar akan dirinya yang ingin menjadi seorang yang baik. Di sinilah tercetusnya idea dari Ralph ingin menjadi seorang yang bukan dirinya, dan bermulalah konflik serta plot penceritaan yang menarik ketika Ralph cuba untuk mencapai pingat hero dalam video game Hero Duty yang menyebabkan kekacauan hingga terjebak ke dunia Sugar Rush. Di situlah Ralph bertemu dengan Venellope yang juga mempunyai masalah dalam dunia gamenya sendiri.

Keutuhan 4 watak utama dalam movie ini iaitu Ralph (John C. Reily), Venellope (Sarah Silverman), Felix (Jack McBrayer) dan Calhoun (Jane Lynch) sangat hebat serta saling melengkapi antara satu sama lain. Tapi secara peribadi, aku sangat tertarik dengan watak Venellope. Orang akan tertipu dengan jasad kanak-kanaknya, tetapi keletah serta pertuturannya sangat menunjukkan bahawa Venellope adalah satu watak yang sudah lama hidup dalam dunia video game.

Apa lagi yang menarik dalam movie ini adalah twist serta kejutan pada babak akhir. Jujur cakap, kehadiran plot yang twist sangat mengujakan dan tidak disangka-sangka. Movie ini juga menonjolkan babak-babak yang mampu mengundang sebak di hati penonton.

Ini bukanlah sejenis movie animasi yang boleh kita ketawa terbahak-bahak seperti movie-movie keluaran Dreamworks mahupun Pixar. Ianya lebih dari itu kerana dalam movie ini, anda akan lihat kedewasaan Disney mempersembahkan karyanya yang sangat ampuh dengan ciri keanakan, tetapi mempunyai storyline yang sangat mantap. Ini merupakan satu subjek dari Disney yang menunjukkan mereka mampu. Dan pembikin movie live action, sepatutnya belajar dari movie ini...

EFEK KHAS

SKOR MUZIK

LAKONAN

PLOT

RATING


Share:

Friday, November 30, 2012

There will be more...


Share:

Friday, June 1, 2012

The Ten Pick - Legendary Smith!

Will Smith merupakan seorang aktor Hollywood yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Aktor yang sememangnya prolifik malah bersih dari gosip-gosip liar ini memang sangat terkenal dengan lakonan-lakonannya yang sering memberi kesan. Mula mencipta nama dengan kemunculannya dalam sitkom The Fresh Prince of Bel-Air, Smith terus bangkit membina empayar tersendiri setelah terbabit dalam bidang perfileman. Sempena tayangan movie terbarunya, Men In Black 3, ini lah sepuluh watak-watak yang pernah dijayakan Will Smith pilihan aku.

#10 Detective Mike Lowrey
No 10. Detective Mike Lowrey dari Bad Boys (1995) dan Bad Boys II (2003)
 adalah watak yang benar-benar melonjakkan nama
Will Smith di persada perfileman!
#9 Captain James "Jim" West
No 9. Smith mengambil risiko dengan membawa watak Captain James 'Jim' West dalam
movie komedi Wild Wild West (1999) apabila movie ini membawa
pulangan tiket yang kurang memberangsangkan.
#8 Dr. Robert Neville
No 8. Will Smith adalah lelaki terakhir dalam movie I Am Legend (2007). Membawakan watak
Dr. Robert Neville, movie ini menonjolkan sisi serius beliau.
#7 Alex "Hitch" Hitchens
No 7. Hitch (2005) membuktikan Will Smith adalah seorang pelakon yang serba boleh. Dengan
membawa watak seorang doktor pakar cinta, Alex 'Hitch' Hitchens,
Smith kelihatan sangat segar dalam movie ini.
#6 Muhammad Ali
No 6. Watak ini hampir sahaja mengiyakan Will Smith untuk membawa pulang Oscar.
Tiada siapa sangka beliau mampu membawa watak seberat
Ali (2001), seorang lagenda peninju terkenal dunia.
#5 Oscar
No 5. Walaupun sebagai seekor ikan gapi, tetapi aura Will Smith tetap terasa.
Beliau mencuba berlakon suara pula di dalam movie Sharktale (2004) dengan
wataknya sebagai Oskar, seekor ikan kecil yang bercita-cita besar.
#4 Detective Del Spooner
No 4. Kini movie Sci-Fi pula! Di dalam I, Robot (2004), Smith menjayakan watak
Detective Del Spooner yang tidak percayakan kewibawaan robot
yang menjadi alat pembantu manusia paling utama pada zaman depan.
#3 John Hancock
No 3. Seorang superhero selekeh, itulah wataknya kali ini dalam movie Hancock (2008).
Smith berjaya menjadikan movie ini diminati dengan gayanya yang
cukup selamba.
#2 Agent J
No 2. Karakter movie Smith yang paling popular, Agent J. Satu-satunya watak
yang Will Smith bawakan dalam sebuah trilogi. Tiada siapa yang tidak mengenal
Agent J dalam trilogi Men In Black (1997, 2002 & 2012) jika mereka kenal Will Smith.
 #1 Chris Gardner
No 1. Will Smith cuba sebaik mungkin membawa watak realiti bernama Chris Gardner dalam
movie The Pursuit of Happiness (2006) dan beliau berjaya! Watak seorang
usahawan yang cuba mendaki gunung kejayaan ini benar-benar menyayat hati. Di samping itu,
Smith turut berlakon bersama anak lelakinya, Jaden Smith dalam movie ini.

Share:

Sunday, February 26, 2012

Lebih Dari Biasa Bro!* sebuah reviu Adnan Sempit 2




Sejauh mana kehebatan komedi movie Adnan Sempit 2? Ok lah, ini impresi dari aku. Movie ini telah berjaya membuatkan aku kembali menaip reviu dalam laman blog ini setelah sekian lama! Gedit?! Haha...Serius. Aku tau korang malas nak baca reviu aku sampai ke bawah, so aku skip semua ayat, lompat kepada kesimpulan aku ini. Pergi tengok movie ini! Ianya sangat kelakar! Ianya boleh membuatkan beban dalam kepala anda hilang!

Serius. Semasa aku nak pergi tengok wayang (setelah sekian lama), aku ada dua pilihan. Movie This Means War dan Adnan Sempit 2. Underworld Awakening? Journey 2? Azura? Tak dapat menarik aku. So, aku memang dah nyaris tak nak tengok Adnan Sempit 2, sebab fobia aku terhadap movie melayu di panggung wayang masih belum hilang (hanya abang Mamat dan Afdlin mampu menggodaku). Tapi dek kerana timing untuk Adnan Sempit 2 tu cantik, ditambah pulak dengan movie This Means War tu bagi aku, eh, it can wait!, so aku pun putuskan jugak nak tengok movie ni.

Aku dah lama tak gelak gila-gila punya dalam panggung wayang. Sebelum ni aku tengok Puss In Boots dan Ghost Rider 2 (ya, aku tak buat reviu movie-movie ini!) pun tak gelak macam aku tengok Adnan Sempit 2. Komedi itu luas.Aku pun kadang-kadang annoyed jugak dengan mereka-mereka yang suka lawak bodoh. Bukan melayu je, semua jenis bangsa pun sama. Tapi macam yang aku cakap tadi, komedi itu luas. Kalau orang nak gelak tengok lawak bodoh, takkan kita nak halang?

Sebenarnya movie Adnan Sempit ni secara majornya mengetengahkan lawak broken english. Suka betul kita dengan lawak broken english ni. Yelah, ni bukan kali pertama lawak macam ni diketengahkan dalam movie melayu. Saiful Apek dulu pun, sampai sekarang suka bebenor buat lawak macam tu. Tapi tu lah, bagi aku Shaheizy Sam yang bawak watak Adnan tu lebih lawak berdouble-double dari Saiful Apek. Means that takde lah sampai dia boleh beat Apek. Tapi secara kreatifnya, Sam tidak akan membawa watak Adnan ke dalam movie komedi lain. Adnan hanya dalam Adnan Sempit. Kita tak nampak watak Adnan tu dalam Ngangkung, watak tu jugak takde dalam Songlap, atau mana-mana lagi lah watak komedi yang dibawa Shaheizy Sam. Tetapi Apek tetap Apek. Apa sahaja watak komedi cuba dibawa Apek, ianya tetap berkarakterkan Apek. Itulah yang membuatkan aku sangat salute pada Sam. Bagi aku, Sam memang benar-benar true comedy actor dalam movie ni.

Walaumacamanapun, tak bermaksud pelakon lain dalam movie ni tak menonjol. Serius, aku sangat terkejut dengan olahan buah tangan Ismail Bob Hasim yang mampu mereka bentuk susur komedi dalam diri setiap pelakon movie ini. Ya, Ahmad Tarmimi sememangnya kelakar, aku tak deny itu. Tapi Intan Ladyana, Yana Samsudin, Aznah Hamid, malah Syuk Balas, mereka ni pun mampu mengangkat movie Adnan Sempit 2 ini bersama-sama dengan komedi mereka sendiri. Serius, aku suka dengan babak di mana Wawa (Yana Samsudin) dan Nadia (Intan Ladyana) di kedai makan. Susah ikutkan nak mewujudkan suasana komedi jika si hero tak ade. Tapi itulah hebatnya mereka ini, dan Ismail, di mana mereka mampu menjadikan sesuatu yang gedik dan annoyed, to become something funny. Sekali lagi, pergi tengok. No spoilers ini this reviu. Haha.




Ah! Aku tak nak cerita pasal jalan cerita. Bagi aku, ada movie yang memang menarik walaupun jalan cerita tak kuat. Memang, sama seperti movie ini. Tetapi ianya subjektif. Pertama kalinya, aku tak nilai sesebuah movie hanya melalui jalan cerita. Sebab untuk movie ini, aku hanya titik beratkan nilai komedinya sahaja. Dan tak mustahil movie ini boleh jadi feveret aku...
Share: