Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

Monday, December 3, 2012

From the heart that's write...

Maafkan jika karangan aku agak tumpul. Al maklumlah, dah berkurun lamanya tak membabitkan diri dalam bidang reviu mengreviu ni. Aku sendiri pun perasan yang tulisan reviu aku baru-baru ni memang macam ntah ape-ape. Tapi harap parang yang tumpul ni akan tajam juga nanti.

Di sini aku nak jelaskan sedikit tentang pembaharuan dan prinsip OtakMovie. Aku memang seorang yang kaki movie. Tapi sejak setahun lepas, aku jarang keluar menonton wayang dek kerana masa dan tempat tak mengizinkan. Sekarang dah pindah rumah baru, sinema pun dekat je tak sampai 5 minit dah sampai.

So dengan peluang ini aku akan cuba memantapkan lagi satu-satunya blog movie aku ini. Mungkin aku tak tercapai dalam bidang movie ini, tapi biarlah aku mencapainya dalam bentuk tulisan.

Secara amnya, blog ini berbentuk peribadi dan perkongsian. Peribadi itu terletak pada gaya penulisan dan pendapat yang akan aku berikan terhadap bidang movie ini. Perkongsian pula adalah dari segi informasi yang boleh aku share kepada semua pencari movie.

Prinsip OtakMovie sangat mudah, aku akan mengetengahkan movie-movie yang aku suka sahaja. Tetapi aku alu-alukan juga bagi sesiapa yang ingin memberi cadangan akan movie kegemaran mereka. OtakMovie tidak bersikap pesimis. Jenis movie yang aku suka adalah bercorak Sci-Fi, Adventure dan Komedi. Aku agak susah hendak menonton movie dari negara sendiri kecuali jika movie itu benar-benar hebat. Dan aku amat tidak suka akan movie yang mengandungi unsur-unsur lucah tak kira lah datang dari negara luar atau negara kita sendiri.

Bagi aku, movie berkonsep hiburan. Hiburan pula sangat subjektif. Itu lah yang membuatkan movie itu menarik. Kerana tak semua orang mempunyai minat yang sama. OtakMovie tidak suka menyalahkan penonton sekiranya mereka memilih movie yang bukan-bukan untuk ditonton. Kerana bagi OtakMovie, itu adalah pilihan dan pendapat masing-masing. Untuk movie berkonsep art pula, OtakMovie suka movie sebegini, tapi jujur kata, movie sebegini mampu untuk aku tonton sekali sekala.

Apa yang penting, aku suka sangat tengok movie. Dan aku akan share kesukaan aku ini kepada orang ramai. Ini adalah pendapat peribadi aku tentang industri movie, kerana pendapatlah yang mewarnai industri movie ini. Sebagai pembukaan wajah baru blog OtakMovie, nikmatilah reviu terbaru dari movie Wreck-It-Ralph, Life of Pi dan Sepah The Movie.

Dan akhir sekali, OtakMovie hanyalah penonton biasa seperti orang lain...

- OtakMovie


Share:

Storyline Yang Tak BerSEPAH. *sebuah review Sepah The Movie.



Seperti Senario, tajuk movie ni takde kena mengena langsung dengan jalan cerita. Sebaliknya tajuk ini adalah tribute kepada kumpulan pelawak yang hot, iaitu Sepah. Tak dinafikan kehebatan Sepah di gelanggang Raja Lawak dan Maharaja Lawak menyebabkan mereka berhak mendapatkan paling tidak pun satu movie. Dan movie yang Sepah dapat hasil dari buah fikiran Jep ini adalah berbaloi untuk ditonton.

Apa yang penting adalah jalan cerita, tetapi jika komedinya berlebihan, tetap boleh dimaafkan. Tetapi bagi movie ini, jalan cerita dititik beratkan tanpa diendahkan sisi komedi. Inilah yang dikatakan movie komedi ringan, sejenis movie yang tidak dicacat celakan dengan plot bercampur aduk, atau babak-babak annoying, atau kewujudan perkara-perkara tak masuk akal, atau ending yang mengarut.

Sepah The Movie mengisahkan tiga anak muda yang minat dalam bidang motorcross iaitu Jep, Mamat dan Shuib. Mereka juga berkerja di satu tempat yang sama dan plot bermula sebaik mereka bertemu dengan seorang gadis jelita iaitu Ayu Sofea (Anzalna Nasir). Movie ini juga mengetengahkan watak villain yang sangat terserlah ke'Sarip Dol'an nya iaitu Based (Jehan Miskin). Bermulalah perebutan antara keempat jejaka ini terhadap si gadis jelita.

Tetapi movie ini bukan sekadar komedi tentang hal rebut merebut perempuan sahaja. Ianya lebih dari itu. Dalam movie ini lah dapat dilihat kekuatan lakonan Jep dalam bermain emosi. Pujian juga kepada Shuib yang sememangnya menjadi penggerak movie ini dengan lakonannya yang sangat selamba. Malahan Mamat juga tidak kurang hebat, tetapi boleh dikatakan beliau juga memainkan peranan sangat penting dalam movie ini sebagai seorang perantara.

 Ketiga-tiga watak ini tidak mempengaruhi antara satu sama lain, tiada watak yang terlebih mahupun terkurang. Mereka bertiga saling bekerja sama dalam melengkapi antara satu sama lain untuk mewujudkan sebuah jalan cerita yang mantap. Dan kalau diperhati kan, penceritaan dalam movie ini adalah seakan-akan movie-movie era 80-an dahulu. Sudah lama kita tidak disajikan cerita yang sebegini.

Lawak yang ditonjolkan dalam movie ini pula semestinya sebuah lawak yang sinonim dengan kumpulan Sepah. Walaupun kumpulan ini sudah berpecah, dan kehangatan lawak mereka semakin pudar, movie ini tetap mengingatkan kembali peminat pada kumpulan ini. Mungkin selepas ini Jep dan Shuib boleh buat Sepahtu The Movie pula...

EFEK KHAS

SKOR MUZIK

LAKONAN

PLOT

RATING

Share:

Kepercayaan Terhadap Yang Karut. *sebuah review Life of Pi.


Menonton movie ini ibarat menonton imbasan movie-movie dari Forrest Gump, Titanic, Cast Away, Avatar dan Slumdog Millonaire. Tak boleh aku nak katakan movie ini terlalu bagus, tapi movie ini sememangnya mewujudkan satu semangat luar biasa di hati penonton. Kehadiran jalan cerita yang diadun dengan efek grafik khas yang sebati jarang kita dapat lihat dalam sesebuah movie. Tetapi dalam Life of Pi, efek khas yang ditonjolkan sangat bersesuaian dengan jalan ceritanya.

Life of Pi mengisahkan hidup seorang lelaki bernama Pi atau Piscine Molitor Patel (Suraj Sharma/Irrfan Khan) yang penuh dengan kekeliruan tentang erti hidup yang mempunyai kepelbagaian agama. Pi dibesarkan secara liberal oleh ibu bapanya di sebuah zoo dan hidupnya penuh dengan pertanyaan tentang hukum alam. Plot mula mendebarkan apabila kapal yang sepatutnya membawa Pi dan keluarganya serta berpuluh binatang dari zoonya ke Kanada, dikaramkan oleh ribut di tengah laut. Pi terselamat, tetapi ditemani oleh seekor makhluk menakjubkan di atas bot keselamatan, iaitu seekor harimau bengal.

Aku sendiri pada mulanya tertanya-tanya di manakah plot utama movie ini. Adakah movie ini benar seaakan Avatar? Tetapi pada awalnya ianya seperti Forrest Gump. Pertengahannya pula seakan movie Cast Away. Ternyata movie ini mempunyai plot yang sangat kuat yang bukan sekadar bersandar pada survival Pi dengan harimau bengal itu. Life of Pi menyajikan lebih dari itu.

Jangan tersentak sekiranya movie ini menyentuh isu agama pada awal penceritaan. Mereka yang tidak kuat pastinya akan terkejut dengan kehidupan Pi yang menganuti tiga agama iaitu Hindu, Kristian dan Islam. Bagi aku orang Islam, tak salah jika menggunakan pemahaman Pi dalam mencari maksud kehidupan yang di lengkapi agama. Mungkin penterjemahannya lain dari sudut pandangan Pi, tetapi pada akhirnya, kita dapat lihat bagaimana jalan cerita Pi tidak masuk akal, dan disamakan pula dengan agama. Tapi cukuplah sekadar aku rumuskan sedikit sahaja tentang subjek agama dalam movie ini. Biarlah pemahaman ini aku sahaja yang tafsir kerana aku bukan lah bijak pandai agama yang boleh menterjemah setiap satu hukum dan hakam.

Movie ini juga menonjolkan nilai persahabatan dan kekuatan Pi menjadi seorang makhluk yang dominan ketika berduaan dengan harimau bengal yang bernama Richard Parker. Selama satu jam lebih ditonjolkan babak Pi dan Richard Parker berduaan di tengah lautan langsung tidak menerbitkan rasa bosan di hati aku. Malahan disinilah pengarahnya, Ang Lee, menggunakan efek khas sebaik mungkin dengan menonjolkan keindahan alam lautan yang sangat luar biasa.

Lakonan pelakon-pelakon dalam movie ini juga perlu dipuji. Irrfan Khan sangat luar biasa walaupun dia sekadar menjadi watak Pi ketika dewasa yang menceritakan kembali kisah hidupnya. Tetapi tonggak utama yang menggerakkan movie ini ternyata milik Suraj Sharma yang memainkan watak Pi. Jangan terkejut jikalau wataknya ini bakal diberi penghargaan yang tinggi dalam industri Hollywood.

Life of Pi adalah movie yang wajar ditonton oleh mereka yang mahu berfikir tentang kehidupan dan juga bagi mereka yang mencari movie yang kuat pada jalan ceritanya, malahan hebat pula dari segi teknikal dan grafik. Dan endingnya merupakan sebuah lagi ending epik dari movie berbentuk sebegini...

EFEK KHAS

SKOR MUZIK

LAKONAN

PLOT

RATING




Share:

Mereka patut belajar dari sini...*sebuah review Wreck-It-Ralph.



Mantap. Itu lah secara kesimpulannya boleh aku rumuskan tentang movie ini. Sebuah kelainan yang ditunjukkan oleh Disney ini mampu membuka mata para pembikin filem bahawa movie animasi bukan sekadar picisan.

Aku sudah lama perhatikan pembuatan movie-movie animasi 3D dari Disney. Pada awalnya, agak janggal bila menonton sesebuah movie animasi Disney tanpa kolaborasi dari Pixar. Ya, Wreck-It-Ralph adalah sebuah animasi dari Disney yang total tanpa campur tangan mana-mana produksi lain. Disney yang sudah hebat dengan movie-movie 2D-nya, ya, sangat sangat hebat, kini cuba menggegar Hollywood dengan buah tangannya yang terbaru ini.

Wreck-It-Ralph adalah sebuah drama komedi mengenai sebuah kehidupan makhluk video game pada era 80an hinggalah sekarang. Kedengaran agak klise jika dibayangkan dalam movie ini terdapat watak-watak ikonik dari kehidupan video game seperti Pac Man, Street Fighter, Sonic the Hedgehog dan banyak lagi. Tetapi movie ini bukan tentang watak-watak ikonik ini. Ternyata di suku kedua penceritaan, aku dapat menyaksikan tiada kesan klise yang dapat mencacat celakan movie ini.

Ralph merupakan watak orang jahat dalam game arked Fix-It-Felix. Saban hari kerjanya adalah dengan menjadi watak jahat yang akhirnya membuatkan dia sedar akan dirinya yang ingin menjadi seorang yang baik. Di sinilah tercetusnya idea dari Ralph ingin menjadi seorang yang bukan dirinya, dan bermulalah konflik serta plot penceritaan yang menarik ketika Ralph cuba untuk mencapai pingat hero dalam video game Hero Duty yang menyebabkan kekacauan hingga terjebak ke dunia Sugar Rush. Di situlah Ralph bertemu dengan Venellope yang juga mempunyai masalah dalam dunia gamenya sendiri.

Keutuhan 4 watak utama dalam movie ini iaitu Ralph (John C. Reily), Venellope (Sarah Silverman), Felix (Jack McBrayer) dan Calhoun (Jane Lynch) sangat hebat serta saling melengkapi antara satu sama lain. Tapi secara peribadi, aku sangat tertarik dengan watak Venellope. Orang akan tertipu dengan jasad kanak-kanaknya, tetapi keletah serta pertuturannya sangat menunjukkan bahawa Venellope adalah satu watak yang sudah lama hidup dalam dunia video game.

Apa lagi yang menarik dalam movie ini adalah twist serta kejutan pada babak akhir. Jujur cakap, kehadiran plot yang twist sangat mengujakan dan tidak disangka-sangka. Movie ini juga menonjolkan babak-babak yang mampu mengundang sebak di hati penonton.

Ini bukanlah sejenis movie animasi yang boleh kita ketawa terbahak-bahak seperti movie-movie keluaran Dreamworks mahupun Pixar. Ianya lebih dari itu kerana dalam movie ini, anda akan lihat kedewasaan Disney mempersembahkan karyanya yang sangat ampuh dengan ciri keanakan, tetapi mempunyai storyline yang sangat mantap. Ini merupakan satu subjek dari Disney yang menunjukkan mereka mampu. Dan pembikin movie live action, sepatutnya belajar dari movie ini...

EFEK KHAS

SKOR MUZIK

LAKONAN

PLOT

RATING


Share:

Friday, November 30, 2012

There will be more...


Share: