Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

Monday, February 25, 2013

OtakNews : Winner of 85th Oscar Announced!




Akhirnya upacara gemilang Academy Awards yang ke-85 yang mengiktiraf industri perfileman sudah pun berlalu. Kemenangan pada tahun ini memang ada yang sudah dijangka seperti Argo yang memenangi Best Motion Picture dan Daniel Day Lewis yang memenangi Best Actor. Tetapi nampaknya setiap movie juga memenangi setiap kategori di mana tidak ada satu movie yang benar-benar mendominasi setiap kategori. Nampaknya tahun ini telah menyaksikan pertembungan yang sengit dengan movie-movie yang cukup hebat. Korang boleh jugak melihat prediction tentang pemenang yang OtakMovie telah pos di entri sebelum ini.

Apapun, ini lah dia senarai pemenang untuk Academy Awards ke-85!

BEST MOTION PICTURE

1. AMOUR
2. ARGO (WINNER)
3.BEAST OF THE SOUTHERN WILD
4. DJANGO UNCHAINED
5. LES MISERABLES
6. LIFE OF PI
7. SILVER LININGS PLAYBOOK
8. ZERO DARK THIRTY
9. LINCOLN


BEST SUPPORTING ACTOR

1. CHRISTOPH WALTZ - DJANGO UNCHAINED (WINNER)
2. PHILIP SEYMOUR HOFFMAN - THE MASTER
3. ROBERT DE NIRO - SILVER LININGS PLAYBOOK
4. ALAN ARKIN - ARGO
5. TOMMY LEE JONES - LINCOLN


BEST SUPPORTING ACTRESS

1. SALLY FIELD - LINCOLN
2. ANNE HATHAWAY - LES MISERABLES (WINNER)
3. JACKI WEAVER - SILVER LININGS PLAYBOOK
4. HELEN HUNT - THE SESSIONS
5. AMY ADAMS - THE MASTER


BEST DIRECTOR

1. DAVID O. RUSSEL - SILVER LININGS PLAYBOOK
2. ANG LEE - LIFE OF PI (WINNER)
3. STEVEN SPIELBERG - LINCOLN
4. MICHAEL HANEKE - AMOUR
5. BENH ZEITLIN - BEAST OF THE SOUTHERN WILD


BEST ACTOR

1. DANIEL DAY LEWIS - LINCOLN (WINNER)
2. DENZEL WASHINGTON - FLIGHT
3. HUGH JACKMAN - LES MISERABLES
4. BRADLEY COOPER - SILVER LININGS PLAYBOOK
5. JOAQUIN PHOENIX - THE MASTER


BEST ACTRESS

1. NAOMI WATTS - THE IMPOSSIBLE
2. JESSICA CHASTAIN - ZERO DARK THIRTY
3. JENNIFER LAWRENCE - SILVER LININGS PLAYBOOK (WINNER)
4. EMMANUELLE RIVA - AMOUR
5. QUVENZHANE WHALLIS - BEAST OF THE SOUTHERN WILD


BEST ADAPTED SCREENPLAY

1. LINCOLN
2. SILVER LININGS PLAYBOOK
3. LIFE OF PI
4. ARGO (WINNER)
5. BEAST OF THE SOUTHERN WILD


BEST ORIGINAL SCREENPLAY

1. ZERO DARK THIRTY
2. DJANGO UNCHAINED (WINNER)
3. MOONRISE KINGDOM
4. AMOUR
5. FLIGHT


BEST ANIMATED PICTURES

1. FRANKENWEENIE
2. WRECK-IT-RALPH
3. BRAVE (WINNER)
4. THE PIRATES! BANDS OF MISFITS
5. PARANORMAN

Share:

Wednesday, February 20, 2013

OtakNews! : Senarai Penuh Calon FFM ke-25!



Akhirnya! Festival Filem Malaysia yang ke 25 akan berlangsung pada 2 Mac ini selepas dua kali ditangguhkan akibat dek perkara-perkara yang 'tak dapat dielakkan'. Apa yang menarik perhatian OtakMovie pada penganjuran FFM kali ini adalah movie-movie melayu yang semakin bertambah dan menyengitkan lagi anugerah berprestij ini.

Dua movie menjadi perhatian OtakMovie iaitu Songlap dan Bunohan dengan Songlap mendapat 15 pencalonan manakala Bunohan pula mendapat 13 pencalonan. Ternyata kehadiran dua movie hebat ini sedikit memberikan persaingan sengit kepada movie-movie melayu yang lain. Selain dari movie melayu, jangan lupa pula movie-movie bukan melayu yang bertanding untuk anugerah Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik. Tahun lepas menyaksikan percambahan movie-movie bukan melayu yang semakin gigih memecah tembok industri movie Malaysia.

Apapun, OtakMovie amat mengharapkan movie Bunohan atau Songlap mendapat anugerah filem terbaik. Tapi kalau masih lagi FFM ingin memilih movie yang tidak layak, rasanya OtakMovie sendiri yang akan berusaha untuk membatalkan FFM 26 tahun depan. Oh ya, anda boleh bandingkan jugak senarai pencalonan FFM 25 ini dengan senarai pencalonan OtakMovie Awards yang OtakMovie sendiri reka dan di sini senarai pemenangnya.

Ini dia senarai penuh pencalonan FFM 25 dan prediction dari OtakMovie!


Filem Terbaik 

1. Bunohan 
2. Songlap 
3. Ombak Rindu 
4. SAM 
5. 29 Februari 

OtakMovie prediction : Songlap

Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik

1. Seefood
2. Kepong Gangster
3. Ah Beng The Movie
4. Petaling Street Warriors
5. Ghost Buddies 

OtakMovie prediction : -tiada ramalan-

Pengarah Terbaik 

1. Dain Said (Bunohan)
2. Effende Mazlan / Fariza Azlina Ishak (Songlap)
3. Syafiq Yusof (S.A.M.)
4. Osman Ali (Ombak Rindu) 
5. Saw Teong Hin (Hoore! Hoore!) 

OtakMovie prediction : Dain Said

Pelakon Lelaki Terbaik 

1. Faizal Hussein (Bunohan) 
2. Pekin Ibrahim (Bunohan) 
3. Zahiril Adzim (Bunohan) 
4. Shaheizy Sam (S.A.M.) 
5. Shaheizy Sam (Songlap) 

OtakMovie prediction : Faizal Hussein (Bunohan)

Pelakon Wanita Terbaik 

1. Maya Karin (Ombak Rindu)
2. Sara Ali (Songlap) 
3. Vanidah Imran (Untuk Tiga Hari) 
4. Nadiya Nisaa’ (Jiwa Taiko) 
5. Farah Nazirah (Hoore Hoore)

OtakMovie prediction : Sara Ali (Songlap)

Sinematografi Terbaik 

1. Songlap 
2. Ombak Rindu 
3. Hoore Hoore 
4. Misteri Jalan Lama 
5. 29 Februari

OtakMovie prediction : Songlap

Lakon Layar Terbaik

1. Songlap 
2. Bunohan 
3. Untuk Tiga Hari 
4. 29 Februari 
5. Seefood 

OtakMovie prediction : Bunohan

Cerita Asal Terbaik

1. Bunohan
2. Songlap 
3. Hantu Gangster 
4. 8 Jam 
5. Misteri Jalan Lama 

OtakMovie prediction : Songlap

Penyunting Terbaik

1. 29 Februari 
2. Songlap 
3. Hoore Hoore 
4. SAM 
5. Hantu Kapcai 

OtakMovie prediction : Hoore Hoore

Skor Muzik Asal Terbaik

1. Bunohan 
2. Songlap 
3. 29 Februari 
4. Hoore Hoore 
5. Misteri Jalan Lama

OtakMovie prediction : 29 Februari

Anugerah Cipta:

Filem Pendek Terbaik

1. Strangers
2. Guang
3. Sanzaru
4. Pasport Ekspres
5. Leman Filem

OtakMovie prediction : -tiada ramalan-

Animasi Terbaik

1. The Best Recipe
2. Tooth
3. Fruitema-Kepala Tua & Lampu Ajaib
4. Ninja VS Pirate
5. Toi-Toi

OtakMovie prediction : -tiada ramalan-

Pengarah Harapan

1. Syafiq Yusof (SAM)
2. Ghaz Abu Bakar (Hantu Kapcai)
3. Nizam Zakaria (Cinta Kura-Kura)
4. Goh Aun Hoe (Seefood)
5. Teng Bee (Kepong Gangster)

OtakMovie prediction : Syafiq Yusof (SAM)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

1. Amerul Affendi (Bunohan)
2. Husyairi Hussain (Bunohan)
3. Bront Palarae (Jiwa Taiko)
4. Syafie Naswip (Songlap)
5. Omar Abdullah (Songlap)

OtakMovie prediction : Syafie Naswip (Songlap)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

1. Normah Damanhuri (Songlap)
2. Lisa Surihani (Ombak Rindu)
3. Fauziah Nawi (Hoore Hoore)
4. Nabila Huda (Jalan Kembali)
5. Lana Nordin (Chow Kit)

OtakMovie prediction : Normah Damanhuri (Songlap)

Penataan Seni Terbaik

1. Bunohan
2. Songlap
3. 29 Februari
4. Seefood
5. Misteri Jalan Lama

OtakMovie prediction : Misteri Jalan Lama

Penataan Bunyi Terbaik

1. 29 Februari
2. Bunohan
3. Hoore Hoore
4. Songlap
5. Hantu Kapcai

OtakMovie prediction : Bunohan

Lagu Tema Terbaik

1. Jagalah Diri (29 Februari)
2. Idola (Hoore Hoore)
3. Ombak Rindu (Ombak Rindu)
4. We Are Gangster (Hantu Gangster)
5. Pencinta Terbaik (Cinta Kura Kura)
6. 7 Petala Cinta (7 Petala Cinta)

OtakMovie prediction : Ombak Rindu (Ombak Rindu)

Pelakon Harapan Lelaki 

1. Izzue Islam (29 Februari)
2. Akim Ahmad (Hoore Hoore)
3. Hazami Azmi (Apa Celop Toqq)
4. Shahrizal Jaszle (Azura)
5. Iedil Putra (Ngorat)

OtakMovie prediction : Shahrizal Jaszle (Azura)

Pelakon Harapan Wanita

1. Farah Nazirah (Hoore Hoore)
2. Jojo Goh (29 Februari)
3. Neelofa (Azura)
4. Mon Ryanti (Keramat)
5. Shima Anuar (Sumpahan Keramat)

OtakMovie prediction : Farah Nazirah (Hoore Hoore)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik

1. Muhammad Izzam Shafiq (Chow Kit)
2. Nadzirah Rosi (Chow Kit)
3. Tee Jing Chen (Hantu Gangster)
4. Muhammad Naim Daniel Baharin (29 Februari)
5. Afiq Izzudin (Alamak Toyol)

OtakMovie prediction : -tiada ramalan-

Pereka Kostum/Busana Terbaik

1. Misteri Jalan Lama
2. 29 Februari
3. Songlap
4. Chow Kit
5. Hantu Gangster

OtakMovie prediction : Misteri Jalan Lama

Poster Terbaik 1. 8 Jam
2. Seefood
3. Cinta Kura Kura
4. Bunohan
5. Hantu Air

OtakMovie prediction : 8 Jam
Share:

Friday, February 15, 2013

The Ten Pick : Most Iconic Villains!


Dalam segmen The Ten Pick kali ini, OtakMovie akan menyenaraikan sepuluh watak jahat yang paling ikonik. Kalau ikutkan, dalam semua blog-blog movie, inilah antara list feveret untuk para peminat movie. Setiap movie pasti akan menjadi lebih meriah jika ditambah dengan watak jahat. Sedangkan dalam movie P. Ramlee sekalipun, kita mengenali watak jahat tersebut melalui watak itu, bukannya kita betul-betul kenal nama pelakon tersebut. Dan untuk sebab yang tertentu, watak-watak jahat ini lebih ikonik atau mudah diingati berbanding watak-watak hero. Semua orang pun mempunyai watak jahat kegemarannya tersendiri, dan ini adalah senarai sepuluh watak jahat atau villains ikonik bagi OtakMovie:


#1. THE JOKER

Rasanya dah tak perlu lagi lah nak dijelaskan kenapa The Joker menjadi pilihan pertama OtakMovie. Sebab kalau kita lihat pada list-list di internet pun, mesti The Joker akan menjadi pilihan utama sebagai top first villain. Kelebihan The Joker menjadi villains paling kejam adalah kerana dia bukan melakukan kacau bilau atau kekejaman dan kejahatan untuk mendapatkan kekayaan, kemewahan atau kuasa. Tetapi dia berbuat demikian hanya untuk melihat dunia hancur. Itu lah sebabnya Batman sendiri pun tak mampu nak mengalahkan villain hebat ini.

Pelakon : Heath Ledger

Movie : The Dark Knight (2008)

#2. DARTH VADER

Sebelum kehadiran The Joker, Darth Vader merupakan villains paling ikonik. Sekalipun The Joker menjadi pilihan untuk villains ikonik, tetapi watak Darth Vader ini tetap menjadi pilihan utama bagi peminat francais Star Wars. Penyebab kenapa Episode 1, 2 dan 3 kurang menarik perhatian peminat Star Wars adalah kerana tiadanya karakter ini yang ketika itu hanyalah sebagai Anakin Skywalker. Walaupun seorang villain yang berhati sejuk, pada pengakhiran movie Star Wars, Darth Vader akhirnya menunjukkan sisi baiknya sebagai seorang ayah dan membuktikan tak semua orang jahat tu tak baik.

Pelakon : David Prowse

Movie : Star Wars Episode 4 : A New Hope (1977), Star Wars Episope 5 : Empire Strikes Back (1980), Star Wars Episode 6 : Return of The Jedi (1983), Star Wars Episode 3 : Revenge of The Sith (2005)

#3. LORD VOLDEMORT

Ternyata kehadiran watak ini pada tahun alaf baru menambahkan lagi list villain yang sadis. Francais Harry Potter telah membantu watak Lord Voldemort ini muncul sebagai salah satu villain ikonik sepanjang zaman. Kejahatannya yang suka membunuh setiap orang sesuka hatinya hanya untuk mendapatkan satu impian telah menjadikannya amat ditakuti. Misi jahatnya sangat mudah, ingin menjadikan dunia sihir bebas dari manusia biasa dan menjadikan ahli sihir sebagai makhluk dominan di muka bumi. Dengan misinya itu, habis lah semua manusia biasa akan dijadikan hamba abdi.

Pelakon : Ralph Fiennes

Movie : Harry Potter and The Goblet of Fire (2005), Harry Potter and The Order of Phoenix (2007), Harry Potter and The Half-Blood Prince (2009), Harry Potter and The Deathly Hallows Part 1 (2010), Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2 (2011)

#4. SARUMAN

Bila menonton Lord of the Rings, semua akan terfikir watak jahat paling menggerunkan dalam movie itu adalah Lord Sauron. Tetapi Saruman lebih memainkan peranan yang penting. Beliau bukan lah seorang yang jahat pada mulanya. Tetapi disebabkan tamakkan kekuasaan, dia yang pada awalnya seorang ahli sihir putih menjadi jahat dan berniat untuk menjadi rakan kongsi Lord Sauron untuk mengawal middle earth.

Pelakon : Christopher Lee

Movie : The Lord of The Rings :  The Fellowship of The Rings (2002), The Lord of The Rings : The Two Towers (2003), The Lord of The Rings (2004), The Hobbit (2012)

#5. LOKI

Ikutkan Loki ini tidaklah sekejam atau sejahat mana. Tapi dia menjadi satu-satunya villain yang mampu melawan kesemua Earth Mightiest Heroes iaitu The Avengers. Dan kewujudan Loki ini juga serba sedikit menambahkan rencah villains ikonik sepanjang zaman.

Pelakon : Tom Hiddleston

Movie : Thor (2011), The Avengers (2012)


#6. HANNIBAL LECTER

Pelakon : Anthony Hopkins

Movie : Silence of The Lambs (1991), Hannibal (2001), The Red Dragon (2002)


#7. COL. HANS LANDA

Pelakon : Christoph Waltz

Movie : The Inglourious Basterds (2010)


#8. SYNDROME

Pelakon suara : Jason Lee

Movie : The Incredibles (2004)


#9. JOHN DOE

Pelakon : Kevin Spacey

Movie : Se7en (1995)


#10. THE WICKED WITCH OF THE WEST

Pelakon : Margaret Hamilton

Movie : Wizard of Oz (1939)


Share:

OtakNews! : Star Wars Dan Sekutunya...

Rasanya semua orang dah tahu berita tentang Disney yang telah membeli francais Star Wars beberapa minggu yang lepas. Kepada yang tak tahu, okay, Disney ni sebenarnya antara studio movie terbesar di Hollywood. Kalau sebut je perkataan Disney mesti semua akan teringat movie-movie animasi keluaran mereka ini. Dan Disney juga seperti yang diketahui umum adalah pada asalnya merupakan studio animasi yang dicipta Walt Disney. Sebenarnya Disney bukan sahaja menerbitkan movie-movie animasi, kerana hingga ke tahun ini, Disney juga telah menerbitkan puluhan movie-movie live action yang meletup-letup di pawagam.

Pada tahun 2009, Disney mengorak langkah yang lebih besar dengan membeli syarikat Marvel Entertainment yang merupakan parent company kepada semua subsidiaries Marvel termasuklah Marvel Comics dan Marvel Studio dengan harga USD4.24 Billion. Pada tahun ini pula, Disney telah mengejutkan semua peminat Star Wars dengan membeli francais terkenal tersebut. Sebenarnya Disney membeli syarikat LucasFilm Ltd. yang merupakan syarikat milik George Lucas dengan harga USD4.05 Billion. Ini bermaksud segala hasil pengeluaran LucasFilm termasuklah francais Star Wars.

Adakah pembelian ini membawa makna apa-apa? Jawapannya, ya! Takkanlah Disney beli Star Wars dengan harga sebegitu mahal hanya sekadar ingin melihat francais itu dijadikan novel atau kartun siri semata-mata. Dengan pembelian itu, maka Disney telah mengumumkan untuk menghasilkan tiga lagi movie Star Wars iaitu Episode VII, Episode VIII dan Episode IX, atau kita boleh gelarkan sebagai Star Wars Sequel Trilogy selepas kehadiran Star Wars Original Trilogy dan Star Wars Prequel Trilogy.




Selepas diumumkan bahawa Star Wars Episode VII akan dikeluarkan pada tahun 2015, semua tertanya-tanya tentang siapakah yang akan mengarahkan movie ini. Pelbagai nama telah dicadangkan dan akhirnya saudara J.J. Abrams menjadi pilihan pihak Disney untuk mengarahkan sambungan francais terkenal itu. J.J. Abrams sangat terkenal sebagai peneraju legasi pengarah Sci-fi di Hollywood dan antara movie-movienya yang berjaya adalah seperti The Super 8 dan Star Trek. Tetapi J.J. Abrams telah menegaskan bahawa movie Star Wars akan dihasilkan olehnya tetapi tidak akan ditayangkan pada tahun 2015.


TETAPI, bukan itu sahaja berita tentang Star Wars dari Disney. I mean, c'mon lah, USD 4.05 Billion, takkan dilaburkan sebegitu sahaja. Jadi, pow!, Disney telah mengumumkan dua lagi movie dari francais Star Wars iaitu spin off karakter Han Solo dan Boba Fett! Disney akan membikin movie tentang Han Solo dan tentang Boba Fett. 



Nampaknya Disney betul-betul melepaskan geramnya. Di harap dengan kehadiran dua lagi movie ini akan menguatkan lagi francais Star Wars dibawah parent company yang baru ini. Dan nampaknya, legasi Star Wars yang dulunya menjadi kegilaan bapak-bapak orang, kemudian menjadi kegilaan anak-anak orang, lepas ni akan menjadi kegilaan cucu-cucu orang pulak. Legasi the force akan diteruskan...

Share:

Wednesday, February 13, 2013

The Ten Pick : Most Memorable Stephen Chow Movies!

Sempena kehadiran buah tangan terbaru dari Stephen Chow iaitu movie Journey To The West, OtakMovie akan mempersembahkan pula sepuluh movie dari pembikin movie hebat ini yang memorable. Kalau nak diikutkan, Stephen Chow sudah banyak berlakon dalam movie-movie di Hong Kong sejak dari tahun 1988 lagi. Dan movie arahan dari beliau semuanya hebat-hebat belaka hingga pernah mendapat international award.

Serba sedikit tentang Stephen Chow dan movie-movie lakonan serta arahannya, pada awal pembabitannya dalam bidang hiburan, Chow mula membina kejayaan melalui rancangan kanak-kanak yang dihoskan olehnya iaitu 430 Space Shuttle. Kehadiran Chow dalam bidang perfileman pula mula disedari melalui movie Final Justice di mana beliau pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik. Stephen Chow kemudian menyambung kejayaannya dengan berlakon banyak movie-movie yang sangat sukses. Gaya movie lakonan beliau sangat di minati oleh semua peminatnya dan beliau sangat terkenal dengan movie yang mempunyai gaya Mo lei tau, atau maksudnya movie yang berdiri di atas komedi yang tiada kena mengena dengan jalan cerita atau mindless humour.

Walaupun terlalu banyak movie yang dibikin atau dilakon Stephen Chow, OtakMovie akan hanya senaraikan sepuluh sahaja yang mana OtakMovie rasa memberikan kesan kepada kita. Dan di harap selepas kejayaan Journey To The West, Stephen Chow akan terus menghasilkan movie-movie bercorak Mo lei tau yang berjaya...

#1. KUNG FU HUSTLE

#2. SHAOLIN SOCCER

#3. A CHINESE ODYSSEY PART 2 : CINDERELLA


#4. FIST OF FURY 1991

#5. A CHINESE ODYSSEY PART 1 : PANDORA BOX

#6. THE GOD OF COOKERY

#7. FIGHT BACK TO SCHOOL

#8. FROM BEIJING WITH LOVE

#9. GOD OF GAMBLERS II

#10. KING OF BEGGARS
Share: