Kisah seorang 'stalker' yang kena stalk oleh orang yang dia stalk.
Tuesday, August 18, 2020
Following (1998) - Ulasan Filem
Project Power (2020) // Netflix - Ulasan Filem
Filem-filem yang bermain dengan konsep 'superpower' selalunya ada banyak idea yang menarik diketengahkan. Tetapi banyak yang lemah dari segi pelaksanaan lebih-lebih lagi pada elemen penceritaan. Filem Project Power tidak terkecuali dari perkara ini.
Premis yang agak 'promising' tetapi sayangnya filem ini seolah tidak berani untuk memberikan sesuatu yang lebih dan tidak mampu memberikan kesan pada plot. Sesetengah babak aksi seolah menjaminkan hiburan yang maksima, tetapi terhenti tiba-tiba dengan jalan klimaks yang mudah.
Project Power hanya power dari segi idea, tetapi 'weak' dari segi penterjemahan.
Video review penuh: https://youtu.be/cT1v-L31Nwc
Rating Peribadi: 3/5
Tuesday, August 11, 2020
The Umbrella Academy Season 2 (2020) - Ulasan Siri TV
Musim kali ini lebih menyengat dari musim sebelumnya walaupun masih membawa tema 'apokalips' yang sama. Geng UA ni nampaknya tak boleh larikan diri dari memusnahkan dunia dan akhirnya kena bergantung pada Five bagi mencari jalan penyelesaian.
Latar belakang tahun 1960-an membuatkan jalan cerita musim kali ini lebih segar dan menarik bertambah pula dengan beberapa plot twist dan konflik yang bertubi-tubi.
Watak Vanya menjadi ikon GLBT dalam musim ini seperti mana juga pelakonnya Ellen Page. Klaus dan Ben sangat serasi dan kemunculan mereka dalam setiap babak amat menghiburkan. Isu rasism juga tidak dapat dielakkan dan seperti menjadi isu wajib untuk diketengahkan dalam hiburan masa kini.
Rating Peribadi: 4/5
Tonton video review yang tak berlesen ini: https://youtu.be/zmYKcVW5eNE
#HadyMovieReview #HadyAbdHamid #HDABDHMD #TheUmbrellaAcademy
Monday, August 10, 2020
Roh (2020) - Ulasan Filem
Dengan kombinasi muzik latar dan
lakonan mantap dari barisan pelakon yang berbakat seperti Farah Ahmad,
Mhia Farhana, Haziq Harith, June Lojong, , Namron dan Puteri Qaseh menambahkan
lagi keberkesanan filem ini sebagai antara filem seram lokal terbaik.
Skrip tersusun dengan kemas
bersama dialog yang ringkas serta jalan cerita yang membuatkan kita berfikir di
pengakhiran cerita. Ini sebuah filem yang sangat baik dan memberi harapan
kepada pembikinan filem berkualiti dari segi visual tanpa menggunakan bajet
yang besar.
Roh juga membuktikan bahawa filem
ini sangat layak dialami dan diselami di panggung wayang.
Tonton video review: https://youtu.be/QAqZP5-fO2U
Rating Peribadi: 4/5
Friday, August 7, 2020
The Rental (2020) - Ulasan Filem
Jika dibuang elemen ganas melampau, dialog-dialog jengkel, darah yang melimpah ruah, babak-babak panas di dalam sebuah filem bertemakan ‘slasher’, maka kita akan dapat filem The Rental ini. Filem ini adalah filem arahan pertama pelakon Dave Franco, dan sebagai seorang pengarah filem ini, beliau telah menjalankan kerja yang sangat bagus.
Kekuatan filem ini bukan pada jalan ceritanya, kerana jika dilihat, ianya masih lagi mengekalkan konsep yang sudah digunapakai berpuluh tahun dahulu. Tetapi kekemasan jalan cerita dan dilengkapi pula dengan lakonan dan sinematografi yang indah membuatkan filem ini berada di tempatnya sendiri sebagai sebuah filem ‘thriller’.
Penceritaan dari awal memang agak perlahan, tetapi dengan dialog yang bersahaja dan sangat ‘natural’ dikalangan pelakon seperti Dan Stevens, Alison Brie, Sheila Vand, Jeremy Allen White dan Toby Huss membuatkan perjalanan masa dalam filem ini berlalu dengan konsisten.
Cuma mungkin jika kita meletakkan filem ini sebagai filem ‘thriller’ dan ‘slasher’, pasti akan sedikit kecewa dengan ‘plot twist’ yang cuba disampaikan dan boleh membuatkan penonton tercengang dan terpinga-pinga di penghujung filem. Tetapi itulah kelainan filem ini, ianya tidak terlalu mencuba, tetapi lebih kepada memberi sesuatu yang mudah.
Rating Peribadi: 3.5/5










