Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

Tuesday, September 8, 2020

Mulan (2020) - Ulasan Filem


Filem Mulan menyambung tradisi Disney dalam mereka semula filem-filem animasi klasik mereka ke bentuk 'live action'. Bezanya kali ini, mungkin atas sebab teknikal, filem ini langsung tiada babak muzikal dan watak Mushu tidak membuat kemunculan.

Apapun, berbeza dengan Lion King yang jelas 'carbon copy' filem animasinya, filem ini masih ingin memberikan kelainan dengan plot yang masih sama. Filem ini juga kelihatan lebih ke arah epik fantasi dengan mengetengahkan elemen-elemen magis seperti watak Xian Lang lakonan Gong Li yang mengamalkan sihir. Begitu juga watak Mulan yang ditunjukkan mempunyai 'chi' yang kuat dan hampir sama seperti Xian Lang. Ibarat nak kata Mulan kali ni macam ada superpower la gitu.
Tak dapat jugak nak elak dari merasakan seperti filem ini kurang sesuatu. Babak-babak yang dipaparkan kebanyakkannya agak anti-klimaks dengan dialog-dialog yang tidak berapa kuat. Sekuens antara babak jugak seperti tidak berhubung dengan baik antara satu sama lain.
Tetapi filem ini masih lagi wajar ditonton di panggung wayang, kerana ianya memang dibikin untuk tontonan di skrin yang besar. Sinematografi dan nilai produksi filem ini sangat tinggi sekalipun babak perangnya tidaklah gah mana. Jalan cerita dengan mengetengahkan isu 'kuasa wanita' bukanlah sesuatu yang kita tidak pernah lihat sebelum ini.
"My journey was impossible, but it is my duty to protect my family."
Tonton video review filem ini: https://youtu.be/h7TvSPQttbI
Rating Peribadi: 3.5/5
Share:

Superman Man of Tomorrow (2020) - Ulasan Filem


Sekali lagi Superman diberikan 'origin story' baru yang lebih moden, tetapi dalam waktu yang sama, mengekalkan ciri-ciri klasik. Gaya animasi dalam filem kali ini juga berbeza seperti animasi dalam DC Animated Movies Universe, kali ini lebih ke arah gaya 'komik Amerika' dan ianya satu gaya animasi yang sedap mata memandang.

Dari segi penceritaan pula, ianya lebih nampak asli dan motif plot ingin menunjukkan Superman / Clark Kent ini masih muda dan masih belajar memang kesampaian. Mungkin itu sebabnya ada babak-babak aksi agak kurang kesampaian dan ada babak membabitkan motivasi Superman dalam mencari penyelesaian sedikit janggal, ini kerana Superman ini masih baru dan muda.
Kehadiran watak Lobo menyedapkan lagi rencah dalam animasi ini. Boleh dikatakan semua babak yang ada Lobo pasti menarik. Begitu juga watak Martian Manhunter dan Lex Luthor yang memberikan sedikit impak walaupun tak sekuat Lobo.
Apa yang menariknya lagi, filem ini tidak terlalu memaksa hubungan antara Clark Kent dan Lois Lane yang baru sahaja berkenalan. Nampak juga usaha untuk tidak terlalu gopoh memasukkan segala plot dalam filem ini.
Jika ianya adalah sebuah filem permulaan bagi sebuah 'universe' baharu dalam mengganti DCAMU yang baru sahaja tamat, ianya sebuah animasi yang bagus. Tetapi bukanlah filem animasi Superman terbaik setakat ini. Babak-babak klimaks terutamanya agak sedikit mengecewakan.
Rating Peribadi: 3/5
Share:

Bill & Ted Face The Music (2020) - Ulasan Filem


Tontonan filem Bill & Ted Excellent Adventures (1989) dan Bill & Ted Bogus Journey (1991) sememangnya perlu jika kita ingin menonton filem ketiga ini kerana ianya sebuah 'direct sequel' yang turut akan mengambil beberapa rujukan-rujukan dari filem-filem terdahulu.

Buat aku sendiri, aku sudah menonton filem yang pertama, dan ianya memang antara filem klasik yang seronok ditonton. Tetapi filem kedua aku agak samar-samar kerana tidak tonton secara menyeluruh. Jadi pengetahuan aku tentang filem kedua sedikit terencat.
Walaubagaimanapun, dengan kesedaran dan ilmu dari filem pertama, dan sedikit info dari filem kedua, aku masih mampu melayan filem ketiga ini dengan cukup baik. Ianya sebuah filem yang menghiburkan dan memberi sedikit kepuasan kepada yang inginkan lakonan lain dari lain dari Keanu Reeves.
Sebenarnya aku sendiri pun terfikir, kan bagus kalau Keanu dapat bawak balik watak 'skema' dia dari filem Bill & Ted ni. Dan bila keluar berita filem ini bakal ditayangkan, memang aku agak teruja untuk melihat bagaimana Keanu ingin membawa kembali watak ini. Ternyata beliau mampu membawa kembali watak Ted yang menjadi gelak ketawa kita dahulu.
Keserasian antara Keanu dan Alex Winter juga tidak lekang dan tidak ada bezanya dari filem B&T yang terdahulu. Bila kita menonton filem ini, secara automatik memang akan menggamit kembali memori duo dinamik ini. Oh ya, tak dilupakan juga anak-anak mereka, Billy (Samara Weaving) dan Thea (Brigette Lundy-Paine) yang turut memberikan persembahan yang cukup bagus. Aku rasa macam dah ada crush pulak dekat Brigette ni dan ingin menantikan lakonan-lakonannya akan datang.
Ambil kira sudut komedi pula, aku rasa aku paling kuat ketawa bila ada babak membabitkan Dennis Caleb McCoy lakonan Anthony Carrigan. Watak ni memang 'out of nowhere' kemunculan dia, dan aku memang tak jangka wataknya sebegitu. Manakala babak ketika B&T berjumpa dengan diri mereka pada masa depan, sayangnya hanyalah biasa-biasa sahaja. Tak cukup untuk memberi impak komedi yang kuat pada aku.
Secara keseluruhannya, filem ini tidak terlalu berusaha keras untuk cuba mengatasi filem-filem yang terdahulu. Ini kerana ianya sebuah sambungan dan penutup bagi francais Bill & Ted dan jalan ceritanya walaupun sedikit sebanyak mengambil semangat filem lama, tetapi memberikan satu plot yang berbeza. Satu lagi perkara menarik dalam filem ini adalah nilai-nilai positif dan optimis yang ditunjukkan oleh Bill, Ted, Billy dan Thea.
“SOMETIMES THINGS DON’T MAKE SENSE UNTIL THE END OF THE STORY.”
Share:

An American Pickle (2020) - Ulasan Filem



Pada tahun 1919, Herschel Greenbaum telah terjatuh ke dalam jeruk timun (pickle brine) dan kondisi badannya kekal tidak dijamah usia hingga ke 100 tahun hadapan. Pada tahun 2019, Herschel yang 'hidup kembali' bertemu dengan satu-satunya keturunannya, Ben Greenbaum (Seth Rogen) dan pelbagai perkara lucu dan menarik berlaku antara mereka berdua.

Hollywood memang terkenal dengan konsep idea 'What If' sebegini, mungkin pada era 80an dan 90an konsep sebegini kelihatan cukup segar dengan jalan cerita yang 'evergreen'. Tetapi buat masa kini, idea-idea sebegini seolah gah dan menarik dari segi idea sahaja, tetapi lemah dalam pelaksaan plot dan jalan cerita.
Begitu juga dengan filem ini yang tidak terlepas dari konsep yang menarik, tapi sayangnya jalan ceritanya biasa sahaja. Tidak cukup 'ambitious' dan hanya mengitar semula jalan cerita komedi yang selalu dihidangkan.
Mungkinlah ada beberapa motif dan mesej yang ingin disampaikan, lebih-lebih lagi yang keluar dari mulut Herschel tentang isu politikal, pandangan agama dan pendapat konservatif memberi sedikit tamparan manja pada Amerika Syarikat dan dunia moden, tetapi tidak cukup memberikan impak yang kuat pada keseluruhan filem.
Dipenghujungnya, ianya hanyalah sebuah 'feel good' komedi yang memperlihatkan kebolehan seorang pelakon komedi berlakon dengan diri sendiri.
Rating Peribadi: 3/5
Share:

Tuesday, September 1, 2020

Takut Ke Tak (2020) - Ulasan Filem


Baiklah, kita stop dulu berborak pasal Tenet, kali ni kita bercakap pula tentang filem tempatan yang baru sahaja ditayangkan di panggung wayang, iaitu filem Takut Ke Tak.

Secara jujurnya, filem ini cuba untuk melarikan diri dari tipikaliti filem-filem komedi seram yang lain. Walaupun ada banyak perkara yang aku tak berapa puas tentang filem ini, tetapi aku perhati audiens masa tu bergelak jugalah dengan komedi yang disampaikan.
Bakat muda yang diketengahkan beserta pengarah muda yang mempunyai track record membikin filem pendek yang bagus menjadikan antara sebab filem ini wajar ditonton.
Cumanya aku tak boleh nak elakkan diri dari mempersoalkan jalan cerita dan babak yang kadang-kadang sangat meleret. Tapi sesuatu yang menarik adalah apabila pengarah atau penulis lakon layar filem ini menggunakan ending sebagai jawapan mengapakah filem ini dihasilkan sebegini. Ada sebab rupanya. Kalau rasa bosan dan malas nak pening-pening kepala tengok Tenet, boleh lah tengok filem ni yang tak perlu menggunakan sel-sel otak sangat.
Rating Peribadi: 2/5
Tonton video review: https://youtu.be/yxNd2Ky47I8
Share: