Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

Sunday, July 28, 2013

OtakNews! : Marvel Membina Empayar, Fox dengan X-Men, Sony dengan Spider-Man dan Marvel dengan Avengers!


The Wolverine (2013)

OtakMovie baru sahaja lepas menonton movie The Wolverine dan ternyata terpanggil untuk menulis artikel ini selepas sahaja teruja menonton movie ini. Mungkin OtakMovie tak buat review tentang The Wolverine, tapi secara ringkas, OtakMovie boleh bagi 3.5/5 boom untuk movie ni. Tapi kenapa OtakMovie tiba-tiba terpanggil nak buat artikel seperti yang terpampang tajuk di atas. Semuanya gara-gara post-credit scene dalam movie The Wolverine ini yang sedikit memberikan kita hint tentang movie X-Men : Days of Future Past yang bakal ditayangkan pada tahun depan. OtakMovie takkan nak dedahkan spoiler scene ni, korang boleh tonton sendiri di panggung wayang, tapi kalau korang nak tahu jugak spoilernya, boleh lah baca artikel ni sampai habis. SPOILER AHEAD! haha...

Apa yang menarik perhatian OtakMovie dalam situasi cinema era sekarang, adalah sebuah nama gah yang semakin membina dunia mereka sendiri dalam bidang ini, iaitu Marvel Comics. Perhatikan sahaja lah dah berbelas (mungkin berpuluh, dah lost count) movie berteraskan karakter dari syarikat komik ini yang telah menarik majoriti penonton ke panggung wayang. Tapi ramai yang tak tahu kesemua movie ini bukanlah terletak di bawah satu distributor yang sama. Ya, walaupun kesemua watak atau jalan cerita movie-movie ini adalah di bawah satu bumbung Marvel, tetapi dalam perihal cinema, movie-movie ini terletak pada tuan pemegang kontrak berlainan.

Mungkin tulah sebab kenapa kadang-kadang orang tanya, kenapa masa Marvel Studios buat movie The Avengers, taknak masukkan Spider-Man sekali? Ini kerana, watak Spider-Man dalam cinematic universe bukanlah milik Marvel Studios, tetapi milik Sony Entertainment. Tetapi watak Spider-Man dalam komik adalah milik Marvel Comics. Tapi kenapa semua movie Marvel yang berlainan distributor ini still mempunyai logo Marvel pada semua opening credit movie ini? Kerana semua watak-watak ini masih lagi di bawah Marvel Comics, tetapi bukan Marvel Studios. Kedua syarikat ini mempunyai peranan yang berbeza. Marvel Comics sudah tentunya berperanan sebagai syarikat komik, manakala Marvel Studios pula adalah pihak bertanggungjawab yang telah mencipta Marvel Cinematic Universe (MCU).

Bagaimana pula dengan X-Men? Untuk pengetahuan umum, X-Men dan termasuklah kesemua watak-watak mutan dalam universe ini terikat di bawah 20th Century Fox. Itu sebablah The Avengers, X-Men dan Spider-Man agak susah untuk digabungkan dalam satu movie, kecuali persetujuan tercapai oleh ketiga-tiga syarikat ini. Tapi bidang cinema ni agak kompleks sedikit kerana setiap studio mempunyai sikap persaingan yang sangat tinggi. Kalau nak tahu, peminat-peminat Marvel Comics sangat berharap agar kesemua watak Marvel akan kembali kepada Marvel Studios..

Selepas munculnya The Avengers yang meletup-letup dipawagam, studio seperti Fox dan Sony juga tidak mahu kalah, mereka bukan sekadar tidak memberi ruang kepada Marvel untuk merampas kembali watak superhero mereka, tetapi mereka juga ingin mengikut jejak langkah Marvel Studio dengan menghasilkan Marvel Universe mereka sendiri. Jika anda semua nak tahu, movie pertama dari Marvel Studio bukan lah X-Men atau Spider-Man, tetapi adalah Iron Man. Dan jika diperhatikan, movie-movie seperti Iron Man, Thor, Captain America dan Hulk saling berkaitan antara satu sama lain kerana mereka ingin mencipta MCU seperti yang disebut. Fasa pertama MCU telah pun terhasil dengan kehadiran The Avengers, dan kini mereka sedang mencipta fasa yang kedua dengan permulaannya adalah movie Iron Man 3. Itu hanyalah permulaan, sama juga Spider-Man, Sony takkan mensia-siakan superhero kegemaran ramai ini dengan hanya 3, 4 movie. The Amazing Spider-Man adalah reboot kepada Spiderman (2002 - 2006), dan merupakan permulaan kepada Spider-Man Universe! Manakala Fox pula sedang sibuk dengan X-Men Universe mereka. Di sini OtakMovie akan huraikan perancangan ketiga-tiga studio movie ini dalam menghasilkan empayar Marvel.

Sony dan Spider-Man Universe

Ketika munculnya movie reboot The Amazing Spider-Man (2012), semua peminat trilogi Spiderman oleh direktor Sam Raimi agak bengang dan marah dengan Sony. Kalau nak diikutkan, Sam Raimi dah planning nak hasilkan Spiderman 4 sebagai sekuel kepada Spiderman 3 dan Tobey Maguire masih kekal sebagai watak utama movie ini. Tetapi atas faktor tertentu, Spiderman 4 dibatalkan dan Sony mengambil Marc Webb untuk mengarahkan movie The Amazing Spider-Man. Semuanya serba baru, pelakon baru, jalan cerita baru, malah konsep pun baru. Peminat Spider-Man perlu biasakan diri dengan Spider-Man yang baru ini. Tetapi ramai yang tak tahu Spider-Man yang baru ini lebih menyamai Spider-Man di dalam komik tidak seperti yang Sam Raimi terjemahkan.

Mungkin disebabkan baru 6 tahun movie Spider-Man 3 keluar, dah ada movie reboot baru, sedikit menjejaskan kredibiliti movie ini. Memanglah penerimaan kepada sesuatu yang baru agak sukar diterima. Tetapi bagi OtakMovie, Marc Webb adalah seorang pengarah yang bagus. Dan OtakMovie percaya beliau akan membawa Spider-Man ke jaringannya yang betul. Dan belum pun movie The Amazing Spider-Man ditayangkan, movie The Amazing Spider-Man 2 diumum akan keluar pada 2014! Mungkin movie pertamanya agak sedikit janggal untuk ditonton kerana diceritakan balik asal-usul Peter Parker, dan villainnya pun tak lah ganas dan jahat mana. Tetapi OtakMovie percaya, itu semua adalah permulaan sahaja. Sekarang movie sekuel ini hampir siap pada hujung tahun ini. Dan satu lagi kejutan dari Sony, mereka dah umumkan movie sekuel ketiga dan keempat untuk francais reboot ini pada tahun 2016 dan 2018.

The Amazing Spider-Man 2 (2014)

Wah, nak buat sampai 4 movie Spider-Man. Apa yang Sony fikirkan? Ya, Sony sedang fikirkan untuk menghasilkan universe Spider-Man mereka sendiri. Peminat komik mesti tahu yang dunia komik Spider-Man sangat luas. Spider-Man mempunyai pelbagai jenis musuh, setakat ini baru sekerat yang diberikan penghormatan untuk muncul dalam movie. Dan ternyata Sony ingin memberi penghormatan ini kepada lebih banyak watak dalam komik Spider-Man. Dalam movie nombor dua ini nanti saja kita dah ada Electro (Jamie Foxx), Rhyno (Paul Giamatti) dan Green Goblin (Chris Cooper/Danny Dehaan), mungkin dalam movie akan datang kita dapat saksikan kewujudan Sinister Six iaitu sekumpulan 6 villains Spider-Man yang hebat-hebat belaka.

Musuh utama dalam TASM 2, Electro (Jamie Foxx)

Tapi kita masih tak tahu semua itu. Sony masih merahsiakan rancangan besar mereka itu, dan buat masa sekarang, marilah kita enjoy dahulu movie reboot yang pertama dan menunggu movie kedua ini menyusul.

Mungkin Sony ingin merealisasikan Sinister Six dalam Spider-Man Universe!

Marvel Studios dan Marvel Cinematic Universe

Sekarang ni siapa tak kenal dengan Marvel Studios. Kalau Marvel Comics sibuk dengan dunia komik mereka, Marvel Studios pula sibuk menunaikan wishlist peminat die hard diorang dengan membawa watak-watak dari komik Marvel ke layar perak. Sekarang mereka sudah membawa Iron Man, Thor, Captain America, Bruce Banner/Hulk, Black Widow, Hawkeye, Loki, Nick Fury dan banyak lagi. Dalam jangka masa 10 tahun akan datang, kita mungkin akan dapat saksikan superhero lain seperti Ant-Man, Dr Strange, Black Panther, Iron Fist, Supernova, dan banyak lagi lah watak yang menarik dari komik Marvel ni. Setakat ini, plan Marvel Studios yang paling berjaya adalah fasa pertama MCU mereka. Kalau ada yang tak tahu apa fasa pertama MCU, ianya adalah projek mega oleh Marvel Studios untuk menggabungkan superhero-superhero Marvel yang membentuk kumpulan The Avengers.

Untuk menghasilkan movie The Avengers, Marvel Studio telah membikin beberapa movie stand alone superhero ini untuk dijadikan jambatan ke jalan cerita The Avengers.

Iron Man (2008) membuka tirai MCU fasa pertama

Ternyata plan fasa pertama ini sangat berjaya. Mengikut perancangan, mereka mempunyai tiga fasa dengan fasa kedua sudah pun bermula dengan kehadiran movie Iron Man 3 dan selepas ini bakal menyusul pula Thor : The Dark World dan Captain America : The Winter Soldier.


Thor : The Dark World (2013)

Captain America : The Winter Soldier

Dalam Comic Con San Diego yang lalu, Joss Whedon iaitu pengarah The Avengers, telah mengumumkan bahawa tajuk movie sekuel The Avengers telah diberi nama The Avengers : Age of Ultron. Berita ini agak mengejutkan peminat komik yang menjangka bahawa jalan cerita The Avengers 2 mungkin berkaitan dengan villain Thanos yang muncul pada post-credit movie The Avengers yang pertama. Ternyata Joss Whedon ingin meluaskan lagi empayar The Avengers dengan mengangkat watak-watak terkenal dalam dunia Marvel seperti Ultron, iaitu sejenis robot humanoid ciptaan Dr Henry Pym/Ant-Man yang bertindak mengkhianati tuannya sendiri dan bertindak ganas dengan motif untuk menawan dunia.

Avengers : Age of Ultron (2015)

Wah, nampaknya ramai yang dah makin tak sabar nak tonton movie The Avengers : Age of Ultron ini lebih-lebih lagi dengan kewujudan Tony Stark yang kalau kita semua tahu, dah berhenti menjadi Iron Man dalam movie Iron Man 3.

/
Bagaimana Iron Man 3 boleh fit dalam MCU fasa kedua?

Bagaimana kesemua movie MCU fasa dua ini berkaitan antara satu sama lain? Apa pun, sekarang ni kita layan dulu movie yang dah pun confirm tarikh rilisnya iaitu sekuel Thor pada hujung tahun ini dan sekuel Captain America pada tahun depan. Manakala movie Ant-Man pula bakal muncul pada 2015 sebagai pembuka tirai MCU fasa ketiga.

Ant-Man (2015)

Oh ya, MCU fasa dua bukan sahaja membawa The Avengers universe, tetapi Marvel Studios mengambil langkah berani dengan meluaskan empayar mereka ke dunia angkasa lepas. Ketika Comic Con tahun lalu, mereka sekali lagi mengejutkan peminat komik dengan pengumuman movie Guardian of The Galaxy pada tahun depan. Dalam Comic Con 2013 baru-baru ini pula, telah pun diumumkan senarai pelakon yang bakal membintangi movie ini iaitu Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Glenn Close dan ramai lagi pelakon-pelakon prolifik Hollywood.

Guardians of the Galaxy (2014)

Nampaknya pada masa akan datang, kita akan dihidangkan dengan lebih banyak movie-movie dari Marvel Studios yang nampaknya semakin rancak menghidupkan watak-watak komik mereka.

20th Century Fox dan X-Men Universe

Sebenarnya OtakMovie agak tertarik dengan perancangan Fox baru-baru ini. Mungkin disebabkan bahana MCU fasa satu yang berjaya, Fox yang memiliki kontrak dalam pembikinan movie-movie X-Men, akhirnya sedar bahawa francais X-Men lebih besar dan tidak boleh dimatikan dengan kewujudan movie trilogi terakhir, X-Men : The Last Stand (2006). Malahan disebabkan kekecewaan peminat terhadap jalan cerita The Last Stand membuatkan Fox merancang untuk melenyapkan jalan cerita movie tersebut dengan mencipta alternate timeline.

X-Men (2000)

Sekalipun The Last Stand dikatakan trilogi terakhir, tetapi kewujudan X-Men First Class (2011) telah membuka lembaran baru untuk trilogi kedua francais X-Men. Kewujudan First Class telah mendapat pujian hebat dari peminat dengan pelakon-pelakon baru yang fresh serta jalan cerita yang mengagumkan. Disebabkan itu, movie sekuel movie ini diumumkan tetapi bukan pengarah yang sama bakal mengarahkannya. Sebaliknya, Fox mengambil pengarah asal X-Men (2000) dan X2 (2003), Bryan Singer untuk mengarah movie X-Men : Days of Future Past.

X-Men First Class (2011)

Apa yang menariknya dalam sekuel First Class ini, Bryan Singer bertindak bijak dengan menggabungkan pelakon lama dan pelakon baru francais X-Men. Patrick Stewart dan James McAvoy bakal membawa watak Professor X, Ian McKellen dan Michael Fassbender bakal membawa watak Magneto, dan ramai lagi pelakon dari X-Men dan X-Men First Class bakal bergabung dalam satu movie yang ditunggu-tunggu. Apa yang menarik perhatian peminat komik adalah bagaimana Bryan Singer nak explain tentang reincarnation Professor X yang telah dibunuh oleh Dark Phoenix Jean Grey dalam The Last Stand. Buat mereka yang tak tahu, dalam post-credit scene The Last Stand, kita dapat lihat Professor X sebenarnya masih hidup tetapi di dalam badan salah seorang pesakit Dr Moira McTaggert.

Awas, SPOILER AHEAD! Sebaik menonton The Wolverine, OtakMovie makin tak sabar untuk menonton Days of Future Past kerana Fox telah mengambil langkah dengan menghubungkan kesemua movie X-Men dalam satu timeline yang sama. Apa yang membuatkan OtakMovie makin teruja adalah ketika post-credit scene movie ini di mana ditunjukkan Logan yang berada di airport berhadapan dengan Magneto (Ian McKellen) yang menjelaskan kepadanya tentang kewujudan kuasa jahat (Trask Industries) dalam dunia manusia untuk menghapuskan mutant. Selepas itu muncul pula watak Professor X (Patrick Stewart) yang disangkakan sudah mati oleh Logan, tetapi penjelasan Professor X kepada Logan sangat simple iaitu dengan menjelaskan bukan Logan seorang sahaja yang mempunyai bakat istimewa. Kita juga dapat saksikan sedikit hint tentang Sentinel iaitu sejenis robot gergasi pemusnah mutan yang menjadi musuh utama X-Men dalam Days of Future Past.

Gabungan pelakon lama dan baru dalam Days of Future Past

Setakat ini, apa yang OtakMovie tahu tentang Days of Future Past adalah movie ini mengangkat jalan cerita dari komik X-Men tahun 1980 dengan tajuk yang sama dengan membawa tema penjelajahan masa depan. Di dalam movie ini, dunia akan datang mutan semakin terancam dengan wujudnya kerajaan yang berpaling tadah dan penciptaan robot Sentinet yang bertugas untuk terminat semua mutan di muka bumi. Jelas tiada jalan penyelesaian yang lain, Professor X telah memindahkan minda conscious Logan ke badannya pada masa lampau di mana beliau akan bertemu dengan X-Men dari First Class. Di situ mereka perlu menghalang tragedi yang bakal menjadi penyebab kerajaan berpaling tadah dengan memusuhi mutan. Days of Future Past bakal ditayangkan pada tahun depan dengan menjadi antara movie Marvel Comics yang sangat dinanti-nanti. Dengan wujudnya Days of Future Past, ternyata Fox tak akan mensia-siakan kontrak hak milik pembikinan movie X-Men. Kita mungkin bakal menyaksikan dunia X-Men yang lebih luas selepas ini kerana mungkin alternate timeline bakal muncul dengan nafas segar sebaik tema penjelajahan masa di lakukan di dalam Days of Future Past. Sebelum tu, jom kita tonton dulu The Wolverine yang semakin ganas di pawagam.

X-Men : Days of Future Past (2014)


Ternyata Marvel Comics melangkah dengan lebih jauh ke bidang sinematik dengan kewujudan movie-movie dari ketiga-tiga studio ini. Walaupun mereka menghasilkan universe masing-masing, tetapi kewujudan movie-movie ini telah menanamkan minat yang lebih mendalam peminat kepada Marvel. Tetapi satu wishlist dari peminat yang sukar ditunaikan buat masa sekarang adalah di mana ketiga-tiga studio ini dapat menjadi rakan kongsi dan menggabungkan universe-universe ini menjadi satu Marvel Universe yang besar. Tetapi buat masa sekarang wishlist hanyalah sekadar wishlist.

Share:

Tuesday, July 16, 2013

It's Coming : Movie 2014 Yang Kita Tunggu!

Nampaknya sekarang ni dah setengah tahun berlalu. Dan dah bermacam-macam movie kita tengok untuk tahun ni. Maaflah kalau OtakMovie dah lama tak buat review. Selepas Man of Steel, OtakMovie agak susah sikit nak pergi tengok wayang, maklumlah, isteri dah pregnant, nak tengok sesorang rasa tak best pulak kan. Movie paling latest yang OtakMovie tengok adalah Monsters Universiti dan Pacific Rim. Tak tau lah bila nak buat review, kalau ada orang request ok jugak. Tapi secara simplenya, OtakMovie bagi 3/5 booms untuk movie Monsters Universiti dan 4.5/5 booms untuk Pacific Rim. Seriously, you guys should watch PACIFIC RIM, boleh buat tak tidor malam terbayangkan Kaiju Knifehead! Haha.

Ok lah, lepas ni dah nak habis musim summer movie. Ya, hujung tahun ni pun banyak movie yang best nak keluar, tapi apa kata kita sajikan mata dahulu dengan poster-poster movie yang kita paling nantikan untuk tahun 2014!

THE LEGO MOVIE
7 FEBRUARI 2014

300 : RISE OF AN EMPIRE
7 MAC 2014

CAPTAIN AMERICA : THE WINTER SOLDIER
4 APRIL 2014

THE AMAZING SPIDER-MAN
2 MEI 2014

GODZILLA
16 MEI 2014

X-MEN : DAYS OF FUTURE PAST
23 MEI 2014

TRANSFORMERS 4
27 JUN 2014

THE DAWN OF THE PLANET OF THE APES
18 JULAI 2014

GUARDIANS OF THE GALAXY
1 OGOS 2014
Share:

Thursday, July 4, 2013

OtakPoster : Pacific Rim (2013) Jaeger Stat Cards



Movie Pacific Rim yang bakal keluar pada 11 Julai ini mungkin menjadi movie yang paling ditunggu selepas movie Man of Steel. Oh, kita masih ada The Wolverine yang juga bakal ditayangkan. Tetapi nampaknya kemunculan robot-robot mechas besar dari Pacific Rim ini mampu mengganggu gugat movie-movie lain yang bakal muncul cuti musim panas ini. Dalam movie Pacific Rim ini, mechas gergasi yang diberi nama Jaeger telah dibina untuk melawan makhluk asing gergasi di gelar Kaiju yang telah menghuru-harakan bumi.



 Jaeger bermaksud pemburu dalam bahasa Jerman, dan ianya di cipta oleh Dr.Jasper Schoenfield selepas beliau mendapat ilham ketika melihat anaknya bermain patung robot dengan raksasa. Ketika timeline movie Pacific Rim ini, terdapat 20 Jaeger yang aktif. Di sini OtakMovie paparkan stat cards 5 Jaeger yang memainkan peranan pentin dalam Pacific Rim.

klik gambar untuk resolusi tinggi






info lanjut mengenai Jaeger Pacific Rim : http://pacificrim.wikia.com/wiki/Jaeger
Share:

Sunday, June 16, 2013

It's Coming : Movie Melayu Akan Datang 2013! (Jun-Oktober)

Apa? Dah masuk suku ke-tiga dah untuk tahun 2013 ni? Jadi apa je perkembangan movie tempatan kita? Masih banyak lagi yang flop? Kalau awal tahun ni kita nampak pola box office makin menaik dengan kehadiran movie seperti Juvana, Husin Mon dan Jin Pakai Toncit dan movie Rock Oo. Untuk suku kedua pula hanya satu movie iaitu Bikers Kental yang betul-betul box office. So macam mana pula dengan suku ketiga tahun ni? Tapi OtakMovie agak bangga kerana walaupun pasaran movie tempatan agak slow melow...penggiat industri movie tetap juga ghairah menghasilkan movie-movie untuk kita. Tapi adakah semua movie itu berkualiti dan bukannya bergantung pada kuantiti?

Di sini OtakMovie senaraikan pula movie-movie tempatan untuk bulan Jun hingga Oktober tahun ini...

LARI
(6 JUN 2013)



PECAH
(13 JUN 2013)




1 LAWAN SATU
(27 JUN 2013)




MISTERI BISIKAN PONTIANAK
(25 JULAI 2013)




ADNAN SEMPIT 3
(8 OGOS 2013)




PAKU PONTIANAK
(22 OGOS 2013)




PECAH
(29 OGOS 2013)




TANDA PUTERA
(29 OGOS 2013)




VIKINGDOM
(12 SEPTEMBER 2013)




LAGENDA BUDAK HOSTEL
(12 SEPTEMBER 2013)




DAMPAK
(19 SEPTEMBER 2013)




BENCINTA
(26 SEPTEMBER 2013)




LONGKAI
(10 OKTOBER 2013)


Share:

Friday, June 14, 2013

Ini Superman ke SuperNolan? *sebuah review Man of Steel.



Hampir tiga tahun menuggu movie paling dinantikan ini untuk siap. Zack Snyder dengan bantuan dari David S. Goyer dan Christopher Nolan bertungkus lumus menyempurnakan kisah superhero paling tua ini. Adakah semua itu berbaloi? Akan termakbulkan expectation yang sangat tinggi dari peminat mahupun yang mengaku minat kat superhero ni? Dengan hadirnya Christopher Nolan (The Dark Knight Trilogi), sekaligus menjawab persoalan kemana hala tuju jalan cerita movie ini. Superman tidak akan sama seperti selalu. Ini adalah satu nafas baru untuk Superman hirup di dunia yang penuh dengan unsur logikal, atau mungkin, dunia Nolan sendiri. Dalam persefahaman OtakMovie, mereka telah dengan bersungguh-sungguh ingin menjadikan dunia Superman ini lebih realiti walhal kewujudan Superman itu tidak logik langsung. Apa yang OtakMovie rasa selepas menonton movie ini, ya, puas.

EFEK KHAS/AKSI

Walaupun ada secubit babak yang nampak agak sedikit kartun, tetapi efek dan aksi dalam movie ini tidak boleh dipertikaikan. Pada awal cerita lagi telah ditunjukkan kesan visual yang memukau yang menonjolkan dunia Krypton. Snyder tidak teragak-agak dengan mengambil masa yang lama untuk menceritakan kisah Krypton yang tragik. Dan dalam kisah ini lah digunakan sebaik mungkin kesan visual dengan mengetengahkan bumi Krypton dan makhluk yang terdapat disitu. Babak aksi dalam movie ini pula memang betul-betul dihabis guna dengan alasan Superman adalah superhero yang kebal. Begitu juga dengan makhluk-makhluk Krypton yang lain. Kesemua mereka memang kuat dan dalam movie ini, babak aksi antara mereka adalah diluar batasan. Cuma kadang-kadang banyak kali juga OtakMovie tengok Superman ni suka sangat menghempaskan diri dia dengan musuh kat bangunan-bangunan. Setiap kali terbang, rempuh bangunan. Rasanya mungkin sebab Superman dalam movie ni masih dalam proses nak belajar. Satu lagi, ikutkan rugi jugak tak tengok movie ni dalam IMAX 3D, sebab seperti yang OtakMovie katakan tadi, walaupun movie ni berat, tapi tetap penuh dengan aksi yang sangat padat.

SKOR MUZIK

Hans Zimmer. Muzik yang menyayat hati setiap kali muncul babak sedih, muzik yang mendebarkan setiap kali muncul sekuens aksi, muzik yang merdu setiap kali keindahan di skrin ditunjukkan. Hans Zimmer. Itu saja yang boleh OtakMovie kata.

LAKONAN


OtakMovie boleh senaraikan nama-nama pelakon dalam movie ini yang mana semuanya telah memainkan peranan yang penting. Michael Shannon sebagai General Zod; seorang villains yang sebenarnya mempunyai visi yang noble, tetapi caranya saja yang tidak humble. Zod ingin menyelamatkan bangsanya, tetapi caranya saja yang salah. Keangkuhannya akhirnya menyebabkan beliau menjadi makhluk yang tiada belas ehsan. Dan Michael Shannon berjaya membawa watak ini dengan jayanya tanpa teragak-agak untuk membawanya dengan cara tersendiri. Kevin Costner dan Diane Lane sebagai Jonathan Kent dan Martha Kent. Ibu bapa angkat Clark Kent/Kal-El ini memang sangat optimis dengan kebolehan anaknya. Mereka ini lah penyebab Clark menjadi Superman yang disanjung. Dan Kevin serta Diane, terutama Diane, telah menghidupkan kembali watak ikonik ini dengan meninggalkan kesan kepada penonton.

Christopher Meloni dan Richard Schiff sebagai Colonel Nathan Hardy dan Dr. Emil Hamilton. Orang sangka mereka ini hanyalah watak picisan. Tetapi mereka juga antara penggerak jalan cerita movie ini. Meloni dan Schiff telah membuktikan mereka adalah pelakon senior yang tak boleh dipertikaikan kewujudan mereka dalam movie ini. Antje Traue sebagai Faora-Ul. Perwatakan karakter Faora ini agak kabur sedikit. Walaumacamanapun, kekuatan karakter Faora ini turut terasa terutama pada babak yang membabitkan beliau dengan Clark. Laurence Fishburn sebagai Perry White. Sedikit kurang dalam watak Perry ini. Sekalipun begitu, tetap nampak kewibawaannya sebagai Chief Editor untuk Daily Planet.

Amy Adams sebagai Lois Lane. Lois dalam movie ini bukanlah seperti Lois yang biasa. Sebagai wartawan yang pernah memenangi anugerah Pulitzer, Lois menunjukkan kebolehannya dalam menyiasat sesuatu perkara contohnya dalam movie ini, Clark Kent. Amy Adams juga tidak skeptikal dalam melakonkan watak ini. Ayelet Zurer dan Russel Crowe sebagai Lara Lor Van dan Jor-El. Lara dalam movie ini menunjukkan kekuatannya sebagai seorang isteri kepada seorang saintis. Beliau tabah sekalipun mengetahui dunianya akan hancur.Begitu juga Jor-El, beliau lah mentor sebenar Clark Kent atau Kal-El. Bapa kepada Superman ini adalah penyebab hidupnya Kal-El sebagai penyelamat di muka bumi. Russel Crowe mungkin tidak mampu menandingi Marlon Brando yang ikonik. Tetapi beliau telah mencipta satu sisi yang berbeza dalam diri Jor-El untuk movie ini.

 Henry Cavill sebagai Clark Kent/Kal-El/Superman. Ah, kemanalah perginya movie ini kalau tiada watak utama ini. Clark Kent dalam movie ini telah menunjukkan sisi dirinya yang depresi dalam mencari peluang untuk menyembunyikan identitinya yang sebenar. Dan Henry Cavill pula telah berjaya menyarung sut Superman itu dan benar-benar layak untuk menerima watak sebegini. Lupakan saja movie-movie Superman sebelum ini, kerana Clark Kent dalam movie ini sangatlah lain.

JALAN CERITA



Jalan cerita gaya Nolan. Okay, mungkin tak sepenuhnya gaya Nolan, tapi konsepnya tu masih ada. Kalau anda tonton cerita ni, takkan tak boleh nak kaitkan langsung dengan movie Batman Begins. Nolan dan Goyer telah seboleh mungkin menghasilkan skrip yang bagus dan selayaknya untuk francais Superman ini. Mereka tahu cerita Superman memang sebegitu rupa, jauh dari norma kehidupan yang sebenar. Dan disinilah kreativiti terhasil dengan merealisasikan sesuatu yang susah diterjemahkan kepada satu asas yang logik. Mungkin benar Supeman itu adalah alien, jadi mereka gunakan medium 'alien' itu sebagai salah satu kekuatan movie ini. Mereka juga tahu wujud planet Krypton dalam dunia Man of Steel, jadi mereka hasilkan sebuah planet dan menjadikan planet itu sebagai Krypton sekaligus membuatkan kita sedikit terimbas dengan cerita-cerita seperti Star Trek dan John Carter.

Mereka tahu misi utama General Zod adalah untuk menjadikan bumi sebagai pengganti planet Krypton, jadi mereka jadikan movie ini ada sedikit ala-ala Armageddon atau movie 2012. Apa yang OtakMovie nak katakan adalah, jalan cerita movie ini adalah secara total menggunakan sebaik mungkin medium yang dipanggil movie 'Superman'. Tiada rasa teragak-agak dari Goyer, Nolan mahupun Snyder untuk mengubah sedikit cerita asal dalam masa sama menambahkan lagi rencah yang sedia ada. Ya, movie ini bukanlah movie yang menunjukkan Superman telah wujud dan pandai dalam membanteras jenayah. Tetapi kehadiran tentera General Zod adalah misi pertama Superman untuk menyelamatkan bumi.

Sekalipun Superman dan Zod saling bergaduh, tetapi ikatan tetap dirasai antara mereka kerana mereka sama-sama adalah anak Krypton. Dalam movie ini dapat disaksikan sisi depresi Clark sebagai Superman yang cuba untuk melindungi manusia yang bukan dalam kalangannya, dan cuba menumpaskan bangsanya sendiri. Benar kata Clark dalam movie ini, Krypton telah diberi peluang untuk hidup, tetapi keangkuhan sekali lagi telah menewaskan mereka. Jadi Clark perlu menyesuaikan dirinya dalam dunia angkatnya.

KESIMPULAN


Kita tak boleh nak expect yang movie ini akan sama sepeti The Avengers, Iron Man mahupun Batman. Kerana Superman, atau, Man of Steel ini terletak dalam liganya tersendiri. Man of Steel wujud dalam dunia Bruce Wayne, tetapi juga wujud dalam dunia di mana wujudnya alien. Persoalan utama movie ini adalah kompleks antara realiti dan fiksyen sains bergabung dan menghasilkan satu entiti yang dipuja ramai. Movie ini bukanlah movie popcorn, kerana setiap sekuens yang diletakkan pasti ada penyebabnya tersendiri. Dan pengarah takkan dengan sesenang hatinya meninggalkan persoalan yang terdapat dalam movie ini tanpa jawapannya. Nescaya ramai anak muda yang sudah tidak dihidangkan lagi dengan movie Superman, akan mula menaruh minat terhadap superhero ini. Dan akhirnya dalam movie ini ditunjukkan, Clark sedar dirinya adalah Kal-El, dan alter egonya bukanlah Superman, tetapi Clark Kent.
Share: