Will Smith merupakan seorang aktor Hollywood yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Aktor yang sememangnya prolifik malah bersih dari gosip-gosip liar ini memang sangat terkenal dengan lakonan-lakonannya yang sering memberi kesan. Mula mencipta nama dengan kemunculannya dalam sitkom The Fresh Prince of Bel-Air, Smith terus bangkit membina empayar tersendiri setelah terbabit dalam bidang perfileman. Sempena tayangan movie terbarunya, Men In Black 3, ini lah sepuluh watak-watak yang pernah dijayakan Will Smith pilihan aku.
#10 Detective Mike Lowrey
 |
No 10. Detective Mike Lowrey dari Bad Boys (1995) dan Bad Boys II (2003) adalah watak yang benar-benar melonjakkan nama Will Smith di persada perfileman! |
#9 Captain James "Jim" West
 |
No 9. Smith mengambil risiko dengan membawa watak Captain James 'Jim' West dalam movie komedi Wild Wild West (1999) apabila movie ini membawa pulangan tiket yang kurang memberangsangkan. |
#8 Dr. Robert Neville
 |
No 8. Will Smith adalah lelaki terakhir dalam movie I Am Legend (2007). Membawakan watak Dr. Robert Neville, movie ini menonjolkan sisi serius beliau. |
#7 Alex "Hitch" Hitchens
 |
No 7. Hitch (2005) membuktikan Will Smith adalah seorang pelakon yang serba boleh. Dengan membawa watak seorang doktor pakar cinta, Alex 'Hitch' Hitchens, Smith kelihatan sangat segar dalam movie ini. |
#6 Muhammad Ali
 |
No 6. Watak ini hampir sahaja mengiyakan Will Smith untuk membawa pulang Oscar. Tiada siapa sangka beliau mampu membawa watak seberat Ali (2001), seorang lagenda peninju terkenal dunia. |
#5 Oscar
 |
No 5. Walaupun sebagai seekor ikan gapi, tetapi aura Will Smith tetap terasa. Beliau mencuba berlakon suara pula di dalam movie Sharktale (2004) dengan wataknya sebagai Oskar, seekor ikan kecil yang bercita-cita besar. |
#4 Detective Del Spooner
 |
No 4. Kini movie Sci-Fi pula! Di dalam I, Robot (2004), Smith menjayakan watak Detective Del Spooner yang tidak percayakan kewibawaan robot yang menjadi alat pembantu manusia paling utama pada zaman depan. |
#3 John Hancock
 |
No 3. Seorang superhero selekeh, itulah wataknya kali ini dalam movie Hancock (2008). Smith berjaya menjadikan movie ini diminati dengan gayanya yang cukup selamba. |
#2 Agent J
 |
No 2. Karakter movie Smith yang paling popular, Agent J. Satu-satunya watak yang Will Smith bawakan dalam sebuah trilogi. Tiada siapa yang tidak mengenal Agent J dalam trilogi Men In Black (1997, 2002 & 2012) jika mereka kenal Will Smith. |
#1 Chris Gardner
 |
No 1. Will Smith cuba sebaik mungkin membawa watak realiti bernama Chris Gardner dalam movie The Pursuit of Happiness (2006) dan beliau berjaya! Watak seorang usahawan yang cuba mendaki gunung kejayaan ini benar-benar menyayat hati. Di samping itu, Smith turut berlakon bersama anak lelakinya, Jaden Smith dalam movie ini. |
0 opinions:
Post a Comment