Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

Tuesday, March 12, 2013

It's Coming : Movie Melayu Akan Datang 2013 (Mac - Mei)

Sekarang kita sudah hampir sampai ke suku kedua untuk tahun 2013 ini. Dan rata-rata, OtakMovie boleh berbangga dengan pencapaian beberapa movie dari negara kita ini yang menunjukkan peningkatan dari sisi jumlah kutipan tiket. Jika tahun lepas penerimaan movie dari negara kita ini kurang memberangsangkan, pada tahun ini OtakMovie dapat rasakan industri kita akan pulih secara perlahan. Ini kerana dengan wujudnya movie pelbagai genre, jalan cerita yang lebih mantap, bertambah lagi movie berbahasa Cina semakin mendapat tempat, pastinya ianya berjaya menarik lebih ramai penonton untuk menonton movie kita.

Sebelum ini OtakMovie ada pos tentang movie melayu akan datang yang hanya sekerat, sekarang OtakMovie sambung lagi dengan beberapa movie telah mendapat tarikh wajib tayang bagi tahun ini. Nampaknya industri perfileman tanah air belum mahu berhenti dan tidak pernah mengenal erti putus asa. Saban saat dan minit pasti ada sahaja movie yang sedang di shoot. Apa pun, kita lihat saja dulu movie melayu yang akan ditayangkan pada bulan Mac hingga Mei tahun ini!


GILA-GILA REMAJA 2
(21 MAC 2013)


SEMBUNYI : AMUKAN AZAZIL
(28 MAC 2013)


DUA KALIMAH
(4 APRIL 2013)


LANGGAR
(11 APRIL 2013)


KECOH! HANTU RAYA TOK CHAI
(18 APRIL 2013)



MENCARI CINTA
(25 APRIL 2013)


99 KALI RINDU
(9 MEI 2013)


O.M.K. : OH MAK KAU!
(16 MEI 2013)


BIKERS KENTAL
(23 MEI 2013)


KIL
(30 MEI 2013)



BRO, NAMPAK MOTOR GUA?
(30 MEI 2013)



Share:

Tuesday, March 5, 2013

Penuh Mesej Oo! *sebuah review Rock Oo!


Untuk tempoh ini, selesai lah sudah semua upacara anugerah perfileman yang penuh berprestij baik FFM, Oscar, BAFTA, Global Globes ataupun Anugerah Skrin. Seperti yang dijangka, movie Bunohan menepati ramalan semua pengkaji, penonton dan pengkritik movie. Kini kita hanya menunggu FFM yang ke-26 pula tiba. Ianya dijangka sengit kerana movie dari Abang Mamat Khalid iaitu Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit dan Rock Oo! bakal dipertandingkan. Nampaknya beza produser kedua-dua movie ini yang akan bersaing antara sesama sendiri untuk menyaksikan movie Mamat Khalid yang manakah yang lebih bagus.

Tapi kita kena tunggu setahun atau kurang untuk menunggu upacara gemilang itu. Sebelum menilai movie Abang Mamat yang mana yang lebih bagus, terlebih dahulu kita kena lah tontonnya sendiri dahulu. Dan OtakMovie juga berkesempatan untuk menyaksikan sendiri magis movie Rock Oo! selepas tidak tahan dengan hebahan melalui Facebook, Twitter, laman-laman sesawang yang begitu menyanjung movie ini. Perlu OtakMovie katakan tentang movie ini, ianya sememangnya berbaloi menghebahkan tentangnya. OtakMovie sendiri pun akan secara terangan menghebahkan betapa bagusnya movie ini melalui review ini.

Ya, movie ini memang bagus. Malahan lebih bagus dari movie Rock tujuh tahun yang dulu. OtakMovie juga pernah menonton movie yang sebelum ini dan tanpa segan silunya membandingkan movie yang baru ini dengan yang lama. Tapi kalau nak diikutkan, impak movie baru ini lebih terasa kerana sekarang pengarahnya iaitu Abang Mamat sudah lebih glamor dan komedinya sudah semakin diterima masyarakat majmuk negara kita. Kalau movie Rock dulu, bukan lah tak bagus, tapi mungkin kerana ianya satu di dalam seribu ketika waktu itu. Jadi impaknya kurang sikit terasa walaupun bagi OtakMovie ianya tetap bagus.

Apa yang menariknya, Abang Mamat meletakkan Rock dan Rock Oo! di dalam landasan latar belakang yang sama tetapi jalan ceritanya seolah berada di dalam dimensi yang berbeza. Kalau dalam Rock, movie itu lebih berkisar biografi seorang gitaris yang cuba menghidupkan impiannya tetapi terpaksa menguburkan hasratnya itu. Manakala movie Rock Oo! pula lebih seakan dokumentari yang di'narrator'kan oleh Amy Mat Piah iaitu bekas vokalis Rimba Bara dan diselit unsur-unsur fiksyen dalam dunia non-fiksyen.

Dalam Rock Oo!, kita disalurkan dengan input-input tentang sejarah rock tanah air dan sejarah ini disusuri oleh kumpulan rock terkenal pada waktu itu iaitu Rimba Bara. Band ini yang telah berpecah anggotanya dibantu oleh Amy yang cuba mengumpul semangat Jijoe dan Black yang kehilangan Zul Kapan sebagai vokalis utama mereka. Mereka akhirnya memilih Slash sebagai gitaris utama kumpulan itu dan mencuba nasib dengan mempertaruhkan Amy sebagai vokalis utama walaupun dia sebenarnya tidak lah mempunyai kredibiliti sebagai seorang vokalis.

Movie ini secara detailnya menceritakan kepayahan seniman zaman dahulu untuk mendapat tempat di hati masyarakat di mana mereka sibuk menggapai-gapai untuk menyuarakan isi hati mereka. Inilah yang cuba disampaikan pada watak Amy dan Jijoe. Walaupun mereka ini berbeza, tetapi mereka mempunyai satu visi yang sama di mana mereka cuba menyampaikan mesej yang jelas walaupun tiada siapa yang mahu memperdulikan mereka.

OtakMovie amat tertarik dengan watak Jijoe lakonan Khir Rahman dalam movie ini. Bagi aku watak inilah penggerak sebenar penceritaan movie ini. Lakonan selamba dari Khir Rahman yang tidak perlu terbawa-bawa untuk mewujudkan komedi sudah boleh memecahkan perut OtakMovie yang menontonnya. Begitu juga watak Slash dari Pekin Ibrahim yang sebenarnya masih misteri hingga sekarang. Mungkin movie ini cuba menonjolkan watak ini sebagai satu watak yang tidak tetap pendirian dan hanya inginkan sesuatu kesenangan yang sebenarnya bukanlah benda yang paling dia ingini. Aku memang kagum dengan Pekin Ibrahim yang nampaknya sekarang makin menonjol. Jangan lupa juga watak lakonan Amy dari Que Haidar, Black oleh Azmi Baharom dan tentunya watak ikonik Zul Kapan lakonan Soffi Jikan. Semua watak-watak ini saling membantu antara satu sama lain tanpa mewujudkan dominasi jalan penceritaan.

Banyak mesej yang cuba dipaparkan dalam movie ini baik melalui watak, suasana, jalan cerita mahupun dialog dalam movie ini. Kalau diperhatikan, dialog yang dipapar dalam movie ini juga seakan satu lirik di mana Abang Mamat cuba melahirkan satu muzik rock melalui movienya ini. Setiap sekuens pasti diiringi dengan lagu rock tanah air yang berjaya menggamit memori kita. Movie ini sememangnya akan menyebabkan muzik rock tanah air tidak akan dilupakan dan ianya menjadi tribute kepada setiap orang agar menghargai lagu kerana ianya adalah lagu.

EFEK KHAS

SKOR MUZIK

LAKONAN

PLOT

RATING
Share:

Sunday, March 3, 2013

OtakNews! : Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia (FFM) ke-25!




Selesai sudah upacara anugerah bagi Festival Filem Malaysia ke-25 yang dianjurkan pada tahun 2013 ini. Selepas ini siapa tahu mungkin penganjuran FFM ke-26 bakal dilangsungkan pada hujun tahun yang sama ini atau mungkin selepas ini tradisi akan berubah di mana FFM akan dilangsungkan selapas Academy Awards.

FFM ke-25 ini menepati ramalan dengan Bunohan dan Songlap menjadi movie melayu yang mendapat majoriti anugerah pada malam 2 Mac kelmarin. Ternyata Bunohan dan Songlap ada kekuatan mereka sendiri. Tetapi sehebat mana pengiktirafan yang Songlap perolehi, tetap mampu di atasi oleh movie artistik dan masterpiece dari saudara Dain Iskandar Saaid iaitu Bunohan.

Anda juga boleh lihat prediction ini dari OtakMovie sendiri tentang pemenang-pemenang anugerah FFM kali ini. Dan disini adalah senarai pemenang FFM ke-25...tahniah!


Filem Terbaik 

1. Bunohan WINNER
2. Songlap 
3. Ombak Rindu 
4. SAM 
5. 29 Februari 

Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik

1. Seefood
2. Kepong Gangster
3. Ah Beng The Movie
4. Petaling Street Warriors  WINNER
5. Ghost Buddies 

Pengarah Terbaik 

1. Dain Said (Bunohan)  WINNER
2. Effende Mazlan / Fariza Azlina Ishak (Songlap)
3. Syafiq Yusof (S.A.M.)
4. Osman Ali (Ombak Rindu) 
5. Saw Teong Hin (Hoore! Hoore!) 

Pelakon Lelaki Terbaik 

1. Faizal Hussein (Bunohan)  WINNER
2. Pekin Ibrahim (Bunohan) 
3. Zahiril Adzim (Bunohan) 
4. Shaheizy Sam (S.A.M.) 
5. Shaheizy Sam (Songlap) 

Pelakon Wanita Terbaik 

1. Maya Karin (Ombak Rindu)  WINNER
2. Sara Ali (Songlap) 
3. Vanidah Imran (Untuk Tiga Hari) 
4. Nadiya Nisaa’ (Jiwa Taiko) 
5. Farah Nazirah (Hoore Hoore)

Sinematografi Terbaik 

1. Songlap - Haris Hue Abdullah  WINNER
2. Ombak Rindu 
3. Hoore Hoore 
4. Misteri Jalan Lama 
5. 29 Februari

Lakon Layar Terbaik

1. Songlap 
2. Bunohan - Dain Iskandar Said WINNER
3. Untuk Tiga Hari 
4. 29 Februari 
5. Seefood 

Cerita Asal Terbaik

1. Bunohan - Dain Iskandar Said  WINNER
2. Songlap 
3. Hantu Gangster 
4. 8 Jam 
5. Misteri Jalan Lama 

Penyunting Terbaik

1. 29 Februari 
2. Songlap - Wong Huy Lynn  WINNER
3. Hoore Hoore 
4. SAM 
5. Hantu Kapcai 

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

1. Amerul Affendi (Bunohan)
2. Husyairi Hussain (Bunohan)
3. Bront Palarae (Jiwa Taiko)
4. Syafie Naswip (Songlap)  WINNER
5. Omar Abdullah (Songlap)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

1. Normah Damanhuri (Songlap)  WINNER
2. Lisa Surihani (Ombak Rindu)
3. Fauziah Nawi (Hoore Hoore)
4. Nabila Huda (Jalan Kembali)
5. Lana Nordin (Chow Kit)

Penataan Seni Terbaik

1. Bunohan
2. Songlap
3. 29 Februari
4. Seefood
5. Misteri Jalan Lama

Pelakon Harapan Lelaki 

1. Izzue Islam (29 Februari)  WINNER
2. Akim Ahmad (Hoore Hoore)
3. Hazami Azmi (Apa Celop Toqq)
4. Shahrizal Jaszle (Azura)
5. Iedil Putra (Ngorat)

Pelakon Harapan Wanita

1. Farah Nazirah (Hoore Hoore)
2. Jojo Goh (29 Februari)  WINNER
3. Neelofa (Azura)
4. Mon Ryanti (Keramat)
5. Shima Anuar (Sumpahan Keramat)

Anugerah Khas :

Anugerah Khas Sepanjang Hayat (Wanita)

Seniwati Mariani

Anugerah Khas Sepanjang Hayat (Lelaki)

Dato' Aziz Satar


Anugerah Khas Juri Penggiat TV (Lelaki)

Mano Maniam

Anugerah Khas Juri Penggiat TV (Wanita)

Lai Meng

Anugerah Khas Juri

Vajram

Anugerah Pencapaian Khas

Rhythm and Hues (Life of Pi)

Anugerah Pembela Seni dan Budaya Malaysia

Dato' Seri Utama Rais Yatim
Share: