Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Merdeka
Maaf Zahir dan Batin
Malaysia Boleh
Hidup Industri Perfileman Malaysia!
Share:

Wednesday, August 10, 2011

Tuntutan Minoriti *sebuah reviu Rise of The Planet of The Apes


Pernah tengok movie-movie Planet of The Apes yang sebelum ini? Yang lakonan Mark Wahlberg dan arahan Tim Burton pada 2001 pun dah tengok? Ramai yang menyangka movie Planet of The Apes kali ini tiada jauh beza dari movienya sebelum ini. Tetapi movie kali ini memang sangat berbeza dari yang sebelum ini. Malah aku boleh katakan, kalau korang cuba nak melupakan movie Planet of The Apes tahun 2001 versi Tim Burton, korang tonton lah movie yang baru ini. Ternyata movie 'apes' kali ini merupakan satu bentuk movie yang amat berbeza.

Dan dari segi perbezaan yang aku maksudkan, bukanlah setakat berbeza dengan movie 'apes' sebelum-sebelum ini, tetapi movie ini juga mempunyai satu plot penceritaan yang berbeza dibandingkan dengan movie-movie Sci-Fi yang lain. Walaupun aku agak terlewat sedikit masa tengok movie ni, kelam kabut, movie dah tayang 10 minit baru aku tonton, tapi ianya sedikit pun tak menjejaskan kefahaman aku terhadap movie ini. Bertambah-tambah pulak tengok dalam keadaan mata yang kabur (tak pakai spek), tetapi, jalan cerita movie ini sangat mudah difahami.

Movie ini juga memberi satu sudut pandangan berbeza kepada peminat movie-movie 'apes'. Aku sendiri ingatkan, awal revolusi beruk-beruk pintar, mereka ingin menakluk planet Bumi. Tetapi ternyata pandangan aku itu tersasar jauh. Ini kerana apa yang ditunjukkan dalam movie ini, beruk-beruk ini langsung tidak ingin mengganggu gugat kehidupan manusia. Apa yang mereka tuntut hanya lah hak mereka. Dan ternyata movie Rise of The Planet of The Apes ini membawa satu jalur cerita yang berbeza berbanding siri movienya sebelum ini.

Mengambil latar belakang kisah seekor cimpanzi pintar yang bernama Caesar, cimpanzi ini mendapat kepintaran dari ibunya yang telah disuntik oleh sejenis serum antidot penyakit Alzheimer oleh Will Rodman(James Franco) yang ingin mengubat penyakit itu dari bapanya, Charles Rodman(John Lithgow). Ini merupakan sebuah lagi movie yang memaparkan kemalangan Sains yang akhirnya menyebabkan satu evolusi yang boleh menggugat mereka sendiri. Caesar yang tertangkap kerana dianggap bahawa oleh jiran-jiran Will, akhirnya merangka pelan untuk memberi serum tersebut kepada beruk-beruk lain yang berada dikandang bersamanya.

Caesar cuba merangka pelan untuk sebuah revolusi...

Disini juga kita dapat lihat dimana Caesar merangka plan itu dengan penuh sabar. Dan aku sendiri takjub dengna kepintaran yang dimiliki Caesar dimana dia cuba menyatu padukan semua beruk supaya mereka berganding bahu menjadi lebih kuat. Mungkin pada mulanya, misi Caesar agak kabur kerana aku sendiri tak tahu sama ada Caesar merancang untuk menakluk kota San Francisco atau hanya sekadar ingin melepaskan diri. Akhirnya jelas bahawa pada awal penceritaan lagi telah ditunjukkan misi dan hajat Caesar. Di mana pada awal cerita, Will bersama kekasih hatinya Caroline Aranha (Freida Pinto) membawa Caesar ke hutan Redwood. Di situ dapat dilihat raut wajah Caesar seolah melihat kediamannya sendiri. Berbalik kepada Caesar yang ditahan di kandang beruk, beliau akhirnya menetapkan misi untuk melepaskan diri dari kandang tersebut, dan bersama beruk-beruk yang lain untuk pergi ke hutan Redwood, tempat tinggal mereka.

Caroline dan Will cuba mencari Caesar yang merusuh...

Dapat juga dilihat kontra antara manusia dan haiwan di dalam movie ini, di mana Caesar bersama kawan-kawan mawasnya, tidak langsung berniat untuk membunuh manusia. Malahan ditunjukkan berkali-kali Caesar menghalang kawan-kawannya dari membunuh manusia. Disamping itu, manusia yang kekal dengan sikap skeptikal mereka, terus-menerus menilai beruk-beruk itu sebagai ancaman dan menyelesaikan perkara tersebut dengan membunuh mereka. Padahal apa yang dituntut beruk-beruk ini hanyalah tempat tinggal mereka iaitu hutan.
Jadi, untuk plot movie ini, memang aku sangat tertarik. Kerana ianya mengalihkan pandangan kita dari siri movie Planet of The Apes yang sebelum ini dan cuba menghasilkan sebuah siri yang segar dan serba baru.

Golongan minoriti yang menuntut hak mereka...

Untuk lakonan pula, James Franco masih kekal dengan trademark lakonannya yang santai dan tidak menunjukkan emosi yang berlebih-lebihan. Tetapi tumpuan lakonan memberangsangkan lebih kepada Freida Pinto dan John Lithgow. Freida menunjukkan bakatnya yang sebenar hingga menjadikannya setaraf dengan bintang-bintang yang lain. Begitu juga Andy Serkis yang membawakan watak Caesar, beliau memang pelakon CGI sejati, kerana setiap emosi Caesar, ditonjolkan dengan sangat berkesan. Tom Felton pula yang membawa watak Dodge Landon, tidak lari jauh dari karakter Draco Malfoy-nya, cuma didalam movie ini beliau membuli haiwan dan penampilan dirinya juga agak matang.

Tom Felton cuba lari dari watak Draco Malfoynya...

Movie ini memang sangat berbaloi untuk kita tonton. Dan dengan semua klise dari movie-movie hollywood yang lain, movie ini muncul dengan membawa satu kelainan. Aku memang berharap akan keluar sequel untuk movie ini nanti. Tapi kalau tak de pun sequel, ianya tetap menjadikan movie ini sebagai movie Planet of The Apes yang terbaik.


Plot
Lakonan
Efek
Rating

My Favorite Quote : (Sign Language) "Apes alone weak. Apes together strong." - Caesar
Share: