Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

Friday, January 25, 2013

Bukan Beluncas Saja Boleh Jadi Rama-Rama* sebuah review Juvana.


Ternyata ianya menjadi satu trend buat produksi Filmscape milik saudara Khabir Bhatia dan Mira Mustaffa dengan membikin sebuah movie hasil dari kejayaan drama bersirinya. Seperti sebelum ini, saudara Khabir pernah membikin movie Nur Kasih The Movie menjadi kesinambungan kepada drama bersirinya yang sukses. Seperti Nur Kasih, movie Juvana juga merupakan kesinambungan dari drama bersirinya yang bertajuk sama. Agak pelik juga bila produksi Filmscape tidak mahu  menggunakan title The Movie seperti yang sering dilihat pada movie-movie dari adaptasi drama atau pun kumpulan-kumpulan terkenal. Mungkin baru ada kelas kalau tak ada title The Movie. Tetapi bukan itu yang menjadi tarikan dalam movie Juvana ini.

Umum mengetahui yang OtakMovie sangat particular dalam menonton movie-movie melayu di panggung wayang. Malah movie melayu terakhir yang OtakMovie tonton adalah pada bulan lepas iaitu movie Sepah The Movie. Mungkin OtakMovie hanya akan menonton movie melayu sebulan sekali, tapi apa yang OtakMovie yakin, bulan depan akan ada dua movie melayu yang pasti OtakMovie akan tonton di pawagam. Rasanya semua pun dah tahu kot movie apakah itu. Hehe. Berbalik kepada movie Juvana, memang ianya menjadi antara movie melayu yang OtakMovie nantikan pada tahun 2013 ini. Ternyata kehadiran Juvana sebagai pembuka tirai 2013 (termasuk Minyak Dagu) merupakan satu pemangkin semangat untuk sebuah kelainan yang dinanti penonton.

Sebenarnya movie melayu kita banyak yang menonjolkan kelainan, tetapi tetap ada yang tidak berjaya. Kelainan yang ditonjolkan seakan bersikap malas dan tidak bersungguh-sungguh hingga menyebabkan kelainan dalam movie itu membuatkan kita rasa cukup menjengkelkan. Juvana tidak diarah oleh Khabir Bhatia, malahan beliau sekali lagi memberi kepercayaan penuh kepada pengarah dramanya iaitu saudara Faisal Ishak, dan saudara Faisal berjaya menunjukkan kelainan dalam sesebuah movie melayu yang sangat dinanti oleh semua penonton.

Juvana sebuah movie yang wajar ditonton. Ini kerana, ianya memaparkan sangat banyak nilai-nilai murni serta mesej yang bagus sekalipun banyak babak-babak ganas yang ditonjolkan. Kita boleh buat movie ganas, movie bertumbuk-tumbuk, movie gangster. Tetapi movie ganas yang diselitkan dengan nilai murni sangat sukar didapati. OtakMovie rasa cukup jengkel bila banyak movie berbentuk gangster, yang cuba untuk mengajar kita nilai-nilai murni dalam kekotoran kehidupan, tetapi sebenarnya lebih menggalakkan kita melakukan perkara tak senonoh. Dalam Juvana, tak ada langsung isu seksual yang cuba mengeksploitasi tubuh badan seorang wanita. Dan ini yang menyebabkan OtakMovie sangat berkenan dengan movie ini.

Nilai-nilai murni yang ditonjolkan dalam movie ini juga diterjemahkan dalam bentuk watak dan perwatakan. Seperti untuk watak Botak, serius OtakMovie katakan, inilah yang dinamakan sebagai satu watak yang kuat. Untuk movie Juvana ini, Johan Asa'ri yang melakonkan watak Botak lebih kepada watak utama daripada watak Daim lakonan Zahiril Adzim. Tapi tak bermakna watak Daim ini langsung tidak berguna. Setiap watak dalam movie ini seperti Apek, Kicap, Panjang, Ayam, Jamal, Adam dan  Komeng, masing-masing mempunyai peranan mereka yang tersendiri. Dan tiada satu watak dalam movie ini yang diletakkan tanpa sebab musabab dan saling ada pertalian antara setiap babak yang dipaparkan.

Setiap watak yang baik, pasti disajikan juga dengan watak jahat. Dan disinilah aku ingin puji tanpa henti watak Lan Todak yang dibawa oleh Sharnaaz Ahmad. Sharnaaz membuatkan aku rasa rindu akan watak jahat yang benar-benar horror seperti ini. Sudah lama rasanya kita tak disajikan dengan watak penjahat seperti ini selepas ianya dipersembahkan oleh pelakon hebat seperti Zul Huzaimy dan Que Haidar. Sharnaaz merupakan pelakon yang sangat berbakat. Kehadirannya di samping Johan Asa'ri dan Syazwan Zakaria (Apek) menonjolkan keseimbangan dalam movie ini. Mungkin ramai yang tidak suka akan cara Sharnaaz menonjolkan wataknya itu secara berlebih-lebihan dan sangat surreal, tetapi watak sebegini yang membuatkan kita sendiri berasa takut.

Kenapa tajuk entri untuk review Juvana dari OtakMovie adalah sebegini? Apa kaitannya dengan movie Juvana ini? Ini kerana, satu-satunya mesej kuat yang ingin disampaikan dalam movie ini adalah, setiap manusia, tidak kira sejahat mana, mampu juga berubah. Disini ditonjolkan watak Botak yang selepas dibasuh oleh ketua pengawal Tuan Ali (Adlin Aman Ramlie) akhirnya cuba untuk berubah walaupun dia tahun perubahan untuk menjadi seorang yang baik lebih susah berbanding sebaliknya. Ini berlaku kepada Apek yang berubah menjadi seorang taiko di sekolah Indera Sakti selepas kematian ibunya. Dan kontra perubahan watak Botak dan Apek ini menunjukkan bagaimana senang setiap manusia boleh berubah.

Sekalipun banyak perkara komen positif OtakMovie dalam movie ini, ianya tetap juga ada kelemahan. Sekalipun setiap babak yang ditonjolkan dalam movie ini mempunyai kaitan antara satu sama lain, tetapi masih terdapat juga babak yang kurang pasti akan sebab musababnya. Seperti babak rusuhan yang berlaku tiba-tiba tanpa ditunjukkan permulaannya menimbulkan sedikit tanda tanya. Dan watak Sara Ali yang sekadar diletak sebagai kakak Jamal (Syafie Naswip) tanpa sebarang sebab juga kurang jelas. Tetapi kelemahan-kelemahan ini tidak menjejaskan jalan penceritaan movie ini. Walaupun ganas, Faisal juga tak lupa nak letakkan sedikit kemanisan dengan menonjolkan sedikit babak cinta manis dari Sara (Syeira Ayob) dan Zahiril yang boleh menguntum senyuman di muka penonton. Dan keseluruhannya bagi OtakMovie untuk movie Juvana ini adalah, Botak dan Lan Todak sangat meyakinkan.

SKOR MUZIK

EFEK KHAS

LAKONAN

PLOT

RATING
Share:

Tuesday, January 22, 2013

Bila Dilepaskan Pendam Di Hati* sebuah review Django Unchained.


Siapa pernah tonton movie Kill Bill? Pulp Fiction? Inglorious Basterds? Maka sebegitu jugalah hendaknya gaya persembahan Django Unchained arahan pengarah tersohor, Quentin Tarantino. Sebut pasal tuan pengarah ni, tak sah kalau peminat movie tak pergi menonton movie arahan beliau. Kerana dalam movie-movie arahan Quentin sentiasa ditonjolkan sesuatu yang lain yang tak ada pada movie-movie lain. Kalau kita tengok movie tersebut plot ceritanya agak berterabur, lepas tu dialog dan sekuens dialognya pulak kedengaran pelik, dan watak faveret korang dalam movie tu mati pulak, ternyata memang movie dari Quentin lah tu jawabnya.

Tapi, disebabkan hampir kesemuanya movie dari Quentin bergayakan sebegini, menyebabkan OtakMovie dah bersedia akan segala kemungkinan yang bakal berlaku dalam movie ini. Apapun, ianya tak menghancurkan mood untuk menonton kerana Quentin bijak bermain dengan tema yang berlainan. Kali ini, beliau cuba bermain dengan tema penghambaan orang kulit hitam di Amerika Syarikat pada lewat kurun ke-18 pula. Dan ternyata percubaan berani beliau menjadi kerana tema tersebut sangat sesuai dengan gaya ganas Quentin menghasilkan sebuah movie.

Bersalutkan pula dengan lakonan dari Jamie Foxx sebagai Django, semakin menimbulkan keghairahan OtakMovie untuk menonton movie ini. Jamie adalah pelakon kulit hitam faveret OtakMovie selepas Will Smith. Tak usah dipertikaikan lagi lakonan pemenang pelakon terbaik Oscar ini kerana watak Django seolah-olah lahir hanya untuk dimainkan oleh Jamie. Tambah lagi pula dengan lakonan superb dari Christoph Waltz sebagai Dr King Schultz. Waltz pernah berlakon dibawah arah Quentin sebelum ini di dalam movie Inglorious Basterds sebagai Col. Hans Landa. Dan lakonanya dalam movie itu sangat dipuji oleh semua orang kerana mampu membawa seorang askar German yang pakar dalam memburu Jews. Dan selepas movie itu lah Christoph ditawarkan dengan banyak watak villain seperti dalam movie The Green Hornet dan The Water Elephant. Tapi tak sangka pulak wataknya sebagai orang baik dalam movie ini berjaya diperankan dengan berjaya.

Sekalipun movie ini dibarisi ramai pelakon-pelakon hebat lain seperti Leonardo DiCaprio (Calvin Candie), Kerry Washington (Broomhilda) dan Samuel L. Jackson (Stephen), tetapi apa yang menariknya movie dari Quentin adalah babak-babaknya. Seakan-akan satu bentuk prinsip, Quentin mesti inginkan setiap babak dalam movienya mudah diingati walaupun selepas penonton selesai menonton movienya. Dan di dalam babak-babak ini juga terselitlah dialog-dialog yang mampu menguatkan lagi jalan cerita. Ternyata setiap babak dan sekuens yang dipaparkan dalam movie ini memberi perspektif yang berbeza kepada setiap orang yang menonton.

Di dalam movie ini, Quentin tidak terlalu mencuba untuk mengupas isu penghambaan pada zaman dahulu. Malah Quentin dengan secara sengaja mewujudkan watak Dr King, iaitu seorang bounty hunter berbangsa German. Kalau diikutkan, sukar untuk melihat movie yang menonjolkan watak orang German baik pada zaman 1940an kebawah. Malahan dalam movie ini juga, Quentin sekadar ingin menunjukkan sikap amarah dan pembalasan dendam kesumat Django dalam menyelamatkan isterinya, Broomhilda dari cengkaman Calvin Candie.

Watak Calvin Candie pula telah dibawa dengan berjaya oleh Leonardo. Ternyata sekarang Leonardo ingin mempelbagaikan watak-watak yang cuba dibawanya. Dan risiko yang diambil Leonardo dengan mencuba watak tauke Candyland yang mempunyai ramai hamba abdi kulit hitam, ternyata berbaloi. Leonardo membuatkan OtakMovie menyenaraikan beliau dalam senarai aktor-aktor faveret. Pelakon lain seperti Samuel L. Jackson juga sukses dalam membawa watak orang kulit hitam bawah kaki Calvin yang membelot orang dari bangsanya sendiri.

Sebenarnya movie ini sangat ringan jalan penceritaannya. Setiap rantaian dan subplot yang ditonjolkan sangat mudah. Tetapi Quentin membuatkan kita berfikir dengan susah payah akan konklusi dalam setiap babak walhal apa yang bakal berlaku hanyalah sekuens yang memang sudah boleh dijangka. Dan seperti yang OtakMovie katakan tadi, babak-babak dalam movie Quentin ini yang menguatkan jalan cerita yang sebenarnya hanyalah biasa-biasa sahaja. Dan Django Unchained bukan lah movie rasis seperti yang disebut-sebut, cuma sedikit ganas.

SKOR MUZIK

EFEK KHAS

LAKONAN

PLOT


RATING
Share:

Beraksi Kembali Bekas Gabenor California!* sebuah review The Last Stand


Tak sabar rasanya OtakMovie nak tunggu bulan Jun nanti. Kebanyakkan movie-movie Hollywood yang bakal meletup muncul pada bulan ni seperti Man of Steel, Kick Ass 2 dan Monsters University. Tetapi sebenarnya bukan bulan Jun je yang OtakMovie tak sabar nak tunggu, OtakMovie juga tak sabar nak habiskan tontonan movie bulan Januari ni. Bagi OtakMovie, selepas hadirnya bulan Februari, baru lah betul-betul keluar movie yang digemari. Seperti bulan Januari, lihat sajalah movie yang keluar, seperti movie The Last Stand ini.

Biasa-biasa sahaja. Malah lebih teruk dari biasa-biasa. Tak tau lah apa yang cuba disampaikan pengarah dalam movie ini. Mungkin ianya hanya sekadar mukadimah kepada Arnold Schwazenegger untuk kembali ke layar perak. Yelah, setelah sekian lama tak muncul tak movie, kecuali The Expendables, Arnold akhirnya mengeluarkan bunga aksinya untuk menjadi tatapan peminat-peminat setianya. Dan dalam movie ni juga, memang nak tunjukkan yang Arnold sudah kembali, tetapi ada bezanya dari dulu, iaitu sekarang dia dah tua.

Walaupun secara keseluruhan movie ini tidak sekadar nak tonjolkan watak Arnold sebagai Ray Owens sahaja, tetapi masih nampak ketidaklogikkan movie ini memaparkan Ray satu-satunya hero yang benar-benar mampu menewaskan banduan yang FBI sendiri pun tak mampu nak lakukan. Ray adalah seorang sheriff di Sommerton, dan untuk menunjukkan logik akal akan kehebatan Ray ini, ditonjolkan pula kisahnya yang sebenarnya merupakan ahli pasukan narkotik polis. Apa pun, semua itu dapat 'dimaafkan' kerana hero tersebut adalah Arnold.

Harap benar lah kenyataan bahawa movie ini hanya movie panas badan Arnold. Dengar cerita pun beliau belum mahu bersara dalam bidang lakonan. Bagus jugak sebenarnya sebab Arnold baru berumur 62 tahun berbanding Christopher Plummer yang baru menang Oscar tahun lepas yang berumur 85 tahun.  Harap selepas ini Arnold dapat mengurangkan movie-movie berbentuk aksi, dan lebih menitik beratkan lakonan yang mantap.

Satu lagi yang OtakMovie pelik, kenapakah aktor Johnny Knoxville yang namanya terpampang di poster bersama Arnold? Sebab takdelah banyak mana pun peranan Knoxville sebagai Lewis Dinkum. Rasanya Forest Whittaker lagi layak diletakkan namanya di poster bersama Arnold sebab wataknya sebagai Agent John Bannister lebih banyak peranan. OtakMovie memang minat pada lakonan Knoxville, beliau sangat similar kalau melakonkan watak yang gila-gila. Dan watak Lewis Dinkum, iaitu seorang yang ada sikit masalah mental, dan mempunyai minat dan hobi mengumpul senjata, juga ada memangkin babak-babak dalam movie ini.

Dan movie ini juga cuba menonjolkan subplot-subplot yang sekadar tangkap muat. Seperti kematian Henry, rakan seperjuangan Arnold, babak gangster yang kononnya paling ganas dan bijak bersama komplotnya dengan salah seorang agent FBI dan juga kisah cinta antara Sarah (Jamie Alexander) dan Frank (Rodrigo Santoro). Paling meloyakan OtakMovie adalah kisah cinta Sarah dan Frank. Takdelah kisah cinta mana pun, tapi nak juga ditonjolkan dalam movie ini. Bagi OtakMovie, subplot sebegini kalau tak dikembangkan pun takpe, tapi kalau nak kembangkan pun biarlah setara dengan jalan cerita.

Ternyata movie ini sekadar come back Arnold ke dalam layar perak. Dan ianya bakal menjadi ikutan kepada peminat-peminat Arnold sendiri. Tapi bagi OtakMovie, ada banyak lagi movie-movie hebat dari Arnold, dan movie The Last Stand ini tak tersenarai dalam movie-movie tersebut.

LAKONAN

SKOR MUZIK

EFEK KHAS

PLOT

RATING
Share:

Monday, January 21, 2013

It;s Coming! : Movie Paling Dinanti Tahun 2013.

Di sini OtakMovie nak senaraikan movie-movie pada tahun 2013 yang paling dinanti-nanti oleh semua. OtakMovie juga dapat rasakan, pada tahun ini movie-movie melayu bakal bangkit semula. Yelah, dengan kehadiran movie-movie hebat seperti Husin, Mon & Jin Pakai Toncit, KL Gangster 2, Rock Oo!, Apokalips X, Papadom 2, Juvana, Adnan Sempit 3 dan banyak lagi. Ya, memang OtakMovie perasan, banyak movie-movie yang disebut adalah arahan Mamat Khalid. Sememangnya OtakMovie amat gemar akan movie-movie dari beliau ini. Dan OtakMovie sangat gembira bila dapat tahu banyak movie-movie Abang Mamat yang bakal keluar pada tahun ini. Dan tak lupa juga movie-movienya yang sedang dibikin seperti movie Lebuhraya Ke Neraka dan Zombie Kilang Biskut.

Tapi nampaknya kenalah bersabar nak tonton semua movie Abang Mamat ni. Dan sambil-sambil kita movie, kita layan dulu movie-movie lain yang bakal ditayangkan. Inilah dia movie-movie yang dinanti pada tahun ini :

JANUARI

1) Hansel & Gretel : The Witch Hunters - 24 Januari
2) Juvana - 24 Januari
2) Bullet To The Head - 31 Januari

FEBRUARI

1) A Good Day To Die Hard - 7 Februari
2) Journey to The West - 7 Februari
3) Husin, Mon & Jin Pakai Toncit - 7 Februari
4) Hitchcok - 14 Februari
5) Beautiful Creatures - 21 Februari
6) Jack the Giant Slayer - 28 Februari
7) Rock Oo! Rimba Bara Kembali - 28 Februari

MAC

1) Oz : The Great & The Powerful - 7 Mac
2) Warm Bodies - 14 Mac
3) The Incredible Burt Wonderstone - 14 Mac
4) Identity Thief - 14 Mac
5) The Croods - 21 Mac
6) G.I. Joe : Retaliation - 28 Mac

APRIL

1) The Heat - 4 April
2) The Host - 4 April
3) Oblivion - 11 April
4) Iron Man 3 - 25 April

MEI

1) Pain & Gain - 1 Mei
2) The Great Gatsby - 16 Mei
3) Star Trek Into Darkness - 16 Mei
4) Epic - 23 Mei
5) The Hangover Part 3 - 23 Mei
6) Fast & Furious 6 - 23 Mei

JUN

1) After Earth - 6 Jun
2) Now You See Me - 6 Jun
3) Man of Steel - 13 Jun
4) Monsters University - 20 Jun
5) World War Z - 20 Jun
6) Kick Ass 2 - 27 Jun

JULAI

1) Despicable Me 2 - 3 Julai
2) The Lone Ranger - 4 Julai
3) Pasific Rim - 11 Julai
4) Turbo - 18 Julai
5) This Is The End - 18 Julai
6) The Wolverine - 25 Julai

OGOS

1) 300 : Rise of an Empire - 1 Ogos
2) Red 2 - 2 Ogos
3) Percy Jackson : Sea of Monsters - 15 Ogos
4) Planes - 22 Ogos

SEPTEMBER

1) Riddick - 6 September
2) The Smurfs 2 - 6 September
3) The World's End - 12 September
4) Grown Ups 2 - 12 September


OKTOBER

1) Cloudy 2 : Revenge of The Leftovers - 3 Oktober
2) Sin City : A Dame to Kill For - 4 Oktober
3) Carrie - 18 Oktober
4) Thor : Dark of The World - 31 Oktober

NOVEMBER

1) The Hunger Games : Catching Fire - 21 November
2) Frozen - 28 November

DISEMBER

1) The Hobbit : The Desolation of Smaug - 13 Disember
2) Ancorman : The Legend Continues - 20 Disember

-------------------------------------------------------------


Share:

Wednesday, January 16, 2013

OtakMovie Awards! (Movie Melayu Terbaik)



Di kesempatan kemelut FFM25 yang tak berkesudahan dan di samping tahun baru yang menyusul ini, OtakMovie berasa agak teruja untuk mengadakan anugerah sendiri sempena mengiktiraf movie-movie melayu pada tahun 2012. Maka terciptalah OtakMovie Awards! bagi kategori movie-movie melayu. mungkin akan datang OtakMovie akan mengadakan award untuk movie Hollywood pula.

Mari kita saksikan calon-calon untuk OtakMovie Awards 2012!

Movie Melayu Terbaik!

1. SAM
2. Bunohan
3. Istanbul, Aku Datang
4. Zaiton, Ceritaku.
5. Hoore, Hoore!

Movie Komedi Terbaik!

1. Berani Punya Budak
2. Adnan Sempit 2
3. Hantu Kapcai
4. Sepah The Movie
5. Pontianak Vs Orang Minyak

Movie Gangster (Gedebak-Gedebuk) Terbaik!

1. Jiwa Taiko
2. Budak Pailang
3. PE 3
4. Bohsia 2 : Jalan Kembali
5. 8 Jam

Movie Romantis Terbaik!

1. Azura
2. Aku, Kau dan Dia
3. Istanbul, Aku Datang
4. Aku Terima Nikahnya
5. Lagenda Budak Setan 2 : Katerina

Movie Seram Terbaik!

1. Keramat
2. Sumpahan Kum-Kum
3. Sesuatu Yang Tertinggal
4. Hantu Air

Movie Drama/Muzikal/Biopik/Thriller Terbaik!

1. Bunohan
2. SAM
3. Hoore, Hoore!
4. Chow Kit
5. Zaiton, Ceritaku

Movie RomCom (Romantic Comedy) Terbaik!

1. Cinta Kura-Kura
2. Istanbul, Aku Datang
3. Untuk Tiga Hari
4. Ngorat
5. Cinta Beruang

Movie SerCom (Seram Comedy) Terbaik!

1. Nongkrong

2. Momok : Jangan Cari Pasal

3. Pontianak Vs. Orang Minyak

4. Hantu Dalam Botol Kicap

5. Seram Sejuk


Pengarah Movie Terbaik!

1. Dain Said - Bunohan
2. Syafik Yusof - SAM
3. Bernard Chauly - Istanbul, Aku Datang!
4. Esma Daniel - Zaiton, Ceritaku
5. Saw Teong Hin - Hoore, Hoore!

Hero Movie Terbaik!

1. Faizal Hussein - Ilham - Bunohan
2. Beto Khusyairi - Harris - Istanbul, Aku Datang
3. Shaheizy Sam - Sam - SAM
4. Adyputra - Johan - Aku Terima Nikahnya
5. Farid Kamil - Kashah - Lagenda Budak Setan 2 : Katerina

Heroin Movie Terbaik!

1. Lisa Surihani - Dian - Istanbul, Aku Datang
2. Nadia Aqilah - Zaiton Sameon - Zaiton, Ceritaku
3. Salina Saibi - Amy - Bohsia 2 : Jalan Kembali
4. Maya Karin - Katerina - Lagenda Budak Setan 2 : Katerina
5. Yana Samsudin - Julia - 8 Jam

Pembantu Hero Movie Terbaik!

1. Pekin Ibrahim - Bakar - Bunohan
2. Syamsul Yussof - Jefri - SAM
3. Soffi Jikan - Keting - Bohsia 2 : Jalan Kembali
4. Zahiril Adzim - Adil - Bunohan
5. Namron - Pok Wah - Bunohan

Pembantu Heroin Movie Terbaik!

1. Nabila Huda - Tasya - Bohsia 2 : Jalan Kembali
2. Nadiya Nisaa - Lara - Jiwa Taiko
3. Tengku Azura - Mek Yah - Bunohan
4. Ayu Raudhah - Juwita - Untuk Tiga Hari
5. Adibah Noor - Lia - Hoore, Hoore!


Watak Sarip Dol Terbaik! (Untuk Watak Jahat Lelaki)

1. Pekin Ibrahim - Bakar - Bunohan

2. Soffi Jikan - Keting - Bohsia 2 : Jalan Kembali

3. Jehan Miskin - Based - Sepah The Movie

4. Afdlin Shauki - Tan Sri Puteh - Azura

5. Bront Palarae - Pinto - Jiwa Taiko


Jadi, siapakan diantara calon ini yang menjadi pilihan OtakMovie. Mungkin anda juga ada pilihan anda sendiri. OtakMovie akan mengumumkan pemenang di hati OtakMovie pada entry akan datang. Tungguuu....
Share: