Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

Saturday, January 30, 2010

Pembohongan Dalam Visual. *sebuah reviu Karaoke


Untuk reviu kali ni, aku terpaksa ambil dari pandangan beberapa orang. Kerana aku ni bukan lah pandai sangat membaca movie berunsurkan seni, tak pun yang banyak subjek atau mesej tersembunyi. Masih perlu dibimbing lagi.

Lebih-lebih lagi untuk movie ini, dek kerana ianya bukan sebuah movie yang sesuai ditonton oleh penonton seperti masyarakat kita, maka aku terpaksa lah reviunya melangkaui pemikiran dari sudut perspektif seorang penonton. Ini kerana kalau aku ingin reviu movie ini dari sudut pandangan seorang penonton, komen aku............mengantukkan! haha.

benar, jika diteliti, dan diamati, movie ini memang mengantukkan kita. aku juga hampir-hampir tertidur ketika menontonnya. tetapi masih terdapat babak-babak yang menarik disampaikan oleh pengarahnya. Contohnya seperti babak perempuan india (yeke??) menyanyikan lagu nasyid, babak si ibu menutup langsir bilik menghalang anak lelakinya dari memandang dan babak watak utama menghayati karakter dalam shooting video klip karaoke. Bagi aku semua babak ini terdapat perkaitannya yang tersendiri. Terdapat jugak babak dimana mesejnya agak kabur untuk aku terima, iaitu babak ala-ala dokumentari kelapa sawit. Wah, tak faham langsung. Tapi bila diterangkan oleh pengarahnya, Chris Chong, baru lah aku sedikit faham.

Karaoke mengisahkan Betik (Zahiril Adzim) yang baru pulang kekampung untuk membantu perniagaan kedai makan berkaraoke ibunya. Tetapi terdapat konflik antara ibu dan anak itu menunjukkan si ibu seolah membencikan Betik. Dengan penambahan cerita yang agak kurang tanpa berkembang, kisah dalam movie ini amat ringkas. Ada juga diterangkan sedikit kisah silam berkenaan pergolakan keluarga Betik ini tetapi tidak secara keseluruhan.

Seperti kata Mislina Mustapha yang melakonkan watak ibu yang dapat aku tangkap, banyak shot atau babak dalam movie ini menunjukkan pembohongan yang berlaku dalam dunia karaoke. Subjek karaoke dengan penggunaan video klip palsu sendiri telah menggambarkan pembohongan. Begitu juga pada watak Betik yang sering ingin melarikan diri dari sesuatu yang tidak diketahuinya tetapi dalam masa yang sama dia telah pergi ke arah permasalahan tersebut. Itu lah pembohongan atau penafian yang ingin ditonjolkan. Ianya juga terdapat dalam diri si ibu yang sering bersikap sinis dalam apa jua perkara.

Penggunaan pokok kelapa sawit sebagai subjek juga telah diterangkan oleh pengarahnya bahawa pokok kelapa sawit digambarkannya sebagai a fake greens iaitu sebuah pokok yang palsu. Ini kelihatan benar apa yang ingin mengetengahkan subjek pembohongan yang sering berlaku dalam kehidupan kita yang cuba kita lepaskan diri.

Movie ini memang banyak mengetengahkan mesej tertentu. Tetapi penggunaan terlalu banyak visual dan montaj, namun mesej yang disampaikan sedikit adalah suatu pembaziran. Penceritaan yang terlalu ringkas, tetapi itulah kekuatan movie ini. Asyik bermain dengan visual.

Movie ini jikalau ditonton masyarakat kita, memang tak laku, jujur dari pendapat aku. Jika di ketengahkan kepada golongan bijak pandai, mungkin movie ini berjaya. Berjaya membuatkan mereka yang menonton berfikir cukup berat hingga kita tidak sedar apa yang kita fikirkan. Haha.

p/s : Amat suka lagu-lagu karaoke yang digubah dalam movie ini, terutama lagu nasyid tersebut. Haha.
Share:

Friday, January 22, 2010

Terbaik Dari Ladang. *sebuah reviu FACT Shorts



Maaf lah kalau pos aku ni agak terlewat memberi pendapat tentang FACT Shorts berbanding blog-blog reviu movie yang lain. Bukan apa, sebelum buat sesuatu, aku kena la research dulu, takut apa yang nak disampaikan tak tepat dan merepek. Tapi takpe, aku cuba komen filem-filem pendek arahan kawan-kawan TEKA aku ini tanpa sifat prejudis dan lebih kepada estetika santai.

Aku agak terkejut dengan penghasilan filem-filem pendek dari kawan-kawan aku ini. Suatu perkara yang menarik dari En. Norman yang ingin memartabatkan lagi karya pelajar-pelajar jurusan filem dari UiTM ini. Hingga terasa hati, bila pula agaknya aku nak ke depan membentangkan filem pendek aku. Haha. Apa-apa pun, ini lah pendapat aku sebagai penonton yang telah menyaksikan filem-filem pendek berjudul Bantal Lengan, The 5 Rules, Hide/Seek, Sujud, Ronamaya dan Mautopia.

BANTAL LENGAN (Dir : Mohd Rahhiemi Alias)

Montaj awal yang menunjukkan animasi daun terup berselisih sudah cukup menarik aku untuk menonton filem ini dengan lebih lanjut. Inilah perkara utama dalam sesebuah filem, montaj awal itu penting untuk penonton rasa teruja. Selebihmya bergantung kepada kreativiti kita.

Secara keseluruhannya, aku meminati filem pendek ini kerana mengandungi perlambangan-perlambangan sinikal yang membuatkan aku sedikit tersenyum. Penggunaan daun terup sebagai subjek kehidupan seorang lelaki bongkak amat kreatif kerana daun terup itu sendiri sinonim dua kelompok masyarakat, iaitu masyarakat yang inginkan hiburan, dan masyarakat yang hanya bergantung kepada nasib. Kedua-dua ciri masyarakat inilah yang ditonjolkan dalam karakter utama iaitu pada awal pembabitan hingga hujung pembabitan karakter.

Hanya satu sahaja silapnya filem ini, iaitu pada babak yang shotnya terlampau over expose lighting, sepatutnya biarlah si pengarah memberitahu maksud shot itu, janganlah beritahu yang ianya adalah kesalahan teknikal, tipu-tipu sikit takde hal punya. Haha. Nice effort. :)


THE FIVE RULES (Dir : Faiz Armani)

Satu-satunya karya dari batch aku sendiri. Haha. Tahniah ya Faiz sebab berjaya menunjukkan hasil kerja kepada warga TEKA. Perkara pertama yang aku cukup salute dalam filem pendek ini sudah tentulah peglibatan Production Managernya yang berjaya mendapat kan lokasi-lokasi menarik seperti balai polis. Perkara kedua pula adalah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa latar filem ini.

Tapi, kenapa perlu meniru karya dari luar. Aku tahu jawapannya, tiada salah bukan? Haha. Satu percubaan yang bagus dari student tempatan yang sedikit mencedok idea luar untuk dijadikan filem pendek dalam negara ini. Cuma, jika idea yang dicedok itu cermat pencedokkannya ditambah pula menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa latar, pasti penonton akan lebih terpukau.

Macammana sekalipun, memang dah tiada istilah asli dalam bekarya, pasti idea luar dikorek dan diterap juga. Dari segi keseluruhannya, Faiz berjayalah juga menarik perhatian penonton untuk duduk melihat karyanya ini. Dan aku pasti, jika di komersialkan sikit filem pendek ini, pasti penonton berfikiran jumud juga akan menerimanya. Syabas!


HIDE/SEEK (Dir : Benz Muaddid)

Gadis-gadis mantap. Haha! Itu sajalah yang dapat aku fikir semasa menonton filem pendek ini. Teringat pula aku pada movie-movie dari Alfred Hitchcock yang mengambil perempuan sebagai subjek tumpuan penonton. Filem ini bagi aku cukup santai untuk aku tonton, malah, aku berasa sedikit bengang, mengapalah filem ini tidak ditontonkan pada akhir screening. Ini kerana setidak-tidaknya dapat juga aku menenangkan otak selepas menonton filem-filem pendek yang mengerah benak aku.

Shot dan sinematografi yang baik, sampai aku tertanya-tanya, berapa banyak pengarah dan produsernya berhabis duit untuk filem ini. Seperti Histeria pun ada juga. Twist yang berlaku di hujung cerita sedikit berjaya dengan perubahan antagonis (konon-kononnya) bertukar menjadi satu-satunya hero lelaki.

Persetankan isu psikologi yang menidakkan budak lelaki berumur 20 lebih tidak bermain sorok-sorok. Sedangkan aku pun turut main permainan ini. Cuma apa aku sedikit kecewa, adalah emosi watak yang nampak tenang selepas melihat kelibat hantu pelajar perempuan di depan mata mereka. Mungkin Benz taknak ikut tema jerit-menjerit seperti kebiasaan filem seram melayu kot. Hehe. Satu karya hebat dari adik-adik junior ku...


SUJUD (Dir : Mohd Rahimi Zailanni)

Ringkas. Padat. dan Jujur. Itu lah yang dapat aku gambarkan filem pendek bertemakan keagamaan ini. Malah filem pendek yang terlalu ringkas ini lebih dekat dengan hati penonton kerana ianya mengangkat isu yang terlalu kerap berlaku pada kita.

Penggunaan dua watak sahaja pun sudah mencukupi, Rahimi bijak memanipulasi keadaan dengan mewujudkan shot long take bagi membolehkan penonton merasai durasi solat subuh yang dilaksanakan watak. Penggunaan metafora visualnya juga cantik apabila kedua-dua watak sujud, yang satu sujud solat, yang satu lagi sujud di tempat tidur, dan yang sujud di tempat tidur itu seolah menjadi imam. Cukup tenang dan teliti Rahimi menjelaskannya.

Walaupun setelah selesai menonton filem ini, aku sedikit tersentak kerana tidak menyangka ianya sesenang itu dihasilkan, tetapi kejujuran yang ditampilkan pengarah amat menenangkan jiwa. Pastinya ramai yang membuka mata selepas menonton filem ini, aku juga. Haha. Tahniah kepada tenaga produksi!


RONAMAYA (Dir : Amer Zaman)

Satu-satunya filem pendek yang aku ikuti dari awal produksi hingga ke hujungnya. Dari tahun lepas lagi aku menunggu filem pendek ini ditayangkan, tetapi sedikit kecewa dengan kelembapan pos produksinya. Namun, saudara Amer telah membuktikan, masa yang dibazirkan itu tidak sia-sia. Ini kerana apa yang terhasil adalah hampir kepada sebuah masterpiece.

Paling aku tertarik dalam filem ini sudah tentu lah temanya yang mengetengahkan isu komik dan kartunis. Kerana jiwa aku begitu dekat dengan industri komik tempatan. Plot cerita yang ditunjukkan juga menarik membuatkan kita terpaksa menontonnya banyak kali bagi memastikan beberapa babak merupakan perkaitan kepada babak yang lain.

Penggunaan perlambangan-perlambangan tertentu juga menakjubkan, seperti air warna hijau/biru, hujan warna merah dan kebaya hijau. Setiap satunya menunjukkan sebab tentang perkaitan perlambangan ini dengan cerita yang mengandungi dua sisi dimensi. Aku juga hampir-hampir keliru hingga tidak dapat membezakan watak yang mencipta dan watak yang dicipta. Tahniah kepada Amer kerana berjaya mewujudkan karya sehebat begini. Hampir sifar kesilapannya. Nota tambahan, babak kegemaran aku dalam filem ini sudah tentulah babak komik di hujung cerita. Hehe.


Mautopia (Dir : Ridhwan Saidi)

Gulp! Antara sebab mengapa aku tidak mahu membuat reviu tentang FACT Shorts yang lepas adalah kerana filem pendek ini. Pengolahan filem ini telah berjaya melangkaui batasan akal fikiran aku dalam penciptaan karya yang membabitkan puisi lama, bak kata pengarahnya lah. Ini sekaligus turut menjejaskan kredibiliti aku sebagai seorang student department penulisan. Haha.

Penggunaan aspek-aspek eksperimental (betul ke?) dan sedikit unsur seram pada mulanya agak memeningkan kepala aku yang sememangnya sukar memahami nilai estetika sebuah filem seni berbanding filem separa seni. Namun setelah dijelaskan oleh pengarahnya, barulah aku sedikit terbuka mata kerana terpukau dengan kehebatannya menghasilkan sebuah filem yang mengandungi unsur sastera didalamnya.

Ini satu yang baru bagi aku kerana sudah terlal biasa dengan konsep teater dalam filem, tetapi sastera dalam filem ini amat jarang aku dengari. Mungkin aku belum pelajarinya lagi tetapi, apa yang sedikit menidakkan perasaan aku akan filem ini adalah intipatinya yang mungkin tidak difahami penonton luar, sekiranya si pengarah tidak menjelaskan maksud setiap babak satu persatu. Mungkin filem ini lebih ditujukan khas untuk semua pengkarya dan sasterawan berbanding penonton yang sempit pemikiran. Siapalah aku untuk menilai. Hehe. Nice work!
Share:

Wednesday, January 20, 2010

Kritikan Sosial Puan Amy. *sebuah reviu Lu Pikirlah Sendiri de Movie



Aku berasa bertuah kerana menjadi antara yang pertama menonton movie yang mengangkat pelawak kegemaran aku, Nabil, dalam promosi movie ini di UiTM Shah Alam.

Selepas sahaja menonton movie ini, hanya satu dalam fikiran aku, banyak benar mesej yang ingin disampaikan oleh pengarahnya, Aminah Rhapor (atau kitorang di FACT panggil sebagai Puan Amy). Hinggakan terlampau banyak sub-plot atau penceritaan yang disampaikan sampai terdapat beberapa perkara yang tidak kesampaian.

Mungkin disebabkan movie ini adalah movie komedi dan menampilkan pula Nabil sebagai watak utamanya hingga menyebabbkan mesej atau kritikan isu kehidupan tidak kesampaian ke benak penonton biasa. Lain pula jika movie ini disampaikan dalam genre drama sepenuhnya.

Tetapi aku akui, percubaan pertama Puan Amy ini tidak mengecewakan. Mungkin pengambilan Nabil sebagai karakter utama bukan sekadar memeriahkan atau menarik perhatian penonton. Kita dapat melihat dengan sendiri jenaka sosial yang cuba disampaikan oleh Nabil dalam persembahan pentasnya, bertetapan juga dengan mesej yang cuba disampaikan dalam movie ini, iaitu kehidupan.

Banyak juga kelemahan yang terdapat dalam movie ini seperti peralihan babak yang berlaku tiba-tiba tanpa sebab. Tetapi itu semua dapat dimaafkan jika kita faham konsep jalan pintas dalam sesetengah movie. Manakala dari segi komedi pula, secara keseluruhannya movie ini tidak berapa kelakar, cuma ada beberapa babak sahaja yang menonjol komedinya iaitu yang membabitkan Nabil, Zizan serta Ebby Yus.

Penggunaan nama-nama besar seperti Faizal Tahir dan Aziz M. Osman juga tidak mempunyai kaitan dengan jalan cerita dan mungkin hanya tujuan menyindiri sesetengah pihak. Berlainan pula dengan watak Amy Search yang seolah-olah menjadi pemula dan penamat movie. Terdapat mesej yang begitu padat cuba disampaikan Puan Amy melalui watak Amy Search di penghujung cerita.

Penggerak movie ini pula, sudah semestinya Meet Uncle Hussein yang sentiasa ada dalam kehidupan Nabil dan menjadi pencerita dalam movie ini. Tetapi konsep 'basking dalam movie' yang ditonjolkan dalam movie ini tidak selaras dengan movie yang pernah menggunakan konsep sebegini seperti contoh, movie Gila-Gila Pengantin Remaja.

Dari segi lakonan, Nabil berjaya membawa wataknya dengan baik, mungkin kerana ianya memang wataknya yang sebenar dalam movie ini. Puteri Sarah Liyana pula masih terumbang-ambing dalam wataknya yang seolah nampak dibuat-buat. Pelakon-pelakon yang lain pula mampu membawa watak dengan sederhana baik, nasib baiklah keseluruhannya lebih tertumpu kepada Nabil.

Tak perlu saya senaraikan kritikan sosial yang cuba disampaikan dalam movie ini. Apa yang pasti, dari segi jalan cerita, memang sudah terlalu biasa dipaparkan, tetapi apa yang membezakannya adalah intipati movie ini yang penuh dengan isi yang perlu dikorek sedalam-dalamnya agar kita memperoleh mesej tersebut.

Itulah sebabnya movie ini bertajuk sedemikian, Lu Pikirlah Sendiri! haha.

p/s : Tahniah Puan Amy di atas kelahiran movie sulung ini, kami warga TEKA cukup berbangga. Chayok!!! haha
Share:

Friday, January 8, 2010

Tak Terimaginasi Lah! *sebuah reviu The Imaginarium of Dr. Parnassus


Sukar difahami movie ini, tetapi itulah yang menariknya. Pada mulanya aku memikirkan bahawa movie ini adalah sesuatu yang santai, tetapi aku silap. Movie ini lebih memeningkan kepala aku.

Ternyata movie ini terlampau fiksyen seperti movie-movie fantasi yang lain iaitu seperti movie The Neverending Story, Chronicles of Narnia dan Lord of The Rings. Tetapi fantasi dalam movie ini agak berlainan kerana ianya menunjukkan satu alam yang tak terjangkau dek akal kita.

Apa yang menambat perhatian aku dalam movie ini hanyalah lakonan Heath Ledger (The Joker) yang melakonkan watak Tony Shepherd, seorang yang kaki menipu. Kehadiran pelakon seperti Johnny Depp, Jude Law dan Collin Farrel yang membawakan watak yang sama juga mungkin boleh menarik perhatian anda.

Jika diikutkan, gaya penceritaan movie ini agak ringkas dengan pembabitan isu perjanjian syaitan, kisah seorang lelaki yang berabad umurnya dengan alam fantasi rekaannya sendiri dan kehadiran seorang lagi lelaki sebagai syaitan. Namun kehadiran satu pertunjukkan yang diberi nama The Imaginarium of Dr. Parnassus merupakan satu subjek yang istimewa untuk movie ini.

Watak Dr. Parnassus yang dibawa oleh Christopher Plummer mungkin sedikit kelam kabut dan gelaran Doktor yang diberi kepadanya tidak diketahui kenapa. Watak ini juga tidak begitu kuat mungkin kerana kemunculan Heath Ledger yang memonopoli movie ini. Namun begitu, Ledger tidak secara keseluruhannya muncul dalam movie ini kerana pada pengakhirannya, karakter Tony ditukar pakai oleh aktor Collin Farrel selain Johnny dan Jude muncul seketika dengan watak ini.

Movie ini agak memeningkan kepala untuk ditonton tetapi kecanggihan CGI telah berjaya membuatkan movie ini menjadi satu naskhah yang hebat sebagai movie fantasi. Imaginarium Dr. Parnassus yang penuh dengan kreativiti dan imaginasi di adaptasi dengan cantik hingga ada ketikanya membuatkan kita rasa terpegun.

Terdapat mesej yang tersembunyi dalam movie ini yang cuba disampaikan oleh the Devil dalam membuat perjanjian dengan Dr. Parnassus. Di akhir movie ini, kita juga dapat tahu bahawa Tony juga ada membuat perjanjian dengan the Devil. Penggunaan Vialentina sebagai penggerak cerita mungkin sudah terlalu biasa dilakukan. Penggunaan watak perempuan yang tidak bersalah dijadikan umpan dalam movie adalah satu perkara normal dalam mana-mana movie hollywood.

Kesimpulannya, aku tidak berapa gemar untuk menonton movie ini sekali lagi. Dan sekali lagi, aku gagal mendapat kepuasan dan ini merupakan movie fantasi pertama yang tidak dapat diterimaopleh diri aku.

p/s : Heath Ledger tidak dapat meneruskan penggambaran movie ini kerana meninggal dunia, akhirnya, watak Tony diubah suai menjadi seorang shape-shifter(boleh ubah wajah) dengan mengambil Johnny Depp, Jude Law dan Collin Farrel melakonkannya.
Share:

Sejauh Mana Keganjilan Vampire?*sebuah reviu Cirque Du Freak : Vampire Assistants


Beberapa hari yang lepas baru aku tahu movie ini adalah adaptasi dari trilogi novel bertajuk Darren Shan karya seorang penulis yang juga bernama Darren Shan. Cirque Du Freak merupakan novel pertama dalam saga Darren Shan ini. Patutlah endingnya pun tergantung.

Apa yang menariknya movie ini bukanlah pada penceritaan dan konflik yang sudah terlalu klise ditonjolkan dalam movie-movie hollywood sekarang iaitu isu vampire atau pontianak orang putih. Tetapi apa yang menariknya adalah watak-watak dalam movie ini iaitu orang-orang ganjil yang bekerja di sebuah pertunjukkan ganjil diberi nama Cirque du Freak.

Penggunaan Darren Shan sebagai akar umbi juga tidak berapa menarik perhatian aku kerana karakternya yang tidak begitu menyerlah. Mungkin kerana lakonan Chris Massoglia yang membawakan watak tersebut tidak begitu berkesan atau mungkin juga karakteristik watak Darren Shan itu sudah sedemikian rupa. Walaubagaimanapun, aku lebih menyukai watak yang dibawakan Josh Huctherson iaitu watak Steve. Bagi aku, sepatutnya watak Darren Shan diberi kepada Josh kerana mungkin beliau lebih berpengalaman dalam bidang lakonan, namun watak Seteve juga sesuai untuk Josh. Josh Hutcherson mungkin boleh menjadi hero movie hollywood pada masa akan datang dengan bakat yang diperolehinya.

Watak vampire Larten Crepsley yang dibawa John C. Reily juga menimbulkan kesan dan ini menyangkal tanggapan orang awam tentang Reily yang hanya boleh membawa watak komedi. Salma Hayek yang membawa watak Madame Truska iaitu perempuan yang boleh tumbuh janggut juga wajar dipuji walaupun muncul sekejap sahaja. Begitu juga watak-watak lain seperti Mr. Tiny(Michael Cerveris) dan Murlaugh (Ray Stevenson).

Plot dalam movie ini mungkin sedikit mengelirukan dan tujuan antagonis, Mr Tiny yang mengetuai Vampaneze, mereka yang memburu vampire, agak kurang jelas. Mungkin movie ini hanya sebagai perkenalan terhadap karakter utama, Darren Shan yang menjadi pembantu vampire dengan menjadi separuh manusia dan separuh vampire.

Apa yang menariknya movie ini adalah gaya penceritaannya yang disampaikan secara komedi hitam yang sedikit menimbulkan suasana lucu. Movie ini juga seolah menimbulkan suasana klasik dengan kemunculan satu pertunjukkan orang-orang ganjil yang dihuni oleh Mr Tall(Ken Watanabe), seorang lelaki yang berketinggian luar biasa, Alexander Ribs, manusia yang mempunyai perut yang kurus, Evra, budak lelaki ular sawa, Ramus Twobellies, lelaki yang mempunyai dua perut dan banyak lagi karakter-karakter pelik yang muncul. Mungkin ini boleh menghiburkan hati penonton tetapi hanya sementara.

Walaupun aku tidak berapa setuju dengan kehadiran Darren Shan sebagai watak utama, namun nilai-nilai dalam dirinya boleh menjadi pengajaran dan ini membuatkan movie ini sesuai ditonton kanak-kanak bagi memberi mereka moraliti dalam diri. Darren terlalu optimis hinggakan sanggup mempertaruhkan kehidupannya demi menyelamatkan kawan baiknya, Steve.

Movie ini sesuai ditonton sekiranya anda ingin melapangkan fikiran. Tetapi untuk mendapatkan kepuasan, movie ini bukannya satu pilihan. Mungkin endinnya sedikit mengecewakan. Aku berharap production mocie ini akan mengadakan sambungannya seperti novel.

p/s : dah takde cerita lain selain vampire ke???
Share:

Penyiasat Pandai Bertinju.*sebuah reviu Sherlock Holmes


Memang bagus movie ini dijadikan penutup tahun 2009 kerana ianya sememangnya movie yang wajib ditonton oleh semua kaki-kaki movie di Malaysia.

Sherlock Holmes lakonan Robert Downey Jr. (Sherlock Holmes), Jude Law (John Watson), Mark Strong (Lord Blackwood) dan Rachel McAdams (Irene Adler) merupakan antara filem yang berjaya memuaskan hati aku sepanjang tahun ini. Walaupun aku menontonnya pada awal 2010, tetapi ianya bukan alasan untuk tidak menjadikannya movie terbaik tahun ini selain dari Avatar, Trasformers 2 dan District 9.

Berbeza dengan cerita-cerita Sherlock Holmes yang lain, movie ini menonjolkan watak Holmes yang sebenar iaitu bukan setakat bijak dalam aktiviti penyiasatan, tetapi juga merupakan seorang yang pakar dalam seni pertarungan tinju dan hebat meneliti anatomi manusia.

Pastinya semua sudah tahu karakter Sherlock Holmes yang tersendiri dengan hasil gaya penulis novelnya, Sir Athur Conan Doyle yang popular. Tetapi dalam movie ini, kita dapat melihat karakter Holmes gaya Downey Jr. Lakonannya sudah tidak perlu disangkal lagi dengan gaya luahan dialog yang selamba serta tingkah lakunya yang melucukan.

Buat julung kalinya juga aku mengangkat martabat Jude Law sebagai seorang pelakon yang berwibawa kerana bukan sekadar berjaya membawa watak Mr. Watson iaitu rakan seperjuangan Holmes, malah Law juga seperti Downey Jr. yang bijak membawa karakter Mr. Watson mengikut gayanya yang tersendiri.

Tidak dinafikan juga lakonan Rachel McAdams dan Mark Strong yang tidak kurang hebatnya cuma bagi aku dalam movie ini, watak mereka sering dibayangi oleh Sherlock Holmes. Namun apa yang menarik, seperti kebanyakan movie hollywood yang lain, setiap watak dalam movie ini ada ceritanya tersendiri.

Dari segi penceritaan pula, Guy Ritchie (pengarah) telah mengangkat cerita penyiasatan yang melibatkan unsur-unsur paranormal yang berkait rapat dengan sihir hitam dan sebagainya. Tetapi mungkin penonton sudah terbiasa dengan cerita penyiasatan supernatural yang akhirnya mempunyai alasan saintifik. Berbeza dengan movie ini, pengolahan peristiwa supernatural yang dilakukan oleh Lord Blackwood hampir mustahil untuk diperjelaskan secara saintifik. Tetapi di situ lah terletaknya kekuatan movie ini dimana Sherlock Holmes merungkai satu persatu persoalan yang bermain di benak penonton.

Selain dari gaya penceritaan, movie ini juga menonjolkan sinematografi yang mantap. Dengan gaya klasik era dulu, penonton seolah-olah berada di zaman Sherlock Holmes. Penonton pasti juga akan terhibur dengan chemistry yang ditunjukkan Downey Jr dan Law sebagai rakan karib dalam movie ini. Dan sedikit situasai tidak logik mungkin dapat dimaafkan kerana status movie ini yang bertaraf hollywood. Secara keseluruhannya, movie ini adalah antara yang terbaik pernah aku tonton dan pasti berjaya menarik anda untuk menontonnya.

p/s : Teringat pula anime Conan...hehehh..
Share: