Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

Friday, July 10, 2020

Kramer Vs Kramer (1979) - Ulasan Filem




“My wife used to always say to me: 'Why can't a woman have the same ambitions as a man?' I think you're right. And maybe I've learned that much. But by the same token, I'd like to know, what law is it that says that a woman is a better parent simply by virtue of her sex? You know, I've had a lot of time to think about what it is it that makes somebody a good parent? You know, it has to do with constancy, it has to do with patience, it has to do with listening to him. It has to do with pretending to listen to him when you can't even listen anymore. It has to do with love, like, like, like she was saying. And I don't know where it's written that it says that a woman has a corner on that market, that, that a man has any less of those emotions than a woman does.” – Ted Kramer
Ted Kramer (Dustin Hoffman) ditinggalkan isterinya, Joanna Kramer (Meryl Streep) dan membiarkan anak mereka, Billy dalam jagaan Ted. Joanna merasakan dirinya tidak boleh bergerak kehadapan jika terus bersama Ted. Jadi Joanna membuat keputusan untuk mencari dirinya sendiri dan membiarkan Ted merasai pengalaman menjadi seorang bapa tunggal kepada Billy. Ted pula pada awal penceritaan ditunjukkan sebagai seorang yang bekerja keras untuk menyara keluarganya, tetapi tidak sedar akan kepayahan Joanna dalam menjaga Billy dan menjadi seorang suri rumah. Akhirnya Ted akur dan memilih untuk menjadi seorang bapa yang lebih baik sepanjang ketiadaan Joanna. Tetapi kebahagiaan Ted bersama Billy digugat kembali dengan kehadiran semula Joanna yang ingin mendapatkan hak penjagaan anak. Ted yang telah merasai pahit jerih dalam proses menjaga Billy merasakan dirinya seperti dianiaya.
Sebenarnya aku tertarik melihat transformasi Ted pada awal filem hingga ke pengakhiran. Bagaimana dari awal filem ditunjukkan Ted begitu bergelut untuk menjadi seorang bapa tunggal. Dengan babak ringkas seperti penyediaan sarapan kepada Billy, dan babak tersebut diulangi di penghujung cerita dan menunjukkan bagaimana Ted telah berevolusi menjadi seorang bapa yang lebih baik. Di awal penceritaan juga ditunjukkan bila Ted diberi pilihan untuk berjaya dalam kerjaya atau menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Ted boleh saja melepaskan Billy pada saudaranya yang lain, walaupun sejak adanya Joanna, mungkin Ted sedikit alpa dalam hal penjagaan anak. Tetapi Ted mengambil tanggungjawab itu dan berusaha keras untuk menjaga Billy. Sehingga ditunjukkan bagaimana proses Ted menjadi seorang bapa mithali bakal menggugat kerjayanya sendiri.
Tapi sayangnya filem ni tidak begitu menonjolkan cerita dari sudut Joanna. Sosok diri Joanna diperlihatkan sebagai seorang ibu yang tak bertanggungjawab dengan meninggalkan Billy keseorangan dengan suaminya Ted semata-mata untuk mencapai objektifnya tersendiri. Jika dilihat dari luaran, Joanna seakan seorang yang pentingkan diri sendiri dan mempunyai jiwa memberontak yang kuat dan seorang yang penuh dengan emosi serta berakal pendek dalam membuat apa-apa keputusan. Walhal tidak ditunjukkan babak sebelum filem ini diwaktu Joanna menjadi seorang isteri dan ibu. Bagaimana Joanna sebenarnya rasa tertekan kerana tidak dapat mencapat apa yang diinginkan, dan terpaksa berselindung disebalik kejayaan demi kejayaan yang Ted kecapi. Joanna merasakan dirinya tidak dapat berdaya saing dan setiap pendapat dan luahan hatinya ditepis oleh Ted begitu sahaja. Jadi hasil dari opresi dan depresi yang dipendam setelah sekian lama membuatkan Joanna bertindak drastik.
Akhirnya kedua-dua mereka juga sedar akan kesan dan hikmah dari semua perkara yang terjadi. Di penghujung cerita akhirnya Ted dan Joanna menyedari ada perkara yang lebih besar dari pertelingkahan untuk hak penjagaan anak. Joanna berjaya mencari dirinya yang sebenar dan sememangnya apa yang Joanna katakan tentang dirinya pada awal filem telah refleks dirinya sendiri pada hujung filem. Begitu juga dengan Ted yang akhirnya sedar akan pengorbanan Joanna selama ini malahan dirinya juga akan turut emosi jika ada perkara yang membabitkan Billy.
“All my life I've felt like...somebody's wife or somebody's mother, somebody's daughter. Even all the time we were together I never knew who I was. And that's why I had to go away. And in California, I think I found myself. I got myself a job. I got myself a therapist, a really good one. And I feel better about myself than I ever have in my whole life. I learned a great deal about myself.” – Joanna Kramer
Filem ini telah memenangi anugerah Filem Terbaik di Academy Awards ke-52. Dustin Hoffman berjaya menggondol anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Meryl Streep pula untuk anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Pengarah dan penulis lakon layar, Robert Benton pula memperoleh anugerah Lakon Layar Adaptasi Terbaik.
Rating Peribadi: 4.5/5
Share:

0 opinions: