Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

Saturday, December 29, 2012

The Ten Pick : Most Admirable Movie 2012.

2012 adalah tahun yang baik untuk para peminat movie-movie Hollywood. Banyak impian kita menjadi nyata, seperti kehadiran movie sekumpulan superhero, kesinambungan The Dark Knight yang sudah lama kita tunggu, reboot movie superhero yang kita nanti untuk kritik, serta sambungan legasi trilogy Middle-Earth yang mungkin bakal menggamit memori.

Banyak movie-movie ikonik yang dikeluarkan pada tahun 2012. Dan sebagai penutup tahun 2012, inilah Ten Pick dari OtakMovie mengenai movie-movie paling OtakMovie gemari.


#1. THE AVENGERS

Kenapa No. 1?
1. Superhero-superhero Marvel bergabung!
2. Ada Cobie Smulders sebagai Agent Maria Hill (OtakMovie adalah penggemar How I Met Your Mother)
3. One shot action scene di New York yang sangat menakjubkan.
4. Ada babak Mark Ruffalo stylo jadi Hulk.
5. Joss Whedon.

#2. THE DARK KNIGHT RISES

Kenapa No. 2?
1. Ianya sambungan kepada The Dark Knight, best movie ever!
2. Anne Hathaway sebagai Catwoman, wow!
3. Cuba menilai bagaimana Chris Nolan mampu mengubah Bane menjadi watak ikonik, dan beliau berjaya!
4. Joseph-Gordon Levitt.
5. Menjadi polisi OtakMovie untuk menonton semua movie dari Christopher Nolan.

#3. SKYFALL

Kenapa No. 3?
1. Mendapat review yang baik dari pengkritik movie.
2. Ralph Fienes dan Javier Bardem dalam satu movie!
3. Watak Raoul Siva.
4. Asal-usul Bond didedah.
5. M bertukar tangan.

#4. LIFE OF PI

Kenapa No.3?
1. Grafik yang sangat menakjubkan.
2. Cerita ala biopik.
3. Harimau dalam movie ni adalah CGI sepenuhnya!
4. Irrfan Khan.
5. Keindahan tengah lautan.

#5. WRECK-IT-RALPH

Kenapa No.4?
1. Himpunan karakter dari video game zaman kanak-kanak dulu.
2. Ianya mengenai video game!
3. Animasi Disney yang bukan dari Pixar.
4. Video game, video game, video game!
5. Tidak bergantung kepada komedi murahan sahaja.

#6. THE AMAZING SPIDER-MAN

Kenapa No. 5?
1. Marc Webb
2. Emma Stone sebagai Gwen Stacy.
3. Macam mana reboot ini boleh jadi lebih baik dari yang lama.
4. Misteri ibu bapa Peter, dan misteri Norman Osborn.
5.Cerita yang lebih serius.

#7. MEN IN BLACK 3

#8. LES MISERABLES

#9. THE HOBBIT : AN UNEXPECTED JOURNEY

#10. PROMETHEUS

-END-

Share:

Friday, December 28, 2012

The Most Top! : Top Ten Movie Malaysia 2012 Dengan Kutipan Paling Tinggi.




Tidak memberangsangkan, tiada yang benar-benar menarik, dan hanya sekadar lambakan. Pada hujung tahun 2011, bila aku dapat tahu himpunan movie Malaysia (maaf tak boleh nak guna Melayu lagi sebab semakin banyak movie bukan melayu yang dihasilkan di Malaysia, hebat!) pada tahun 2012 boleh mencecah ke 70 movie setahun, sudah tentu aku berasa sangat teruja dan ternanti-nanti movie-movie ini. Tetapi setelah hampir selesai tahun 2012, tiada satu pun movie dari negara kita ini mampu untuk bersaing dengan movie dari tahun 2011, (tetapi mungkin Bunohan boleh).

Kalau kita lihat pola penghasilan movie di negara kita sejak dari 10 tahun dulu memang sangat berbeza. Kalau dulu masa kecik-kecik aku ingat lagi, nak dapat tengok movie Melayu sebulan sekali pun susah. Tapi sekarang, sebulan hampir 5 movie dari negara ini di tayangkan. Ramai mengatakan 2012 adalah tahun kiamat bagi industri movie kita, tapi mungkin juga, lambakkan movie Malaysia ini adalah sekadar satu pemangkin kepada penghasilan movie yang berkualiti pada masa akan datang. Harap-harap begitulah hendaknya.

Sempena 2012 semakin menuju kepada tarikh luput, ramai peminat movie berebut untuk membuat list tentang movie faveret, movie terteruk dan macam-macam lagi list berkaitan movie pada tahun ini. Termasuk juga OtakMovie akan menghasilkan list-list sebegini. Tetapi untuk entri pertama bagi segmen The Most Top, yang berdasarkan fakta, aku akan listkan senarai movie Malaysia yang mendapat kutipan tiket tertinggi!


#1. ADNAN SEMPIT 2
RM 6.82 JUTA


#2. BOHSIA 2 : JALAN KEMBALI
RM 4.98 JUTA


#3. MAEL LAMBONG
RM 4.88 JUTA


#4. ISTANBUL AKU DATANG
RM 3.58 JUTA


#5. HANTU GANGSTER
RM 3.45 JUTA


#6. HANTU KAPCAI
RM 3.19 JUTA


#7. AKU TERIMA NIKAHNYA
RM 2.75 JUTA


#8. BUJANG TELAJAK
RM 2.60 JUTA


#9. JANGAN PANDANG-PANDANG
RM 2.51 JUTA


#10. 8 JAM
RM 2.30 JUTA



Apa pun, masih ada beberapa lagi movie yang sedang ditayangkan dan masih mengutip wang sebaik mungkin seperti Istanbul Aku Datang. Ternyata kutipan movie Malaysia untuk tahun 2012 sangat jauh berbanding pada tahun 2011. Tahun depan, banyak lagi movie Malaysia yang akan ditayangkan dan sedang menunggu tarikh tayangan. Diharap industri movie kita akan bercambah dengan lebih baik.

Sumber dari FINAS
Share:

Beza Antara Dua, Sama Di Dalam Tiga Era. *sebuah review Les Miserables.


Dah lama jugak rasanya aku tak tengok movie berbentuk muzikal di panggung. Melihat kelibat movie ini di Internet membuatkan aku tergerak untuk cuba menghayatinya, bertambah pula aku menonton movie ini pada waktu malam, memang moodnya sangat menhanyutkan aku.

Les Miserables merupakan sebuah novel penuh sejarah yang dikarang oleh Victor Hugo mengisahkan redemption seorang lelaki bernama Jean Valjean dan susur cerita berangkai yang meletakkan krisis revolusi Perancis sebagai tunjang serta perkembangan watak-watak dan tiga era berbeza. Novel ini telah diadaptasi kebentuk teater muzikal, filem malahan komik dengan banyak sekali. Mustahil bagi seseorang yang minat kepada seni penulisan tidak mengetahui tentang kewujudan cerita ini.

Dek kerana cerita ini telah banyak kali diadaptasikan, maka tidak banyak boleh disentuh tentang gaya penceritaan. Cukup sekadar aku nyatakan ianya tentang redemption dan rival antara Jean Valjean dan Inspektor Javert, watak Fantine dan penceritaan tentang penderitaannya dalam menjaga anaknya Cossette, yang akhirnya dijaga oleh Jean Valjean, sehinggalah Cossette membesar dan mula jatuh hati dengan Marius, seorang revolusionis muda Perancis, hinggalah kepada babak genting pertarungan antara para revolusionis dan pihak berkuasa Perancis.

Wajah baru yang ingin diberi Tom Hooper (pengarah) kepada Les Miserables ini bagi aku hanya sederhana sahaja. Aku tak pernah tengok teater muzikalnya, tetapi dalam movie muzikal ini, menariknya bagi aku adalah kerana semua dialog dalam movie ini adalah muzikal. Dari awal hingga lah akhir kita akan menghayati suara-suara merdu pelakon-pelakon Les Miserables seperti Hugh Jackman, Russel Crowe, Anne Hathaway, Sacha Baron Cohen dan Helena Bonhem Carter. Walaubagaimanapun, bagi aku yang belum pernah menonton adaptasi muzikal Les Miserables ini, agak sukar untuk men'digest' dialog muzikal pada awal penceritaan. Tetapi pada suku kedua penceritaan, aku mula terasa rentak yang cuba dimainkan dalam movie ini.

Bagi yang lain yang belum pernah juga menonton movie ini, atau adaptasi-adaptasinya yang lain, intipati cerita ini adalah sama seperti tajuknya, sangat-sangat miserables. Boleh terasa kesyahduan, keperitan dan kesedihan yang dialami karakter-karakter dalam movie ini. Bertambah pula semakin nak dekat dengan pilihan raya sekarang ni, macam kena pulak situasi yang dipaparkan dalam movie ini dengan diri kita sendiri.

Apa yang menarik lagi dalam movie ini adalah sinematografi serta kesan khas yang dipaparkan. Tom Hooper cuba menunjukkan kelainan dalam movie ini dengan menggunakan sebaik mungkin pakar dalam kesan khas dan penataan seni untuk movie ini. Maka dengan adanya setiap kesan khas ini mampu meninggalkan lagi kesan dalam hati kita. Cuma satu kelemahan dalam movie ini yang aku dapat kesan adalah dari sudut kamera. Mungkin Tom cuba menonjolkan kehebatan pelakonnya dalam single shot untuk berdialog muzikal, tetapi kekurangan aksi dalam pelakon yang sedang menyanyi sedikit meninggalkan kebosanan.

Ternyata walau apa pun kesan negatif, kehadiran elemen muzikal dalam movie ini mampu menutup kelemahan. Movie muzikal sememangnya suatu bentuk genre yang unik dan senang untuk meninggalkan kesan kepada penonton. Lihat saja movie seperti Moulin Rouge, Sweeney Todd, Mamma Mia, Wizard of Oz, Chicago, malahan movie muzikal merapu Tenacious D : Pick of Destiny juga mampu meniggal kesan kepada kita.

EFEK KHAS

SKOR MUZIK

LAKONAN

PLOT

RATING
Share:

Thursday, December 27, 2012

Grafik Lebih Bagus, Tetapi...*sebuah review The Hobbit:The Unexpected Journey.



Bagi aku secara dasarnya, tajuk kapsyen 'The Unexpected Journey' ni memang tepat untuk digunakan bagi bahagian satu movie The Hobbit. Ini kerana, aku expect lebih untuk movie ini, tetapi apa yang aku dapat, sangat unexpected. Ternyata The Hobbit : The Unexpected Journey adalah sekadar movie prequel untuk Lord of The Rings yang....hanya prequel. Mungkin lambakan movie tentang fantasi, pengembaraan, adventur menjadi faktor movie ini tak dapat mengelak dari terma klise.

Tetapi kewujudan movie ini tetap berbaloi kerana ianya harus dihasilkan bagi melengkapkan empayar Middle-Earth. Mujurlah tak semua informasi diberikan Peter Jackson dalam LOTR kerana jika tidak, pasti movie ini menjadi sesuatu yang mudah di expect. Berasal dari novel kanak-kanak, The Hobbit, ianya adalah satu cerita yang mudah ala fairy tale. Tetapi kebijaksanaan Peter telah merumitkan cerita ini hingga berjaya dipecahkan kepada tiga bahagian. Akan menyusul lagi dua iaitu The Desolation of Smaug dan There and Back Again. Tetapi masih terlalu awal untuk menggunakan istilah berjaya, kita lihat saja.

The Hobbit membawa kita menyusur jalan cerita pada titik punca watak bernama Bilbo Baggins, iaitu bapa saudara kepada Frodo Baggins. Gandalf The Grey, seorang ahli sihir telah memilih Bilbo untuk menjadi ahli keempat belas The Company iaitu sekumpulan orang kerdil atau dwarfe yang diketuai Thorin Oakenshield. Misi mereka adalah untuk mengambil kembali harta dan tanah air mereka dari genggaman naga ganas Smaug. Bermulalah satu perjalanan dan disinilah mulanya cerita bagaimana The One Ring dijumpai Bilbo.

Memang kalau nak ikutkan, cerita ini sangat unik, jika dibaca dan ditonton pada bertahun dahulu. Peter sebolehnya ingin mengekalkan keaslian cerita klasik JRR Tolkien ini. Tetapi seperti yang aku nyatakan tadi, lambakan movie yang sebegini menyebabkan The Hobbit kelihatan klise walaupun novelnya telah lama dibikin. Apa yang aku boleh nyatakan hanyalah ianya adalah satu cerita yang menyeronokkan untuk kita mengimbau kembali era LOTR. Tetapi jangan sesekali kita bandingkan The Hobbit dengan LOTR kerana ianya sangat tak adil.

Satu lagi yang aku tertarik dengan movie ini adalah grafiknya. Apabila aku melihat watak CGI Azog the pale orc, sangat menggerunkan. Peter menggunakan kepakarannya sebagai pengarah yang hebat bermain CGI secara total. Bukan sekadar pada watak sahaja, malahan pergerakan kamera, sinematografi dan seni reka set sangat menakjubkan. Ini lah satu-satunya perkara yang kita tidak boleh menidakkan dalam Peter menterjemahkan dunia Middle-Earth.

Dari sudut watak dan lakonan pula, memanglah movie ini mengisahkan watak utama tajuknya, iaitu Bilbo, tapi aku merasakan tak banyak pun peranan yang dimainkan Bilbo untuk movie ini. Aku tak pernah baca novel The Hobbit, tetapi kalau sebeginilah watak Bilbo seperti dalam novel, memang aku tak boleh salahkan screen writer dalam hal ini. Tetapi memang sangat banyak babak dan dialog yang muncul dari watak Bilbo mengecewakan aku. Aku merasakan watak Thorin dan Gandalf adalah tunjang cerita ini untuk terus mengembang. Dan lagi 12 orang kerdil, Oin, Gloin, Balin, Dwalin, Kili, Fili, Bofur, Bifur, Bombur, Nori, Dori, dan Ori, tidak mendatangkan kesan langsung. Mereka ibarat watak tempelan untuk melengkapkan cerita. Malahan, aku tak dapat cam langsung nama mereka dengan muka. Mungkin Peter cuba melekapkan watak ini di hati penonton secara perlahan. 12 orang kerdil ini memang susah untuk kita digest ke dalam memori.

Sekalipun movie The Hobbit ini sangat unexpected, aku masih lagi dengan pendirian penghasilan movie ini sangat perlu. Tiada lain yang boleh menghasilkan The Hobbit sebaik Peter Jackson. Dan sekali lagi selepas 10 tahun, dalam masa dua tahun akan datang, kita akan disajikan dengan keindahan dunia Middle-Earth.

EFEK KHAS

SKOR MUZIK

LAKONAN

PLOT

RATING
Share:

Thursday, December 6, 2012

It's Coming! - Great Movie on Summer 2013!

Satu lagi seksyen terbaru dari OtakMovie iaitu It's Coming! Rasanya ramai tahu kot kalau namanya macam tu tentulah ianya berkaitan movie-movie yang akan datang. Takkanlah tiba-tiba OtakMovie nak cerita pasal produk henfon yang akan tiba.

Oklah, OtakMovie pun taknak taip panjang-panjang, untuk entri pertama It's Coming!, OtakMovie akan membentangkan senarai movie-movie dari Hollywood pada musim panas akan datang. Kat Malaysia ni mana ada musim panas kan, yang ada pun musim kemarau, musim tengkujuh dengan musim durian.

So nak diperjelaskan lagi dengan lebih paham, musim panas ni adalah pada waktu pertengahan tahun. Kira antara bulan Mei, Jun dan July. Orang-orang Hollywood ni memang suke bukak movie-movie hits dalam tempoh musim ni sebab waktu tu lah ramai budak-budak cuti sekolah.

Mempersembahkan, movie-movie pada musim panas tahun 2013:

1.Iron Man 3 (3 Mei 2013)


Pelakon:
Robert Downey Jr. - Tony Stark/Iron Man
Guy Pearce - Aldrich Killian
Don Cheadle - James Rhodes/War Machine
Gwyneth Paltrow - Pepper Potts
Ben Kingsley - The Mandarin

Pengarah:
Shane Black

2.The Great Gatsby (10 Mei 2013)


Pelakon:
Leonardo DiCaprio - Jay Gatsby
Tobey Maguire - Nick Carraway
Amitabh Bachan - Meyer Wolfsheim
Carey Mulligan - Daisy Buchanan
Joel Edgerton - Tom Buchanan
Isla Fisher - Myrtle Wilson

Pengarah:
Baz Luhrmann

3. Star Trek Into Darkness (17 Mei 2013)


Pelakon:
Chris Pine - James t. Kirk
Zachary Quinto - Spock
Benedict Cumberbatch - Khan (rumored)
Zoe Saldana - Nyota Uhura
Simon Pegg - Scotty
Karl Urban - Bones
John Cho - Hikaru Sulu

Pengarah:
J.J. Abrams

4. Fast & Furious 6 (24 Mei 2013)


Pelakon:
Vin Diesel - Dominic Toretto
Paul Walker - Brian O'Connor
Dwayne Johnson 'The Rock' - Luke Hobbs
Michelle Rodriguez - Letty
Jordana Brewster - Mia Toretto
Tyrese Gibson - Roman Pearce
Sung Kang - Han

Pengarah:
Justin Lin

5.The Hangover Part III (24 Mei 2013)


Pelakon:
Bradley Cooper - Phil
Ed Helms - Stu
Justin Bartha - Doug
Zach Galifianakis - Alan
Ken Jeong - Mr. Chow
Heather Graham - Jade

Pengarah:
Todd Philips

6.Epic (24 Mei 2013)


Pelakon(suara):
Amanda Seyfried - Mary Katherine
Josh Huctherson - Nod
Collin Farrel - Ronin
Christopher Waltz - Mandrake
Jason Sudeikis -Bomba
Steven Tyler - Nim Galuu
Pitbull - Bufo
Beyonce Knowles - Queen Tara

Pengarah:
Chris Wedge

7.After Earth (7 Jun 2013)


Pelakon:
Will Smith - Cypher Raige
Jaden Smith - Kitai Raige
Isabelle Fuhrman - Rayna

Pengarah:
M.Night Shyamalan

8.Man of Steel (14 Jun 2013)


Pelakon:
Henry Cavill - Clark Kent/Kal-El/Superman
Amy Adams - Lois Lane
Kevin Costner - Johnathan Kent
Diane Lane - Martha Kent
Russel Crowe - Jor-El
Lawrence Fishburne - Perry White

Pengarah:
Zack Snyder

9.World War Z (21 Jun 2013)


Pelakon:
Brad Pitt - Gerry Lane
Mireille Enos - Karen Lane
Eric West - Jason

Pengarah:
Marc Forster

10.Monsters University (21 Jun 2013)


Pelakon:
John Goodman - Sulley
Billy Christal - Mike Wazowski
Steve Buscemi - Randall Boggs

Pengarah:
Dan Scanlon

11.Kick-Ass 2 (28 Jun 2013)


Pelakon:
Aaron Johnson - Dave Lizewski/Kick-Ass
Jim Carrey - Colonel Stars and Stripes
Chloe Moretz - Mindy Macready - Hit Girl
Christopher Mintz-Plasse - Chris D'Amico/The Mother F*****
Nicholas Cage - Damon Macready/Big Daddy
Lyndsy Fonseca - Katie Deauxma

Pengarah:
Jeff Wadlow

12.The Lone Ranger (3 July 2013)


Pelakon:
Armie Hammer - John Reid/The Lone Ranger
Johnny Depp - Tonto
Helena Bonham Carter - Red
Tom Wilkinson - Latham Cole

Pengarah:
Gore Verbinski

13.Despicable Me 2 (3 Julai 2013)


Pelakon(suara):
Steve Carrel - Gru
Kristen Wiig - Miss Hattie
Russel Brand - Dr. Nefario
Al Pacino - TBA
Miranda Cosgrove - Margo
Elsie Fisher - Agnes
Dana Gaier - Edith

Pengarah:
Pierre Coffin, Chris Renaud

14.Pasific Rim (12 Julai 2013)


Pelakon:
Idris Elba - Stacker Pentecost
Charlie Day - Newt Gotlieb
Ron Perlman - Hannibal Chow

Pengarah:
Guillermo Del Toro

15.The Wolverine (26 Julai 2013)


Pelakon:
Hugh Jackman - Logan/Wolverine
Will Yun Lee - Kenuichio Harada/Silver Samurai
Svetlana Khodchenkova - Viper(rumored)

Pengarah:
James Mangold

Jadi, movie manakah yang menjadi pilhan anda sebagai movie terhebat musim panas tahun depan? Apa pun, OtakMovie akan cuba update sebaik boleh sebarang berita tentang movie-movie akan datang. Peace.
Share:

Wednesday, December 5, 2012

OtakPoster! : Monsters Unversity

Sebuah lagi movie yang bakal ditayangkan pada musim panas tahun depan, iaitu movie keluaran Pixar, Monsters University. Movie ini merupakan prequel kepada movie Monsters Inc. yang ditayangkan 11 tahun dulu. Movie ini juga menjadi antara movie yang dinanti-nantikan oleh semua penggemar animasi.

Sebelum kita mengetahui lebih lanjut tentang movie ini, apa kata kita layan dulu poster teasernya:


Persoalan yang bermain difikiran aku adalah, mampukah movie dari Pixar ini mendapat sambutan ataupun kritikan yang positif dari penonton selepas kehadiran ramai pengeluar movie animasi yang mengeluarkan movie-movie hebat.

Pixar juga kelihatan makin kekeringan idea untuk mengeluarkan movie-movie yang luar biasa, buktinya kehadiran dua movie sebelum ini iaitu Cars 2 dan Brave kurang mendapat kritikan yang positif. Pixar juga kelihatan mengambil alternatif mudah dengan membuat kesinambungan dari movie-movie sebelum ini. Dengar cerita mereka akan membikin movie Finding Nemo 2 pula...

Tapi tak apa, kehadiran movie Monsters University ini juga amat aku nantikan kerana siapa yang tak suka akan watak seperti Sulley dan Mike ini? Nampaknya kali ini kita akan dibawa pada zaman mereka belajar di kampus dahulu. Belajar macam mana nak takutkan budak lah agaknya..nice!

Share:

OtakPoster! : Man of Steel

Tahun depan kita akan menyaksikan movie-movie yang hebat dari Hollywood. Yang paling ditunggu sekali tentulah movie-movie dari musim panas iaitu antaranya adalah movie Man of Steel dan Star Trek Into Darkness.

Aku dah paparkan poster teaser Star Trek Into Darkness pada entri lalukini aku akan paparkan pula poster terkini yang dari movie paling dinanti-nanti tahun depan, Man of Steel. Sila nikmati:


Movie Man of Steel kembali mengangkat lagenda superhero Hollywood paling ikonik iaitu Superman. Dalam movie ini kita akan dibawa kembali pada zaman awal pembabitan Clark Kent (Henry Cavill) dalam mengenal erti pengorbanan sebagai seorang adiwira. Superman juga perlu berhadapan dengan villain paling kuat, General Zod (Michael Shannon).

Berdasarkan poster, tentunya ramai yang akan tertarik akan plot penceritaan movie Superman terbaru ini. Banyak persoalan yang ditimbul di dalam poster terbaru ini terutama sekali mengapa Superman digari, sedangkan dia dengan mudah boleh melepas kan diri, mungkin dia hanya merendah diri dan membiarkan saja perkara itu berlaku. Apa pun, movie ini turut dibintangi ramai pelakon superstar seperti Amy Adams (Lois Lane), Kevin Costner (Jonathan Kent), Diane Lane (Martha Kent) dan Lawrence Fishburne (Perry White). Sama-sama kita nantikan movie arahan Zack Snyder pada tanggal 14 Jun 2013 ini!


Share:

Tuesday, December 4, 2012

OtakPoster! - Star Trek Into Darkness

Aku lancarkan satu lagi seksyen di bawah blog OtakMovie ini iaitu Poster Madness. Melalui seksyen ini, pencari movie dapat menikmati poster-poster terkini dari movie terbaru dari Hollywood mahupun movie tempatan. Sememangnya kekuatan sesuatu movie itu juga terletak pada posternya. Sebab kalau poster carca merba, movie tu hebat mana pun takde orang nak tonton.

Jadi untuk poster pertama yang akan aku pos untuk seksyen Poster Madness ini adalah poster dari movie ditunggu-tunggu pada musim panas tahun depan, movie Star Trek Into Darkness.

Perkara makin hangat diperkatakan tentang movie ini. Pihak Paramount telah mengumkan bahawa trailer pertama Star Trek Into Darkness akan dikeluarkan pada waktu tayangan movie The Hobbit.  Tetapi, tanpa sebarang pengumuman, pihak produksi telah terlebih dahulu mengeluarkan poster teaser dari movie ini, sila nikmati:


Brader kat dalam poster itu adalah Benedict Cumberbatch yang sedang mengukur kerosakan yang dia bawa ke bumi. Watak villain yang akan dibawa Cumberbatch kurang jelas walaupun plot penceritaan secara ringkas telah diketahui beberapa minggu lalu. Tambahan pula, tak nampak langsung kelibat Chris Pine, Zachary Quinto, Zoe Saldana yang merupakan krew feveret Enterprise.

 Tetapi jelas sekali bentuk lubang kemusnahan yang ditunjukkan dalam poster ini adalah berbentuk logo uniform krew Starfleet Delta. Bermakna poster ini menunjukkan betapa hebatnya villain yang ditunjuk dalam movie ini. Kini semua peminat sedang menghitung hari akan tarikh tayangan movie ini, yang juga akan bersaing dengan movie Man of Steel.

-sumber dari Cinemablend.com
Share: