Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

Friday, June 1, 2012

The Ten Pick - Legendary Smith!

Will Smith merupakan seorang aktor Hollywood yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Aktor yang sememangnya prolifik malah bersih dari gosip-gosip liar ini memang sangat terkenal dengan lakonan-lakonannya yang sering memberi kesan. Mula mencipta nama dengan kemunculannya dalam sitkom The Fresh Prince of Bel-Air, Smith terus bangkit membina empayar tersendiri setelah terbabit dalam bidang perfileman. Sempena tayangan movie terbarunya, Men In Black 3, ini lah sepuluh watak-watak yang pernah dijayakan Will Smith pilihan aku.

#10 Detective Mike Lowrey
No 10. Detective Mike Lowrey dari Bad Boys (1995) dan Bad Boys II (2003)
 adalah watak yang benar-benar melonjakkan nama
Will Smith di persada perfileman!
#9 Captain James "Jim" West
No 9. Smith mengambil risiko dengan membawa watak Captain James 'Jim' West dalam
movie komedi Wild Wild West (1999) apabila movie ini membawa
pulangan tiket yang kurang memberangsangkan.
#8 Dr. Robert Neville
No 8. Will Smith adalah lelaki terakhir dalam movie I Am Legend (2007). Membawakan watak
Dr. Robert Neville, movie ini menonjolkan sisi serius beliau.
#7 Alex "Hitch" Hitchens
No 7. Hitch (2005) membuktikan Will Smith adalah seorang pelakon yang serba boleh. Dengan
membawa watak seorang doktor pakar cinta, Alex 'Hitch' Hitchens,
Smith kelihatan sangat segar dalam movie ini.
#6 Muhammad Ali
No 6. Watak ini hampir sahaja mengiyakan Will Smith untuk membawa pulang Oscar.
Tiada siapa sangka beliau mampu membawa watak seberat
Ali (2001), seorang lagenda peninju terkenal dunia.
#5 Oscar
No 5. Walaupun sebagai seekor ikan gapi, tetapi aura Will Smith tetap terasa.
Beliau mencuba berlakon suara pula di dalam movie Sharktale (2004) dengan
wataknya sebagai Oskar, seekor ikan kecil yang bercita-cita besar.
#4 Detective Del Spooner
No 4. Kini movie Sci-Fi pula! Di dalam I, Robot (2004), Smith menjayakan watak
Detective Del Spooner yang tidak percayakan kewibawaan robot
yang menjadi alat pembantu manusia paling utama pada zaman depan.
#3 John Hancock
No 3. Seorang superhero selekeh, itulah wataknya kali ini dalam movie Hancock (2008).
Smith berjaya menjadikan movie ini diminati dengan gayanya yang
cukup selamba.
#2 Agent J
No 2. Karakter movie Smith yang paling popular, Agent J. Satu-satunya watak
yang Will Smith bawakan dalam sebuah trilogi. Tiada siapa yang tidak mengenal
Agent J dalam trilogi Men In Black (1997, 2002 & 2012) jika mereka kenal Will Smith.
 #1 Chris Gardner
No 1. Will Smith cuba sebaik mungkin membawa watak realiti bernama Chris Gardner dalam
movie The Pursuit of Happiness (2006) dan beliau berjaya! Watak seorang
usahawan yang cuba mendaki gunung kejayaan ini benar-benar menyayat hati. Di samping itu,
Smith turut berlakon bersama anak lelakinya, Jaden Smith dalam movie ini.

Share: