Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

Monday, August 26, 2013

OtakNews! : Batman Terbaru Jatuh Kepada Daredevil!


Baru-baru ni dunia comic fanboys telah menerima berita dari Warner Bros. Studios tentang perkembangan terbaru movie Batman vs Superman yang bakal ditayangkan pada 2015. Warner Bros. telah mengesahkan bahawa aktor Ben Affleck akan membawa peranan sebagai Batman/Bruce Wayne di samping aktor Man of Steel, Henry Cavill. Berita tersebut ternyata memberi impak yang besar terhadap legasi DC Comics itu dan juga kepada semua peminat yang tak sabar menanti movie tersebut.

Sebelum ini banyak nama yang dicadangkan untuk membawa watak ikonik itu seperti Jon Hamm, Armie Hammer, Wes Bentley, malah peminat juga mendesak agar aktor Christian Bale terus membawa watak tersebut. Tetapi nampaknya Ben Affleck lebih menepati piawaian Warner Bros.

Di sebabkan berita ini telah meninggalkan impak yang besar dalam dunia superhero movies, peminat juga tak ketinggalan meluahkan perasaan kecewa, pelik dan terkesima mereka melalui laman sosial. Ada juga yang membuat meme tentang isu ini. Perkara ni sedikit membuatkan OtakMovie tertarik, semua meme ini telah berjaya membuatkan OtakMovie ketawa terbahak-bahak. Antara meme yang menjadi pilihan OtakMovie adalah :















Bagi OtakMovie sendiri, memang susah nak bayangkan Ben Affleck bawa watak Batman mahupun Bruce Wayne sendiri. Ianya boleh diibaratkan seperti ketika George Clooney bawa watak Batman dalam Batman & Robin dan Jessica Alba bawa watak Invisible Woman dalam Fantastic Four. Tapi tak mustahil juga kalau misi Warner Bros. ini berjaya kerana dulu masa Heath Ledger diumumkan sebagai The Joker yang baru pun orang tak boleh terima.

Kalau Ben Affleck berjaya bawa watak Batman dengan jayanya dalam movie tersebut, OtakMovie percaya yang movie tersebut mampu menandingi movie Avengers : Age of Ultron yang juga bakal ditayangkan pada tahun yang sama. OtakMovie boleh bagi can lagi pada Ben Affleck walaupun tahu ada ramai lagi aktor yang boleh bawa watak ini.


#kredit kepada semua pencipta memes di atas.
Share:

Saturday, August 24, 2013

Legasi Sempit Berterusan *sebuah review Adnan Sempit 3



David Teo sendiri dah kata, kalau boleh dia nak buat movie Adnan Sempit tu sebagai satu siri movie yang panjang. Mungkin sampai Adnan Sempit 10, dan bukti kesungguhan David Teo ni terbukti sebaik sahaja movie Adnan Sempit 3 keluar setahun selepas movie Adnan Sempit 2 yang korang sendiri tau, memang kelakar. Malah lebih kelakar dari Adnan Sempit yang pertama, tapi adakah movie Adnan Sempit 3 ini satu movie yang wajar atau sekadar memenuhi impian David Teo terhadap francais idamannya.

Dalam review kali ni, OtakMovie tak nak taip panjang berjela. Cukup je lah OtakMovie ulas satu dua perkara kerana bagi OtakMovie, movie Adnan Sempit 3 ini memang kelakar, tapi terlalu banyak sangat main-main. OtakMovie nak kata movie ni ibarat melepaskan batuk di tangga pun tak boleh jugak, tapi nampak gayanya memang sedemikianlah movie ini di paparkan.

Shaheizy Sam pula dah macam taknak buat lawak lebih-lebih dengan watak sebagai Adnan, cukup sekadar copy pakai kertas karbon terhadap watak itu dalam movie sebelum ini. Begitu jugalah dengan watak Nadia, Wawa dan Bobby. Kalau korang pernah tengok movie Adnan Sempi dan Adnan Sempit 2, takde banyak beza pun watak diorang ni. Mungkin perubahan besar yang dirasai dalam movie ini adalah dari segi perwatakan ibu dan ayah Nadia yang di lakonkan oleh Ahmad Tarmimi Siregar dan Aznah Hamid. Kalau movie sebelum ni diorang lebih menunjukkan sisi negatif menentang hubungan Nadia dan Adnan, tapi dalam movie ini mereka yang dah insaf pula jadi orang tengah yang cuba membaik pulih hubungan dua orang pasangan itu.

Dari segi plot pula, OtakMovie rasa silapnya movie ini kerana hanya meletak plot pada Adnan, Nadia, Wawa dan Bobby yang struggle nak bina family sendiri. Memang betul dalam movie ni mereka dah berkahwin, tapi plot setakat nak tunjuk betapa diorang nak hadapi masalah mendatang bila Nadia dan Wasa di sahkan mengandung. Rasanya korang tahu sendiri je lah apa obstacle yang diorang kena hadapi. OtakMovie rasa mungkin tahun depan akan ada Adnan Sempit 4, dan plotnya pun OtakMovie dah agak, mungkin lepas ni diorang struggle nak jadi parents pulak. Haha.

Kesimpulannya, movie ni memang boleh dijadikan teman waktu kita nak bersantai, tetapi disebabkan terlalu banyak nilai-nilai eskapisme yang membuatkan plot-plot dalam movie ini berlubang telah menjadikan movie ini semakin tenggelam. Dan kewujudan terlalu banyak produk placement dalam movie ni membuatkan kita pun rasa mual nak tonton sampai habis. Apa pun, Adnan Sempit tetap antara yang kelakar.
Share:

Saturday, August 17, 2013

The Ten Pick : Lagu Tema Movie Superhero Paling Best!

Kalau dulu, Tan Sri P. Ramlee pernah berkata, kalau takde lagu dalam sesebuah movie, maka movie itu tidak akan ada jiwa. Masa era 90an pulak, Yusof Haslam sendiri mengakui kata-kata hikmat Allahyarham dan menerapkan unsur lagu dan muzik dalam movie-movie terbitan beliau. Kalau kat Hollywood pun, movie scorer untuk music memang boleh makan.

Sebut je nama Hans Zimmer, John Williams, semua orang tahu diorang ni lah yang bertanggungjawab menghidupkan francais Star Wars, Jurassic Park, Harry Potter dan semua movie-movie superhero yang kita kenal. Tanpa muzik sentuhan mereka ini, kita mungkin tak dapat feel sesebuah movie itu, Darth Vader akan hilang identiti, ikan Jaws pun dah tak menyeramkan, malah kita juga tak dapat dengar lagu-lagu P.Ramlee yang sedap-sedap belaka.

Jadi tergerak jugak lah hati OtakMovie yang susah sikit nak sentuh pasal muzik ni, akhirnya teringin nak buat satu list pasal elemen ni. Untuk lebih menarik lagi, OtakMovie akan paparkan senarai lagu-lagu tema kegemaran OtakMovie untuk movie-movie superhero.

#10. The Avengers (2012) - Alan Silvestri

Ikutkan movie ni adalah movie superhero kedua yang OtakMovie minati (#1 The Dark Knight), tapi untuk lagu tema, movie ini masih dalam proses penerimaan. Mungkin bila keluar Avengers : Age of Ultron nanti akan ada kesegaran yang catchy untuk lagu tema ini.

#09. Superman - John Williams

Kalau dah namanya pun Superman, memang semua orang tak boleh nak lupa lagu tema movie ni. Sampaikan Bryan Singer pun masih lagu guna lagu tema yang sama untuk opening movie Superman Returns (walaupun movienya ke laut).

#08. Spider-Man (2002) & Spider-Man 2 (2004) - Danny Elfman

Danny Elfman ni juga pernah buat lagu tema untuk movie Batman (1989) dan Batman Returns (1992). Kalau ikutkan lagu tema The Amazing Spider-Man yang baru belum boleh tandingi lagi kehebatan lagu tema siri original ni.

#07. Batman Forever (1995) & Batman & Robin (1997) - Elliot Goldenthal

Sebenarnya OtakMovie suka lagu tema movie Batman ni sebab ianya catchy dan seronok kalau dibuat ringtone. Tapi tunggu dulu, banyak lagi lagu tema Batman yang lagi OtakMovie minati.

#06. Batman (1989) & Batman Returns (1992) - Danny Elfman

Ya, untuk siri klasik movie Batman (klasik era 90an yer), OtakMovie memang suka dengan lagu tema ni. Kalau dulu dengan muzik lagu ni dah tahu dah macam betul-betul Batman nak keluar malam-malam. Tapi bila dengar balik macam seram pun ada, tapi itulah identiti Batman!

#05. Spider-Man 3 (2006) - Danny Elfman & Christopher Young

Mungkin ramai yang tak setuju kenapa OtakMovie lagi minat lagu tema gubahan Christopher Young ini dari yang asal. Sebab kalau kita dengar betul-betul, memang ada perbezaan pada selingan lagu tema ini. Ciri-ciri gelap dan seram di ketengahkan untuk menunjukkan dalam movie ni ada alien jahat bergelar Symbiote!

#04. The Dark Knight (2008) - Hans Zimmer

Sekalipun OtakMovie suka sangat dengan movie ni, tak bermaksud lagu temanya boleh mengalahkan lagu tema siri trilogi Dark Knight. Apapun lagu tema gubahan Hans Zimmer ini telah memberi persepsi baru kepada hero gelap kita.

#03. Batman Begins (2005) - Hans Zimmer & James Newton Howard

Bila awal-awal movie ni keluar, OtakMovie kurang sikit nak layan lagu temanya. OtakMovie lagi suka lagu dari movie Batman & Robin, sebab ada nilai komersial. Tetapi nilai seni dalam lagu ini sedikit demi sedikit menerap dalam hati terutama bila kita cuba menghayati jalan cerita Batman Begins.

#02. The Dark Knight Rises (2012) - Hans Zimmer & James Newton Howard

Wah, list ni dah macam didedikasikan untuk lagu tema movie-movie Batman pulak, tapi memang tak boleh dinafikan lagu-lagu dari movie Batman memang best. Dan yang terbaru ni lah paling best yang OtakMovie dengar. Walaupun movienya tak se gah The Dark Knight, tapi Hans Zimmer takkan saja-saja nak buat lagu yang tak best.

#01. Iron Man - Black Sabbath

Yaaa...! Inilah dia punca kenapa OtakMovie nak buat list ni pada awal lagi. Kalau kita tengok movie Iron Man, sememangnya segala-gala dalam movie ini adalah lain berbanding movie superhero yang lain. OtakMovie tak kata movie ni bagus, ataupun tak bagus, tapi sisi Rock yang ingin ditampilkan sangat menjadi. Memang kena betul orang besi yang ego tinggi ni di padankan dengan lagu metal!


p/s : kalau boleh nak tambah lagi dua pick, iaitu lagu Telinga Ke Tulang oleh Spider - CicakMan & lagu Planet Hitam oleh Tyco - CicakMan 2...hihihi (tunggu list superhero melayu keluar okeh, KluangMan!!!)
Share:

Wednesday, August 14, 2013

OtakPoster! : Man of Steel Sequel - Batman Vs Superman Cool Fan-Made Poster

Ramai mengetahui pihak Warner Bros. Studios dah buat pengumuman tentang sequel kepada movie Man of Steel yang bakal menyaksikan storyline paling legend dalam sejarah DC comics, iaitu tema Batman vs Superman. Sebenarnya movie kolaborasi antara dua superhero klasik ni dah lama menjadi harapan dan wishlist semua die hard fans Man of Steel dan Dark Knight. Agaknya macam mana lah superhero Dark Knight ni boleh fit masuk dalam universe Superman kerana Warner Bros pun dah bagitau Batman dalam movie ini tidak sama dengan Batman dalam universe ciptaan Christopher Nolan. Lama lagi rasanya nak tunggu 2015 bila movie ni keluar, so bagi yang duk Google poster Batman vs Superman mesti jumpa poster-poster hasil dari fans. Ini antara poster sekuel Man of Steel hasil fan-made yang sangat oh-sem!












Share:

Friday, August 2, 2013

The Ten Pick : 10 Sebab Kenapa Perlu Tonton KL Gangster 2


OtakMovie ni asyik pos entri pasal movie-movie Hollywood je. Tapi sekarang nak try jugak pos entri pasal movie melayu kesayangan Malaysia. Lebih-lebih lagi lepas Abang Soul kita baru je upload trailer KL Gangster 2 baru-baru ni. Movie ni memang antara movie melayu yang OtakMovie tunggu-tunggu. Bukan OtakMovie je rasanya, satu Malaysia pun suka movie ni. Tengok je lah movie pertamanya, dapat kumpul sampai RM11 juta! Masa tu movie X-Men First Class pun kalah. Sekarang movie sekuelnya nak keluar Oktober ini. Apa lagi, cepatlah countdown. Sambil countdown tu, jom check list sebab kenapa kita perlu tonton KL Gangster dua arahan Shamsul Yusoff (Abang Soul)!

#10. Trailer yang gempak

Sebenarnya trailer movie ni sangat penting. Yelah, sebabkan trailer lah orang nak pergi tengok kat wayang, tapi disebabkan trailer ni selalu dibuat sekadar tangkap muat oleh produser-produser movie melayu, menjadikan trailer-trailer movie melayu agak kurang best. Cuba tengok trailer KL Gangster dua ni, tak ke kita rasa macam nak tengok kehebatan movie ni kat panggung wayang.

#9. Pelakon lelaki yang hebat
Movie KL Gangster ni memang terkenal dengan pelakon-pelakon lelaki idaman malaya yang kekar-kekar dan hebat-hebat belaka. Termasuklah Zizan...

Aaron Aziz sebagai Malek
Shamsul Yusoff sebagai Shark
Adi Putra sebagai Jai
Soffi Jikan sebagai Ajib
Zizan Razak sebagai Fadil
Rosyam Nor sebagai Tailong
#8. Slang bahasa cina yang nonsense tapi memorable
Bagi OtakMovie sebenarnya ni adalah cubaan berani mati dari Shamsul yang mengetengahkan dialeg orang cina ke dalah movie gangster melayu. Tapi kalau tengok betul-betul, watak Shark je yang direct cakap slang macam ni, Malek, Ajib dan yang lain-lain tu macam follow with the flow je. Tapi disebabkan movie ni jugaklah rasanya sekarang ramai orang dah start ikut slang macam ni. Kalau nak cakap apa-apa mesti ada 'Maa' kat hujung. "Boleh maa", "Kasi kira cincai maa" , "Benda boleh setel maa"...asalkan slang ni boleh menghubungkan silaturrahim sudah.

#7. Quote mengancam dari semua karakter
Kalau kita tonton balik KL Gangster, tak dinafikan antara pemangkin cerita ni adalah dialog-dialog yang keluar dari mulut setiap watak. Siapa yang tak tahu dialog dari Jai, Fadil dan Shark. Lebih-lebih lagi Jai dan Shark. Jai dengan dialog budak nakal poyonya, dan Shark dengan dialog slang cina meluatnya tu. Semuanya meninggalkan kesan hingga kita semua pun terikut-ikut. "Meme arr..."

#6. Syamsul sanggup keluar modal lebih dan ambik masa untuk hasilkan movie ini
Lama betul Abang Soul nak hasilkan movie ni sampaikan semua tertanya-tanya betul ke ada prequel KL Gangster ni? KL Gangster sendiri keluar tahun 2011, biasanya movie melayu makan masa setahun je nak dihasilkan. Nampak sangat Abang Soul tak suka melepaskan batuk di tangga. Dengan penghasilan kesan khas dan sinematografi yang lama ini, di harapkan KL Gangster dua akan mencapai piawaian peminat tegar.

#5. Babak aksi yang mantap
OtakMovie tak tahu siapa yang kareograf babak aksi untuk movie ini. Kalau movie-movie dari MIG, balik-balik diorang kata babak aksi dikareograf oleh profesional dari Hong Kong, tapi tengok aksi dari KL Gangster ni lagi nampak ke-Hong Kong-an nya. Berbalik kepada trailer yang kita tengok di atas, memang ada beberapa babak aksi yang meremangkan bulu roma kita seperti babak Shark nyaris nak kena hempap dengan kontena dan babak Tailong tembak dua kereta sampai berguling-guling. Pergh...memang nampak Hollywood habis. Kena tengok!

#4. Cerita prequel
Kita tak payah nak fikir panjang-panjang apa kesudahan kehidupan Malek selepas KL Gangster, Abang Soul sekarang nak bagi tau macam mana Malek boleh sampai ke dalam penjara. Baru lah banyak babak aksi dan babak gangster. Nak ditunjukkan apa yang hebat sangat dengan Malek ni sampai semua pun gerun kat dia. Dan apa yang langsi sangat dengan Shark sampai dia boleh perangkap Malek masuk penjara. Kena tonton lah, ape lagi.

#3. Mullet Syamsul Yusoff
Rupanya rambut Shark sebelum cerita KL Gangster ni mullet. Lejen!

#2. Zizan Razak aka Fadil
Mengaku dirinya ala Tony Jaa. Mesti ramai sedih bila Fadil mati dalam KL Gangster, tapi kesedihan tu terubat lepas kita dapat tengok prequelnya. Cepat cakap terima kasih dekat Abang Soul sebab masukkan balik Zizan Razak sebagai Fadil!

#1. Dialog Sofi Jikan
Ajib oh Ajib. Kau memang pandai sengat!
Share: