Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

Sunday, September 11, 2011

Pixar Terus Cuba Melangkaui Sempadan. *sebuah reviu Cars 2.



Movie ini merupakan sekuel. Sebuah sekuel yang bagus (seperti Empires Strike Back dan Back to The Future) merupakan kesinambungan cerita yang tidak mengatasi malahan tidak pula dikaburi oleh movie yang sebelumnya. Dan Cars 2 nyata menepati sebuah sekuel yang bagus. Hal ini aku dapati menarik kerana Cars 1 dan Cars 2 adalah ternyata dua buah movie yang sangat berbeza (sangat sangat sangat sangat....). Ini menjadikan kedua-duanya adalah movie yang boleh dijadikan favorite tanpa perlu meletakkan label mana satu yang lebih baik.

Cars 2 mengambil plot selepas movie Cars 1, di mana dalam movie ini, Lighting McQueen menjadi juara sebanyak 4 kali Piston Cup Championship, mengatasi Doc Hudson yang memenangi 3 kali. Tetapi McQueen masih lagi mengekalkan sikap 'humble seboleh mungkin' nya. Dan beliau masih lagi menjadi pengunjung setia Radiator Spring dan berkawan dengan Mater. McQueen juga kini berpacaran dengan Sally dan kawan-kawannya, Fillmore, Sarge, Guido, Ramone dan Luigi menjadi krew team pit stopnya. Hurm, aku tak sure apa jadi dekat Doc Hudson (yang mana pelakon suaranya, Paul Newman meninggal dunia pada tahun 2008), mungkin aku miss scene tu (maklumlah, tengok dengan yang tersayang, not that i'm blaming you dear, hehe).

Mater bersama Holly Shiftwell dan Finn McMissile
menjalankan misi penting

Movie sekuel ini juga membawa plot yang sangat tersasar dari plot movie yang pertama. Ianya mengambil cerita perisikan ala James Bond dengan menggunakan karakter baru seperti Finn McMissile (Michael Caine), agen perisik British, Holly Shiftwell (Emily Mortimer), protege Finn dan Dr. Zundapp (Thomas Kretschmen, penjahat baru movie ini. Tak lupa juga pesaing terbaru McQueen, iaitu karakter yang sangat aku suka, malah satu-satunya karakter yang tersangat lah hidup aku rasakan, Francesco Bernoulli yang dilakonkan John Turturro.

Senarai karakter dalam Cars 2

Cerita ini juga kali ini mengangkat Mater sebagai watak utama di mana beliau buat pertama kalinya dapat menjadi krew pit stop McQueen bersama yang lain. McQueen yang telah menerima lamaran Miles Axlerod dalam menyertai Kejohanan Dunia Lumba Kereta, telah berasa agak malu dengan kehadiran Mater dengan perangainya yang agak lurus bendul, tetapi jujur. Kejohanan itu juga telah membawa Mater keluar dari Radiator Springs dan pertama kalinya menjejakkan kaki ke Jepun, London dan Itali.

McQueen membawa Mater ke Kejohanan Dunia
Lumba kereta di Towkyo, Jepun.

Sebagai sebuah cerita perisikan, di mana Mater di anggap sebagai 'well disguised spy' oleh Finn McMissile dan Holly Shiftwell, terpaksa membantu mereka mencari dalang yang cuba mensabotaj kejohanan dunia yang disertai McQueen. Disini berlaku bermacam jenis salah faham antara Finn dan Holly berkenaan Mater. Mater juga yang tidak tahu akan apa-apa hanya terus berlaku jujur dan mengikuti setiap kata Finn dan Holly. Malah beliau sendiri berasa tidak diperlukan lagi dalam krew pit stop McQueen. Finn dan Holly bersungguh-sungguh untuk memusnahkan Allinol iaitu sumber tenaga mesra alam ciptaan Miles Axlerod.

Untuk sebuah movie animasi spy yang bagus, aku boleh katakan movie ini agak menjadi untuk sampai ke taraf tersebut. Untuk menjadi sebuah animasi spy yang bagus, aku tidak rasa movie ini masih sampai ke tahap itu. Ini kerana movie ini boleh dikatakan agak 'inbetween' antara sebuah movie spy yang bagus. Ini kerana pertama, movie ini adalah untuk kanak-kanak, animasi is suit to kanak-kanak, jadi tidaklah hendaknya tuan pengarah John Lasseter mahu menambah banyak twist dan plot supaya kanak-kanak faham akan movie yang hampir berat ini.

McQueen dan Mater kini penuh beraksi berbanding
dalam movie yang pertama.

Yang kedua, movie ini juga untuk orang dewasa, maka halnya tuan pengarah juga perlu juga meletakkan twist pada endingnya di mana akhirnya, kanak-kanak juga tak faham. Jadi, untuk menjadikan movie ini setara minatnya kepada kanak-kanak dan orang dewasa, perlulah tuan director Lasseter menjadikan movie ini sebuah movie spy yang terlalu banyak nilai-nilai escapisme.

Namun begitu, movie ini tetap berjaya dalam adunannya tersendiri. Kereta dan nilai-nilai perisikan sangat berjaya jika digabungkan bersama. Dan tahap kelucuan movie ini juga ada yang memikat hati, lebih-lebih lagi apabila membabitkan babak Mater yang memang segala apa yang dicakapnya sangat kelakar tetapi jujur dari diri beliau.

Francesco Bernoulli, rival terbaru Lightning McQueen,
kata-katanya sangat sinis, tetapi cepat sangat meradang

Begitu juga babak-babak yang membabitkan Francesco Bernolli, setiap riak dan pertuturan karakter ini saling tak tumpah seperti lakonan pelakon suaranya sendiri iaitu John Turturro. Cuma mungkin watak McQueen sahaja yang memang nampak tidak menonjol, mungkin kerana Lasseter tidak mahu McQueen mengaburi watak Mater.

Untuk karakter Dr. Zundapp pula, tiada apa sangat yang boleh diterujakan, malahan watak konco-konconya iaitu Grem dan Acer lebih menonjol berbanding Dr. Zundapp. Begitu juga karakter Holly Shiftwell yang masih jauh untuk dibandingkan dengan karakter Sally.

Penjahat kali ini, Dr. Zundapp, tapi tak ganas sangat

Tetapi movie ini tetap menonjolkan keistimewaan yang dimiliki setiap watak. Tidak terkecuali dari plot movie perisikan, movie ini juga menyelitkan twist pada pengakhirannya nanti. Dan satu kelainan movie ini berbanding movie sebelumnya, jika movie sebelumnya, endingnya agak menyayat hati, tetapi movie kali ini lebih menumpukan pada tahap keterujaan penonton dengan aksi lumba kereta dan aksi tembak-menembak.

Jadi sebagai seorang penggemar movie, aku masih lagi menyarankan korang-korang menonton movie animasi sekiranya korang bosan atau menginginkan kelainan. Dan selain Dreamworks, Pixar merupakan pilihan yang tepat untuk korang pilih animasi yang hebat. Ternyata babak-babak dalam movie ini senang diingati sama seperti animasi lain dari Pixar. Itu lah trademark yang sering dipaparkan oleh Pixar, supaya segala penat lelah animatornya, akan senang diingati penonton sampai bila-bila.

Plot
Lakonan
Efek
Rating

My Favorite Quote :"Ha ha ha! Really? You are speed? Then Francesco is TRIPLE speed! 'Francesco... he's triple speed!' Ho oh! Francesco likes this McQueen! He's a really getting him into the zone!" - Francesco Bernolli to Lightning McQueen.
Share: