Epic adalah sebuah lagi animasi keluaran syarikat animasi terbesar, Blue Sky, yang sebelum ini sangat feymes dengan francais Ice Age nya, antara animasi lain keluaran syarikat ini adalah Rio, yang juga antara animasi berjaya dan bakal keluar dengan francaisnya tersendiri. Dan tak mustahil juga Epic akan mewujudkan francaisnya yang sendiri, mungkin lepas ini kita akan dapat saksikan Epic 2, Epic 3...sedangkan movie Epic yang pertama ini sahaja telah menunjukkan tanda-tanda bakal keluar sekuel nya tidak lama lagi. Tapi apakah yang membezakan movie Epic ini berbanding keluaran Blue Sky yang sebelum ini. Apa istimewanya movie ini hinggalah boleh meletakkan ia di tempat setaraf movie animasi lain? Apa yang epik sangat pasal animasi Epic ini???
EFEK KHAS / AKSI
Jujur kata, OtakMovie tak berapa gemar dengan animasi yang memaparkan manusia sebagai watak utama. Bagi OtakMovie, animasi adalah sebuah medium yang boleh kita gunakan untuk melangkaui imaginasi luar biasa yang keluar dari batasan pemikiran minda manusia. Dengan animasi, kita boleh wujudkan berbagai karakter yang mustahil untuk direalisasikan dalam filem live action. Tapi ini tidak, nak juga kita jadikan manusia sebagai watak animasi, bukankah mereka dah puas berada dalam medium live action? Tengok saja movie animasi negara kita seperti movie Puteh, movie tu boleh je nak di live action kan. Ya, Geng : Pengembaraan Bermula pun guna watak manusia juga, tapi anda lihat tak pengembaraan mereka di dunia mistik yang penuh dengan makhluk tak logik dek akal. Itu lah kreativiti! Berbalik pada movie Epic ini pula, ya, efeknya boleh tahan. Memang telah membuktikan Blue Sky bukanlah produksi picisan. Mereka juga mampu mencipta sebuah dunia manusia kerdil yang sangat tersendiri. Mungkin boleh diperluaskan lagi khayalan mereka terhadap dunia misteri itu. Tapi secara keseluruhannya OtakMovie berpuas hati dengan efek khas dan aksi yang cuba dipaparkan dalam movie ini.
SKOR MUZIK
Epic juga tak nak kalah dengan melantunkan skor-skor yang epik. Kita dapat rasa kewujudan situasi babak-babak tertentu tak kira lah sama ada sedih atau mendebarkan. Tapi perasanya masih kurang cukup. Movie ini seolah sedikit kehilangan sentuhan dari bab muzik. Tak ada apa yang istimewa pun kalau nak dikatakan. Apapun, masih seronok sebab tidak kacau bilau kita mendengar muzik dalam movie ini.
LAKONAN
Ikutkan, OtakMovie tak rasa kagum pun dengan watak manusia dalam movie ini. Ronin (Colin Farrel), Nod (Josh Hutcherson) dan MK (Amanda Seyfried) dalam movie ini tidak pun meninggalkan kesan untuk penonton. Mungkin lah ada sedikit babak yang boleh membuatkan kita tergelak. Tapi OtakMovie agak tertarik sedikit dengan watak Queen Tara (Beyonce Knowles), walaupun sedikit babak untuk beliau, tetapi personanya sebagai seorang ratu sangat boleh dirasai. Untuk watak siput dan slug Mub dan Grub pula, memang diwujudkan sebagai badut untuk mengisi suasana komedik dalam movie ini. Bagi watak villain Mandrake (Christoph Waltz) pula, di mana aura jahatnya?! Ah, sayang sekali pelakon yang hebat diberi watak sebegini. Apa jenis skrip yang si Mandrake ni dapat? Ok, OtakMovie faham motif kejahatan si Mandrake untuk memusnahkan hutan, tapi kejahatannya itu tak berapa nak sampai sangat. Oh ya, kehadiran Steven Tyler sebagai Nim Galuu dan Pitbull sebagai Bufo juga mungkin mampu menghiburkan...peminat mereka.
JALAN CERITA
Untuk plot movie ini pulak, bagi OtakMovie memang agak menarik. Bagaimana magisnya wujud sebuah kehidupan kecil disebalik hutan di bumi yang dipenuhi dengan manusia-manusia biasa. Dan bagaimana movie ini menginterpretasi dengan menjelaskan bagaimana kewujudan makhluk-makhluk kerdil ini tidak dapat dikesan oleh manusia biasa. Cuma mungkin jalan ceritanya sedikit ringan membuatkan movie ini hanyalah movie untuk waktu santai. Babak-babak komedi dalam movie ini juga, bolehlah dikatakan klise, tapi masih lagi boleh dibuat gelak ketawa. Ada juga persoalan yang wujud dalam movie ini bagi menambahkan lagi perasaan saspen di hati penonton. MK yang tidak percaya akan kewujudan dunia kerdil ini, akhirnya perlu akur malahan terlibat dengan konflik yang berlaku antara Leafmen dan Mandrake. Di sinilah wujudnya kepercayaan dan kesetiaan.
KESIMPULAN
Epic bukan lah sebuah animasi yang se gah dengan namanya, tetapi kehadiran movie ini telah memeriahkan lagi industri animasi dunia. Mungkin dari segi kuantiti, bukan kualiti.
0 opinions:
Post a Comment