Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

Sunday, October 6, 2013

Ini Movie Ada Sengat! *sebuah review KL Gangster 2



Akhirnya movie paling ditunggu-tunggu pada tahun ini sudah keluar. Eah, tapi kenapa macam semua pun tak berapa nak excited sangat bila movie ni keluar panggung? Oh, rupa-rupanya sebulan sebelum movie ni keluar panggung, dah pun bocor di pasar-pasar malam, kedai-kedai dvd cetak rompak dan di laman-laman sesawang...kesian. Memang nampak kekecewaan pada diri Abang Soul kita...yalah, mana taknye, buat movie makan masa sampai 2 tahun lebih, banyak korban tenaga, korban masa, korban duit lagi, tapi kesudahannya, hampir semua audiens tonton di skrin medium.

Tapi semuanya ada hikmah, mungkin lepas ni Abang Soul boleh buat movie bercirikan Islamik pulak, jangan nak harapkan David Teo saja. Apa salahnya pengarah-pengarah muda kita buat kisah para nabi, para sahabat, buat cerita sejarah Salahudin Al-Ayubi, cerita zaman kegemilangan Bani Uthmaniyah ke. Guna je pelakon Melayu kita yang ada sekarang. Cerita Islamik pun universal jugak, jangan asyik nak harapkan movie bertemakan Greek atau Norse macam Vikingdom tu. Kalau sekali penonton kita percaya apa yang kita paparkan, kita sendiri yang kena tanggung tau.

Mukadimah review ni je OtakMovie dah banyak membebel...padahal poin utama OtakMovie nak menonjolkan movie KL Gangster 2 yang sememangnya gempak. Dan apa yang menarik, lepas tengok KL Gangster 2 ni OtakMovie terus tengok balik movie KL Gangster. Nak tengok macam mana dua-dua movie ni relate antara satu sama lain. Dan bagusnya juga KL Gangster 2 ni, bagi sesiapa yang belum tengok KL Gangster, pun akan faham jalan ceritanya kerana ianya merupakan cerita prequel.

Pertama sekali OtakMovie nak sentuh pasal kegempakkan movie ni, nampak sangat ianya merupakan permainan dan hobi Abang Soul kita. Kalau takde kereta meletup, tembak menembak, gedebak-gedebuk dan bahasa-bahasa kasar (tapi kelakar), memang bukan movie Abang Soul lah. Dan kita sendiri boleh enjoy dengan apa yang Abang Soul ni paparkan. Satu lagi keistimewaan Abang Soul, sekali pun dia ni berjiwa muda dan mudah memberontak, tapi dia still tak lupakan pelakon-pelakon otai. Habis semua pelakon-pelakon yang pernah kerja dengan ayahandanya dia panggil sekali berlakon, kalau dengan DY Haslam diorang jadi polis, tapi dengan Abang Soul, jadi gangster, bapak gangster pulak tu. Contohnya macam Angeline Tan (jadi mak kepada Shark), Deen Maideen (ketua kongsi gelap Brickfields), Rosyam Nor (Tailong, villain utama movie ni yang sadis gila) dan Adam Corrie Lee (Dragon, orang kanan Tailong yang berpaling tadah). Seriously OtakMovie teringin sangat nak buat wish list untuk Abang Soul, kalau ada KL Gangster 3, tolonglah ambik DY Haslam sebagai bapak segala bapak gangster. Siapa yang tak rindu dengan watak gangster Yusof Haslam macam dalam movie Lagu dan Cinta zaman 70an (atau 80an, tak ingat) dulu. Tapi sebelum tu, OtakMovie juga berdoa DY Haslam cepat sembuh dan semakin sihat...

Selain tu, kekuatan movie ni dah tentulah pada pelakon-pelakonnya juga. Movie ni memang betul-betul movie jantan, kalau korang tercari-cari siapa heroin dalam movie ni, lupakan jelah, memang takde pun. Watak Zati, adik kepada Malek (Aaron Aziz) dan Jai (Ady Putra) dalam movie ni kalau takde pun takpe, mungkin Abang Soul boleh cari cara lain macam mana nak kaitkan Tailong dengan Malek dan Jai. Cuma mungkin bagi Abang Soul elemen drama boleh disuntik sedikit kalau ada watak perempuan dalam movie ni. Tapi kalau betul nak suntik elemen drama, pacak je satu heroin disamping Malek...mungkin juga Abang Soul taknak movie gangsternya terlalu streotaip.

Watak Ajib dalam movie ni juga sangat lah terlebih-lebih, nak nak dia punya pantun. Yelah, Ajib dalam KL Gangster 2 kan muda sikit, jadi mulutnya pun masih banyak tenaga. Dan kalau bab berlawan pula, memang sama macam gaya cakapnya, tak payah pistol pun boleh tembak peluru guna mulut, memang kerja nak memangkah orang je. Mana lah Tailong tak menyirap, tapi sepedas-pedas mulut Ajib, pedas lagi mulut Jai, dah lah dalam movie ni dia baru nak up, rambut pun blonde, tak kira siapa semua dia nak cantas. Dan dalam movie ni juga ditunjukkan Malek yang masih muda, dan kekeringan hatinya serta misinya untuk familynya yang membuatkan dia digeruni oleh kepala-kepala gangster yang lain. Malek ni tak banyak cakap sangat, tapi kalau orang sentuh pasal family dia, memang dia lagi mafia lah dari mafia Itali tu.

Itulah satu benda yang OtakMovie nampak dalam duology KL Gangster ni, Abang Soul mahu mengangkat karakter dalam movie ini menjadi satu ikon yang mempunyai sifat, misi dan personaliti tersendiri. Kalau Malek orangnya bersikap sabar tapi cepat mengamuk kalau orang kacau family dia, Jai pula pantang ditaburkan duit depan mata mesti dia setia, Ajib pula sangat mementingkan geng dia sendiri yang dianggap sebagai blood brothers sampai sanggup lakukan apa saja asal gengnya tak dikacau, Dragon pula cuma hanya mahukan jajahan takluknya dijadikan pusat bisnes buat dirinya, Tailong memang gilakan kuasa dan sangat sadis, manakala Shark pula lebih kurang macam Tailong tapi tak berapa sadis sangat, cuma agak terlampau kebiadapannya. Oh, dan Fadhil pula dengan cakap-cakapnya yang sama besar dengan hidungnya.

Jadi bagi OtakMovie, memang terhibur sangat tonton movie ni. Dapat jugaklah hilangkan bosan di hari-hari minggu ni. Dan dalam movie ni pun nampak lah yang Abang Soul sangat enjoy dan berhabis beras untuk mendapatkan hasil yang baik. Tak dinafikan memang movie ini boleh disamakan dengan movie Hong Kong dan Hollywood. Cuma mungkin kaitan antara KL Gangster 2 dan KL Gangster belum digilap dengan lebih berkilat lagi. Apapun, KL Gangster 2 memang lagi gempak, lagi langsi dan lagi gangster dari movie KL Gangster.
Share:

2 opinions:

http://twone2121.blogspot.com/ said...

ade 1 babak tak logik dan rasional lah, mase polis dtg nak tahan shark tu. 2 polis tu x alert ke kiri kanan diorang ade samseng2 dgn senjata bagai, kalu fikir logik lah,ptut mintak back up dulu atau suruh konco2 shark tu kumpul setempat dulu. rasenye lah

Hady Abd Hamid said...

Ya, itu jugak yang menjadi persoalan OtakMovie..ikutkan banyak yang tak logik dalam movie ni..antaranya babak Shark dengan polis...kalau guna logik akal, sepatutnya polis kena panggil backup atau special task force sebelum nak serang sekumpulan gangster...takkan lah berani sangat dua orang je dah cukup...tapi itulah movie, mungkin Abang Soul ada reason dia sendiri kot, atau mungkin dia malas nak buat research tanya DY Haslam...haha