Nampaknya sekarang ni makin ramai nama-nama besar industri filem kita yang nak mengundur diri dari bidang filem ini. Kalau sebelum ni kita dah tahu Syamsul Yusof merajuk dengan industri ini selepas dirinya terkesan dengan kebocoran movie KL Gangster 2 arahannya sebelum ditayangkan dipawagam.
Syamsul Yusof merajuk? |
Afdlin lebih untung meniaga Pelikat Pants. |
Mamat Khalid paling awal nak berhenti. |
Tapi lagi kecewa bila dengar kata Mamat Khalid nak berhenti buat movie. Akhirnya beliau dipujuk oleh dua rakan sekerja, Afldin dan Aziz M. Osman.
Aziz M. Osman sekarang nak fokus buat drama tv. |
Ironinya, Afdlin dan Aziz pula yang berhenti dari membuat movie selepas movie-movie terakhir mereka teruk punya flop di pawagam. Manakala Mamat Khalid pula OtakMovie lihat semakin rancak membuat movie. Lihat sajalah pada awal tahun, kedua-dua movie Mamat Khalid iaitu Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit serta movie Rock Oo! Rimba bara kembali pecah panggung! Dan akan datang ada banyak lagi movie dari beliau seperti movie Apokalips X, Zombi Kilang Biskut, Amukan Frankenstein, Rentaz : Lebuhraya Ke Neraka dan Werewolf Dari Bangladesh.
Bila lah movie Apokalips X nak tayang. |
RENTAZ (TBA) |
Inikah Werewolf dari Bangladesh yang juga dibintangi Usop Wilcha?! |
Sememangnya ramai yang ternanti-nantikan movie-movie dari Mamat Khalid kerana ternyata movie-movie arahan beliau mampu memberikan nafas segar kepada industri filem kita. Kalau diibaratkan industri filem tempatan sebagai terkena penyakit semput, movie-movie Mamat Khalidlah inhalernya...Di tambah pula sekarang ini ramai yang berlumba-lumba untuk membikin movie kerana untung, ramai yang tidak sedar kualiti movie tempatan semakin pudar. Terlalu ramai yang memikirkan kuantiti hingga kualiti terabai entah kemana. Seperti kata David Teo dimana beliau ingin menghasilkan lebih seratus movie melayu! Walhal sepatutnya beliau meletakkan impian untuk menghasilkan 100 movie yang mendapat rating 5/5 bintang dari peminat dan pengkritik. Ah, tapi tak boleh salahkan beliau kerana beliau menghasilkan movie untuk mendapatkan untung.
Sekalipun banyak juga movie-movie dari MIG milik David Teo tidak mampu memecahkan panggung, tapi beliau yang mempunyai otak bisnesman mempunyai pelbagai cara untuk mendapat keuntungan dari movie yang dihasilkan. Bagusnya MIG ini pula adalah kerana disebabkan syarikat produksi ini lah industri filem tempatan mampu terus hidup walaupun nyawa-nyawa ikan. MIG boleh diibaratkan seperti produksi Shaw Bros. di Studio Jalan Ampas pada masa dahulu. Mereka mengambil pelakon dan mengikat kontrak supaya mereka dapat berlakon walaupun tidak mendapat tawaran dari produksi lain. Ini bermakna, mereka benar-benar bekerja sebagai pelakon dan bukannya berlakon untuk berkarya. Itu adalah kerja mereka!
Tak mustahil pada masa akan datang, 90 peratus movie yang ditayangkan dalam satu tahun adalah hasil keluaran MIG. Lihat sahajalah sekarang, MIG sahaja telah membolot banyak tempoh tayangan. Manakala produksi movie lain, hanya membikin satu dua movie, tapi selepas itu give up. Banyak juga produksi movie yang popular satu ketika dulu kini terkandas. OtakMovie juga rindu dengan movie-movie keluaran Skop Production, Ace Motion Picture, Visionworks Production, Kuasatek Production dan banyak lagi lah. OtakMovie juga berharap agar produksi-produksi yang baru belajar dari produksi lama untuk terus mengekalkan jenama produk mereka.
Bagaimana pula dengan KRU Studios? Dulu OtakMovie mempunyai harapan yang sangat tinggi kepada produksi ini untuk menghasilkan movie-movie berkualiti. Malah boleh dibanggakan kerana dengar sahaja nama KRU Studios, kita tahu movie dihasilkan boleh tembus ke pasaran antarabangsa. Tapi entah kenapa OtakMovie tengok movie-movie keluaran produksi ini makin lama makin merepek dan kurang kualiti. Lebih kurang sama macam movie keluaran MIG. Tambahan lagi KRU telah menambah anak syarikat iaitu Showbiz Production yang khusus dalam penghasilan movie melayu. Lagi lah menyampah OtakMovie tengok movie-movie keluaran produksi ini.
OtakMovie harapkan yang movie-movie melayu untuk tahun 2014 akan lebih semarak dan mempunyai genre yang variasi. Lebihkan lagi movie-movie seperti Kolumpo, Psiko Pencuri Hati, KIL, Papadom 2, Rock Oo dan kurangkan movie seperti KL Zombi, Hantu Tok Mudim, Laki-Laki dan Tokak. Malahan OtakMovie teringin nak tengok lambakan movie-movie sejarah, tetapi dipandang dari sudut sejarah, bukan dari sudut politikus.
0 opinions:
Post a Comment