Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159521

Thursday, December 24, 2009

Pembelot atau Pembela? *sebuah reviu Avatar


Akhirnya dapat juga aku menonton movie ini selepas beberapa hari tangguh kerana masalah-masalah teknikal (yeke??haha). Aku menjangka tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada movie ini kerana mengantuk ditambah pula dengan menontonnya dibarisan paling hadapan (mendongak tengoknya!) !!! haha...tetapi jangkaan aku meleset.

Baiklah, pada awal promosi movie ini, aku langsung tidak berasa tertarik kerana pemerhatian aku terhadap movie-movie berbentuk CGI amat kurang. Aku lebih mementingkan ketulenan dalam sesebuah movie seperti yang ditunjukkan dalam movie Lord of The Rings.

Selepas movie ini mendapat reviu yang membanggakan dari akhbar-akhbar dan orang ramai, barulah aku berasa patut menonton movie ini apatah lagi aku seorang kaki movie yang tidak bersikap diskriminasi. Sememangnya James Cameron telah meneroka satu bentuk dimensi baru dalam teknologi perfileman dan ianya merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan.

Walaupun movie ini mengambil 70 peratus CGI iaitu berlatarbelakangkan paranoma muka bumi Pandora (planet kediaman makhluk Na'vi) tetapi masih ada yang tulen ditonjolkan. Sudah tentu ketulenan tersebut dapat dilihat dalam lakonan Sam Worthington (Terminator Salvation) dan Sigourney Weaver (Aliens). Aku tabik pada watak yang dijayakan Sigourney kerana lakonannya sudah tidak boleh dinafikan lagi. Begitu juga lakonan Sam yang nampak bersahaja walaupun menjadi makhluk Na'vi dengan wataknya sebagai Jake Sully. Tetapi jangan lupa pada lakonan Zoe Saldana yang melakonkan watak Neytiri (makhluk Na'vi juga). Walaupun tidak nampak ekspresi sebenar Zoe, namun pergerakan emosi dalam diri Neytiri turut meninggalkan kesan.

Sesuatu lagi yang menarik dalam movie ini adalah sinematografinya yang sememangnya dibuat-buat. Tetapi apa yang dibuat-buat itu nampak itu nampak begitu benar dan indah. Namun aku masih tak berpuas hati kerana bagi aku, James kurang daya kreativiti dalam mencipta dunia Pandora. Terdapat binatang seperti kuda, badak, monyet, serigala dan helang yang hanya diubah suai sedikit rupa mereka lantas terjadilah fauna Pandora ciptaan James! Kenapa tidak dicipta sejenis makhluk yang memang langsung tidak mempunyai ciri-ciri makhluk Bumi.

Jalan ceritanya juga seperti biasa, seorang mabnusia ditukarkan menjadi Na'vi bagi mengenali gaya hidup makhluk tersebut dan memberi maklumat kepada pasukan tentera supaya senang mereka menawan planet Pandora. Manusia menjadi alien di planet Pandora kerana ingin mendapatkan sejenis mineral iaitu Unobtoniom yang sangat bernilai. Jake Sully yang ditugaskan menjalankan misi tersebut akhirnya berpaling arah dengan menyokong Na'vi kerana telah jatuh cinta kepada Neytiri (dah agak dah pun!)...

Secara keseluruhannya jalan cerita movie ini nampak terlalu biasa kita dengar. Tetapi perlu diingat kembali, James telah menulis skrip movie ini pada 15 tahun yang lepas dan mungkin pada zaman itu cerita sebegini masih nampak baru. Apa yang lainnya movie ini adalah cara pengadaptasian manusia sebagai makhluk yang kejam dan akhirnya menimpa kekalahan.

Untuk kredit tambahan, aku turut bertepuk tangan selepas movie ini tamat. Haha. Ini kerana cara pengolahan aksi dan ceritanya amat menarik ditambah pula dengan sinematografi yang boom!!! Nasihat aku kepada sesiapa yang mahu menonton movie ini, jangan beli popcorn, kerana anda tidak akan sentuh langsung popcorn anda selepas menonton movie Avatar ini.

p/s : Berbaloi lah jugak duduk depan, nasib baik tiket harga RM 8...haha
Share:

Related Posts:

4 opinions:

Azam Shah said...

weyh aku dah tgk movie ni..memg best lor..aku suka view die.. sangt la cantek..lagi satu..filem ni buat aku nak ada avatar dan hidup kat planet pandora..ahaks! suke3...

tapi part manusia jadik kejam dan tak fikir nasib makhluk lain memg tragisa..cuba bayangkan..kalau manusia tu puak na'vi dan na'vi tu plak yang buat gitu..x dajal namanya..(sekadar pandangan)

aku tgk pon x beli popcorn dan tak terfikir pon haus atau lapar pasal tercangak tgk filem nih..hek3 :)

Sir Hady Jupaz said...

haha..btol tu...bagus gak kau nampak dari sudut pndangan org ketiga...

mmg tak patut beli popcorn pon...hehehhh

faheszi_whatever said...

sudut pandangan orang ketiga tu sape..?
setan ker...?
;p

Hady Abd Hamid said...
This comment has been removed by the author.