Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159504

Friday, January 8, 2010

Penyiasat Pandai Bertinju.*sebuah reviu Sherlock Holmes


Memang bagus movie ini dijadikan penutup tahun 2009 kerana ianya sememangnya movie yang wajib ditonton oleh semua kaki-kaki movie di Malaysia.

Sherlock Holmes lakonan Robert Downey Jr. (Sherlock Holmes), Jude Law (John Watson), Mark Strong (Lord Blackwood) dan Rachel McAdams (Irene Adler) merupakan antara filem yang berjaya memuaskan hati aku sepanjang tahun ini. Walaupun aku menontonnya pada awal 2010, tetapi ianya bukan alasan untuk tidak menjadikannya movie terbaik tahun ini selain dari Avatar, Trasformers 2 dan District 9.

Berbeza dengan cerita-cerita Sherlock Holmes yang lain, movie ini menonjolkan watak Holmes yang sebenar iaitu bukan setakat bijak dalam aktiviti penyiasatan, tetapi juga merupakan seorang yang pakar dalam seni pertarungan tinju dan hebat meneliti anatomi manusia.

Pastinya semua sudah tahu karakter Sherlock Holmes yang tersendiri dengan hasil gaya penulis novelnya, Sir Athur Conan Doyle yang popular. Tetapi dalam movie ini, kita dapat melihat karakter Holmes gaya Downey Jr. Lakonannya sudah tidak perlu disangkal lagi dengan gaya luahan dialog yang selamba serta tingkah lakunya yang melucukan.

Buat julung kalinya juga aku mengangkat martabat Jude Law sebagai seorang pelakon yang berwibawa kerana bukan sekadar berjaya membawa watak Mr. Watson iaitu rakan seperjuangan Holmes, malah Law juga seperti Downey Jr. yang bijak membawa karakter Mr. Watson mengikut gayanya yang tersendiri.

Tidak dinafikan juga lakonan Rachel McAdams dan Mark Strong yang tidak kurang hebatnya cuma bagi aku dalam movie ini, watak mereka sering dibayangi oleh Sherlock Holmes. Namun apa yang menarik, seperti kebanyakan movie hollywood yang lain, setiap watak dalam movie ini ada ceritanya tersendiri.

Dari segi penceritaan pula, Guy Ritchie (pengarah) telah mengangkat cerita penyiasatan yang melibatkan unsur-unsur paranormal yang berkait rapat dengan sihir hitam dan sebagainya. Tetapi mungkin penonton sudah terbiasa dengan cerita penyiasatan supernatural yang akhirnya mempunyai alasan saintifik. Berbeza dengan movie ini, pengolahan peristiwa supernatural yang dilakukan oleh Lord Blackwood hampir mustahil untuk diperjelaskan secara saintifik. Tetapi di situ lah terletaknya kekuatan movie ini dimana Sherlock Holmes merungkai satu persatu persoalan yang bermain di benak penonton.

Selain dari gaya penceritaan, movie ini juga menonjolkan sinematografi yang mantap. Dengan gaya klasik era dulu, penonton seolah-olah berada di zaman Sherlock Holmes. Penonton pasti juga akan terhibur dengan chemistry yang ditunjukkan Downey Jr dan Law sebagai rakan karib dalam movie ini. Dan sedikit situasai tidak logik mungkin dapat dimaafkan kerana status movie ini yang bertaraf hollywood. Secara keseluruhannya, movie ini adalah antara yang terbaik pernah aku tonton dan pasti berjaya menarik anda untuk menontonnya.

p/s : Teringat pula anime Conan...hehehh..
Share:

Related Posts:

0 opinions: