Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159505

Sunday, February 7, 2010

Bila Tuhan Marah. *sebuah reviu Legion


Bagi aku tema movie ini tak ubah seperti movie Constantine dan End of Days yang membawa isu ketuhanan dalam aspek agama Kristian. Cuma buat pandangan aku, kedua movie ini lebih bagus dari Legion yang akan aku ulas ini.

Dari segi kelainan, memang Legion memaparkan plot atau persoalan yang menarik, dengan tidak menjadikan syaitan sebagai antagonis. Sebaliknya, movie ini lebih kepada manusia yang menjadi bahan penghapusan buat malaikat yang mendapat arahan dari Tuhan, kononnya. Itulah yang menariknya movie ini. Tetapi gaya penceritaan dan perkembangan jalan ceritanya agak kurang memuaskan aku.

Dengan menggunakan satu konsep latarbelakang iaitu sebuah kedai makan, yang dijadikan medan pertempuran antara malaikat dan manusia, adalah satu perkara biasa yang kita lihat dalam movie berbentuk seram + thriller + ketuhanan. Malaikat yang dipaparkan merasuk manusia juga ditampilkan sama seperti movie-movie berkenaan rasukan syaitan. Mengapa penulis atau pengarah tidak menonjolkan konsep manusia rasukan yang berlainan tanpa penggunaan solekan gigi tajam dan wajah menggerunkan. Mungkin perkara ini semua bertujuan untuk mengelirukan penonton tentang konsep malaikat dan syaitan.

Movie ini memang terpesong jauh dari landasan akidah kita. Dalam movie ini, ditunjukkan bahawa Tuhan kononnya sudah mula menyampah terhadap manusia dan ingin menghapuskannya dengan cara menghantar malaikat membunuh manusia-manusia tersebut. Gabriel (malaikat Jibril?!) seolah-olah antagonis yang menjadi ketua rombongan malaikat dalam misi tersebut, dan salah satu dari misinya adalah membunuh bayi yang kononnya akan menjadi harapan kepada manusia.

Misi itu pada mulanya diberi kepada Michael (malaikat Mikael?!) lakonan Paul Bettany, tetapi Michael ingkar dan bertekad untuk membantu manusia dan melindungi bayi yang masih dalam kandungan wanita bernama Charlie. Pada sesiapa yang ingin menonton movie ini diharap dapat membuka minda seluas-luasnya dan teguh kepada iman, kerana sekali sahaja mempercayai mesej dalam movie ini, sekaligus akan memesongkan akidah kita. Agak berbahaya juga movie ini dipertontonkan kepada yang lemah semangat. Namun begitu, movie sebegini lah yang lebih menarik perhatian penonton.

Movie ini agak membosankan jika tidak diketengahkan tema sebegini, namun terdapat beberapa babak yang bagi aku merupakan 'babak penyedap' untuk menyemarakkan hati penonton agar kekal menonton. Antara babaknya adalah babak dimana seorang penjual ais krim yang juga dirasuk malaikat tiba-tiba memanjangkan badannya dan menyerang kedai makan tersebut. Banyak babak-babak seram ditonjolkan, namun babak-babak ini tiada kurangnya seperti babak dalam movie yang banyak mempunyai konsep rasukan syaitan.

Apa yang menarik dalam movie ini adalah twist yang terdapat dipenghujungnya. Michael yang telah dibunuh oleh Gabriel hidup kembali dan turun dari langit lantas membunuh Gabriel yang sedang bergaduh dengan Jeep (penjaga setia Charlie). Ayat yang dikeluarkan oleh Michael ketika Gabriel nazak amat mendalam maksudnya. "You gives Him what He wants, but I gives Him what He needs". Perkara ini seolah menggambarkan bahawa Tuhan sedang menguji malaikat sama ada faham akan perkara manusia atau tidak.

Movie ini juga sekaligus menunjukkan bahawa manusia adalah makhluk yang lebih istimewa dari malaikat. Dan ini ternyata dengan konsep bayi tersebut sebagai seorang penyelamat. Dan manusia juga lah dalam movie ini yang dijadikan punca ujian yang diberikan kepada para malaikat dari Tuhan. Macam mana sekalipun, movie ini tetap menjadi movie yang boleh ditonton oleh semua, yang penting, jangan percaya! Haha.

p/s : Bukan setakat terpesong dari ajaran al-Quran, malah terpesong dari ajaran The Bible. Haha!
Share:

Related Posts:

1 opinions:

Anonymous said...

..terasa cam nak convert jd kristian pas tgk filem ni...