Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159508

Monday, May 30, 2011

Islam Disanjung Sangat Tinggi, Tetapi...*sebuah reviu Nur Kasih The Movie.


Setelah lama siri drama Nur Kasih tamat di kaca televisyen, akhirnya penantian peminat (termasuklah aku ni sendiri) berakhir dengan kehadiran versi 'The Movie' ini. Seperti biasa, pemikiran aku yang sangat innocent ini sekali lagi mempengaruhi dan mengecewakan nafsu serakah aku untuk tertarik dengan movie ini. Ops!!! Kejap, kejap...aku tak kata lagi movie Nur Kasih ini mengecewakan, ianya movie yang bagus, bernilai, indah serta tak salah kita nak katakan ianya satu bentuk khazanah dalam negara kita. Cuma apa yang aku maksudkan, jangkaan aku untuk menonton movie ini dengan penuh semangat, akhirnya hilang, sedikit demi sedikit pada alur penceritaan movie ini, hinggalah impaknya hadir sedikit pada penghujung.

Aku katakan sekali lagi, movie ini sangat indah, tatapi kepada peminat siri Nur Kasih, ingin aku nyatakan, bahawa kenyataan Mira Mustaffa bahawa movie ini adalah pelengkap kepada siri drama ini, memang ternyata sangat benar. Jadi janganlah kita terlalu mengharapkan jalan cerita yang sarat dengan plot seperti drama bersirinya. Kerana apa yang dipaparkan, belum cukup untuk dijadikan fenomena kepada kita. Lain lah kalau kita melihat movie ini sebagai satu kisah pengakhiran, yang hanya menyimpulkan perkara yang belum berkesudahan.

Ok, cukup-cukup lah aku menekankan penerimaan aku terhadap movie ini. Walaupun apa yang aku harapkan tidak seperti yang aku jangkakan, tetapi jujurnya, movie ini sangat indah. Berapa banyak saja movie kita yang mengetengahkan konsep Islamik moden yang benar-benar menunjukkan bahawa agama yang kita musliminb muslimat sanjung tinggi ini merupakan bukan kepercayaan konservatif? Malahan aku tabik kepada penulis skrip kerana mampu mengangkat agama Islam secara komersil dan visual tentang trio Adam, Nur dan Aidil mengangkat fahaman Islam ke taraf antara bangsa sangat kita rasakan "Wah, ini lah Islam sebenar!"

Berbalik kepada kisah Adam, Nur dan Aidil, memang aku akui, era kesasteraan Melayu mula mengalami sebuah lagi fenomena kisah cinta agung. Dan agungnya kisah cinta ini, adalah sangat suci, di mana kita boleh lihat sesebuah kisah cinta itu ditunjukkan dari aspek hubungan ; Suami-Isteri, Abang-Adik, Abang Ipar-Adik Ipar, Ibu-Anak, Bapa-Anak, Guru-Murid dan yang paling penting, hubungan kasih sayang Allah (SWT) kepada hamba-Nya. Inilah aspek yang sangat aku sanjung tinggi dalam movie ini. Bukan keberkesanan plot penceritaan, bukan elemen perfileman, bukan bahasa filem, tetapi kuasa sesebuah cerita mengetengahkan satu subjek paling susah dikupas, iaitu agama.

Berkenaan dengan watak pula, memang kita dapat lihat, keberkesanan lakonan pelakon-pelakon seperti Fizz Fairuz, Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Liza Othman, Syafie Naswip, Sara Ali, adik Miasara dan adik Illyas, semua lakonan-lakonan mereka ini bertunjangkan kepada satu punca, iatu Khabir Bhatia, pengarah movie ini. Pujian kepada Khabir kerana mampu menghidupkan watak-watak dalam movie ini walau sekecil mana sekalipun watak yang dipapar. Cuma mungkin, kesempurnaan itu tidak cukup kerana ada beberapa babak yang kita kurang jelas ucapan dialognya. Atau lebih senang aku katakan, seperti terlalu banyak berbisik.

Tolak tepi aspek CGI, sebab itu bukanlah perkara utama untuk movie ini. Biarlah apa orang nak kata tentang kecacatan latarbelakan palsu dan asap-asap serta api-api tiruan, jika seseorang itu terganggu dengan efek dalam movie ini, maka bermaksud kurangnya penghayatan mereka kepada isi cerita ini. Unutk plot pula, tak banyak perkara yang boleh diketengahkan dalam movie ini untuk aku perbincangkan. Hanya boleh aku katakan, movie ini menunjukkan ujian seseorang dalam menghadapi hidup untuk mendapat kebahagiaan yang abadi.

Dan seperti yang aku katakan pada awal tadi, korang yang minat siri Nur Kasih boleh tengok movie ini, tetapi jangan terlalu mengharapkan perkara yang diluar jangkaan, kerana movie ini adalah tentang sebuah pengakhiran. Dan pengakhiran itu kadangkala memeritkan. :)
Share:

Related Posts:

2 opinions:

faheszi_whatever said...

aku suke time dye bnazar...
sadis....

Hady Abd Hamid said...

kau leleh air mata tak?haha