
Pada era sekarang, memang susah kita nak tenfok movie yang bagus-bagus seperti pada zaman-zaman 80-an dan 90-an. Kita sendiri sedar bahawa Hollywood kini sudah semakin kekeringan idea yang segar. Balik-balik idea yang sama sahaja yang di'recycle' berulang-ulang kali. Walaubagaimanapun, wujud satu trend baru sejak awal tahun 2000 ini. Dan pendapat aku, jikalau inginkan kelainan dalam movie, beralih lah ke animation movie, dan animation movie macam mana yang kita rasa bagus untuk tonton, dah tentu lah Dreamworks! Lihat saja lah animasi yang pernah diterbit produksi ini, Megamind, Shrek, How To Train Your Dragon, Monsters vs Aliens, Sharktale, animasi yang mana satu kita langsung tak tertarik?
Dan kini, muncul pula sebuah sekuel kepada movie yang telah membuka mata pembikin movie terhadap kewibawaan movie animasi, Kungfu Panda 2! Selepas menonton movie ini, terasa seperti hilang 10 kilo beban kat bahu, dan hilang entah kemana masalah-masalah aku terhadap movie-movie zaman sekarang. Memang lah aku tak patut berasa sangat teruja kerana movie ini takdelah mempunyai jalan cerita yang berat sangat, tapi biarlah, aku rasa movie seperti inilah yang mampu menguntum senyuman dan memberi harapan kepada penonton supaya percaya kepada panggung wayang, kerana ia mampu menghiburkan anda.
Apa yang sangat memukau aku dalam movie ini adalah seni grafiknya, dan minat aku juga bukan sekadar pada grafik rekaan watak, malahan juga adaptasi visual latarbelakang negara China yang sangat membuai kita ke satu alam yang sangat berbeza. Aku bagaikan berfantasi di negara China dan seolah-olah berkawan dengan seekor Panda bercakap bernama Po. Pukauan aku terhadap movie ini tidak terhenti di situ saja, malahan sisi komedi yang ditunjukkan pada Mantis, Monkey, Crane dan Viper (ya, tak termasuk Tigress!) membuatkan aku tergelak walaupun hanya memikirkan balik babak-babak yang melibatkan mereka berlima ini.
Untuk sekuel kali ini, watak kegemaran aku adalah Monkey! Walaupun watak ini tidak terlalu ditonjolkan pada movie yang pertama, tetapi pada movie ini, kesengalan dan kebangangan Monkey sangat menghiburkan hati aku. Terlihat memek muka Jackie Chan yang melakonsuarakan watak itu. Bukan setakat watak Monkey sahaja, boleh dikatakan keseluruhan watak dalam movie ini (kecuali Tigress!), sangat lucu dan menghiburkan hati yang menonton. Dari watak Po hingga ke penjahat Lord Shen, punchline komedi yang ditonjolkan adalah perkara yang utama dalam movie ini.
Bila melihat watak Lord Shen, sekaligus teringat akan kelibat Gary Oldman yang melakonkan suara watak ini. Gary Oldman berjaya memukau aku dengan lontaran suaranya yang bukan setakan menggerunkan watak Lord Shen, tetapi juga mewujudkan suasana komedi di dalam intonasi suaranya. Kalau nak diikutkan, aku lebih banyak gelak dari gerun menonton watak ini.
Untuk penceritaan movie ini pula, seperti yang aku katakan, jalan ceritanya tidak berat langsung untuk kita terima. Tetapi kelainan yang ditunjukkan iaitu sejarah kungfu menentang meriam naga dalam bentuk karakter haiwan dan komedi mampu kita berikan kredit ini kepada Dreamworks kerana mampu memberi kelainan. Dan kekuatan movie ini sudah tentunyalah pada komedi punch line, komedi situasi dan mimik muka watak yang tak kering gusi kita saksikan.
Saranan aku kepada peminat movie ataupun mereka yang rindu untuk berasa ketawa kerana tunggu siaran Maharaja Lawak pada hari Jumaat, tontonlah movie ini jikalau berkesempatan, kerana kita tidak akan menyesal setelah menontonnya. Cuma kekesalan itu wujud kerana kita berasa tidak puas dan rasa seperti hendak dan hendak lagi menonton movie ini. Dan ianya satu ketidak puasan yang bagus.
2 opinions:
cute and sdey...
:P
aku tak boleh nak sedih sebab keliling anak orang cina duk bising2 teruja..haha
Post a Comment