
Cuma ada satu masalah sahaja dengan francais movie Transformers yang sekarang telah berjaya melengkapkan satu trilogi penuh epik. Jika pada tahun 2007 dahulu, ketika Transformers mula muncul di layar perak sebagai sebuah movie live action, ramai yang teruja, termasuklah aku, kerana ianya merupakan satu bentuk kelainan yang wujud di dalam dunia klise Hollywood, ini kerana Transformers lah satu-satunya movie pada ketika itu yang menonjolkan watak alien...