Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159511

Thursday, June 30, 2011

Autobots, berkarat! *sebuah reviu Transformers : Dark of The Moon.


Cuma ada satu masalah sahaja dengan francais movie Transformers yang sekarang telah berjaya melengkapkan satu trilogi penuh epik. Jika pada tahun 2007 dahulu, ketika Transformers mula muncul di layar perak sebagai sebuah movie live action, ramai yang teruja, termasuklah aku, kerana ianya merupakan satu bentuk kelainan yang wujud di dalam dunia klise Hollywood, ini kerana Transformers lah satu-satunya movie pada ketika itu yang menonjolkan watak alien robot besar. Tapi sayang aku tak dapat experience movie pertama di cinema. Walaumacammanapun, dua tahun kemudian heboh keluar movie yang kedua Transformers : Revenge of The Fallen, bagi aku dari segi action-drama-efek, movie yang nombor dua ini lebih bagus dari yang sebelumnya, tetapi secara tersiratnya, movie ini lebih kurang intipatinya berbanding yang pertama. Dan dua tuhan kemudian lagi, tahun ini, keluar pulak installment yang ketiga, Transformers : Dark of The Moon, yang sekaligus menyenaraikan Transformers antara trilogi terhebat pernah dibikin. Tetapi mampukah trilogi ini diangkat sama tara dengan trilogi lain seperti Lord of The Rings, Star Wars the prequel dan the sequel, Spiderman, Pirates of The Caribbean, The Matrix atau The Godfather, jawapan aku, hampir!

Untuk installment yang ketiga ini, aku agak rasa tak berapa teruja nak menonton. Mungkin sebab kehadiran movie ini tak seperti movie yang kedua di mana kesinambungannya sangat dinantikan. Lebih-lebih lagi movie ini seakan ingin keluar dari kepompong jalan cerita movie-movienya yang sebelum ini. Tapi secara keseluruhannya, setelah aku menonton movie ini, tak ada apa yang menarik untuk diketengahkan melainkan twist-twist yang sedikit berbeza dari movie yang sebelum ini. Oh ya, movie ini tak lah seperti yang diharapkan dengan movie pertama, tetapi ianya lebih bagus berbanding movie yang kedua yang lebih banyak berdrama swasta! Untuk Dark of The Moon, aku boleh jugaklah salute Michael Bay dan penulis skripnya kerana mampu menghasilkan jalan cerita yang lebih realistik. Memang penggunaan seluas-luasnya berkaitan misi Apollo 11 amat menarik perhatian aku dalam movie ini. Seperti yang aku katakan, movie kali ini cuba dihidupkan dengan lebih real dan bagi mewujudkan suasana teruja bagi mereka yang meminati fakta sejarah dunia. Tetapi formula ini bukanlah pertama kali diguna, malah banyak lagi movie-movie yang pernah mewujudkan dunia fiksyen dalam sejarah dunia realiti. Lihat movie X-Men : First Class dan Inglourious Basterds. Walaubagaimanapun, Dark of The Moon masih belum sampai tahap mengangumkan!

Baiklah, dari segi jalan cerita, kalau di movie yang pertama, Autobots dan Decepticons bercakar merebut 'The Cube', movie yang kedua pula mereka berlumba mengejar 'Energon', dan kali ini, 'The Pillars' pula yang menjadi subjek peperangan antara dua puak robot yang tak pernah kenal erti kedamaian. The Pillars merupakan beberapa jenis teras yang jika disatukan atau diletak secara berpetak, akan mewujudkan satu portal teleportation yang mampu memindahkan robot-robot yang pernah terkandas di bulan selepas peperangan Cybertron, ke bumi. Dan hanya Sentinel Prime sahaja yang boleh menghidupkan The Pillars. Sentinel Prime merupakan master kepada Optimus Prime dan merupakan komando Autobots yang terkandas di bulan ketika cuba melarikan diri dari Cybertron menggunakan kapalnya, The Ark. Tetapi disebalik itu, bukan melarikan diri yang cuba dilakukan Sentinel. Di sini lah bermulanya sedikit minat aku terhadap movie ini, kejap lagi aku cerita. Untuk Sam Witwicky pula, kehidupannya mula berubah, ditinggalkan Mikaela, jumpa Carly (Rosie Huntington-Whiteley), dah grad, menganggur, masih tak dapat penghormatan dari kementerian pertahanan di US...bla..bla..bla...

Secara jujurnya, pada pengawalan cerita, aku tak nampak langsung dimana bezanya movie ini berbanding yang sebelumnya? Masih lagi menekankan sudut lawak bodoh, robot dengan dialog berfalsafah, watak yang suka buat-buat menonjol. Untuk watak Sam, aku lebih suka wataknya pada movie pertama dan kedua. Kerana untuk movie ini, pengarah terlalu menunjukkan watak Sam kononnya dah berubah menjadi seorang yang kuat memberontak, dah pandai melawan, dah pandai menjawab, kononnya bertukar hormonlah.

SAM WITWICKY...wataknya kali ni agak sedikit berlainan.

Tapi seriously, perlu ke dia menjerit-jerit melolong ketika sedang marah. What happen to him? Memang ada je beberapa scene yang menunjukkan kegelabahan Sam yang membuatkan aku tergelak, dan penonton lain turut bertepuk tangan. Tapi aku juga tak terlepas untuk rasa sedikit jengkel dengan babak-babak tertentu.

Bagi watak Carly pula, memang aku dapat lihat Michael cuba menjadikan watak ini lebih baik dari Mikaela. Kita dapat tengok dimana watak ini ditonjolkan sebagai seorang yang supportive, loving dan setia kepada Sam. Dan terdapat juga beberapa scene yang menunjukkan Carly bukan sekadar model untuk robot-robot keluaran Michael ini. Di mana scene itulah yang menunjukkan bahawa Carly lah yang menjadi punca kemenangan Optimus Prime. Tapi kesemua sifat-sifat baik itu hanyalah lapisan luar diri Carly semata-mata.

CARLY SPENCER...gadis yang lebih bagus dari Mikaela?

Bagi aku, Carly hanyalah satu simbol seks di dalam movie ini yang ditonjolkan sebagai gadis hot yang lebih seksi, lebih nice, lebih lemah lembut berbanding Mikaela. Mungkin ini juga sebab Michael ingin membalas dendam kepada Megan Fox, dengan menunjukkan kepada dunia, ada perempuan lebih hot dari Megan. Hahaha...

Ada dua kelainan dalam movie ini yang sedikit memberi kelebihan berbanding movie-movie sebelum ini. Yang pertama, adalah kewujudan watak Dylan Gould (Patrick Dempsey) yang menjadi manusia yang bersekongkol dengan Decepticons. Watak ini penting untuk menunjukkan bahawa manusia juga memainkan peranan dalam hal peperangan Autobots-Decepticons ini. Kalau dua movie sebelumnya, Sam yang menjadi pengantara disebalik peperangan ini, tetapi kali ini, kewujudan Dylan sedikit membawa perubahan kepada movie ini.

DYLAN GOULD...lakonan Patrick Dempsey memang bagus,
tapi sayang wataknya tak berapa dikembangkan dengan baik.

Hanya sedikit, kerana sayangnya, watak ini tidak dikembangkan sebaik mungkin. Hubungan antara Dylan dan Decepticons tidak berapa dirasai. Mungkin Michael cuba menunjukkan bahawa Dylan ini satu watak yang alpa dan khayal dengan misinya sendiri sedangkan Decepticons tidak merasa hubungan mereka dengan Dylan. Watak ini bagi aku hanyalah sebagai the dark side of Sam.

Kalau di movie yang kedua kita ada The Fallen yang menjadi musuh lebih kuat dari Optimus dan Megatron, di movie kali ini, higlightnya lebih kepada Sentinel Prime yang merupakan bekas komando Autobots sebelum diganti Optimus. Sentinel digambarkan sebagai Robot yang tua dan kuat serta berpengalaman tinggi. Tetapi disebalik kebaikan Sentinel ingin membantu Cybertron, wujud satu sisi dirinya yang berbeza. Seperti yang aku katakan tadi, pada awal movie ini, aku tak nampak perbezaannya berbanding dua movie sebelumnya, tetapi pada pertengahan cerita, aku mula sedar akan perbezaan itu.

SENTINEL PRIME...apa agenda sebenar lagenda Autobots ini?

Situasi Sentinel yang pada mulanya disangka baik, tiba-tiba mula menyerang Autobots, dan membunuh Ironhide(kalau tak silapla) dan menunjukkan belangnya sendiri. Misi Sentinel yang melarikan diri untuk menyelamatkan Cybertron sebenarnya ilusi yang ingin mengaburi misinya yang sebenar. Sentinel berpaling tadah dan mula bersekongkol dengan Megatron sekaligus mengubah persepsi aku terhadap movie ini.

Akhirnya kita ditunjukkan pula dengan plot di mana kesalahan semua terletak di bahu Optimus yang terlalu mempercayai Sentinel, akhirnya menjahanamkan manusia. Ini juga merupakan satu persepsi yang lain dalam movie ini. Selalunya kita akan lihat segala kesilapan terletak di bahu manusia yang memakan diri sendiri. Kewujudan konflik ini lah yang akan menarik kita untuk sama-sama menunggu bagaimanakah pengakhiranya akan berlaku. Dan kita mesti akan jangka, Megatron yang semakin lemah belot kembali kepada Sentinel, Optimus kalah dulu, kemudian ketiga-tiga robot ini bergaduh. Dan akhirnya, dengan mudah Optimus yang kudung sebelah tangan, bangkit semula mengalahkan kedua-dua robot ini. Mati juga si Megatron dan Sentinel Prime. Oh ya, untuk watak Starscream pula, robot yang pandai menyelamatkan diri dari movie pertama lagi, aku lebih suka cara kematian robot ini.

Secara menyeluruh, movie ini memang sangat menarik ketika wujud turning point yang sedikit membuatkan kita teruja, seperti yang aku katakan tadi, pertama, pembabitan manusia bersama Decepticons, dan yang kedua, pembelotan Sentinel Prime terhadap Autobots. Dari segi jalan cerita, ianya lebih bagus dari movie yang kedua, tetapi tidak akan ada satu movie Transformers yang mampu manyaingi movienya yang pertama. Bagi aku, jalan cerita yang mengenai 'The Cube' lebih menarik dari jalan cerita pembelotan Sentinel Prime. Dan kalau anda mengharapkan kelainan dalam movie ini, janganlah terlalu berharap. Formula movie ini masih sama seperti movie yang sebelumnya.

My favorite quote - "I'm not a hero, I'm just a messenger!"-Sam Witwicky to Dylan Gould.

Plot

Lakonan

Efek

Rating

Share:

Related Posts:

0 opinions: