Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159505

Tuesday, March 5, 2013

Penuh Mesej Oo! *sebuah review Rock Oo!


Untuk tempoh ini, selesai lah sudah semua upacara anugerah perfileman yang penuh berprestij baik FFM, Oscar, BAFTA, Global Globes ataupun Anugerah Skrin. Seperti yang dijangka, movie Bunohan menepati ramalan semua pengkaji, penonton dan pengkritik movie. Kini kita hanya menunggu FFM yang ke-26 pula tiba. Ianya dijangka sengit kerana movie dari Abang Mamat Khalid iaitu Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit dan Rock Oo! bakal dipertandingkan. Nampaknya beza produser kedua-dua movie ini yang akan bersaing antara sesama sendiri untuk menyaksikan movie Mamat Khalid yang manakah yang lebih bagus.

Tapi kita kena tunggu setahun atau kurang untuk menunggu upacara gemilang itu. Sebelum menilai movie Abang Mamat yang mana yang lebih bagus, terlebih dahulu kita kena lah tontonnya sendiri dahulu. Dan OtakMovie juga berkesempatan untuk menyaksikan sendiri magis movie Rock Oo! selepas tidak tahan dengan hebahan melalui Facebook, Twitter, laman-laman sesawang yang begitu menyanjung movie ini. Perlu OtakMovie katakan tentang movie ini, ianya sememangnya berbaloi menghebahkan tentangnya. OtakMovie sendiri pun akan secara terangan menghebahkan betapa bagusnya movie ini melalui review ini.

Ya, movie ini memang bagus. Malahan lebih bagus dari movie Rock tujuh tahun yang dulu. OtakMovie juga pernah menonton movie yang sebelum ini dan tanpa segan silunya membandingkan movie yang baru ini dengan yang lama. Tapi kalau nak diikutkan, impak movie baru ini lebih terasa kerana sekarang pengarahnya iaitu Abang Mamat sudah lebih glamor dan komedinya sudah semakin diterima masyarakat majmuk negara kita. Kalau movie Rock dulu, bukan lah tak bagus, tapi mungkin kerana ianya satu di dalam seribu ketika waktu itu. Jadi impaknya kurang sikit terasa walaupun bagi OtakMovie ianya tetap bagus.

Apa yang menariknya, Abang Mamat meletakkan Rock dan Rock Oo! di dalam landasan latar belakang yang sama tetapi jalan ceritanya seolah berada di dalam dimensi yang berbeza. Kalau dalam Rock, movie itu lebih berkisar biografi seorang gitaris yang cuba menghidupkan impiannya tetapi terpaksa menguburkan hasratnya itu. Manakala movie Rock Oo! pula lebih seakan dokumentari yang di'narrator'kan oleh Amy Mat Piah iaitu bekas vokalis Rimba Bara dan diselit unsur-unsur fiksyen dalam dunia non-fiksyen.

Dalam Rock Oo!, kita disalurkan dengan input-input tentang sejarah rock tanah air dan sejarah ini disusuri oleh kumpulan rock terkenal pada waktu itu iaitu Rimba Bara. Band ini yang telah berpecah anggotanya dibantu oleh Amy yang cuba mengumpul semangat Jijoe dan Black yang kehilangan Zul Kapan sebagai vokalis utama mereka. Mereka akhirnya memilih Slash sebagai gitaris utama kumpulan itu dan mencuba nasib dengan mempertaruhkan Amy sebagai vokalis utama walaupun dia sebenarnya tidak lah mempunyai kredibiliti sebagai seorang vokalis.

Movie ini secara detailnya menceritakan kepayahan seniman zaman dahulu untuk mendapat tempat di hati masyarakat di mana mereka sibuk menggapai-gapai untuk menyuarakan isi hati mereka. Inilah yang cuba disampaikan pada watak Amy dan Jijoe. Walaupun mereka ini berbeza, tetapi mereka mempunyai satu visi yang sama di mana mereka cuba menyampaikan mesej yang jelas walaupun tiada siapa yang mahu memperdulikan mereka.

OtakMovie amat tertarik dengan watak Jijoe lakonan Khir Rahman dalam movie ini. Bagi aku watak inilah penggerak sebenar penceritaan movie ini. Lakonan selamba dari Khir Rahman yang tidak perlu terbawa-bawa untuk mewujudkan komedi sudah boleh memecahkan perut OtakMovie yang menontonnya. Begitu juga watak Slash dari Pekin Ibrahim yang sebenarnya masih misteri hingga sekarang. Mungkin movie ini cuba menonjolkan watak ini sebagai satu watak yang tidak tetap pendirian dan hanya inginkan sesuatu kesenangan yang sebenarnya bukanlah benda yang paling dia ingini. Aku memang kagum dengan Pekin Ibrahim yang nampaknya sekarang makin menonjol. Jangan lupa juga watak lakonan Amy dari Que Haidar, Black oleh Azmi Baharom dan tentunya watak ikonik Zul Kapan lakonan Soffi Jikan. Semua watak-watak ini saling membantu antara satu sama lain tanpa mewujudkan dominasi jalan penceritaan.

Banyak mesej yang cuba dipaparkan dalam movie ini baik melalui watak, suasana, jalan cerita mahupun dialog dalam movie ini. Kalau diperhatikan, dialog yang dipapar dalam movie ini juga seakan satu lirik di mana Abang Mamat cuba melahirkan satu muzik rock melalui movienya ini. Setiap sekuens pasti diiringi dengan lagu rock tanah air yang berjaya menggamit memori kita. Movie ini sememangnya akan menyebabkan muzik rock tanah air tidak akan dilupakan dan ianya menjadi tribute kepada setiap orang agar menghargai lagu kerana ianya adalah lagu.

EFEK KHAS

SKOR MUZIK

LAKONAN

PLOT

RATING
Share:

Related Posts:

1 opinions:

Faiz Saaid said...

hahaha, nice entry bro, tapi aku rasa kita kena faham ideologi era rock 80an dulu. Mungkin aku rasa kena kaji dari pilihan lagu yang ada dalam filem ni. Haha, nampak macam tak penting, tapi aku rasa ada benda yang hendak diceritakan melalui muzik tersebut. Sebab masa aku pernah terdengar que haidar ada cerita, ada satu lagu tu ialah suci dalam debu dalam filem tu. Tapi yang bestnya, gua tak tengok lagi filem tu. TApi yang gua tahu, iklan filem Rockoo tu ambil lagu Deep Purple , Mistreated, tapi version cover oleh yngwie malmsteen. Hehe, nak kena p tengok ni