Sekarang kita sudah hampir sampai ke suku kedua untuk tahun 2013 ini. Dan rata-rata, OtakMovie boleh berbangga dengan pencapaian beberapa movie dari negara kita ini yang menunjukkan peningkatan dari sisi jumlah kutipan tiket. Jika tahun lepas penerimaan movie dari negara kita ini kurang memberangsangkan, pada tahun ini OtakMovie dapat rasakan industri kita akan pulih secara perlahan. Ini kerana dengan wujudnya movie pelbagai genre, jalan cerita yang lebih mantap, bertambah lagi movie berbahasa Cina semakin mendapat tempat, pastinya ianya berjaya menarik lebih ramai penonton untuk menonton movie kita.
Sebelum ini OtakMovie ada pos tentang movie melayu akan datang yang hanya sekerat, sekarang OtakMovie sambung lagi dengan beberapa movie telah mendapat tarikh wajib tayang bagi tahun ini. Nampaknya industri perfileman tanah air belum mahu berhenti dan tidak pernah mengenal erti putus asa. Saban saat dan minit pasti ada sahaja movie yang sedang di shoot. Apa pun, kita lihat saja dulu movie melayu yang akan ditayangkan pada bulan Mac hingga Mei tahun ini!
GILA-GILA REMAJA 2
(21 MAC 2013)
SEMBUNYI : AMUKAN AZAZIL
(28 MAC 2013)
DUA KALIMAH
(4 APRIL 2013)
LANGGAR
(11 APRIL 2013)
KECOH! HANTU RAYA TOK CHAI
(18 APRIL 2013)
MENCARI CINTA
(25 APRIL 2013)
99 KALI RINDU
(9 MEI 2013)
O.M.K. : OH MAK KAU!
(16 MEI 2013)
BIKERS KENTAL
(23 MEI 2013)
KIL
(30 MEI 2013)
BRO, NAMPAK MOTOR GUA?
(30 MEI 2013)
2 opinions:
Hai nak tanya, awk ada x movie Hantu Kak Limah Balik Rumah? Puas sy cari kat kedai tapi dah xde.. try cari kat youtube pun xde.. tulunggg..!
Hai, saya takde pulak movie tu...tapi rasanya kalau nak cari kat kedai bagus cari kat Speedy, boleh tanye kat tauke kedai tu kalau takde...kalau tak pun boleh try google je mana boleh download kat internet...tapi agak illegal lah sikit...
Post a Comment