Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159508

Tuesday, April 16, 2013

Langgar Tapi Tak Efek Ape Pon* sebuah review Langgar


Sebenarnya sebelum menonton movie ni OtakMovie ada dua lagi pilihan movie lain iaitu Oblivion dan The Host. Antara dua ini pula OtakMovie lebih tertarik nak tengok The Host. Tapi aura movie Langgar lagi kuat memanggil-manggil, mungkin kerana OtakMovie dah lama tak tengok movie Melayu (selain movie Mamat Khalid). OtakMovie pun fikir apa salahnya bagi peluang kat movie Melayu untuk mendapat tempat di dalam blog OtakMovie ni kan. Tapi selepas menonton movie Langgar ini sampai habis, tetap juga hati ini tak berubah akan ketidak puasan yang tak terbendung terhadap movie-movie Melayu.

Adeh penatnya tangan ni menaip. Memang lama dah OtakMovie tak buat review movie. Bukanlah sebab dah lama tak tonton movie sebab ikutkan banyak jugak movie-movie yang OtakMovie tonton seperti Jack The Giant Slayer, Warm Bodies, G.I. Joes, Olympus Has Fallen dan Oz : The Great and The Powerful. Tapi tak tau kenapa perasaan malas tu sangat membuak-buak sejak kebelakangan ni. Di tambah pula dengan movie-movie yang OtakMovie tonton ni tak lah worth mana nak di review. Mungkin movie Oz dan G.I. Joes boleh dipuji sedikit.

Apa pun sekarang ni OtakMovie rasa lagi semangat nak review movie Melayu. Seperti movie Langgar, OtakMovie rasa tertarik dengan cara pengadaptasian movie ini ditambah pula pengarahnya menarik perhatian OtakMovie untuk menonton movie ini iaitu Sein Ruffedge. Malahan Sein telah berkolaborasi dengan Pierre Andre untuk skrip movie ini. Jujur OtakMovie katakan, OtakMovie suka akan cerita asal movie ini. Jarang kita nak dapat cerita sebegini dalam movie Melayu selain dari drama-drama TV. Tapi cerita asal saja tak cukup jika jalannya tidak diturap dengan baik.

Tapi buat masa ni biarlah OtakMovie ceritakan dulu kekuatan movie ini di mana sudah tentulah terletak pada otot-otot Adi Putra. Tapi bukan beliau saja, malahan karakteristik dari pelakon Namron sebagai Radzi, Hans Isaac sebagai Jimi, Khir Rahman sebagai Mail Parking dan Zul Huzaimy sebagai Loy juga telah menguatkan lagi movie ini. Tak lupa juga watak yang dibawa oleh Bell Ngasri yang mewujudkan humor dalam movie ini. Memang kehadiran aktor-aktor ini sekaligus membuktikan yang movie ini adalah sebuah movie jantan.

Dialog-dialog dalam movie ini juga sangat sempoi dengan kredibiliti dari Namron dan Hans Isaac serta ternyata tak boleh dipertikaikan lagi kewujudan Khir Rahman adalah wajib untuk sebuah movie gangster. Zul Huzaimy pula dengan gayanya seperti K-Pop psyko berjaya mewujudkan perasaan geli-geleman dalam hati OtakMovie. Tetapi kehadiran Natasha Hudson tidak langsung memberikan impak, malahan seolah diletak sekadar untuk hiasan yang kononnya untuk menyedapkan pemandangan walhal menyemakkan lagi keadaan yang sudah sedia semak.

Aksi yang ditonjol dalam movie ini juga harus diberi pujian,  mungkin kerana teknik sinematografi yang cantik telah memangkin kan lagi semangat aksi dalam movie ini. Pergerakan kamera yang sangat terkawal membuatkan movie ini sedikit lebih baik dari KL Gangster yang mana kameranya agak memeningkan kepala.

Berbalik kepada jalan cerita yang tidak mantap, memang kalau ikutkan ianya agak menyerabutkan minda kita untuk berfikir logik. Dendam yang disimpan oleh Adi Putra sebagai Nizam tidak dapat dirasaai dengan lebih mendalam. Konflik antara Jimi dengan taiko Uncle Yew dan Loong Ko agak sukar difahami. Kehadiran sekuens yang seolah melompat antara satu sama lain membuatkan kita tertanya-tanya dimana sekuens di antara sekuens itu.

OtakMovie cuba untuk memberi peluang kepada movie ini untuk menambat hati, tapi apa yang tertambat hanyalah pada pelakon-pelakonnya sahaja. Sekali lagi sebuah movie Melayu telah mengecewakan hati OtakMovie. Tapi takpe, OtakMovie tau satu hari nanti movie-movie dari negara kita akan membuka mata dunia juga satu hari nanti.

EFEK KHAS

SKOR MUZIK

LAKONAN

PLOT

RATING
Share:

Related Posts:

0 opinions: