
Aku agak terlambat menonton movie ini, jadi sudah tentu ramai yang telah membaca reviu tentang movie ini di blog-blog movie yang lain. Tapi aku tetap jugak nak tulis reviu tentang movie ini, sebab blog ini untuk penonton, dan aku juga sebahagian dari penonton. Ini adalah pendapat aku tentang movie ini.
Disebabkan mungkin ramai dah tonton movie ni sebelum aku reviu, so ulasan kali ni aku tampilkan dengan lebih ringkas dan neat.
Secara keseluruhan jalan cerita The Book of Eli ini adalah seperti jalan cerita movie Hollywood yang biasa. Terlalu biasa walaupun movie ini mempunyai unsur agama kristian di dalamnya. Aku juga hairan, ketika-ketika ini lah banyak genre-genre ketuhanan disentuh dalam drama-drama Hollywood yang seperti satu ombak tsunami melanda sinema dunia.
Kalau dah konsepnya agak ketuhanan yang disampaikan secara drama radikal, sudah tentulah terdapat seorang saviour di dalamnya, iaitu Denzel Washington yang melakonkan watak Eli, dan jika ada saviour, mesti ada villain di dalamnya, wah, Gary Oldman lah, yang melakonkan watak Carnegie.
Apa yang membuatkan aku tertarik untuk menonton movie ini adalah salah satunya sebabkan kehadiran Gary Oldman di dalamnya. Ya, Gary Oldman yang pernah menjayakan watak Sirius Black dalam siri Harry Potter, dan watak Jim Gordon dalam The Dark Knight. Tapi sayangnya watak Canergie dalam movie ni tidak begitu mencabar beliau, tapi beliau tetap menjayakannya dengan penuh luar biasa.
Sekalipun jalan cerita movie ini adalah sepertia biasa, iaitu seorang saviour ingin menjalankan misi tetapi dihalang orang-orang rakus tertentu dan akhirnya, perfect twist ending, ini yang aku cukup-cukup berkenan! Aku pun pada mulanya tak sangka ianya akan berakhir sedemikian. Siapa sangka rupanya saviour itu adalah seorang yang buta, dan misi beliau adalah menghantar copy Bible versi King James ke barat, atau San Francisco. Namun selepas Bible itu dicuri Canergie, Eli yang dah sampai ke barat rupanya menghafal keseluruhan kitab Bible itu. Si Canergie pula, malang nasibnya, Bible yang dicuri adalah versi tulisan Braille. Haha, complete ending.
Dan bagi aku, untuk hujung cerita, tak perlu rasanya ditambah babak Solara (Mila Kunis) yang meneman Eli ke barat, akhirnya kembali kepada Canergie untuk menuntut bela ibunya. Cukuplah sekadar babak di mana kitab Bible yang diletakkan di rak bersebelahan dengan Kitab Al-Quran.
p/s : Bible sebelah Al-Quran? hurm, think +ve, think +ve. hehe
2 opinions:
rasanya tak salah dipenghujung tu AlQuraan diletakkan bersebelahan. Kalau anda perhatikan betul2, ada lagi kitab AlQuraan yg lebih kecil diletakkan di atas kitab2 yang lain tadi (senghaja?). Secara objective, filem ni memaparkan tentang keimanan, lebih daripada mana2 satu ugama (Saya ambil maksud filem ini bukanlah untuk membesarkan Kristianiti semata-mata). Saya rasa mesej yg lebih penting di sini ialah kita percaya (beriman) pada kuasa Ilahi, maka kita percaya pada melakukan yang baik sahaja, tak kira apa ugama. Satu mesej dari watak Carnegie ialah tujuan jahatnya menyalahgunakan 'ugama' untuk kepentingan peribadi. Setentunya mana-mana ugama pun boleh disalahgunakan sedemikian- tapi jika keimanan kita teguh, ia akan bersarang dalam jiwa kita melalui amalan dan hafalan, walaupun kitabnya hilang secara fizikal. Carnegie akhirnya berjaya mencuri bible tersebut tapi ironisnya dia tetap tidak dapat membacanya. Dia tak pernah beriman. In my mind, it was a very good movie, though perhaps a bit slow.
'Eli' came from bible. cud'nt remember at what page.
inshaALLAH, if im not mistaken.
will watch it soon. ;)
Post a Comment