Bercerita pasal Afdlin Shauki, sudah dekat dua tahun movie brader ni tak produce. Aku sebagai peminat setia Afdlin Shauki (pengarah Malaysia yang aku kagumi adalah abang Afdlin ngan Mamat Khalid!), sentiasa menanti-nanti movie-movie arahannya. Baik dari movie pertamanya, Buli, kepada Baik Punya Cilok, Buli Balik, Los dan Faun, Papadom serta My Spy, semuanya aku tonton di panggung kecuali movie Sumolah, sebab masa tu dalam keadaan payah nak pergi panggung. Aku suka movie Buli, Baik Punya Cilok dan Buli Balik. Tetapi bagi aku, selepas Los dan Faun, movie-movie selepas itu iaitu Papadom dan My Spy kurang menyengat. Walaupun Papadom memenangi award Filem Terbaik FFM, tapi ketika itu aku rasa Talentime lagi layak menang. Mungkin Afdlin cuba melakukan kelainan dalam movie tersebut. Ah, lupakan mengenai movie-movie itu, apa yang aku nak cerita sekarang adalah tentang movienya yang sangat lama untuk disiapkan hingga mengambil masa 2 tahun, iaitu movie Misteri Jalan Lama.
Kehadiran Misteri Jalan Lama sedikit sebanyak mengubat rindu aku kepada movie-movie hasil tangan Afdlin. Walaupun movie ini adalah movie serius pertama beliau, bagi aku ianya suatu perkara yang sukses. Memang susah untuk seseorang yang sangat sebati dengan jiwa komedi untuk melakukan sesuatu perkara yang serius. Bayangkan lah kalau Mel Brooks buat movie seperti movie-movie M. Night Shyamalan! Tetapi Afdlin membuktikan bahawa beliau sangat berkebolehan dan berbakat serba boleh. Sekalipun aku katakan percubaannya untuk mengarah sesuatu yang serius adalah sukses, sepanjang jalan penceritaan movie ini, aku seolah merasa jiwa komedi Afdlin yang membuak-buak ingin keluar dari kepompong jalan cerita serius itu. Cerita yang serius ini semakin lama semakin aktif keluarnya dialog-dialog lucu, dan ini membuktikan bahawa Afdlin memang tidak boleh lari dari dunia komedi. Tetapi itu bukanlah kelemahan movie ini, adalah sesuatu yang menarik bila kita tertawakan sesuatu yang serius.
Misteri Jalan Lama mengisahkan dua beradik, Indra (Hans Isaac) dan Illya (Que Haidar). Selepas kematian bapa mereka iaitu Dato' Iskandar (Tamimi Siregar), Indra diwasiatkan agar menghantar Illya pulang ke tempat asalnya. Dalam perjalanan pulang ke kampung melalui jalan lama itulah terjadinya berbagai peristiwa aneh dan supernatural di mana semuanya itu membabitkan asal usul sebenar Illya. Kewujudan makhluk bunian dan 'orang goul' menyuntik semangat penonton untuk lebih memberi perhatian kepada cerita ini. Di Malaysia, ianya sesuatu yang unik apabila Afdlin mampu menyelitkan elemen halus dalam dunia moden. Kita pernah sahaja lihat makhluk-makhluk mistik yang dipaparkan dalam movie-movie Hollywood. Di tambah pula dengan bajet yang sangat rendah, aku agak terpukau dengan kesan khas yang dipaparkan beserta dengan dunia bunian yang dicipta. Malahan aku yakin bahawa Afdlin boleh sahaja disama tarafkan dengan pengarah-pengarah Hollywood sekiranya beliau diberi peluang untuk mengarah movie-movie berbajet tinggi.
![]() |
Lakonan Que Haidar(Illya) dan Hans Isaac(Indra) sebagai adik beradik. |
![]() |
Memang seronok tengok Namron jadi gangster... |
![]() |
Vanida Imran sebagai Pemaisuri Bunian. |
![]() |
Di sebalik baju makhluk ni adalah tuan pengarah! |
Lakonan
Plot
Efek
Skor Muzik
RATING
0 opinions:
Post a Comment