Sunday, December 4, 2011
Ini Bukan Ombak, Ini Tsunami! - movie Ombak Rindu
Nampaknya selepas beberapa kekecewaan yang dialami penerbit-penerbit movie di Malaysia pada hujung tahun ini telah dicantas dengan kehadiran sebuah movie blockbuster hebat. Sememangnya kita boleh perhatikan, pada suku tahun keempat tahun ini menyaksikan beberapa movie melayu yang kecundang dengan kebanyakkannya tidak dapat menggondol gelaran box office. Hanya beberapa sahaja movie yang mampu mencecah angka 1 dan 2 juta. Tetapi kehangatan tiket wayang movie melayu tidak setakat berhenti pada movie KL Gangster yang mengaut keseluruhan hampir RM12 juta.
Ini kerana kejayaan terbaru dicatat oleh movie Ombak Rindu yang setakat ini berjaya meraih RM2 Juta dalam masa 3 hari. Pada hari pertama tayangan sahaja dah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM750,000. Jika kutipan ini konsisten selama tarikh tayangannya, tak mustahil ianya akan mengalahkan carta Box Office yang dipegang KL Gangster. Kutipan 3 hari ini adalah pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, dan ini diharapkan agar Ombak Rindu berjaya mengutip nilai yang lebih tinggi pada hari Ahad.
Ombak Rindu yang diarahkan oleh pengarah hebat Osman Ali, dibintangi oleh bintang ternama seperti Maya Karin, Lisa Surihani, Aaron Aziz dan Bront Palarae. Movie Ombak Rindu ini juga adalah hasil adaptasi dari novel Ombak Rindu karangan Fauziah Ashari. Mari sokong movie melayu!
0 opinions:
Post a Comment