Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159508

Thursday, December 8, 2011

Movie Melayu Akan Datang!

Amaran keras! Setiap mereka sama ada individu mahupun yang berkumpulan atau berkeluarga yang menginginkan sebuah movie melayu sedap mata memandang, telinga mendengar, dan sedap lagi jiwa yang merasa, hendaklah jangan menilai movie-movie yang akan dipaparkan di bawah, melalui posternya. Benar kata-kata 'Jangan menilai buku dari kulitnya', dan mengikut trend zaman sekarang, aku boleh guna peribahasa, 'Jangan nilaikan filem dari posternya'. Tetapi dari kuota penilaian filem terbaik FFM, hendak lah kita nilai posternya, kerana poster yang terbaik itu lah yang mendapa award filem terbaik (ahaks)!

Awal tahun 2011, aku tertarik dengan poster-poster dan sinopsis-sinopsis movie melayu yang bakal ditayangkan pada waktu itu. Tetapi, hanya sekerat dua (mungkin takde) yang mampu untuk aku puji melambung. Mungkin sekarang movie melayu dalam fasa peningkatan, maka selepas ini, diharapkan fasa yang baru akan memberi penekanan dari segi cerita, bukan teknik semata. Dan disebabkan fasa movie melayu semakin meningkat, keluarlah movie-movie seperti yang di bawah ini (susunan adalah tidak teratur, tiada bias dengan mana-mana pihak!).

Filem arahan Dain Said, pelakon-pelakonnya adalah seperti Zahiril Adzim (wow!) dan Faizal Husein (wow!), serta ada beberapa lagi pelakon hebat dalam movie ni. Membawa tema penceritaan yang unik iaitu menggunakan aksi pertarungan Muay Thai sebagai intipati. Mengisah hubungan antara adik beradik, yang membabitkan beberapa insiden gelap. Coming soon.

Bila melayu ber'Remake'! Antara movie paling dinantikan tahun 2012. Lakonan dari pelakon muda, Neelofa membawa watak Azura yang dulu dipegang oleh Ogy Ahmad Daud, dan (omg!) Shah Jaszle memegang watak Zack, asal lakonan Jamal Abdilah (!!!). Barisan pelakonnya tidak menarik perhatian aku sangat, kecuali Afdlin Shauki. Tetapi sesuatu yang menarik dalam movie ini adalah, Aziz M. Osman! Lamanya dia tak mengarah movie. Nice one Abang Aziz! Coming in 02/02/12.

Aku takde idea movie ni pasal apa. Kalau tengok tajuk macam nama klip 3gp (haha). Lakonan Maria Farida sebagai Datin yang ghairah sangat tu. Dan Aaron Aziz yang memegang dua watak. Kadang-kadang movie macam ni yang tak disangka-sangka boleh pecah panggung. Tapi biarlah jangan movienya berisikan babak yang sama macam tajuknya, tak elok lah orang Melayu buat cerita ghairah-ghairah ni! Haha. Coming dalam hujung tahun 2011 ni jugak.

Wow! Wow! Wow! Movie ni paling aku nantikan sebenarnya. Dari pengarah paling hebat Malaya, Abang Mamat Khalid! Rasanya ini lah saga terhebat pernah dihasilkan di Malaysia, iaitu Saga Kampung Pisang. Bermula dengan Zombi Kampung Pisang (terbaik), kemudian Hantu Kak Limah Balik Rumah (lagi terbaik), kini muncul satu lagi,Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit! Terbaik lah dari Abang Mamat. Aku akan tonton movie ini dipanggung sama seperti movie-movie sebelumnya. Kadang-kadang, nak buat komedi itu lebih susah! Coming soon in 2012.

Seram lagi. Aku muak dah dengan movie-movie seram macam ni. Takde genre lain dah ke? Sekurang-kurangnya buat lah satu cerita seram yang boleh bagi pengajaran kat orang. Setakat letak ayat Al-Quran kat awal dan akhir cerita, belum cukup nak sedarkan orang yang percaya hantu tu lagi kuat adalah syirik! Tapi takpe lah, tengok je lah movie ni macam mana gayanya. Arahan Azhari Zain. Coming Soon 2012.

Dah dalam botol kicap pulak dah. Mungkin movie-movie macam ni dah timbulkan satu culture yang baru dalam hidup orang-orang Melayu. Tak salah pun kalau diorang suka movie-movie macam ni. Tapi kadang-kadang kalau dipelbagaikan jenis movie pun best jugak. Sekali lagi arahan Azhari Zain. Coming in 09/02/12.

Saadom buat hal lagi. Kali ni Mia dah besar, dah kerja, dah nak kahwin. Tapi bapak dia, Dom, sama macam dulu, nak supervise anak dia 24 jam. Aku suka sebenarnya tengok Afdlin buat cerita-cerita macam ni. Di dalam kita dihantui movie-movie seram, movie macam Papadom ni sikit sebanyak boleh menenangkan sikit otak kita. Tak sabar nak tunggu movie-movie abang Afdlin yang seterusnya. Coming soon 2012.

Alaaaahhh...kum kum! Pelakon, tak menarik perhatian aku. Pengarah, sedikit menarik perhatian. Dari Ismail 'Bob' Hasim, seorang pengarah yang lain sudut pandangannya. Adakah movie ini akan pecah panggung, atau pecah kepala? Tengok je lah nanti, atau, kita boleh layan je telemovie Kum Kum arahan Michael Ang, lagi best! Coming in 26/02/12

Seronok tengok trailer movie ni. Kelakar, drama, mencemaskan. Pelakon pun hebat-hebat. Ada Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali, Normah Damanhuri, Hasnol Rahmat dan ramai lagi. Apa yang best nya dalam movie ni Sam ngan Syafie jadi adik beradik. Antara movie yang aku boleh tengok kat panggung. Coming soon 2012.

Gilolah! Abang Mamat lagi! Buat movie ala-ala Crow Zero! So nampak tak yang Abang Mamat ni bukan syok sendiri? Dia prihatin jugak kat selera anak muda. Confirm aku tengok movie ni. Mengisahkan keadaan Malaysia pada zaman akan datang, di mana pop culture menjadi raja. Memang movie ni dibikin style ala-ala novel grafik atau manga Jepun yang kita selalu baca. Pelakon pun hebat-hebat. Tapi kenapa Farid Kamil pulak jadi heronya...kalau watak X diberikan kepada Zahiril Adzim, Shaheizy Sam atau Johan As'ari pun style jugak. Coming soon 2012!


Dalam senarai di atas, ada movie yang buat aku tertarik, ada juga yang tidak. Selain dari yang ini, banyak lagi movie-movie melayu yang akan datang tahun depan. Setiap minggu akan ada movie melayu yang baru. Ini mendatangkan satu fenomena baru dalam industri filem tanah air. Antara movie lain yang akan datang adalah seperti movie 8 Jam, KL Gangster 2, Berani Punya Budak, Adnan Semp-it 2, Aku Kau dan Dia, Rock Ooo, dan banyak lagi. Memang meriah hidup kita diserikan dengan movie-movie ini (mungkin).

Share:

Related Posts:

0 opinions: