Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159500

Tuesday, June 30, 2020

Eurovision Song Contest: The Story of Fire Saga (2020) - Ulasan Filem

Lars Erickssong (Will Ferrel) dan Sigrit Ericksdottir (Rachel McAddams) yang berasal dari Iceland mempunyai sebuah band bernama Fire Saga dan berhasrat untuk bertanding di Eurovision Song Contest, sebuah pertandingan nyanyian antara negara-negara eropah yang sangat berprestij. Walaupun sering dipandang rendah oleh orang kampung mereka sendiri di Husavik, tetapi tidak mematahkan semangat mereka untuk membawa lagu mereka ke pentas antarabangsa. Jalan...
Share:

Friday, June 26, 2020

Interstellar (2014) - Ulasan Filem

Pada tahun 2067, dunia mengalami pelbagai kerosakan alam, banyak tumbuh-tumbuhan yang mati, ribut habuk pula berleluasa. Tanaman yang masih bertahan adalah jagung. Ramai penduduk di bumi menjadi petani untuk kelangsungan hidup. Begitu juga Joseph Cooper (Mattherw McConaughey) yang merupakan bekas juruterbang NASA yang terpaksa menjadi petani untuk meneruskan hidup bersama bapa mertuanya Donald (John Lithgow) dan dua orang anaknya, Tom dan Murphy....
Share:

Thursday, June 25, 2020

I Saw The Devil (2010) - Ulasan Filem

Ini merupakan antara filem yang bertemakan 'pembalasan dendam klasik' pada era moden yang terbaik pernah aku tonton. Cerita mengambil tempat apabila Jang Kyung-chul (Choi Min-sik) membunuh tunang kepada ejen Perkhidmatan Perisikan Rahsia Korea Selatan, Kim Soo-hyun (Lee Byung-hun) secara kejam dengan mengerat-ngerat badan dan di campakkan ke merata tempat. Soo-hyun yang berasa sangat marah nekad untuk mencari pembunuh tunangnya dan mendapatkan...
Share:

Wednesday, June 24, 2020

Billu Barber (2009) - Ulasan Filem

Kisah filem in bermula apabila pelakon Bollywood terkenal, Sahir Khan (lakonan SRK) membuat keputusan untuk melangsungkan pengambaran filem terbarunya di kampung terpencil, Budbuda. Di situ, tinggal seorang tukang gunting rambut, Billu (lakonan Irrfan Khan) dan keluarganya. Billu pernah memberitahu keluarganya yang dia dan Sahir Khan adalah kawan sepermainan sewaktu kecil. Anak-anaknya yang teruja telah memberitahu tentan perkara itu dan...
Share:

Tuesday, June 23, 2020

Citizen Dog (2004) - Ulasan Filem

"We cannot always find the things we looking for, but sometimes when we stop looking, those things come looking for us." Bila bercerita tentang filem non-Hollywood kegemaran, aku cuba mencari filem yang paling pelik dan 'rare' pernah aku tengok, mungkin 'kegemaran' itu bukan lah terma yang tepat kerana aku tak lah sampai berulang-upang kali tengok filem ni. Filem ni aku tonton mungkin sekitar tahun 2007-2009,tak ingat, tetapi lepas tengok...
Share:

Kim's Convenience (2016-Kini) - Ulasan Siri TV

Salah satu sitcom menarik sedang ditayangkan di Netflix. Dah ada 4 season, satu season 13 episod, satu episod setengah jam sahaja.  Sitcom yang menceritakan tentang keluarga Kim yang berbangsa Korean-Canadian yang mempunyai kedai runcit di Canada. Sitcom ni agak dekat dihati kerana permasalahan kekeluargaan dalam sitcom ini agak related juga dengan kehidupan kita.  Watak-watak yang berbilang kaum juga ditunjukkan membuatkan sitcom...
Share:

Money Heist (2017-Kini) - Ulasan Siri TV

Akhirnya selesai menonton siri TV Money Heist di Netflix. Ada 4 Season semuanya, season pertama memang terasa lama untuk dihabiskan, tetapi disebabkan kelicikkan El Professor dan team-nya dalam rompakan terbesar didunia, tersangkut jugak menonton siri ini hingga habis. Cerita yang banyak konflik antara karakter, heist yang licik tapi tak sempurna, dan paling best bila melihat pihak berkuasa diayam-ayamkan oleh El Professor dan team-nya. Tonton...
Share:

Bloodride (2020) - Ulasan Siri TV

Bloodride adalah sebuah siri antologi Norwegian yang memaparkan kisah pendek seram berlainan cerita setiap episod. Jalan cerita sangat simple dan santai.  Tidak berapa ganas walaupun vibe horror yang cuba disampaikan. Ala2 Twilight Zone versi jinak. Tonton review penuh Bloodride: https://youtu.be/cxy_JC9Ul...
Share:

Avengers Endgame (2019) - Mengimbau Kembali

Avengers Endgame ditayangkan setahun yang lalu menjadi fenomena seluruh dunia. Rata-ratanya hampir semua orang berborak tentang filem ini baik yang follow MCU mahupun tidak. Sehingga kini bila tonton filem ini masih terasa lagi keseronokkannya lebih-lebih lagi pada babak final battle dan portals scene. Saksikan video apresiasi sempena ulangtahun pertama tayangan Avengers Endgame dan reaction terhadap Portals scene yang memorable. ...
Share:

Ozark (2017-Kini) Ulasan Siri TV

Siri TV yang agak dark berkenaan dunia money laundering untuk drug cartel. Setiap episod bermacam konflik dan masalah muncul. Marty Byrde terpaksa heret keluarga dia bersama dalam dunia gelap ini. Untuk meneruskan kelangsungan hidup, Marty perlu melakukan apa sahaja demi menyelamatkan keluarganya. Review siri tv Ozark: https://youtu.be/cNNq0e638...
Share:

Extraction (2020) - Ulasan Filem

Filem Extraction memaparkan aksi yang padat terutama babak one-shot selama 11 minit yang hebat. Chris Hemsworth yang baru2 ini selalu membawa watak komedi cuba pula membawa watak serius dengan pendedahan emosi yang minima. Filem menarik untuk ditonton oleh peminat filem-filem aksi. Review filem Extraction: https://youtu.be/2nCAg3Z7_...
Share:

Monday, June 22, 2020

The Revenant (2015) - Ulasan Filem

Filem ini berjaya menobatkan Leonardo DiCaprio sebagai Pelakon Terbaik di Academy Awards. Mengisahkan tentang dendam seorang ayah yang menyaksikan sendiri pembunuhan anaknya. Leo berlakon sebagai Hugh Glass, dan dalam filem ini ada satu babak yang sering disebut-sebut iaitu babak Hugh Glass diserang beruang grizzly. Babak ni dibikin dengan cukup sempurna dan kita sendiri terasa kesakitan dan ketakutan yang dihadapi watak utama ketika...
Share:

Lady Bird (2017) - Ulasan Filem

Mengisahkan kehidupan remaja bernama Christine 'Lady Bird' McPherson (Saoirse Ronan), pelajar tahun akhir di sekolah Katolik yang menghadapi permasalahan remaja dan sering bersikap 'rebel'. Keseluruhan filem ini menunjukkan bagaimana Lady Bird membesar dengan naik turun kehidupan yang kebiasaannya dihadapi oleh remaja zaman sekarang. Lady Bird juga mempunyai hubungan 'love-hate' dengan ibunya yang dilihat dari matanya seolah seorang yang...
Share:

Manap Karaoke (2020) - Ulasan Filem

Manap Karaoke merupakan sebuah naskhah terbaru dari Mamat Khalid yang mengangkat kisah Manap dalam usaha menjayakan cita-citanya membuka pusat karaoke bergerak bersama kawannya Wahab B. Bermacam perkara lucu dilalui Manap dan rintangan terpaksa dihadapi, dari campur tangan pihak berkuasa tempatan sehinggalah dengan manusia-manusia yang penuh hasad dengki. Sekali lagi Mamat Khalid cuba menerapkan tema dan template yang sama seperti filem-filemnya...
Share:

The Farewell (2019) - Ulasan Filem

Billi (Awkwafina) mendapat tahu neneknya telah di diagnos dengan kanser paru-paru dan mempunyai tempoh untuk hidup selama tiga bulan. Tetapi yang membuatkan Billi lebih celaru bila keluarganya membuat keputusan untuk tidak memberitahu perkara tersebut kepada neneknya. Keluarga Billi menggunakan alasan majlis perkahwinan sepupunya untuk meluangkan masa bersama neneknya di China. Rupanya ianya sudah menjadi satu kebiasaan atau satu tradisi...
Share:

The Godfather Trilogy - Ulasan Filem

Saga Corleone yang sangat memberi kesan terhadap lanskap perfileman Hollywood, dengan penceritaan tentang dunia Mafia Itali-Amerika yang cukup indah. Aku pernah menonton Part 1 dan Part 2, tetapi Part 3 aku baru saja tonton haritu. Walaupun ramai yang tak suka dengan Part 3, tetapi filem itu telah melengkapkan kisah Michael Corleone. Aku paling suka Part 1, dengan karisma seorang Godfather yang ditunjukkan oleh Vito Corleone lakonan Marlon...
Share:

Tenacious D in The Pick of Destiny (2006) - Ulasan Filem

Filem musikal rock ni aku boleh tonton berulang kali, sebab genre musikal dia tu memang menghiburkan. Dari keseluruhan jalan cerita, hampir 90% elemen yang menghidupkan filem ini adalah muzik rock dari band Tenacious D yang dianggotai Jack Black dan Kyle Gass. Mengisahkan tentang perjalanan band Tenacious D untuk menjadi band rock terhebat, dan dalam melaksanakan misi ini, mereka perlu mencari pick gitar yang digelar Pick of Destiny, kononnya...
Share:

Slaughterhouse Rulez (2018) - Ulasan Filem

Filem ni bagi aku agak mengarut sedikit lebih-lebih lagi dengan penyampaian jalan cerita yang sedikit kelam kabut. Tetapi ianya masih lagi sebuah filem yang seronok untuk ditonton, yelah, mana-mana filem yang ada duo Simon Pegg dan Nick Frost ni seronok ditonton. Filem ini juga dibarisi beberapa pelakon terkenal lain seperti Michael Sheen, Asa Butterfield dan Margot Robbie. Bermula selepas Don Wallace (Finn Cole) diterima masuk ke sebuah sekolah...
Share:

Phone Booth (2002) - Ulasan Filem

Stu Shepherd (Collin Farrel) merupakan seorang 'publicist' yang sentiasa menggunakan penipuan untuk kepentingan diri sendiri. Stu juga berniat untuk berlaku curang dengan isterinya Kelly (Radha Mitchell) bersama Pam (Katie Holmes), salah seorang mangsa penipuan Stu. Tetapi perbuatan Stu itu menarik perhatian seseorang yang akan mengubah hidupnya. Filem yang hanya fokus satu lokasi sebagai premis utama menjadi antara konsep filem yang diminati...
Share:

The Purge (2013) - Ulasan Filem

Kisah fiksyen tentang masyarakat di Amerika Syarikat yang melalui 'norma baharu' dalam kehidupan apabila kerajaan yang ditadbir New Founding Fathers mengadakan acara tahunan 'The Purge' yang membawa maksud 'pembersihan' selama 12 jam, dan dalam tempoh ini segala jenayah dibenarkan. Konsep 'purging' ini telah memberikan kesan positif terhadap ekonomi di AS dan mendapat sokongan yang baik lebih-lebih lagi dikalangan golongan elit. Walaupun...
Share:

U-571 (2000) - Ulasan Filem

Filem ini merupakan filem taktikal kapal selam yang berlatarbelakangkan 'Battle of the Atlantic' pada Perang Dunia Kedua yang fokus tentang tentera laut Amerika Syarikat dalam misi untuk merampas Enigma machine dari kapal 'U-Boat' Jerman iaitu kapal selam U-571. Dari awal filem lagi kita disajikan dengan suasana di dalam kapal selam dan sepanjang filem ini pelbagai terma dan taktikal tentang kapal selam dipaparkan. 30 minit selepas filem...
Share:

Artemis Fowl (2020) - Ulasan Filem

Kalau sebelum ni aku selalu beritahu berkenaan filem dengan jalan cerita yang meleret atau 'dragging'. Tetapi untuk filem ini, jalan ceritanya terlalu laju pula. Laju sangat sampai nak tangkap jalan cerita pun dah macam nak tangkap 'pari-pari'. Baiklah, aku perlu jelaskan yang aku tak pernah baca buku Artemis Fowl ni, aku juga tak baca sangat sinopsis filem ini. Aku cuma mendapat sekelumit idea tentang filem ini melalui trailer-nya yang...
Share:

Back to the Future Part II (1989) - Filem Hari Kelahiranku

Back To The Future Part II dikeluarkan tiga hari sebelum hari kelahiran aku. Rasanya tak perlu aku perkenalkan lagi tentang sinopsis atau jalan cerita filem ini kerana aku tahu hampir 83% dalam group ini yang dah sinonim dengannya. Apa yang aku boleh katakan adalah filem ini merupakan filem klasik bertemakan rentasan masa atau 'time travel' yang menjadi kegemaran kita semua. Filem ini merupakan sekuel dari filem pertamanya yang berakhir secara...
Share:

3 Idiots (2009) - Ulasan Filem

Mengangkat kisah tiga orang pelajar kejuruteraan di India, Rancho, Farhan dan Raju dalam mencapai cita-cita masing-masing serta mempelajari erti sebenar kehidupan. Perjalanan cerita lebih fokus pada perspektif Farhan dan Raju, di mana kehidupan mereka banyak dipengaruhi Rancho, seorang yang penuh visi dan memandang kehidupan dari sisi berbeza dari orang lain. Rancho cuba menepis pemikiran skeptikal pensyarahnya Viru Sahastrabuddhe (Virus),...
Share:

Ray Ferrier (War of the Worlds) - Imej Bapa Yang Tak Didendang

Asalnya, filem War of the Wolrds adalah tentang kisah dunia dalam melawani serangan makhluk asing, tetapi dalam versi arahan Stephen Spielberg ini mengangkat watak bapa, Ray Ferrier lakonan Tom Cruise dalam misi mempertahankan keselamatan dua orang anaknya, Rachel (Dakota Fanning) dan Robbie (Justin Chatwin). Ray yang pada awal filem ditunjukkan sebagai seorang bapa yang leka dan tidak bertanggungjawab, akhirnya menunjukkan sisi sebenarnya...
Share:

A Whisker Away (2020) - Ulasan Filem

Jika dilihat pada tajuk anime ni, nampak comel je kan. Ianya macam 'Spirited Away' tapi versi kucing. Miyo atau sering dipanggil Muge oleh kawan-kawannya mendapat peluang untuk sekali sekala menjadi kucing sebaik menerima topeng kucing dari 'Penjual Topeng', yang merupakan sejenis kucing yang menjual topeng kucing kepada manusia yang ingin menjadi kucing dan juga topeng manusia kepada kucing yang ingin menjadi manusia. Miyo menggunakan...
Share: