
Aku berasa bertuah kerana menjadi antara yang pertama menonton movie yang mengangkat pelawak kegemaran aku, Nabil, dalam promosi movie ini di UiTM Shah Alam.
Selepas sahaja menonton movie ini, hanya satu dalam fikiran aku, banyak benar mesej yang ingin disampaikan oleh pengarahnya, Aminah Rhapor (atau kitorang di FACT panggil sebagai Puan Amy). Hinggakan terlampau banyak sub-plot atau penceritaan yang disampaikan sampai terdapat beberapa perkara yang tidak kesampaian.
Mungkin disebabkan movie ini adalah movie komedi dan menampilkan pula Nabil sebagai watak utamanya hingga menyebabbkan mesej atau kritikan isu kehidupan tidak kesampaian ke benak penonton biasa. Lain pula jika movie ini disampaikan dalam genre drama sepenuhnya.
Tetapi aku akui, percubaan pertama Puan Amy ini tidak mengecewakan. Mungkin pengambilan Nabil sebagai karakter utama bukan sekadar memeriahkan atau menarik perhatian penonton. Kita dapat melihat dengan sendiri jenaka sosial yang cuba disampaikan oleh Nabil dalam persembahan pentasnya, bertetapan juga dengan mesej yang cuba disampaikan dalam movie ini, iaitu kehidupan.
Banyak juga kelemahan yang terdapat dalam movie ini seperti peralihan babak yang berlaku tiba-tiba tanpa sebab. Tetapi itu semua dapat dimaafkan jika kita faham konsep jalan pintas dalam sesetengah movie. Manakala dari segi komedi pula, secara keseluruhannya movie ini tidak berapa kelakar, cuma ada beberapa babak sahaja yang menonjol komedinya iaitu yang membabitkan Nabil, Zizan serta Ebby Yus.
Penggunaan nama-nama besar seperti Faizal Tahir dan Aziz M. Osman juga tidak mempunyai kaitan dengan jalan cerita dan mungkin hanya tujuan menyindiri sesetengah pihak. Berlainan pula dengan watak Amy Search yang seolah-olah menjadi pemula dan penamat movie. Terdapat mesej yang begitu padat cuba disampaikan Puan Amy melalui watak Amy Search di penghujung cerita.
Penggerak movie ini pula, sudah semestinya Meet Uncle Hussein yang sentiasa ada dalam kehidupan Nabil dan menjadi pencerita dalam movie ini. Tetapi konsep 'basking dalam movie' yang ditonjolkan dalam movie ini tidak selaras dengan movie yang pernah menggunakan konsep sebegini seperti contoh, movie Gila-Gila Pengantin Remaja.
Dari segi lakonan, Nabil berjaya membawa wataknya dengan baik, mungkin kerana ianya memang wataknya yang sebenar dalam movie ini. Puteri Sarah Liyana pula masih terumbang-ambing dalam wataknya yang seolah nampak dibuat-buat. Pelakon-pelakon yang lain pula mampu membawa watak dengan sederhana baik, nasib baiklah keseluruhannya lebih tertumpu kepada Nabil.
Tak perlu saya senaraikan kritikan sosial yang cuba disampaikan dalam movie ini. Apa yang pasti, dari segi jalan cerita, memang sudah terlalu biasa dipaparkan, tetapi apa yang membezakannya adalah intipati movie ini yang penuh dengan isi yang perlu dikorek sedalam-dalamnya agar kita memperoleh mesej tersebut.
Itulah sebabnya movie ini bertajuk sedemikian, Lu Pikirlah Sendiri! haha.
p/s : Tahniah Puan Amy di atas kelahiran movie sulung ini, kami warga TEKA cukup berbangga. Chayok!!! haha
4 opinions:
cool :)
reviu la shorts aritu :)
boleh2...takde hal
mcm menarik...genre lawak nie mcm dh trend wajib kene ader dlm setiap babak dlm criter...xdpt nak komen terperinci sbb xtgk lg...tp tertanya2 jgk...Mila bleh blakon adegan lawak kew? apa2 pon akan ku nantikan kemunculannya feb nanti ...
Post a Comment