Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159513

Friday, January 8, 2010

Tak Terimaginasi Lah! *sebuah reviu The Imaginarium of Dr. Parnassus


Sukar difahami movie ini, tetapi itulah yang menariknya. Pada mulanya aku memikirkan bahawa movie ini adalah sesuatu yang santai, tetapi aku silap. Movie ini lebih memeningkan kepala aku.

Ternyata movie ini terlampau fiksyen seperti movie-movie fantasi yang lain iaitu seperti movie The Neverending Story, Chronicles of Narnia dan Lord of The Rings. Tetapi fantasi dalam movie ini agak berlainan kerana ianya menunjukkan satu alam yang tak terjangkau dek akal kita.

Apa yang menambat perhatian aku dalam movie ini hanyalah lakonan Heath Ledger (The Joker) yang melakonkan watak Tony Shepherd, seorang yang kaki menipu. Kehadiran pelakon seperti Johnny Depp, Jude Law dan Collin Farrel yang membawakan watak yang sama juga mungkin boleh menarik perhatian anda.

Jika diikutkan, gaya penceritaan movie ini agak ringkas dengan pembabitan isu perjanjian syaitan, kisah seorang lelaki yang berabad umurnya dengan alam fantasi rekaannya sendiri dan kehadiran seorang lagi lelaki sebagai syaitan. Namun kehadiran satu pertunjukkan yang diberi nama The Imaginarium of Dr. Parnassus merupakan satu subjek yang istimewa untuk movie ini.

Watak Dr. Parnassus yang dibawa oleh Christopher Plummer mungkin sedikit kelam kabut dan gelaran Doktor yang diberi kepadanya tidak diketahui kenapa. Watak ini juga tidak begitu kuat mungkin kerana kemunculan Heath Ledger yang memonopoli movie ini. Namun begitu, Ledger tidak secara keseluruhannya muncul dalam movie ini kerana pada pengakhirannya, karakter Tony ditukar pakai oleh aktor Collin Farrel selain Johnny dan Jude muncul seketika dengan watak ini.

Movie ini agak memeningkan kepala untuk ditonton tetapi kecanggihan CGI telah berjaya membuatkan movie ini menjadi satu naskhah yang hebat sebagai movie fantasi. Imaginarium Dr. Parnassus yang penuh dengan kreativiti dan imaginasi di adaptasi dengan cantik hingga ada ketikanya membuatkan kita rasa terpegun.

Terdapat mesej yang tersembunyi dalam movie ini yang cuba disampaikan oleh the Devil dalam membuat perjanjian dengan Dr. Parnassus. Di akhir movie ini, kita juga dapat tahu bahawa Tony juga ada membuat perjanjian dengan the Devil. Penggunaan Vialentina sebagai penggerak cerita mungkin sudah terlalu biasa dilakukan. Penggunaan watak perempuan yang tidak bersalah dijadikan umpan dalam movie adalah satu perkara normal dalam mana-mana movie hollywood.

Kesimpulannya, aku tidak berapa gemar untuk menonton movie ini sekali lagi. Dan sekali lagi, aku gagal mendapat kepuasan dan ini merupakan movie fantasi pertama yang tidak dapat diterimaopleh diri aku.

p/s : Heath Ledger tidak dapat meneruskan penggambaran movie ini kerana meninggal dunia, akhirnya, watak Tony diubah suai menjadi seorang shape-shifter(boleh ubah wajah) dengan mengambil Johnny Depp, Jude Law dan Collin Farrel melakonkannya.
Share:

Related Posts:

2 opinions:

Mensh said...

Ulasan yang bagus. Baru je masuk blog nie dari fadz tontonfilem. Teruskan memberi ulasan dan kritikan. Aku akan follow blog nie.

Hady Abd Hamid said...

tanx..but always remember, this is a blog from an audience who like watching movie..hehe