Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159519

Friday, January 22, 2010

Terbaik Dari Ladang. *sebuah reviu FACT Shorts



Maaf lah kalau pos aku ni agak terlewat memberi pendapat tentang FACT Shorts berbanding blog-blog reviu movie yang lain. Bukan apa, sebelum buat sesuatu, aku kena la research dulu, takut apa yang nak disampaikan tak tepat dan merepek. Tapi takpe, aku cuba komen filem-filem pendek arahan kawan-kawan TEKA aku ini tanpa sifat prejudis dan lebih kepada estetika santai.

Aku agak terkejut dengan penghasilan filem-filem pendek dari kawan-kawan aku ini. Suatu perkara yang menarik dari En. Norman yang ingin memartabatkan lagi karya pelajar-pelajar jurusan filem dari UiTM ini. Hingga terasa hati, bila pula agaknya aku nak ke depan membentangkan filem pendek aku. Haha. Apa-apa pun, ini lah pendapat aku sebagai penonton yang telah menyaksikan filem-filem pendek berjudul Bantal Lengan, The 5 Rules, Hide/Seek, Sujud, Ronamaya dan Mautopia.

BANTAL LENGAN (Dir : Mohd Rahhiemi Alias)

Montaj awal yang menunjukkan animasi daun terup berselisih sudah cukup menarik aku untuk menonton filem ini dengan lebih lanjut. Inilah perkara utama dalam sesebuah filem, montaj awal itu penting untuk penonton rasa teruja. Selebihmya bergantung kepada kreativiti kita.

Secara keseluruhannya, aku meminati filem pendek ini kerana mengandungi perlambangan-perlambangan sinikal yang membuatkan aku sedikit tersenyum. Penggunaan daun terup sebagai subjek kehidupan seorang lelaki bongkak amat kreatif kerana daun terup itu sendiri sinonim dua kelompok masyarakat, iaitu masyarakat yang inginkan hiburan, dan masyarakat yang hanya bergantung kepada nasib. Kedua-dua ciri masyarakat inilah yang ditonjolkan dalam karakter utama iaitu pada awal pembabitan hingga hujung pembabitan karakter.

Hanya satu sahaja silapnya filem ini, iaitu pada babak yang shotnya terlampau over expose lighting, sepatutnya biarlah si pengarah memberitahu maksud shot itu, janganlah beritahu yang ianya adalah kesalahan teknikal, tipu-tipu sikit takde hal punya. Haha. Nice effort. :)


THE FIVE RULES (Dir : Faiz Armani)

Satu-satunya karya dari batch aku sendiri. Haha. Tahniah ya Faiz sebab berjaya menunjukkan hasil kerja kepada warga TEKA. Perkara pertama yang aku cukup salute dalam filem pendek ini sudah tentulah peglibatan Production Managernya yang berjaya mendapat kan lokasi-lokasi menarik seperti balai polis. Perkara kedua pula adalah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa latar filem ini.

Tapi, kenapa perlu meniru karya dari luar. Aku tahu jawapannya, tiada salah bukan? Haha. Satu percubaan yang bagus dari student tempatan yang sedikit mencedok idea luar untuk dijadikan filem pendek dalam negara ini. Cuma, jika idea yang dicedok itu cermat pencedokkannya ditambah pula menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa latar, pasti penonton akan lebih terpukau.

Macammana sekalipun, memang dah tiada istilah asli dalam bekarya, pasti idea luar dikorek dan diterap juga. Dari segi keseluruhannya, Faiz berjayalah juga menarik perhatian penonton untuk duduk melihat karyanya ini. Dan aku pasti, jika di komersialkan sikit filem pendek ini, pasti penonton berfikiran jumud juga akan menerimanya. Syabas!


HIDE/SEEK (Dir : Benz Muaddid)

Gadis-gadis mantap. Haha! Itu sajalah yang dapat aku fikir semasa menonton filem pendek ini. Teringat pula aku pada movie-movie dari Alfred Hitchcock yang mengambil perempuan sebagai subjek tumpuan penonton. Filem ini bagi aku cukup santai untuk aku tonton, malah, aku berasa sedikit bengang, mengapalah filem ini tidak ditontonkan pada akhir screening. Ini kerana setidak-tidaknya dapat juga aku menenangkan otak selepas menonton filem-filem pendek yang mengerah benak aku.

Shot dan sinematografi yang baik, sampai aku tertanya-tanya, berapa banyak pengarah dan produsernya berhabis duit untuk filem ini. Seperti Histeria pun ada juga. Twist yang berlaku di hujung cerita sedikit berjaya dengan perubahan antagonis (konon-kononnya) bertukar menjadi satu-satunya hero lelaki.

Persetankan isu psikologi yang menidakkan budak lelaki berumur 20 lebih tidak bermain sorok-sorok. Sedangkan aku pun turut main permainan ini. Cuma apa aku sedikit kecewa, adalah emosi watak yang nampak tenang selepas melihat kelibat hantu pelajar perempuan di depan mata mereka. Mungkin Benz taknak ikut tema jerit-menjerit seperti kebiasaan filem seram melayu kot. Hehe. Satu karya hebat dari adik-adik junior ku...


SUJUD (Dir : Mohd Rahimi Zailanni)

Ringkas. Padat. dan Jujur. Itu lah yang dapat aku gambarkan filem pendek bertemakan keagamaan ini. Malah filem pendek yang terlalu ringkas ini lebih dekat dengan hati penonton kerana ianya mengangkat isu yang terlalu kerap berlaku pada kita.

Penggunaan dua watak sahaja pun sudah mencukupi, Rahimi bijak memanipulasi keadaan dengan mewujudkan shot long take bagi membolehkan penonton merasai durasi solat subuh yang dilaksanakan watak. Penggunaan metafora visualnya juga cantik apabila kedua-dua watak sujud, yang satu sujud solat, yang satu lagi sujud di tempat tidur, dan yang sujud di tempat tidur itu seolah menjadi imam. Cukup tenang dan teliti Rahimi menjelaskannya.

Walaupun setelah selesai menonton filem ini, aku sedikit tersentak kerana tidak menyangka ianya sesenang itu dihasilkan, tetapi kejujuran yang ditampilkan pengarah amat menenangkan jiwa. Pastinya ramai yang membuka mata selepas menonton filem ini, aku juga. Haha. Tahniah kepada tenaga produksi!


RONAMAYA (Dir : Amer Zaman)

Satu-satunya filem pendek yang aku ikuti dari awal produksi hingga ke hujungnya. Dari tahun lepas lagi aku menunggu filem pendek ini ditayangkan, tetapi sedikit kecewa dengan kelembapan pos produksinya. Namun, saudara Amer telah membuktikan, masa yang dibazirkan itu tidak sia-sia. Ini kerana apa yang terhasil adalah hampir kepada sebuah masterpiece.

Paling aku tertarik dalam filem ini sudah tentu lah temanya yang mengetengahkan isu komik dan kartunis. Kerana jiwa aku begitu dekat dengan industri komik tempatan. Plot cerita yang ditunjukkan juga menarik membuatkan kita terpaksa menontonnya banyak kali bagi memastikan beberapa babak merupakan perkaitan kepada babak yang lain.

Penggunaan perlambangan-perlambangan tertentu juga menakjubkan, seperti air warna hijau/biru, hujan warna merah dan kebaya hijau. Setiap satunya menunjukkan sebab tentang perkaitan perlambangan ini dengan cerita yang mengandungi dua sisi dimensi. Aku juga hampir-hampir keliru hingga tidak dapat membezakan watak yang mencipta dan watak yang dicipta. Tahniah kepada Amer kerana berjaya mewujudkan karya sehebat begini. Hampir sifar kesilapannya. Nota tambahan, babak kegemaran aku dalam filem ini sudah tentulah babak komik di hujung cerita. Hehe.


Mautopia (Dir : Ridhwan Saidi)

Gulp! Antara sebab mengapa aku tidak mahu membuat reviu tentang FACT Shorts yang lepas adalah kerana filem pendek ini. Pengolahan filem ini telah berjaya melangkaui batasan akal fikiran aku dalam penciptaan karya yang membabitkan puisi lama, bak kata pengarahnya lah. Ini sekaligus turut menjejaskan kredibiliti aku sebagai seorang student department penulisan. Haha.

Penggunaan aspek-aspek eksperimental (betul ke?) dan sedikit unsur seram pada mulanya agak memeningkan kepala aku yang sememangnya sukar memahami nilai estetika sebuah filem seni berbanding filem separa seni. Namun setelah dijelaskan oleh pengarahnya, barulah aku sedikit terbuka mata kerana terpukau dengan kehebatannya menghasilkan sebuah filem yang mengandungi unsur sastera didalamnya.

Ini satu yang baru bagi aku kerana sudah terlal biasa dengan konsep teater dalam filem, tetapi sastera dalam filem ini amat jarang aku dengari. Mungkin aku belum pelajarinya lagi tetapi, apa yang sedikit menidakkan perasaan aku akan filem ini adalah intipatinya yang mungkin tidak difahami penonton luar, sekiranya si pengarah tidak menjelaskan maksud setiap babak satu persatu. Mungkin filem ini lebih ditujukan khas untuk semua pengkarya dan sasterawan berbanding penonton yang sempit pemikiran. Siapalah aku untuk menilai. Hehe. Nice work!
Share:

Related Posts:

8 opinions:

fadz said...

wohohohoho, cayalah! layan!

amer zaman said...

terima kasih...

nak aku belanja makan ke?

hehehehe

ulasan bagus!

mapieceofart said...

kalau pengarah (mautopia) tak terangkan, xkan sikit pun isi cerita xdpt comprehend? sekadar tanya pendapat umum penonton lain pd malam tu... *senyum!

perasan x pelajar penulisan pun semakin ke depan menghasilkan shorts? mungkin lepas ni pelajar teater pula kan? go FACT...! =)

Hady Abd Hamid said...

fadz : thanks bro..hahahh

amer : blanje jgn tak blanje..aku tggu...wakaka..

mapiece : sikit isi yg kite dpt dari mautopia tu mmg sikit...hanya dapat paparan visual je..tapi intipatinya agak kurang untuk kita dapat lah...haha...kita tu maksudnya penonton ye...bukan pngkritik or pmikir filem...kah3..

btw, smua dpartment TEKA mmg kreatif dan srba boleh baahhh...haha

peace:)

faheszi_whatever said...

ngehehhh...
berani!
bengong, sume short smart...
tp yg plg tbaek sujud r kn...
myb sebab ramai yg tersentak, tersentap n terasa...
hahahahhhhhh....
;p

Hady Abd Hamid said...

fizy : aku taw sape yg tersentap tu...kah3...

faheszi_whatever said...

maPieCeoFarT : tak silap aku citer Along Kaklong tu arahan budak teater kot...
;p

Anonymous said...

bro kat mane bleh tengok fact student shorts secara online?