Kalau korang pernah tengok movie Hantu Kak Limah Balik Rumah, korang wajib menonton movie Husin, Mon & Jin Pakai Toncit ini kerana movie ini benar-benar sambungan kepada movie sebelumnya itu. Kalau diikutkan, Hantu Kak Limah bukanlah sekuel sebenar Zombi Kampung Pisang, tetapi lebih kepada spin off yang mewujudkan latar cerita berbeza. Tetapi movie Husin Mon adalah movie sekuel Hantu Kak Limah kerana mengambil jalan cerita selepas kejadian dalam movie Hantu Kak Limah. Kalau ada yang menonton movie Hantu Kak Limah, pasti mereka akan tahu ending untuk movie itu tergantung dan movie Husin Mon ini lah yang akan mengupas segalanya.
Tapi Abang Mamat Khalid tidak pun memberikan segalanya dalam movienya ini. Masih banyak yang boleh dikupas lagi. Beliau seakan memberi sedikit-sedikit dahulu untuk kita cerna satu persatu bahan dan rencah yang cuba disampaikan. Cukuplah kita bandingkan movie ini dengan movie Hantu Kak Limah kerana sekali kita menghasilkan karya hebat, sukar untuk kita cantas dengan karya yang lain. Biarlah Hantu Kak Limah berada pada levelnya yang tersendiri dan Husin Mon bertapak di atas kehebatannya sendiri.
Movie sebegini walaupun pernah diwujudkan oleh Mamat Khalid, tetapi nampaknya masih diperlukan. OtakMovie perlukan movie sebegini untuk dijadikan tatapan umum masyarakat melayu. Terlalu canti nilai murni yang cuba disampaikan disamping mesej yang kadang-kadang kita rasa nonsense tetapi itulah sebenarnya realiti. Movie melayu memerlukan kelainan seperti ini. Lama rasanya tak tonton movie dari Mamat Khalid, dan bulan ini saja kita dihidangkan dengan dua movie dari beliau. Dan sebagai permulaan tahun 2013, aku boleh katakan movie ini berjaya juga membuka selera penonton ke atas penonton tempatan.
Kali ini, di dalam movie Husin Mon, penonton dibawa menyelusur sejarah hitam Kampung Pisang yang sebenarnya ada kaitan dengan entiti gelap. Husin sekali lagi dirundung masalah selepas misteri kemunculan Mon iaitu kekasihnya dari movie Zombi Kampung Pisang menimbulkan kerisauan di hati penduduk Kampung Pisang. Sisi diri Mon yang sebenar disingkap dalam movie ini yang sebenarnya adalah Ayu iaitu watak misteri yang dipapar dalam movie Hantu Kak Limah sebelum ini. Kehadiran Dr. Shamsudin yang hadir tak diundang juga menimbulkan tanda tanya hingga akhirnya terungkai agenda jahat makhluk itu.
Nampaknya kali ini Abang Mamat betul-betul nak bagi movie ini nampak sangat-sangat menyeramkan dengan memasukkan unsur-unsur pemujaan syaitan, kehadiran berbagai makhluk ngeri dan cuba menyingkapkan setiap yang berlaku dengan unsur logik. Kalau kita pernah tengok movie ala perjanjian syaitan, atau syaitan yang cuba menakluk bumi, seperti dalam movie Hollywood, begitulah corak adunannya dalam movie ini. Tak sangka pula Abang Mamat berani memasukkan unsur sebegini dalam movienya hingga turut mewujudkan rasa kelakar kerana latar belakangnya adalah sebuah kampung yang sangat rural.
Bagi pelakon-pelakon dalam movie ini pula tidak boleh disangkal lagi kredibiliti mereka. Memang nampak sengaja Abang Mamat mengambil pelakon yang sangat poyo dan seperti tak pandai berlakon tapi itu semua boleh dimaafkan kerana mereka adalah penduduk Kampung Pisang. Kewujudan watak-watak seperti Usop, Pak Abu, Pak Jabit, Wan Kaswi, Kak Limah dan Pak Munawar berjaya mengubat kerinduan penonton yang sudah sebati dengan karakter-karakter Kampung Pisang ini. Dan setiap perlakuan dari watak-watak ini yang kita anggap entah apa-apa sebenarnya mewujudkan satu nilai dan mesej yang sebenarnya amat berguna dengan orang-orang melayu.
Satu lagi perkara yang boleh dibanggakan dalam movie ini adalah konsep CGInya. Patutlah movie ini mengambil masa yang sangat panjang untuk disiapkan kerana CGI yang dipaparkan dalam movie ini hampir ke tahap yang menakjubkan. Walaupun masih ada lagi yang boleh dibaiki tetapi percubaan Abang Mamat yang sejak dahulu lagi suka bermain dengan teknologi filem amat dibanggakan. Kita seolah menonton sebuah movie Hollywood klasik yang berlatar belakangkan kampung melayu.
Kalau diikutkan movie ini seolah tidak sepenuhnya siap. Ini kerana ianya bukan sahaja menjawab sedikit persoalan dari movie sebelum ini, malahan memberi lebih banyak tanda tanya tentang misteri Kampung Pisang dengan Husin. Mungkin ini juga caranya Abang Mamat cuba untuk membikin movienya yang seperti aku katakan tadi, memberi penonton untuk mencerna bahan-bahannya secara sedikit-sedikit. Harapnya movie Abang Mamat selepas ini mampu mencatas kebolehan movie Hantu Kak Limah dan Kala Malam Bulan mengambang walaupun potensinya hampir kepada mustahil. Apa pun, OtakMovie masih lagi penggemar movie dari Abang Mamat dan tetap setia menanti movie-movienya selepas ini.
SKOR MUZIK
EFEK KHAS
LAKONAN
PLOT
RATING
0 opinions:
Post a Comment