Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159508

Tuesday, February 12, 2013

Tiada Stephen Chow Dalam Ni! *sebuah review Journey To The West : Conquering The Demons


Dalam movie ini, Sun Wukong atau Monkey King tidak hensem. Dalam movie ini, tidak terus diceritakan tentang pengembaraan sami Xuan Zang dengan tiga diciplesnya. Dalam movie ini, tidak seperti cerita-cerita Journey To The West yang lain termasuklah movie The Chinese Odyssey lakonan Stephen Chow dahulu. Memang movie ini adalah satu karya yang ditunggu-tunggu kerana dihasilkan oleh pengarah, penulis dan pelakon Hong Kong terkenal iaitu Stephen Chow. Tetapi untuk tidak memberi expectations yang tinggi kepada semua peminat, beliau tidak akan muncul langsung dalam movie ini.

Tetapi, intipati cita rasa dan sekuens dalam movie ini sangat dekat dengan adunan sebatian ala Stephen Chow. Maksudnya, walaupun Abang Chow tidak muncul dalam movie ini, kehadiran beliau tetap dirasai dengan adegan-adegan yang sangat sinonim dengan dirinya yang kelakar dan kacau bilau. Itu sangat bagus. Susah untuk mewujudkan diri dalam sesebuah movie kalau kita kerja di sebalik tabir. Tetapi untuk movie ini, aku boleh katakan, Stephen Chow masih belum mahu penonton melupakan movie-movie klasiknya yang bangang dan boleh dikatakan sebagai mindless joke movie. Dan movie ini sangat bagus.

Movie ini memang di luar jangkaan OtakMovie. Pertama sekali, OtakMovie bukanlah penggemar movie-movie Hong Kong, yelah, kalau di lihat pada arkib review movie pun, berapa kerat sahajalah movie Hong Kong yang OtakMovie review. Ini sebab OtakMovie sangat particular dengan cita rasa movie-movie Hong Kong. Pelakon dan pengarah, itulah yang akan OtakMovie lihat jika benar ingin menonton movie Hong Kong. Nama-nama seperti Jackie Chan, Donnie Yen dan Shu Qi akan menarik minat OtakMovie untuk pergi menonton movie-movie dari Hong Kong. Dan kalau disebut tentang Stephen Chow pula, memang mustahillah kalau OtakMovie tak bergegas nak menonton movie yang membabitkan diri beliau.

Sebenarnya bukan Stephen Chow yang ingin OtakMovie ingin kupaskan dalam review ini. Mungkin agak sedikit teruja, mungkin tu sebab terbawa-bawa. Sekalipun movie ini mempunyai intipati Stephen Chow, tapi sebenarnya watak-watak dalam movie ini berdiri di atas kaki sendiri. Kita boleh tengok senarai pelakon dalam movie ini semuanya bekas-bekas pelakon yang pernah bekerja sama dengan Stephen Chow. Tetapi kebanyakannya hanya memainkan watak-watak sambilan sahaja. Apa yang menarik adalah watak Xuan Zang oleh aktor muda bernama Wen Chang.

Xuan Zang pada awal kemunculan di babak awal cerita memberi perspektif kepada penonton tentang dirinya yang tidak seperti hero-hero lain. Mungkin bagi mereka yang tidak benar-benar memahami cerita Journey To The West, pasti tidak akan tahu akan peranan Xuan Zang. Sebenarnya beliau lah sami yang ditugaskan untuk mencari Sutra Buddha hingga ke negeri India. Tapi ketika ini beliau hanyalah seorang budak lelaki biasa yang menggelarkan dirinya sebagai penangkap demon amatur. Dan cara beliau dalam konsep penangkapan demon bukan lah untuk membunuh mereka, tetapi untuk mengeluarkan sisi baik dalam diri setiap demon tersebut. Dan ini memang menginterpretasikan watak dan perwatakan sami tersebut.

Sama juga seperti Sand Monk dan Hogg. Iaitu kalau dalam kisah Journey To The West adalah Sandy dan The Lazy Pig. Pada awal movie lagi dah diceritakan kisah Sand Monk yang merupakan seekor demon yang menghuni laut dan suka makan manusia. Dan Hogg pula adalah seekor demon berbentuk babi yang sangat kuat dan juga suka makan manusia. Kerakusan kedua-dua demon ini akhirnya ditamatkan oleh seorang penangkap demon professional iaitu Miss Duan yang dijayakan oleh Shu Qi.

Mungkin ramai yang tidak sedar, tapi sebenarnya kehadiran watak Miss Duan adalah penggerak sebenar movie ini. Miss Duan merupakan seorang wanita yang kasar, jatuh hati di atas budi pekerti Xuan Zang yang ingin menyelamatkan manusia. Tetapi cinta Miss Duan tidak terbalas kerana Xuan Zang masih memperlekehkan cinta antara dua insan dan hanya ingin bercinta dengan keamanan dunia. Hinggalah pada akhirnya selepas Xuan Zang bertemu dengan Sun Wukong, barulah beliau sedar akan pentingnya cinta sesama manusia untuk memupuk cinta-cinta yang lain.

Sun Wukong dalam movie ini juga tidak lah seperti yang dijangka. Kali ini, Stephen Chow ingin menonjolkan watak Sun Wukong sebagai seekor demon yang ganas dan sangat jahat. Dek kerana kejahatannya itu menyebabkan beliau telah dikurung oleh Buddha selama lebih 500 tahun. Tetapi Sun Wukong bijak memperdaya Xuan Zang untuk membebaskan diri dan akhirnya Sun Wukong kembali mengganas dengan cuba membunuh Xuan Zang. Campur tangan Miss Duan akhirnya menyebabkan kesengsaraan Xuan Zang. Dan di sebalik konflik ini lah bermulalah cerita Journey To The West.

Pada mulanya, OtakMovie agak tertanya-tanya juga, di mana kisah Journey To The West dalam movie ini. Ini kerana jalan cerita movie ini lebih kepada kisah Miss Duan yang ingin mengorat Xuan Zang dan kisah Xuan Zang yang ingin menumpaskan demon Hogg. Tapi rupanya hingga ke akhir penceritaan barulah OtakMovie sedar bahawa movie ini adalah lebih kepada beginning dan asal usul tentang Xuan Zang yang merupakan sami dalam cerita Journey To The West.

Tetapi mengapa pula tajuk kecil movie ini adalah Conquering The Demons? Ianya bukanlah berdasarkan jalan cerita Miss Duan dan Xuan Zang yang ingin menangkap demons, tetapi lebih kepada Xuan Zang yang ingin meng'conquer' ketiga-tiga demons iaitu Sand Monk, Hogg dan Wukong menjadi diciplesnya. Dan satu lagi perkara menarik dalam movie ini adalah, ianya menceritakan kisah bagaimana demon-demon tersebut boleh menjadi jahat. Dan ianya memberi persepsi kepada semua pihak bahawa setiap manusia yang jahat, tetap ada baik dalam hatinya.

Secara kesimpulannya, apa yang membuatkan movie ini menarik bagi OtakMovie adalah jalan ceritanya yang sukar diduga, kewujudan demons-demons yang sangat menyeramkan terutama Sand Monk, penterjemahan watak Sun Wukong yang sangat ganas dan jahat, kecomelan watak Miss Duan yang sebenarnya seorang yang kasar, kesengalan Xuan Zang walaupun beliau baik, situasi babak-babak lucu yang mengingatkan kita kepada Stephen Chow dan CGI karakter Buddha gergasi.

EFEK KHAS

SKOR MUZIK

LAKONAN

PLOT

RATING
Share:

Related Posts:

1 opinions: