Pada tahun 2009, Disney mengorak langkah yang lebih besar dengan membeli syarikat Marvel Entertainment yang merupakan parent company kepada semua subsidiaries Marvel termasuklah Marvel Comics dan Marvel Studio dengan harga USD4.24 Billion. Pada tahun ini pula, Disney telah mengejutkan semua peminat Star Wars dengan membeli francais terkenal tersebut. Sebenarnya Disney membeli syarikat LucasFilm Ltd. yang merupakan syarikat milik George Lucas dengan harga USD4.05 Billion. Ini bermaksud segala hasil pengeluaran LucasFilm termasuklah francais Star Wars.
Adakah pembelian ini membawa makna apa-apa? Jawapannya, ya! Takkanlah Disney beli Star Wars dengan harga sebegitu mahal hanya sekadar ingin melihat francais itu dijadikan novel atau kartun siri semata-mata. Dengan pembelian itu, maka Disney telah mengumumkan untuk menghasilkan tiga lagi movie Star Wars iaitu Episode VII, Episode VIII dan Episode IX, atau kita boleh gelarkan sebagai Star Wars Sequel Trilogy selepas kehadiran Star Wars Original Trilogy dan Star Wars Prequel Trilogy.
Selepas diumumkan bahawa Star Wars Episode VII akan dikeluarkan pada tahun 2015, semua tertanya-tanya tentang siapakah yang akan mengarahkan movie ini. Pelbagai nama telah dicadangkan dan akhirnya saudara J.J. Abrams menjadi pilihan pihak Disney untuk mengarahkan sambungan francais terkenal itu. J.J. Abrams sangat terkenal sebagai peneraju legasi pengarah Sci-fi di Hollywood dan antara movie-movienya yang berjaya adalah seperti The Super 8 dan Star Trek. Tetapi J.J. Abrams telah menegaskan bahawa movie Star Wars akan dihasilkan olehnya tetapi tidak akan ditayangkan pada tahun 2015.
TETAPI, bukan itu sahaja berita tentang Star Wars dari Disney. I mean, c'mon lah, USD 4.05 Billion, takkan dilaburkan sebegitu sahaja. Jadi, pow!, Disney telah mengumumkan dua lagi movie dari francais Star Wars iaitu spin off karakter Han Solo dan Boba Fett! Disney akan membikin movie tentang Han Solo dan tentang Boba Fett.
Nampaknya Disney betul-betul melepaskan geramnya. Di harap dengan kehadiran dua lagi movie ini akan menguatkan lagi francais Star Wars dibawah parent company yang baru ini. Dan nampaknya, legasi Star Wars yang dulunya menjadi kegilaan bapak-bapak orang, kemudian menjadi kegilaan anak-anak orang, lepas ni akan menjadi kegilaan cucu-cucu orang pulak. Legasi the force akan diteruskan...
0 opinions:
Post a Comment