Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159501

Friday, October 9, 2020

Predator (1987) - Ulasan Filem

Masih ingat lagi zaman di mana filem Predator tidak memerlukan premis dan jalan cerita yang terlalu terperinci dan kompleks. Cukup hanya berbekalkan beberapa pelakon-pelakon aksi yang katang-katang belaka, sebuah lokasi di hutan dan seekor watak 'alien' yang tidak diceritakan langsung asal-usulnya. Seronok betul tonton filem aksi klasik sebegini. Ditambah pula dengan kehadiran Arnold Schwazenegger yang sememangnya seorang ikon filem aksi pada era...
Share:

Mekah, I'm Coming! (2019) - Ulasan Filem

Isu penipuan agensi haji dan umrah di Indonesia malahan Malaysia sendiri adalah sebuah isu yang bukan perkara biasa. Setiap tahun akan ada berita tentang penipuan atau 'scam' yang melibatkan ribuan bakal haji tertipu dengan agensi-agensi ini. Filem Mekah, I'm Coming menggunakan isu ini dan memberikan nafas segar berserta komedi yang tidak kering gusi dari awal filem hingga kepengakhiran. Keseluruhan filem memberikan sebuah semangat segar dan sebagai...
Share:

Being John Malkovich (1999) - Ulasan Filem

Bayangkan jika kita mempunyai akses untuk memasuki ke dalam badan orang lain, dan lebih menakjubkan lagi bila kita mampu mengawal pergerakan, percakapan malah fikiran orang tersebut. Craig Schwartz (John Cusack) merupakan seorang 'puppeteer' yang tidak mempunyai pekerjaan dan hidup bersama isterinya Lotte (Cameron Diaz). Craig kemudiannya bekerja dengan syarikat Dr. Lester (Orson Bean) di bangunan Mertin-Flemmer. Di sini Craig bertemu dengan Maxine...
Share:

Pasal Kau (2020) - Ulasan Filem

Gabungan pengarah Adrian Teh dan pelakon Hairul Azreen kembali lagi selepas menambat hati penonton melalui filem mereka sebelum ini, PASKAL dan Wira. Kini mereka beralih ke genre komedi pula dengan membawa kisah Aiman (Hairul Azreen), seorang lelaki lurus yang bekerja di sebuah hotel diuruskan oleh Encik Maznan (Namron). Di sini Aiman berkawan dengan Jane (Janna Nick) yang merupakan seorang chef dan dalam diam menyimpan perasaan terhadap Aiman. Filem...
Share:

Thanks For Sharing (2012) - Ulasan Filem

Ketagihan seksual menjadi isu utama dalam filem ini dan skopnya dikecilkan pada kisah tiga orang penagih seks. Adam (Mark Ruffalo) seorang penagih seks yang berjaya mengawal ketagihannya selama lima tahun. Neil (Josh Gad) pula seorang yang kerap beronani dan sentiasa berkelakuan sumbang terhadap perempuan. Manakala Mike (Tim Robbins) pula seorang penagih seks yang kian sembuh serta menjadi ketua dalam menyuarat ketagihan seksual.Dalam filem ini ditunjukkan...
Share: