Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159500

Saturday, December 4, 2010

Sisi Depresi Dunia Potter.* sebuah reviu Harry Potter and the Deathly Hallows

Aku memang menantikan movie kegemaran aku ini untuk di reviu. Sememangnya aku adalah peminat legasi Potter sejak dari sekolah menengah lagi. Tapi tak bermakna aku minat dengan kesemua siri movie Harry Potter. Kalau bab buku, tak perlu lah diceritakan lagi, sekali dah masuk dalam alam magis Potter, memang terkial-kial nak keluar. Tak ada buku Harry Potter yang aku tidak minat. Berbeza pula dengan movie-movienya. Selepas Goblet of Fire, minat aku terhadap...
Share:

Saturday, July 31, 2010

Secebis Reviu Seringkas Sinopsis* sebuah reviu Price of Persia, The Karate Kid, Toy Story 3, Kapoww, Inception, Resident Evil 4 dan The Last Airbender

Sepanjang bercuti ini, aku sempat lagi menonton 7 buah movie di pawagam, tetapi tidak sekerap dulu. Dan sekarang barulah sedikit terluang dan terberpeluang untuk menulis reviu movie-movie yang aku tonton. Harap lepas ni aku dapat kembali menonton movie sekerap dulu. :)Mesin Masa Purbakala* sebuah reviu Prince of Persia : The Sand of Time Agak menjadi satu kredit bagi aku yang menonton movie ini, adalah kerana aku belum mengetahui jalan ceritanya melalui video game. Sekaligus aku tidak terlalu terbawa-bawakan watak paranoid seorang peminat yang...
Share:

Sunday, May 16, 2010

Komedi berbulu. *sebuah review Furry Vengeance

Furry Vengeance! Sebuah lagi filem komedi lakonan Brendan Fraser dan diarahkan oleh Roger Kumble. Filem komedi ini pada pandangan saya kurang impak komedinya. Mungkin ada gelak ketawanya, tapi masih saya rasakan elemen komedi itu sekadar ketawa kosong dan tiada impak seperti yang saya rasakan semasa menonton filem DateNight atau pun KickAss. Barangkali percubaan pengarahnya mengarahkan filem komedi kurang berjaya apabila saya merasakan filem arahannya...
Share:

Friday, May 7, 2010

Tipikal Aksi Komikal. *sebuah reviu The Losers

Kalau nak diikut, pengadaptasian gaya aksi dalam movie ini tak de beza sangat dengan movie-movie aksi yang lain kerana masih lagi diwujudkan untuk membuatkan penonton rasa teruja. Malah sebaik menonton movie ini, aku masih lagi melekat dengan kelainan aksi yang ditunjukkan dalam movie Wanted.Tetapi movie ini telah diselamatkan dengan jalan cerita yang boleh dikatakan juga sebagai selamat. Mungkin sebab ianya adalah adaptasi dari komik, jadi jalan...
Share:

Wednesday, May 5, 2010

Segalanya Tentang Kung Fu. *sebuah reviu Ip Man 2

Movie sekuel ini tak ada bezanya dengan movie pertama dari segi jalan cerita. Semuanya tentang kehidupan seorang sifu kung fu. Cuma bezanya adalah latar zaman yang dipaparkan di mana untuk movie pertama, dapat dilihat era zaman Jepun, tatapi untuk movie kedua ini pula, diperlihatkan zaman pendudukkan British di Hong Kong selepas Ip Man berhijrah untuk meneruskan hidup.Sebagai sebuah movie yang memaparkan aksi sepenuhnya, aku berani mengatakan movie...
Share:

Tuesday, May 4, 2010

Superhero Besi Biasa. *sebuah reviu Iron Man 2

Menanti sebuah sekuel movie superhero adalah sesuatu perkara yang biasa untuk trend kita sebagai kaki movie zaman ini. Kita pernah juga menunggu sekuel movie Spiderman, Fantastic Four dan Batman. Bagi aku fenomena movie superhero ini hanyalah wujud bagi menimbulkan suasana teruja untuk semua peminat superhero. Tetapi apa yang menjadikan masalah, tahap keterujaan itu akan mati sebaik tamat menonton sekuel movie tersebut. Haha. Sama juga dengan Iron...
Share:

Monday, April 19, 2010

Kisah Cinta Selamat! sebuah reviu Semerah Cinta Stilleto

Satu lagi filem terbitan Metrowealth yang membawa genre filem komedi romantik yang menggabungkan aktor Farid Kamil dan aktress Lisa Surihani. Pasangan yang kononnya dikatakan mempunyai “chemistry” dalam filem ini sekali lagi memegang watak sebagai pasangan kekasih dan barangkali MIG mengharapkan “chemistry” itulah yang akan membawa penonton ke pawagam untuk bersama menghayati kisah cinta Leto dan Stilla dalam filem Semerah Cinta Stilleto ini. Yup,...
Share:

Saturday, April 17, 2010

Parodi Superhero Ganas! sebuah reviu Kick-Ass

Anda inginkan movie yang terdapat seorang gadis berusia 11 tahun memakai baju sekolah dengan muka yang innocent + comel tetapi terdapat pistol di tangannya dan mempunyai kekuatan yang luar biasa serta ganas? Yup, ini lah movie nya. Sepatutnya movie ini diberi tajuk Hit-Girl! Oh, tak dapat aku nafikan betapa minatnya aku pada watak Hit-Girl/Mindy Macready lakonan Chloe Moretz yang walaupun tidak mempunyai super power, tetapi jiwa terhadap watak itu...
Share:

Friday, April 16, 2010

Kekusutan Yang Bijak! *sebuah reviu Belukar

Pada awal hingga ke pertengahan cerita untuk movie ini, aku tidak berapa suka akan situasi yang dipaparkan, tetapi apa yang penting, adalah ending untuk movie ini. Baru aku sedar, ini bukan satu movie dari Malaysia yang biasa.Sebagai sebahagian dari industri per'movie'an Malaysia, aku amat berbangga apabila ketika sidang diskusi, salah seorang dari pelakon movie ini, Ahmad Tarmimi Siregar mengatakan keseluruhan penghasilan movie ini adalah dari Malaysia....
Share:

Saturday, April 10, 2010

Dua Komedian Beraksi!!! *sebuah reviu Date Night

Tak boleh nak di nafikan yang aku sangat adore dengan dua orang komedian ini. Steve Carrel dan Tina Fey. Malah, pertama kali aku terlihat poster movie ini di panggung wayang, secara terang-terangan aku teruja dan set mind nak pergi menonton movie ni bila keluar nanti. Itulah sebabnya, sehari selepas keluar movie ini, aku dah tak tangguh, terus je tonton. Siapa tak kenal dengan mereka berdua ni. Usaha menggabungkan mereka dalam satu movie, memang...
Share:

Friday, April 2, 2010

Mari Mari BerFrinjan!

Mari mari semua!!!Khas Untuk Anda Warga Puncak Perdana!7 April 20108 MalamStudio Pancha DelimaBangunan Akademik Fakulti Pengurusan MaklumatUiTM Kampus Puncak PerdanaShah AlamMASUK PERCUMA!*crossover Frinjan dan Kelab Skrin Fi...
Share:

Makhluk Greek Hebat *sebuah reviu Clash of The Titans

Boleh dikatakan berbaloi membelanjakan RM10 untuk movie sebegini. Di akhir cerita, perkataan seronok boleh dijadikan perkataan yang tepat menonton movie ini. Dan apa yang menariknya tentang movie ini, adalah kerana ianya adaptasi dari mitos Greek. Hingga aku sering membandingkan movie ini dengan sebuah lagi movie ala Greek masa kini, iaitu movie Percy Jackson and The Lightning Thief. Dengan bersikap tidak adil, aku mengatakan movie ini lebih bagus...
Share:

Madu Yang Pahit. *sebuah reviu 4 Madu.

Untuk reviu movie ini yang aku tonton ketika promosi filem di UiTM Shah Alam, aku rasa tak perlu aku membazir tenaga dan mengerah otak menulis reviu yang panjang lebar. Cukup sahaja lah aku mengatakan movie ini adalah seperti movie-movie komedi dari Prof Madya Razak yang terdahulu.Jika aku sudah berkata begitu, jadi anda semua tahu lah untuk menilainya sendiri. Apa yang aku boleh ulas, watak Azlan dan Azrul yang dibawa oleh Saiful Apek kedua-duanya, sebagai adik beradik seiras tetapi berlainan ibu, tidak menimbulkan nilai positif. Begitu juga...
Share:

Wednesday, March 31, 2010

Fantasi Pembunuhan Sadis! *sebuah reviu The Lovely Bones.

Hingga sekarang, perkataan 'menakjubkan' tidak tepat untuk menggambarkan movie yang hebat ini. Kalau lah dari awal aku mendapat tahu movie ini hasil sentuhan pengarah Peter Jackson dan produser Steven Spielberg, pasti sudah lama aku pergi menonton. Bukanlah bersikap buyers, tetapi cuma ianya adalah sedikit kredit bonus untuk sesebuah movie mendapat nama-nama hebat diatas.Walaupun movie ini adalah sebuah lagi hasil adaptasi dari novel hasil karya...
Share:

Tuesday, March 23, 2010

Gunung Berapi Tak Gerun* sebuah reviu Under The Mountain.

Sam Neill lagi!!! Tapi kenapa lah dia suka sangat berlakon dalam movie sebegini tidak hebat. Nak berubah angin ke? Aku pun tak tau lah dengan arus perkembangan movie Hollywood sekarang. Semua berebut-rebut hendak mengadaptasikan cerita dari novel, tapi semuanya hampeh. Bagi aku movie-movie dari Hollywood sekarang pun tidak ubah seperti arus perfileman tanah air kita. Dalam berpuluh-puluh movie Hollywood, cuma ada beberapa belas sahaja yang mampu...
Share:

Matahari Menyelamatkan Vampire!!!* sebuah reviu Daybreakers

Nasib baik ada Sam Neill. Aku tak tau lah kenapa trend sekarang more to vampire. Adakah ini petanda memang ada vampire yang akan menakluki dunia. Aku rasa sebelum menakluki dunia, vampire-vampire ini telah terlebih dahulu menakluk minda remaja di dunia kini.Macam-macam jenis vampire yang ditunjukkan, ada yang berkilau bila terkena cahaya matahari, ada yang boleh berkilas dengan lajunya, ada juga yang bertarung bermati-matian menggunakan senjata api.Dan...
Share:

Animasi 'Masa Lapang' Dreamworks* sebuah reviu How To Train Your Dragon.

Sebaik sahaja tamat menonton movie ini, aku dapat rasakan seolah-olah Dreamworks Animation(syarikat yang produce movie ni) menghasilkan animasi ini secara santai dan seolah-olah ingin mengisi masa rehat mereka selepas menghasilkan movie animasi seperti Shrek, Kung Fu Panda dan Madagascar. Ini kerana bagi aku, kekuatan jalan cerita movie ini tersangatlah ringan dan seperti tiada kewujudan legasi atau saga berbanding animasinya yang lain.Aku tidaklah...
Share:

Friday, March 12, 2010

Alice Gaya Gothic *sebuah reviu Alice In Wonderland

Sekali lagi Tim Burton tidak mengecewakan kita dengan hasil karyanya yang terbaru ini. Tim Burton memang terkenal dengan movie cereka pelik-peliknya seperti Edward Scissorhand, Sweeney Todd, Corpse Bride dan Nightmare Before Christmas. Dan movie kali ini, sememangnya dinantikan oleh semua peminat movie-movie ala fantasi plus legendary.Siapa yang tidak tahu kisah Alice In Wonderland yang pernah menjadi animasi Disney yang hits satu ketika dulu. Kisah...
Share:

Tuesday, March 9, 2010

Isu Selamatkan Bible! *The Book of Eli

Aku agak terlambat menonton movie ini, jadi sudah tentu ramai yang telah membaca reviu tentang movie ini di blog-blog movie yang lain. Tapi aku tetap jugak nak tulis reviu tentang movie ini, sebab blog ini untuk penonton, dan aku juga sebahagian dari penonton. Ini adalah pendapat aku tentang movie ini.Disebabkan mungkin ramai dah tonton movie ni sebelum aku reviu, so ulasan kali ni aku tampilkan dengan lebih ringkas dan neat.Secara keseluruhan jalan...
Share:

Thursday, February 18, 2010

Mitos Cara Moden.*sebuah reviu Percy Jackson and The Lightning Thief

Lagenda atau mitos Greek kini kembali lagi. Satu je perkara menarik tentang movie ini yang membuatkan aku turut tertambat untuk menonton, iaitu sejarah Greek, atau mitos Greek yang menceritakan tentang dua belas dewa olimpian. Dan dalam dua belas ini, movie ini lebih menumpukan kepada dewa bernama Poseidon, iaitu dewa laut.Tetapi movie ini bukan lah keseluruhannya berkisar Poseidon, ianya lebih menumpukan kisah pengembaraan seorang remaja lelaki...
Share:

Monday, February 8, 2010

Memang Untuk Ketawa! *sebuah reviu Adnan Sempit.

Memang menyenangkan hati yang tidak senang, menghiburkan hati yang tidak terhibur, melapangkan otak yang tidak lapang. Movie ini lah yang aku cari-cari selepas kecewa dengan semua movie-movie komedi yang hampeh. Dan kesudahannya, aku keluar dengan muka tersenyum sambil dipandang orang-orang sekeliling yang turut tersenyum mengenangkan babak-babak dan dialog-dialog dalam movie ini.Setinggi-tinggi tahniah aku ucapkan kepada Ahmad Idham, dan lebih-lebih...
Share: