Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

Monday, January 7, 2013

Action Movie Last Abang Jackie Chan!*sebuah review CZ12.



CZ12, atau Chinese Zodiak 2012 dikhabarkan sebagai movie action terakhir dari pelakon asia terkenal, Jackie Chan. Jackie pernah menyatakan hasratnya untuk berhenti berlakon aksi, dan ingin menumpukan pada bidang lakonan yang tidak membabitkan babak aksi sahaja. Tetapi adakah benar luahan hati Jackie ini, kerana bagi aku, CZ12 bukanlah seperti penamat untuk Jackie terus berlakon movie aksi.

CZ12 mengisahkan JC, dan 3 orang lagi sekutunya yang hebat dalam memburu harta karun, atau artifak-artifak purba. JC menerima arahan dari sebuah organisasi pembaik pulih artifak rosak yang sebenarnya menyembunyikan kegiatan sebenar mereka iaitu melelong artifak-artifak berkenaan. Untuk misi terkini, JC ditugaskan untuk mencari kepala haiwan zodiak Cina yang hilang, iaitu kepala gangsa Tikus, Arnab, Ular dan Kerbau. Di sini bermula babak aksi tanpa henti yang menimbulkan rasa keseronokan kita menonton sambil diselit dengan babak-babak komedi ala abang Jackie ini.

Bagi aku, movie ini biasa-biasa sahaja. Tetapi masih ada elemen-elemen menarik yang ditonjolkan. Malahan elemen komedi beraksi yang sudah lapok pun masih lagi menjadi bahan jenaka yang mantap. Ternyata Jackie Chan ingin peminatnya merasa rindu terhadap lakonan klasiknya ini. Mungkin selepas ini kita dah tak dapat tengok aksi seni lincah Jackie Chan yang telah menjadi trademarknya berdekad dulu lagi.

CZ12 bukanlah movie terbaik dari Jackie Chan, kebanyakan movie terbaiknya adalah pada era 80 an dan 90 an dahulu. Malahan, movie Jackie pada abad ini yang lebih menarik perhatian aku adalah seperti movie The New Police Story dan Shinjuku Incident. Movie-movie sebegini adalah sesuatu yang lain yang menampilkan diri beliau sebagai pelakon sebenar. Untuk CZ12 pula, ianya sekadar sebuah movie untuk hiburan semata dan tidak lebih dari itu. Jackie tidak memeningkan kepala penonton berfikir tentan konflik yang cuba disampaikan.

Dan sebagai satu movie yang mempunyai jalan cerita biasa, Jackie cuba menyelitkan babak-babak yang luar biasa. Babak aksi akhir dalam movie ini iaitu babak di gunung berapi, ternyata telah dimasukkan kedalam list babak-babak paling memorable tahun 2012. Jackie juga bijak dengan menerbitkan movie ini pada hujung tahun 2012 dan sangat kena dengan tajuk movie ini. Kehadiran objek kepala naga gangsa juga sangat bersesuaian dengan tema tahun Naga untuk 2012 bagi bangsa Cina.

Walaupun babak-babak dalam movie ini sangat memorable dan berjaya memangkin semangat penonton, tetapi kelemahan pada pelakon lain juga agak ketara. Kalau nak ikutkan, movie ini mengambil tunjang cerita dari 4 watak utama iaitu Jackie dan 3 lagi rakannya. 3 orang rakannya ini memang kurang menonjol dan cerita hanya menunjukkan watak Jackie yang hebat bertarung sahaja. Tetapi komedi yang muncul dalam watak-watak ini sangat menghiburkan.

Movie ini juga bukan sekadar memaparkan pelakon-pelakon Hong Kong sahaja. Jackie juga bijak kerana ingin mendapatkan pengiktirafan secara international, beliau menjemput pelakon-pelakon dari Hollywood serta beberapa negara eropah untuk berlakon sama menjadikan movie ini sebuah movie yang boleh dijadikan tarikan ke seluruh dunia. Lepas ni, kita nanti kan saja lah movie apa yang akan dibikin oleh pelakon hebat ini.

EFEK KHAS

SKOR MUZIK

LAKONAN

PLOT

RATING
Share:

1 opinions:

Valentine said...

This movie was a total joyride, especially for J.C. fans. From the story narration in the beginning to the end the movie is action packed, hilarious and funny. Though it loses some grip in the second half, it can surely be overlooked. The opening stunt where J.C. body-skates in the mountains & tunnels was awesome. Paris was beautifully captured, and locations were picturesque. The viewers watching the English version might have problems with too many French & Mandarin Chinese dialogues but the Hindi dubbed version went very well. The most humorous & hilarious portion was when the team visits the remote island to find the 'Indestructible' & Katherine's great-grandfather's remains & tackle the pirates as well as the villains. The gadgets & technology shown were nice. The following action sequences were much for viewer's delight and the ultimate sequence was the mission 'Let the Dragon Fly' where they also made the Dragon posture while skydiving. The kids are surely going to enjoy it. (CAUTION: A one-time watch)