Billy Crystal sememangnya seorang pelawak yang berkebolehan. Lama sudah rasanya tidak melihat kelibat beliau di layar perak. Siapa yang tak ingat lakonannya dalam movie romantis klasik, When Harry Met Sally. Billy tak banyak berlakon movie, beliau lebih banyak menjadi penghibur di pentas. Seperti dalam movie Parental Guidance ini juga, Billy menggunakan kebolehan komedinya itu dalam setiap babak yang biasa, tetapi bertukar menjadi sangat kelakar.
Parental Guidance mengisahkan Artie dan Diane yang diminta pertolongan dari anak perempuannya, Alice dan suaminya Phil untuk menjaga anak-anak mereka sementara mereka pergi bercuti. Masalahnya adalah, Artie dan Diane tidak begitu rapat dengan cucu-cucunya itu, iaitu Harper, Turner dan Barker. Diane yang ingin mengambil kesempatan untuk mengenali lebih dalam dengan cucu-cucunya itu memaksa Artie untuk mencubanya juga. Di situ timbul lah konflik antara Artie dan Diane dengan Alice yang berbeza pendapat dalam menjaga anak-anak.
Dalam movie ini ditunjukkan mesej tentang betapa pentingnya hubungan antara ibu bapa dan anak, dan di mana pada zaman sekarang, anak-anak sendiri tidak ingin mengikut method penjagaan anak-anak yang dilakukan oleh ibu bapa mereka sendiri. Alice sendiri tidak percaya akan cara ibu bapanya menjaga anak-anaknya sedangkan dia sendiri dibesarkan dengan elok oleh Artie dan Diane. Artie dan Diane pula yang telah mencuba gaya moden Alice dalam mengasuh anak-anak akhirnya mengalah dan cuba untuk melakukannya dengan cara mereka sendiri. Ternyata kehadiran Artie dan Diane membawa satu perubahan baru kepada Harper, Turner dan Barker.
Bukan Billy sahaja yang menjadi tunjang utama babak komedi dalam movie ini. Aku juga tertarik dengan watak Harper, iaitu anak perempuan Alice yang sangat komited dalam mencapai sesuatu. Begitu juga watak Turner dan Barker. Turner merupakan anak lelaki Alice yang mempunyai masalah pertuturan iaitu gagap. Barker pula anak lelaki bongsu yang spoil degan kasih sayang ibu bapanya sehinggakan semua kata-katanya perlu diturutkan. Kehadiran Artie dan Diane akhirnya mengubah Barker dan Turner menjadi seperti yang Alice mahukan.
Tetapi Alice tidak sedar akan perkara itu. Apa yang dia tahu, Artie menunjukkan role model yang tidak baik kepada anak-anaknya. Lakonan Marisa Tomei yang membawa watak Alice juga harus dipuji. Marisa sememangnya telah terbukti merupakan pelakon yang bagus. Lama juga rasanya aku tak tonton lakonan Marisa, yang terakhir adalah selepas movie Crazy Stupid Love. Marisa menunjukkan kebolehannya dalam berlakon movie komedi masih boleh dipakai.
Sebenarnya movie ini sekadar-biasa-biasa sahaja. Ingin dijadikan movie terbaik pun tak boleh juga. Ianya menjadi movie yang dinanti-nanti oleh peminat Billy Crystal, tidak lebih dari itu. Komedi yang ditonjol dalam movie ini sekadar ringan-ringan. Movie ini direka juga untuk menjadi perehat minda untuk penonton. Sekalipun aku katakan movie ini biasa-biasa sahaja, mesejnya tetap kita boleh guna pakai. Jadi sekiranya anda inginkan movie tentang ibu bapa dan anak-anak bersama dengan cucu-cucu mereka, ini lah movie yang sesuai untuk seisi keluarga.
EFEK KHAS
SKOR MUZIK
LAKONAN
PLOT
RATING
0 opinions:
Post a Comment