Pada mula keluarnya movie ini, aku tak tertarik langsung. First trailernya, memang tak tertarik langsung. Second trailernya, boleh lah. Tanggapan pertama aku masa keluarnya movie ini adalah entah macam mana Tom Cruise boleh terfikir nak bawak watak Jack Reacher ni, sedangkan dah banyak watak-watak ikonik movie action yang dah lama establish seperti John McClane, John Rambo, Rocky Balboa, James Bond, malah juga Ethan Hunt yang pernah dibawa Cruise. Mampukah Jack Reacher menjadi salah seorang dari watak aksi yang ikonik ini?
Selepas menonton movie ini, hmm, not to bad jugak lah. Ternyata Cruise bukannya cuba untuk membawa watak Reacher menjadi setaraf dengan hero-hero fiksyen yang ternyata hebat belaka. Tetapi Cruise cuba untuk menunjukkan satu sisi berbeza dalam menampil kan seorang hero, kalau untuk watak Reacher mungkin anti-hero. Jack Reacher adalah watak yang biasa tetapi mempunyai kebolehan yang agak janggal dari biasa. Bukan luar biasa, tetapi sedikit janggal.
Cerita bermula apabila seorang penembak sniper membunuh 5 orang awam secara 'rambang'. James Barr dituduh selepas siasatan dilakukan oleh Detektif Emerson. Pendakwa Raya Rodin mula menjalankan soal siasat dan Barr mendapat pembelaan dari Helen, anak kepada Rodin yang cuba untuk menyelamatkan Barr dari hukuman mati, kepada hukuman penjara seumur hidup. Muncul pula Jack Reacher, seorang bekas polis tentera, yang dikatakan kawan James Barr. Kehadiran Reacher adalah untuk membantu menyelesaikan kes ini di mana terdapat konflik tersembunyi.
Ini bukanlah cerita tentang seorang hero melawan pengganas seperti Die Hard atau Taken, movie ini lebih kepada penyiasatan. Dan Reacher adalah penyiasat tersebut, disini lah terserlah kemanusiaan dalam diri Reacher di mana dia yang penonton anggapkan sebagai hero aksi sebenarnya adalah manusia biasa yang tak lari dari kebiasaan. Inilah satu perkara menarik dalam movie ini, hero ini tidak boleh menyelamatkan kesemua orang yang terjebak dalam kes kompleks ini.
Dalam movie ini, kita sudah didedahkan siapa pembunuh sebenar, siapa Reacher yang sebenarnya, tetapi apa yang dijadikan misteri dalam movie ini adalah apa motif pembunuhan rambang ini, siapa yang membelot team Reacher, dan bagaimana Reacher dan Helen nak selesaikan kes ini sedangkan semua orang telah menudingkan jari ke arah Barr tentang kes pembunuhan. Satu lagi perkara menarik dalam movie ini adalah kita bukan sekadar ditunjuk view dari mata pembunuh, tetapi juga di sudut kelima-lima mangsa dalam movie ini.
Jack Reacher tidak sekadar bergantung pada aksi yang serius sahaja. Tom Cruise juga ada memasukkan elemen komedi di dalam lakonannya. Malah babak aksi juga ada komedi yang membuatkan kita sendiri terpinga-pinga apa yang cuba disampaikan. Dari segi lakonan pula tidak ada apa yang boleh dikatakan. Semuanya biasa-biasa sahaja, dan tiada watak jahat yang benar-benar meninggalkan kesan. Tetapi aku tertarik dengan satu watak iaitu Martin Cash yang dijayakan oleh Robert Duvall. Lama jugak aku nak cam Duvall dalam movie ini kerana beliau berjaya membawa watak tauke padang sasar yang mahir bermain dengan senjata api.
Di dalam adanya aksi dan komedi dalam movie ini, ternyata ianya mampu memberi tarikan kepada penonton. Ditambah pula dengan ciri-ciri penyiasatan yang amat digemari, serta gaya yang cuba disampaikan sangat bersahaja. Ada juga terselit babak yang mendebarkan di mana The Zec, iaitu dalam pembunuhan tersebut, mencabar konconya untuk menggigit ibu jari sendiri dan kunyahnya atau dia akan ditembak. Babak ini benar-benar mendebarkan bagi mereka yang tidak suka babak melampau ganas. Apa pun, movie ini memang seronok untuk ditonton pada masa lapang.
EFEK KHAS
SKOR MUZIK
LAKONAN
PLOT
RATING
0 opinions:
Post a Comment