Tak sabar rasanya OtakMovie nak tunggu bulan Jun nanti. Kebanyakkan movie-movie Hollywood yang bakal meletup muncul pada bulan ni seperti Man of Steel, Kick Ass 2 dan Monsters University. Tetapi sebenarnya bukan bulan Jun je yang OtakMovie tak sabar nak tunggu, OtakMovie juga tak sabar nak habiskan tontonan movie bulan Januari ni. Bagi OtakMovie, selepas hadirnya bulan Februari, baru lah betul-betul keluar movie yang digemari. Seperti bulan Januari, lihat sajalah movie yang keluar, seperti movie The Last Stand ini.
Biasa-biasa sahaja. Malah lebih teruk dari biasa-biasa. Tak tau lah apa yang cuba disampaikan pengarah dalam movie ini. Mungkin ianya hanya sekadar mukadimah kepada Arnold Schwazenegger untuk kembali ke layar perak. Yelah, setelah sekian lama tak muncul tak movie, kecuali The Expendables, Arnold akhirnya mengeluarkan bunga aksinya untuk menjadi tatapan peminat-peminat setianya. Dan dalam movie ni juga, memang nak tunjukkan yang Arnold sudah kembali, tetapi ada bezanya dari dulu, iaitu sekarang dia dah tua.
Walaupun secara keseluruhan movie ini tidak sekadar nak tonjolkan watak Arnold sebagai Ray Owens sahaja, tetapi masih nampak ketidaklogikkan movie ini memaparkan Ray satu-satunya hero yang benar-benar mampu menewaskan banduan yang FBI sendiri pun tak mampu nak lakukan. Ray adalah seorang sheriff di Sommerton, dan untuk menunjukkan logik akal akan kehebatan Ray ini, ditonjolkan pula kisahnya yang sebenarnya merupakan ahli pasukan narkotik polis. Apa pun, semua itu dapat 'dimaafkan' kerana hero tersebut adalah Arnold.
Harap benar lah kenyataan bahawa movie ini hanya movie panas badan Arnold. Dengar cerita pun beliau belum mahu bersara dalam bidang lakonan. Bagus jugak sebenarnya sebab Arnold baru berumur 62 tahun berbanding Christopher Plummer yang baru menang Oscar tahun lepas yang berumur 85 tahun. Harap selepas ini Arnold dapat mengurangkan movie-movie berbentuk aksi, dan lebih menitik beratkan lakonan yang mantap.
Satu lagi yang OtakMovie pelik, kenapakah aktor Johnny Knoxville yang namanya terpampang di poster bersama Arnold? Sebab takdelah banyak mana pun peranan Knoxville sebagai Lewis Dinkum. Rasanya Forest Whittaker lagi layak diletakkan namanya di poster bersama Arnold sebab wataknya sebagai Agent John Bannister lebih banyak peranan. OtakMovie memang minat pada lakonan Knoxville, beliau sangat similar kalau melakonkan watak yang gila-gila. Dan watak Lewis Dinkum, iaitu seorang yang ada sikit masalah mental, dan mempunyai minat dan hobi mengumpul senjata, juga ada memangkin babak-babak dalam movie ini.
Dan movie ini juga cuba menonjolkan subplot-subplot yang sekadar tangkap muat. Seperti kematian Henry, rakan seperjuangan Arnold, babak gangster yang kononnya paling ganas dan bijak bersama komplotnya dengan salah seorang agent FBI dan juga kisah cinta antara Sarah (Jamie Alexander) dan Frank (Rodrigo Santoro). Paling meloyakan OtakMovie adalah kisah cinta Sarah dan Frank. Takdelah kisah cinta mana pun, tapi nak juga ditonjolkan dalam movie ini. Bagi OtakMovie, subplot sebegini kalau tak dikembangkan pun takpe, tapi kalau nak kembangkan pun biarlah setara dengan jalan cerita.
Ternyata movie ini sekadar come back Arnold ke dalam layar perak. Dan ianya bakal menjadi ikutan kepada peminat-peminat Arnold sendiri. Tapi bagi OtakMovie, ada banyak lagi movie-movie hebat dari Arnold, dan movie The Last Stand ini tak tersenarai dalam movie-movie tersebut.
LAKONAN
SKOR MUZIK
EFEK KHAS
PLOT
RATING
0 opinions:
Post a Comment