Kalau Jack Reacher menutup tirai penontonan aku di sinema pada 2012, Here Comes The Boom pula adalah pembuka tirai 2013. Dan ternyata, penontonan ini adalah berbaloi. Ini kerana, ada antara kita yang sukakan kepuasan menonton berbanding perasaan mengujakan menonton movie. Dan selepas menonton movie ini, kepuasan itu didapati.
Memang, Here Comes The Boom adalah movie yang sangat klise. Tetapi, ada klise yang bagus, ada juga klise yang tak berapa bagus. Begini klisenya movie ini, dengarkan sinopsisnya. Scott Voss (Kevin James) merupakan guru biologi di sebuah sekolah. Beliau merupakan guru terbaik pada zamannya sepuluh tahun sebelum itu. Voss kenal dengan seorang muzik, Marty Streb (Henry Winkler). Malangnya, sekolah tempat mereka mengajar ingin cut budget terhadap subjek kokurikulum termasuklah kelab muzik yang menjadi tempat Streb mencari makan. Voss menentang cadangan itu, terpaksa mencari duit untuk kelab muzik tersebut, jumpa Niko (Bas Rutten) ketika mengajar kelas kewarganegaraan, mendapat ilham untuk mencari duit dengan menyertai Mix Martial Art, dan bermulalah kisah Voss dalam menjadi seorang penggusti sambil ditolong oleh Streb dan Niko.
Klise kan? Tapi tak pe lah, sekurang-kurangnya movie dapat memberikan kelegaan dan boleh merehatkan minda selepas setahun melayan movie-movie pada 2012. Dalam movie ini, watak dan situasinya sangat menarik. Watak paling aku minat dalam movie ini adalah Niko. Frank Coraci berjaya mengubah perspektif penonton yang melihat Niko, seorang yang berbadan tegap dan kelihatan seperti ahli bina badan, sebenarnya sangat kelakar. Semua scene yang membabitkan watak Niko sangat seronok ditonton. Apa lagi bila dia bergabung dengan Streb, memang sangat tak kena kombinasi ini. Yang seorang adalah lelaki berumur, seorang lagi berbadan tegap, tetapi mereka lah penggerak movie ini.
Kevin pula, ha, terbukti dia memang pandai berlakon. Movie ini benar-benar menguji kebolehan Kevin sebagai seorang pelakon yang bukan sekadar bersandar kepada komedi murahan sahaja. Ini lah kelebihan seorang pelakon komedi, bila berlakon komedi, orang akan gelak, tetapi bila sekali mereka berlakon serius, dan lakonannya menjadi, orang akan memuji. Sebab itulah aku lebih hormat kepada pelakon komedi yang benar-benar mempunyai passion dalam lakonan.
Movie ini adalah berkaitan dengan gusti, pertarungan. Sama seperti movie Rock dan Real Steel. Tentu lah movie sebegini memangkin semangat penonton ketika babak-babak pertarungan antara seorang underdog dengan seorang professional. Movie sebegini lah yang membuatkan kita berasa santai dan menikmati nilai movie biasa-biasa. Kerana di sebalik keseronokan itu, movie ini tidak melebih-lebih dalam menyatakan dialog atau dalam paparan babak. Boleh dikatakan movie ini adalah sekadar sederhana sahaja setiap situasi yang dipaparkan.
Ianya memang lah sebuah komedi, tetapi komedi yang ditonjolkan bukanlah yang terlalu melebih hingga menyebabkan kita rasa meluat. Ianya memberi kita banyak mesej yang berguna. Watak Voss yang walaupun kelihatan hopeless, tetapi memberi kita satu paparan bahawa watak sebegini lah sebenarnya yang lebih mementingkan perkara yang remeh. Perkara tersebut mungkin dianggap remeh, ye lah, seperti Voss yang ingin menyelamatkan kelab muzik Streb, tetapi yang remeh itu lah sebenarnya yang penting. Dan dalam tak sedar, Voss bukan sekadar menyelamatkan kelab muzik tersebut, tetapi dia juga menyelamatkan dirinya sendiri dalam mencari diri sebenar sebagai seorang guru biologi yang hebat.
Dalam movie sebegini, babak yang paling ditunggu kita dah tentulah ketika pertarungan terakhir Voss dengan penggusti paling ganas MMA, Ken Dietrich. Dan setiap hero underdog yang ditonjolkan, tentulah ada heroinnya, seperti Bella Flores (Salma Hayek). Dan Hayek dalam movie ini, sangat sederhana. Mungkin itu yang direktor mahukan, dan beliau berjaya membawa watak itu dengan kesederhanaan yang diperlukan. Movie ini sememangnya sebentuk medium yang boleh kita gunakan untuk aktiviti santai hujung minggu. Bawalah rakan-rakan menonton movie ini dan pasti kita akan tersenyum selepas keluar dari panggung.
EFEK KHAS
SKOR MUZIK
LAKONAN
PLOT
RATING
0 opinions:
Post a Comment